Saturday, December 01, 2018

Perokok Berisiko menghidap Penyakit Reput Tulang Atau Osteoporosis?

by , in
Lazimnya orang ramai beranggapan penyakit rapuh tulang atau osteporosis hanya berisiko bagi wanita sahaja... Jadi lelaki mengambil ringan keperluan penjagaan dan pengambilan kalsium untuk mengurangkan risiko osteoporosis.

Tahu tak anda perokok juga adalah kumpulan yang berisiko mengalami masalah rapuh tulang atau osteoporosis? 



Osteoporosis adalah gangguan yang membuat tulang yang dahulunya kuat dan sihat menjadi rapuh dan lebih mudah terdedah kepada patah tulang daripada trauma ringan dan tekanan yang lazimnya tidak akan memberi kesan buruk.

Hormon estrogen berperanan untuk memelihara tulang dengan mengatur pengangkutan kalsium ke dalam tulang dan mencegah aktivitis penyerapan tulang oleh sel sel osteoklas ( Sel penghancur tulang). Merokok menyebabkan kadar estrogen di dalam badan menurun dan sekaligus memberi impak negatif  kepada kepadatan tulang




Antara punca lain terjadinya osteoporosis ialah:


  • Terlalu kerap makan makanan ringan (junk food) dan kurang mengambil makanan yang mengandungi kalsium.
  • Minum alkohol berlebihan menganggu pembentukan Vitamin D sintesis yang membantu tulang menyerap kalsium
  • Mengambil garam secara berlebihan - Ia menyebabkan peningkatan kehilangan kalsium di dalam urin (air kencing)
  • Tidak mengambil makanan tambahan secara konsisten - nutrien yang badan perlukan tidak dapat diserap dari makanan seharian.Badan memerlukan lebih daripada itu.
  • Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap osteoporosis.
  • Berumur lebih daripada 65 tahun lelaki dan wanita.
  • Senaman secara berlebihan.

Cadangan Suplemen Shaklee


Untuk menguatkan tulang serta mengurangkan risiko osteoporosis senaman secara berterusan sangat penting. Ia menjadi lebih efisien dan berkesan jika senaman secara berterusan diiringi dengan pengambilan supplemen tambahan yang sesuai.

1.Ostematrix Shaklee 


Ostematrix Shaklee mengandungi 1000 mg kalsium yang berasaskan sumber semulajadi yang mudah diserap. Setiap tablet kalsium mengandungi 400mg magnesium, 400 iu vitamin D, Boron, mangan, tembaga dan zink.

Antara kebaikan Ostematrix ialah:
  • Menghalang pembentukan tulang yang abnormal. Ia membantu meneutralkan kristal di dalam tulang  dalam keadaan saiz dan bentuk yang betul
  • Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang
  • Membantu dalam metabolisma tulang
  • Merangsangkan penyerapan kalsium
  • Membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya.

Ketahui maklumat lengkap tentang Ostematrix Shaklee dengan KLIK Keistimewaan Ostematrix Shaklee

2. Vitamin C



Vitamin C sangat diperlukan untuk pembentukan tulang. Kolagen adalah antara tisu utama di dalam badan. Ia umpama agen pengikat yang akan memastikan semuanya berada di tempat yang betul. Jika level Vitamin C di dalam badan rendah ia akan membuatkan sambungan antara tisu menjadi longgar. Kolagen yang terdapat dalam Vitamin C iaitu proline dan lysine bertindak mengikat tisu tisu tulang dengan lebih baik.

Kekurangan Vitamin C akan menyebabkan 


  • Tulang lebih mudah patah
  • Ikatan tisu di antara tulang menjadi lebih longgar
  • Tiada matrik untuk membina tulang

3. Energizing Soy Protein (ESP)



Mengandungi 9 asid amino yang sangat diperlukan oleh badan tapi badan kita tak mampu hasilkannya sendiri. Sesetengah daripada kita cuba untuk mengamalkan pemakanan sihat dan potong mengambilan makanan berlemak tanpa sedar mereka mengabaikan keperluan protin.

