BAGAIMANA NAK BUAT BUKU TABUNG HAJI BARU JIKA HILANG?

Assalamualaikum semua.

Sejak masuk kerja balik lepas berpantang asyik memunggah almari kat bilik cari buku Tabung haji. Nak dekat sebulan jugak la proses mencari. Tengok dalam beg yang selama ni dok simpan segala jenis buku bank pun takde.

Akhirnya minggu lepas saya give up jugak. Terpaksa juga buat buku tabung haji yang baru uhuhuhu.... Nasib badan la tak simpan elok-elok (muka sedih sambil pandang kasut sob3x...)
Hari isnin lepas saya dah selamat buat buku tabung haji yang baru hihihihi.... lawa tau buku yang baru ni. Tak rugi hilang sebab dapat yang lagi lawa...cer tengok gambar kat bawah ni. Cantik kan? 

Hari ni saya nak share dengan korang bagaimana nak buat buku tabung haji baru jika hilang...
Caranya mudah ja. Takyah angkat sumpah bagai hahahha....Sebelum pergi pejabat Tabung Haji PASTIKAN KORANG BAWAK SEKEPING SALINAN KAD PENGENALAN. Yang ni super duper wajib. Pastu jangan lupa bawak kad pengenalan original plak hahahahha... Kalau tak bawak lah suploh keping yang salinan pun korang takleh buat buku baru. 

Pastu korang pergi kat kaunter yang amik nombor tu cakap kata nak buat buku baru sebab hilang. Dia akan bagi korang isi satu borang kehilangan (rujuk gambar kat bawah ni). Korang isilah selengkapnya ya. Kalau tak ingat nombor akaun pun takde masalah sebab diorang boleh trace kan. Kalau korang belum pernah buat penamaan memang Tabung Haji akan suruh korang isi. Nak kemaskini maklumat penamaan pun boleh jugak.
Lepas tu korang tunggu la sampai nombor giliran korang sampai. Setiap kali nak buat buku baru sebab hilang korang akan dikenakan RM5.00 dan akan ditolak terus dari akaun korang. Tak sampai 15 minit siap lah buku tabung haji korang yang baru.... Mudah je kan :).

Semoga perkongsian saya ni membantu korang ya. By the way saya buat buku akaun ni kat Tabung Haji Cawangan Shah Alam kat Plaza Anggerik. Staff-staff kat sana sangat friendly dan efisien tau. Okey korang sekian perkongsian hari ni :). Wassalam

25 comments:

  1. belum buat lagi hehe masih pakai yang cover coklat.. tapi yang ini serius lagi lawa ahhh

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  2. Salam. Nak tanya, kalau buat buku baru tu, duit dalam akaun lama tak burn kan? Dia masuk ke akaun buku baru tu ke?

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam. tak burn sis. dia carry forward masuk akaun baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum klau no akaun kita tak igt mcm mana ya ?

      Delete
    2. Segala detail ada dlm database diorg. Asalkan ada kad ic original kamu tu, diorg blh tlg trace/carikan

      Delete
  4. De org cakap kne beli setem bagai tu btl ke sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde la sis. mudah sangat. just isi borang kehilangan buku kat tabung haji. xde pulak suruh beli setem bagai sis.

      Delete
  5. TQ info.. hilang nak kena buat baru gak esok

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum... thanks for the info... very usefull... 2 - 3 hari jugak mencari buku TH ni... nampaknya kena buat baru la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Alhamdulillah. syok tau dapat buku baru yang lagi cantek.

      Delete
  7. owh.. senang je rupanya..
    info yg sangat- sangat membantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la umie pun ingat rumit dulu hihihi... Buku baru lagi cun plak tu.

      Delete
  8. Ok. Terima kasih ada penerangan kebetulan buku saya pun hilang. hihi

    ReplyDelete
  9. Baru sekejap ni pi buat baru. Kat TH Ipoh x perlu bawa salinan ic. Amat mudah. Cuma TH akan deduct RM5 daripada akaun kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dipermudahkan. Lepas ni boleh la menabung banyak2 ya hihihi.. tq sudi komen

      Delete
  10. Laaa. Saya dari dulu tak buat buku baru sebab masa tu kena buat surat sumpah bagai... mcm ni boleh la pergi branch TH secepat mungkin. Thank you!

    ReplyDelete
  11. Tq sis atas info.. Husband bru buat buku th kmarin utk ank sy..tp hri nie dh hilang..maybe tercicir kt mne2.. Atau misplace. Nk try cri dlu.. Klo dh givr up sgt bru nk buat bru..btw tq ats info sis...

    ReplyDelete
  12. Salam sis, Kalau buku haji tercicir kat mana2, lps tu ada org ambik atau kena curi. Selamat ke duit kita? Hu hu hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klo kad bank dan seangkatan dgn nya klo hilang sila terus report polis. Lps buat report, telfon pd bank yg berkenaan utk bg notis cancel semua transaction. Pergi bank dan buat yg baru

      Delete
  13. kalau tkcukup umur,umur 17 buku hilg bole buat baru ke

    ReplyDelete
  14. Account saya dah lama tak aktif huhuhu. Dalam 7 tahun macam tu. Lepastu saya nak tukar akaun tu kepada akaun dewasa sebab dulu saya daftar bawah umur, jadi mak ayah/penjaga yang daftar. Kalau buku tu hilang, takde apa apa ke?

    ReplyDelete