Friday, May 06, 2016

7 TIPS LEMBAPKAN KULIT DENGAN CARA YANG SELAMAT DAN BERKESAN

by , in
Cuaca sekarang ni makin tak menentu. Sekejap panas sekejap hujan sekejap teduh sekejap guruh berdentum. Bila panas tu lip lap lip lap bak kata orang utara. Nak buka mata  pun tak sanggup. Cuaca macam ni boleh menyebabkan kulit menjadi kering, bersisik dan menggelupas. 

Kalau semua perasan la panas sekarang ni lain macam. Teriknya sampai terasa panas kat tangan. Lapisan ozon dah makin menipis. Kulit kita mudah menjadi kering, bersisik,kusam dan terbakar (sunburn). So apa yang boleh kita buat untuk lindungi kulit kita supaya tak rosak? Teruskan membaca untuk tahu 7 tips melembapkan kulit dengan cara yang selamat dan berkesan.


7 Tips Lembapkan Kulit


1. Elakkan Mandi Air Panas.


Walaupun pada awal pagi, elakkan mandi dengan air panas kerana ia menyebabkan kulit menjadi lebih kering. Badan kita juga akan mudah jadi lemau dan mata cepat mengantuk. Mandi je dengan air sejuk. Bukan saja menyegarkan badan malah buatkan mata kita lebih bertenaga xde kuyu2 lagi.

.

2. Minum Air Putih Secukupnya


Tahu tak bagi badan kita memerlukan air sebanyak 1 liter bagi setiap 25 kg berat badan kita. Jadi berat badan kita 50 kg bermakna kita perlukan 2 liter air sehari. Bagi ibu hamil, ibu menyusu, atlet atau pekerja yang menggunakan tenaga fizikal lagi lah perlukan air yang lebih lagi. Minum air yang cukup dapat bantu meningkatkan kesihatan dan mengelakkan tubuh kekeringan atau terhidrasi. Bila air cukup kulit akan jadi lembap secara semulajadi.


3. Makan Buah & Sayur


Kalau nak kulit yang cantik dan sentiasa lembap kenalah banyakkan makan buah buahan dan sayur-sayuran setiap hari,  Pastikan buah-buahan dan sayur-sayuran sentiasa ada dalam menu makanan seharian. Dua jenis kumpulan makanan ni kaya dengan pelbagai khasiat yang sangat baik untuk kecantikan dan kesihatan.

.

4. Pelembap Untuk Kulit Wajah


Amalkan tiga langkah iaitu mencuci, menyegar dan melembapkan. Pilih lah pelembap yang sesuai dengan jenis kulit kita. Sebaiknya pilih lah pelembap yang bebas bahan kimia dan berasaskan semulajadi. Biarlah mahal sedikit tetapi tidak membahayakan wajah anda. Sebelum kelaur dari rumah sapu kulit wajah dengan krim pelindung uv.

.

5. Kerap Gunakan Losyen


Mengoles losyen adalah satu kemestian jika anda mahu kulit kekal lembap. Pilih la losyen yang bebas pewangi, berasaskan semulajadi dan bebas bahan kimia. Oles sekerap yang mungkin supaya kulit tak jadi kering terutamanya di bahagian siku, lutut dan tumit kaki.

Anda mungkin berminat untuk membaca :  Krim Semulajadi Tanpa Bahan Kimia

.

6. Petua Tradisi


Bagi anda yang mempunyai tubuh yang kering, amalkan petua ini. Gosok tubuh dengan kelapa parut sebelum mandi, jadikan ramuan ini sebagai lulur. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit halus serta cerah. Untuk wajah pula, boleh cuba untuk lekapkan kubis yang ditumbuk halus. Jadikan kubis ini sebagai masker. Ia akan buatkan kulit wajah lebih segar dan lembap.

.

7. Pengambilan Suplemen


Selain itu, kita juga disarankan amalkan pengambilan suplemen yang boleh membantu menjadikan kulit kita lebih cantik serta sihat dari dalam dan terselah seri pada wajah. Dapatkan suplemen yang semulajadi, selamat dan berkesan. Pastikan rujuk terlebih dahulu samada produk berkenaan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia atau tidak. Pengambilan protin, vitamin c, multi vitamin dan sumber nutrien yang mencukupi setiap hari sangat penting bagi menjadikan kulti kita sentiasa bersedia menentang sebarang cubaan anasir-anasir luar yang nak menganggu gugat sistem pertahanan tubuh badan kita.


Jika kita amalkan kesemua tips-tip ini In Sha Allah kulit dan tubuh badan kita akan sentiasa terjaga, sihat, berseri-seri dan tidak kusam. Macam saya sendiri sentiasa mengamalkan pengambilan set asas untuk kesihatan badan daripada Shaklee setiap hari. Alhamdulillah masalah kulit kusam, tidak bermaya dan tidak sihat dah takde lagi :)

Sekiranya berminat untuk mencuba sebarang produk suplemen Shaklee boleh lah hubungi saya di 017-499 7159.

Sekian Wassalam.