Protein berasaskan soya mengandungi genistein dan daidzein. kedua duanya mengandungi aktiviti estrogen yang lemah. Ia sangat sesuai wanita yang menghampiri menopaus. Sebarang simptom menopause mampu dikurangkan.

Kajian menunjukkan Soy Isoflavones (aktiviti estrogen rendah) mampu melewatkan risiko kehilangan tulang. Mengamal protin soya yang mengandungi soy isoflavones menunjukkan 2% peningkatan kepadatan tulang dan mineral di dalam tulang dalam masa yang singkat.

Ketahui maklumat lengkap tentang ESP dengan KLIK Kelebihan ESP Shaklee


4. Zinc Plus
Zinc membantu meningkatkan tindakan vitamin D, yang diperlukan untuk sintesis protein tisu tulang dan pembentukan osteoklas (bangunan) dan osteoblas (pecahan).


ia adalah penting untuk mengembangkan sel-sel baru. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa wanita yang menderita osteporosis mempunyai tahap darah dan tulang zink hingga 30 peratus lebih rendah berbanding wanita yang mempunyai tulang yang sihat.


Cara Untuk Order Set Tulang Sihat.


Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya 

Umi Kalsom >>>> 017-4997159

Atau klik icon di bawah untuk pembelian secara atas talian.



Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Putra Height
FB : Umi Kalsom Awang Hat





Monday, October 08, 2018

PENYELESAIAN UNTUK MATA SIHAT DAN BERSINAR

by , in
Selain untuk kesihatan dalaman dan kecantikan kulit, Shaklee jugak menitikberatkan kecantikan mata...



Memperkenalkan kepada anda produk baru Shaklee iaitu Youth TM Restoring Eye Treatment...

Restoring Eye Treatment Youth TM Restoring Eye Treatment,produk pelbagai fungsi yang memberikan manfaat anti penuaan hebat dan solusi yang jelas dilihat untuk mata letih, kering atau sembap.  Ya ia bukan sekadar untuk mata.

✅ Mengandungi Peptide Blend unik yang dibuktikan di dalam kajian klinikal dapat mengurangkan penampilan garis serta kedutan di kawasan sekeliling mata dan kedutan di sisi luar lipatan mata atau crow's feet dalam tempoh 7 hari.

✅ Mengurangkan sembap dan lingkaran hitam

✅ Membantu menghilangkan kedutan mata dan menegangkan serta menghidrat

✅ Mempunyai cooling tip unik yang menyegarkan dan memberikan tenaga di kawasab mata dengan urutan lembut.

Jika anda keliru dengan pelbagai krim mata di pasaran, krim ini memenuhi kesemua ciri di bawah:

1. Mengurangkan penampilan garis halus, kedutan dan kedutan di sisi luar lipatan mata
2. Mengurangkan sembap dan lingkaran hitam mata.
3. Membantu Menegangkan  kulit di sekeliling mata
4. Menegangkan dan memghidrat
Melembapkan dan melindungi.

Hebat bukan???

Lengkapkan lagi kesihatan luaran mata dengan memberikan nutrien terbaik kepada mata anda melalui Carotomax Shaklee... Carotomax mengandungi Beta carotene yang tinggi untuk memelihara kesihatan mata.

Baca maklumat lanjut mengenai Carotomax dengan klik link di bawah ni.

Carotomax Shaklee

Jika anda ingin mendapatkan kedua dua produk hebat ini secara dalam talian

 KLIK DI SINI UNTUK PEMBELIAN ONLINE

Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra
FB : Umi Kalsom Awang Hat
Instagram : www.instagram.com/@umikalsomawanghat
Tuesday, September 25, 2018

5 SEBAB MENGAPA ANDA HARUS MENGAMBIL KOLAGEN SETIAP HARI

by , in

Kolagen terkenal dengan manfaatnya terhadap kesihatan terutamanya kulit. Ketahui mengapa kita perlu mengekalkan tahap kolagen optimum dalam badan dan kenapa kita perlu bermula hari ini.


