Friday, October 27, 2017

COUS COUS MAKANAN ALTERNATIF UNTUK BAYI SELAIN NASI

by , in
Cous cous adalah salah satu makanan ruji dan tradisional orang2 negara maghribi. Makanan cous cous nie dijadikan sebagai makanan malam penduduk2 maghribi.

Cous cous adalah antara produk berasaskan bijirin sihat. Ia mempunyai beban glisemik per gram 25% di bawah pasta. Ia mempunyai profil vitamin unggul pasta, mengandungi dua kali ganda riboflavin, niasin, vitamin B6 dan folat, kalsium, fosforus, selenium dan mengandungi empat kali sebagai banyak thiamine dan asid Pantothenic dan pelbagai zat lagi.

Dari segi protein pula, leanne mempunyai 3.6g bagi setiap 100 kalori bersamaan dengan pasta, dan juga di atas 2.6g bagi setiap 100 kalori nasi putih. Tambahan pula, leanne mengandungi 1% lemak nisbah kalori, berbanding 3% bagi beras putih, 5% untuk pasta, dan 11.3% bagi beras pilaf.

Dengan ini ia dapat menguatkan tulang, otot dan sistem imun serta melancarkan peredaran darah.


Ni la Cous Cous yang saya beli. Senang ja cari kat Tesco :)


Cadangan Cara masak Cous Cous :







1) Masak cous cous dlm periuk..macam masak bubur..bila dah kembang, matikan api..letak tepi dulu..

2) Dalam kuali lain, tumis bwg holland menggunakan unsalted butter..kemudian, masukkn carrot dan bunga kobis. Tumis skali sampai masak..matikan api..

3) Campurkan bahan yg dah ditumis td ke dalam cous cous..masukkan juga cheese dan gaul sebati kemudian blend..sedia utk dimakan 😉




Kredit : Ekin Tumiran

1) Masak cous cous dlm periuk..macam masak bubur

2) Kemudian, masukkn puree epal dan puree pear.

3) Gaul sehingga kembang.

4) Titiskan EVO PONDS (Oilve Oil)

5) Sediakan untuk dimakan.

Klik Resepi Bone Broth untuk Bayi 8 bulan ke atas resepi mudah dan berkhasiat.


Mudah kan? Cous Cous memang alternatif untuk ibu-ibu yang super duper busy dan tak sempat nak buat bubur bagai yang memerlukan masa yang lama. Kalau korang buat banyak masukkan dalam bekas kecil pastu simpan tempat beku. Boleh tahan sehingga 3 hari.

Untuk Dapatkan makanan Baby 100% homemade korang boleh intai-intai FB Ekin Tumiran. Pelbagai instant food yang beliau buat sendiri sesuai untuk ibu-ibu yang tak sempat nak spend masa yang lama untuk masak makanan baby.

Untuk dapatkan Olive Oil berkualiti tinggi pulak korang boleh usha-usha FB : Nurizziaty Abd Raup. Korang baca la info pasal Evoo PONS kat FB dia ya.

Nantikan entry menu seterusnya dari saya. Wassalam.
Thursday, October 26, 2017

AKHIRNYA AKU DI SANA......

by , in
Sekian lama saya nanti saat ini.... Sejak join Shaklee awal Januari 2014 saya langsung tak menoleh ke belakang lagi... Saya bergerak perlahan-lahan... Banyak kali tersungkur... Rebah ke bumi....

Banyak kali menerima rejection dari orang disekeliling saya....
Tak kurang jugak yang pandang rendah pada usaha saya nak buat Shaklee.. Sedih bila ingat balik semua tu. Tapi itu semua langsung tak mematahkan semangat saya... Saya jadikan rejection, tanggapan orang yang memandang rendah pada saya sebagai pembakar semangat... Saya nak buktikan betapa saya dah buat pilihan yang tepat.

Bak kata Master Adilah Manaf semasa Master Celebration beliau baru-baru ni jika sekarang anda datang sebagai distributor Shaklee jangan risau satu hari nanti anda akan ada di sini meraikan master celebration anda sendiri. Allahuakbar... menusuk ke kalbu kata-kata insan yang hebat ni uhuhuu....

