Sunday, 19 June 2016

TEMPAT PERCUTIAN IDAMAN YANG WAJIB SAYA PERGI

SubhanaAllah.

Pagi-pagi la hati nurani dah mendarat kat Sydney Australia. Chewahhhh.... Pagi ni saya nak story kat kawan2 semua tempat percutian idaman yang dah lamaaaaaa.... sangat saya teringin nak pergi. Tak lain x bukan Sydney Australia. Kenapa saya nak g Sydney? Kalau ikutkan hati nak ja travel seluruh Australia hahahaha... Tapi memandangkan tak boleh nak cuti lama saya fokuskan Sydney ja.

Saya mula pasang keinginan nak g Sydney sejak dari zaman sekolah menengah lagi. Sapa pernah baca novel "Julia"? Dalam novel tu kan Julia tu belajar kat Australia. Memang suka sangat jalan ceritanya sampaikan terus set one day mesti nak g Australia..

Saya plan nak pergi Australia bulan Aug 2018.  Biarlah baby kecik saya nanti beso dulu hihihi.... Saya pilih bulan Aug sebab nak merasa musim sejuk kat sana. Australia musim sejuk start Jun - Aug. Kira lepas raya gitu la. Kena lah prepare winter coat pakai. Bestnya kann (berangan kejap tengah pakai winter coat sambil bergambar dengan bear) .

Orang yang saya nak bawa mestilah suami dan anak2. Diorang lah permata hati saya dunia akhirat. Saya plan nak naik Air Asia ja. Bajet untuk tiket penerbangan saya anggarkan dalam RM7000 camtu. Harap2 adalah matta fair ke boleh beli tiket murah sket hihihi.... Target nak bercuti dalam 7 hari 6 malam camtu. Cabaran jugak tu sebab suami saya tak pernah cuti lama2 macam tu except cuti raya yang company bagi. Sob3x.... Xpe2 think positif dan bawak berbincang hihi...

Untuk capai impian melancong ke tempat idaman saya lagi 2 tahun saya kena gandakan double triple saving saya,usaha cari extra income mulai hari ni. Agak2 dapat x saving RM30K utk bercuti? Mesti la boleh kan.....

Kawan2 doakan saya ya. Saya doakan semua kawan2 yang punya impian macam saya ni tercapailah hendaknya dengan izin-Nya. Ameen

Berimpian tak memerlukan duit pun tapi untuk melaksanakannya ya memang perlukan duit.......
Location: Taman Saujana Puchong, Puchong, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Follow by Email

Copyright © Mama Ashraf.blogspot.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com