1. Kolagen adalah bahan utama untuk kulit yang lebih tegang.


  30% protein dalam badan kita adalah kolagen. Ia memegang semua sel kulit bersama, mengekalkan keanjalan kulit dan memastikan ikatan bahagian dalaman dan luaran kulit tetap kuat. Pendedahan kepada pelbagai  faktor termasuk umur boleh menyebabkan kulit anda secara beransur-ansur hilang keanjalan dan ketegangan. Tambahkan suplemen kolagen ke dalam rejim suplemen harian anda supaya anda boleh mengatakan tidak kepada kulit kendur dan berkedut.

2. Kolagen Menyokong Kesihatan Sendi


Disebabkan kolagen membentuk blok bangunan asas sendi, ia memainkan peranan penting untuk menyokong kekuatan, fleksibiliti dan pergerakan sendi.  Ia kaya dengan asid amino untuk memberikan sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung seperti tulang rawan, tulang, tendon dan ligamen untuk menyokong gaya hidup aktif anda.

3. Kolagen Menyokong Rambut dan Kuku Yang Lebih Sihat.


Rambut dan kuku kuta memerlukan kolagen untuk kekuatan dan keanjalan.  Dengan mempunyai gudang penyimpanan kolagen yang mencukupi, ia menyokong penyerapan nutrien pada kulit kepala dan membina semula struktur asas kuku, supaya mereka tumbuh sihat, memberikan anda rambut berkilat dan kuku yang kuat.

4. Tambah Penghasilan Kolagen yang Merosot Setiap Tahun


Menurut Pembantu Profesor dermatologi di universiti Pittsburgh dan Pengarah Pembedahan Kosmetik dan Pusat Kesihatan Kulit selepas umur 20 tahun, badan anda menghasilkan kurang 1% kolagen berbanding tahun sebelumnya. Pengurangan ini membawa kepada garis halus, kedutan dan kulit yang kering serta kusam.  Ini tidak sepatutnya menghalang anda daripada kelihatan dan berasa lebih muda tahun demi tahun, jadi mula ambil kolagen sekarang.

5. Kolagen Anda Rosak Setiap Hari


Pencemaran alam sekitar, bahan kimia berbahaya dan sinar UV menghasilkan radikal bebas di bawah kulit anda yang menyebabkan kerosakan termasuk kolagen. Pendedahan berterusan kepada faktor ini dalam jangka masa yang panjang boleh mengakibatkan tahap kolagen menjadi rendah, menyebabkan penuaan pramatang. Walaupun anda tidak boleh mengelakkan diri dari pencemaran ini dan sinar UV,anda boleh mengekalkan tahap optimum kolagen untuk kulit yang sihat, muda melalui pengambilan kolagen harian.

Klik Kepentingan Kolagen Untuk Kesihatan untuk lebih memahami bagaimana Collagen Powder Shaklee berfungsi.


Dapatkan Kolagen terbaik dari Shaklee untuk kulit yang lebih sihat, cantik dan tegang. Klik HUBUNGI UMIE SEGERA untuk mendapatkan Kolagen Shaklee.

Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra
FB : Umi Kalsom Awang Hat
Instagram : www.instagram.com/@umikalsomawanghat


Sunday, August 26, 2018

KEPERLUAN NUTRIEN LENGKAP UNTUK IBU DALAM PANTANG

by , in
Tidak dinafikan seorang ibu yang baru melahirkan cahaya mata sangat lelah dan penat.  Banyak tenaga dihabiskan sepanjang tempoh kehamilan dan proses kelahiran. Saya bercakap begitu kerana ia adalah fakta yang tiada siapa boleh sangkal lagi.

Tempoh berpantang adalah waktu yang sangat penting untuk si ibu kembalikan tenaga, kesihatan dan pulihkan dalaman sepenuhnya. Tubuh badan ibu mengembang berkali ganda demi menyesuaikan saiz badan dan perkembangan pembesaran bayi dalam kandungan.

Ini adalah cadangan set berpantang Shaklee khas buat ibu yang dalam fasa pemulihan tanpa menjejaskan kesihatan si anak yang baru lahir. Sangat lah wajar buat suami untuk menyediakan yang terbaik untuk isteri tercinta yang telah bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka sendiri.