Actually 7 Oktober 2017 yang lepas saya dapat jemputan untuk menerima award kenaikan pangkat saya yang pertama sebagai SUPERVISOR. Seronoknya tak tau nak cakap la. Sebab dah lama saya mengidam untuk naik pentas terima award. Finally I did it...


Ni la sijil SUPERVISOR yang saya cakap tadi... Speechless bila dapat sijil ni.



Nampak yang sebelah kiri sekali pegang budak lelaki sorang? Itu La saya :)

Kalau orang tanya perasaan saya la... Susah nak jawab. Sebak,sedih pun ada. Tau kenapa saya sedih? Sebab saya tak dapat nak angkut anak perempuan saya naik sekali kat stage. Sebabnya saya terpaksa tinggalkan Alysha kat rumah pengasuh sebab dia demam. Saya berazam pada diri saya PASTI NAIK STAGE LAGI dengan Alysha dan Ashraf pulak.

Saya mohon kawan-kawan yang baca entry saya ni doakan saya berjaya panjat lagi tangga demi tangga dalam hierarki Shaklee sehingga mencapai Master. Tq pada yang sudi doakan saya sob3x.... (tulis sambil menahan sebak).

Jom layan gambar yang saya ambil sepanjang event berjalan. Kalau korang nak jugak lakar kejayaan macam saya anytime ja boleh whatsapp saya di 017.499 7159. Kita berjaya bersama-sama. Sorang lagi Anak Shaklee saya tak dapat hadir iaitu Siti Khadijah. I wish your turn will be next yunk :).



Bakal leader dalam team #gegarsuperlady :)



My mentor, my nanny, my friend. She is adorable



Antara orang kuat di sebalik apa jua yang saya capai selama ni. Thanks uoools




Hero kecik nak mandi kolam hahaha...



Posing dalam dewan sebelum event start



Sempat posing kat tepi kolam renang sambil tayang Vitamin C hihi...

Cukup la kot hihihi... Nantikan next entry saya okay. Da....


Umi Kalsom Awang Hat
Pengedar Shaklee Puchong
017-499 7159



Sunday, October 22, 2017

RESEPI BEGEDIL VERSI BABY

by , in
Dalam kita dok sediakan makanan untuk bayi bawah setahun kadang-kadang boleh buntu jugak apa nak masak. Asyik-asyik menu tu ja. Betul tak? Anak pun cebek mulut ja bila tengok asyik-asyik menu yang sama.

Haa.. Apa kata buat kelainan sket kali ni. Buat begedil versi baby pulak. Ingat orang dewasa saja ka boleh makan begedil hihihi... Nah tengok gambar kat bawah ni dan penerangan step by step.



Bahan-bahannya

🔺 Kentang Sebiji
🔺 Isi Ayam
🔺 Daun Sup
🔺 Serbuk Bilis - optional (saya tak letak)
🔺 Telur Sebiji (kalau anak dh pass telur baru guna)
🔺 Minyak Utk Menggoreng

Cara-cara

  1. Kupas kentang,potong ayam kecik2 dan racik daun sup kecik-kecik
  2. Steamkan kentang dan isi ayam
  3. Lenyek kentang..isi ayam yg dah steam tu tadi carik2
  4. Masukkan isi ayam dan daun sup ke dlm acuan kentang yg dah dilenyek td..gaul sebati
  5. Masukkan serbuk bilis ..gaul sebati (optional)
  6.  Bentukkan acuan tadi bentuk bulat atau ikut citarasa masing2..
  7. Celup telur dan terus goreng..
Taraa.... Siap... Cuma kalau anak belum pass telur sepenuhnya korang guna telur kuning saja. Kalau dah pass sepenuhnya no hal pakai telur sebiji pun.




♨ Sedia dimakan begitu saja atau dgn bubur/nasi/sup ♨. Goreng yang mana nak bagi anak makan ja. Lebihan frozenkan dan goreng bila nak bagi baby makan. Mudah kan 😉

Selamat Mencuba!!