1. Omega Guard


Asid lemak Omega 3 (EPA & DHA) yang terdapat di dalam Omega Guard membantu mengurangkan risiko kemurungan ibu. tersebut. Ia juga membantu meningkatkan fungsi mata dan otak bayi terutamanya dalam tempoh 5 tahun pertama. Untuk bayi ia membantu mengurangkan alahan makanan serta kulit sensitif.

2. Asid Folik ( B Complex)


Asid folik sangat penting untuk ibu dalam pantang .Ia membekalkan tenaga dan menyokong pemulihan selepas bersalin.  Selain itu ia juga membantu mengurangkan risiko tekanan perasaan.  Dalam masa yang sama meningkatkan motor sensor dan perkembangan bayi.

3. Protein (ESP)


Pengambilan protein sangat membantu membekalkan tenaga untuk kecergasan sepanjang hari. Kerana seorang ibu dalam pantang tetap perlu menjaga seorang bayi yang baru menjengah dunia.  Protein menyokong penghasilan susu ibu dan membekalkan nutrien lengkap bagi pertumbuhan bayi.

4. Zat Besi 


Zat besi sangat penting untuk membantu penghasilan sel darah merah untuk menyokong keperluan oksigen anda dan bayi (bayi memerlukan 30% - 50% lebih banyak darah). Selain itu zat besi juga mampu mengelakkan risiko anemia. Jangan terkejut ada ibu dalam pantang meninggal dunia akibat anemia.

5. Vitamin C


Kehadiran vitamin C sangat membantu badan si ibu lebih mudah menyerap zat besi dan asid folik. Ia juga menyokong kesihatan yang baik dan sokongan imun. Telah terbukti pengambilan vitamin c yang mencukupi mampu melindungi ibu daripada mudah terkena selsema dan demam ketika dalam tempoh berpantang.

6. Kalsium


Kalsium sangat diperlukan untuk menghasilkan tulang dan gigi yang kuat. Ia membantu rahim ibu menguncup dengan lebih cepat. Selain itu ia juga melindungi kepadatan tulang kerana kekurangan kalsium boleh mengakibatkan risiko osteoporosis dikemudian hari. Kalsium juga penting untuk perkembangan dan pembesaran bayi kerana susu ibu mengandungi 40% kalsium.

7. Alfalfa


Alfalfa telah digunakan sejak turun temurun lagi untuk meningkatkan penghasilan susu ibu kerana ia berfungsi sebagai galactagogue iaitu penggalak susu. Alfalfa juga sinonim dengan gelaran "Kacip fatimah moden". Ia turut membantu organ dalaman wanita lebih cepat sembuh dari biasa, Selain itu Alfalfa juga membantu melancarkan pergerakan usus dan mengelakkan sembelit ketika pantang.

Testimoni Mereka Yang Dah Merasai Keberkesanan Set Berpantang Shaklee








Set berpantang Shaklee sangat lengkap merangkumi kesemua nutrien yang seorang ibu sangat-sangat perlukan ketika dalam tempoh berpantang. Umie sendiri telah berpengalaman mengamalkan set berpantang lengkap ini untuk dua kali berpantang.

Jika nak sembang-sembang dan tahu apa kesan yang umie dah dapat sepanjang mengamalkan set berpantang ini boleh klik PENGALAMAN DENGAN SET BERPANTANG SHAKLEE.


Anda boleh mendapatkan Set Berpantang Shaklee melalui 3 cara.

Cara Pertama

Untuk membuat pesanan secara atas talian klik SET BERPANTANG LENGKAP SHAKLEE. Anda hanya perlu mengikut arahan yang diberikan dan Produk Shaklee anda akan dihantar sehingga ke pintu rumah anda.

Cara Kedua

Anda boleh menghubungi umie dan membuat pembayaran ke bank pilihan anda samada Maybank, Cimb Bank atau Public Bank. Umie akan membuat pesanan untuk anda dan pos terus ke alamat anda.

Klik link untuk berhubung HUBUNGI UMIE

Cara Ketiga

Hubungi Umie untuk khidmat COD. Kawasan penghantaran ialah sekitar Puchong, Putra Height dan Shah Alam.