Kredit : Ekin Tumiran

Psst... Shaklee bakal melancarkan set mandian baby organik. Stay tuned tau. Isnin ni saya share dengan uools. Serius tak sabar sangat.
Friday, October 20, 2017

5 TIPS MEMILIH SUMBER PROTEIN YANG TERBAIK SUPAYA TAK SALAH BELI

by , in
Sejak beberapa tahun kebelakangan ni dunia makanan tambahan semakin rancak berkembang di Malaysia. Macam-macam produk tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Tak terkecuali jugak lambakan makanan tambahan PROTEIN yang diformulasikan untuk kesihatan dan kecantikan.

Persoalannya apakah kriteria penting yang kita kena titikberatkan sebelum memilih protein terbaik sebagai pilihan kita. Jom baca 5 tips yang boleh pertimbangkan sebelum memilih protein terbaik.



1) Protein berasaskan Tumbuhan vs Protein Berasaskan Haiwan?


Kedua-dua protein tumbuhan dan berasaskan haiwan mengandungi kandungan protein yang sama. Walaubagaimanapun sumber berasaskan haiwan seperti daging merah atau bayam mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya dan berpenyakit. Protein soya lebih mudah dihadam terutamanya di kalangan warga tua.

2) Kandungan Kolestrol Tinggi vs Kolestrol Rendah?


Protein soya berasaskan tumbuh-tumbuhan mengandungi sifar kolestrol. Jadi korang tak perlu risaukan kolestrol yang mungkin tersembunyi kerana tumbuh-tumbuhan sifar kolestrol.

3) Kandungan Tinggi Lemak vs Rendah Lemak?


Ayam mengandungi lemak tepu dan transfat. Manakala protein berasaskan tumbuh tumbuhan bebas daripadanya. Jadi makanlah kacang,biji bijiran,tauhu dan bijirin penuh yang memberikan anda protein tanpa lemak berlebihan.

4) GMO vs Bukan-GMO?


GMO (Organisma yang diubahsuai secara genetik) ialah tumbuhan,haiwan,mikroorganisma atau organisma lain yang genetiknya telah diubahsuai menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. GMO dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan. Bukan-GMO bermaksud sumber protein berasaskan soya tersebut adalah TIDAK UBAH GENETIK SAMA SEKALI. Ianya asli dari proses penanaman, penuaian dan proses menjadikan ia sebagai serbuk soya juga dipantau.

5) Sumber Semulajadi vs Sumber yang Diproses?


Seboleh mungkin dapatkan protein anda dalam keadaan semulajadi. Makanan yang diproses mungkin hilang kandungan protein. Apabila anda tidak mendapat protein yang mencukupi daripada diet anda,anda boleh memilih serbuk protein berkualiti tinggi yang memberikan asid amino dan kalsium untuk menguatkan tulang serta gigi.



ESP Soya Shaklee sumber protein yang memenuhi kesemua kriteria pemilihan di atas. ESP memberikan tenaga berterusan, berasaskan protein tumbuhan yang berkualiti tinggi yang


  • Membekalkan 14g protein berasaskan tumbuhan
  • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 nilai tertinggi protein keterhadaman dan protein yang paling berkualiti
  • Mengandungi 9 asid amino
  • Tinggi dengan kalsium
  • Tanpa Kolestrol
  • Protein soya membantu menurunkan paras kolestrol



Untuk Maklumat lanjut tentang ESP sila klik senarai link di bawah

1. Kenapa ESP Soya berbeza berbanding soya biasa
2. Sebab Kenapa ESP soya kesukaan ramai
3. Harga ESP Shaklee

Jika ingin membuat belian secara online klik ESP Shaklee. Tetapi sekiranya inginkan konsultasi atau memerlukan lebih pencerahan boleh la hubungi saya di 017-4997159 (Umie). In Sha Allah layanan mesra 5 bintang sedia menanti hihihi....

Umi Kalsom
017-4997159
Pengedar Shaklee Malaysia
COD : Puchong, Putra Perdana, Putra Height & Kawasan sekitarnya