Wednesday, December 06, 2017

CARA HILANGKAN EKZEMA ANAK TANPA BERGANTUNG PADA UBAT

by , in
Ekzema adalah kondisi kulit kering dan gatal yang selalu menyerang kanak-kanak. Selalunya ekzema akan nampak pada kanak-kanak sebelum berusia 2 tahun.

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopik ni bermaksud kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya kulit menjadi kering, gatal-gatal, merah dan lebih teruk boleh menyebabkan berdarah. Bahagian yang selalunya terkesan ialah tangan,muka,leher,siku dan belakang lutut.

Ekzema menjadi penghalang kepada kulit untuk berfungsi sebaik yang mungkin serta membuatkan kulit bayi lebih senang diserang infeksi dan alergi.

Simptom Penyakit Ekzema

Antara simptom penyakit ekzema yang selalu terjadi:

  • Kulit pecah dan merekah
  • Kawasan kulit tertentu mungkin akan koyak
  • Kulit menjadi sangat kering
  • Rasa gatal yang teruk terutamanya waktu malam
  • Menggaru akan buat kulit terasa tebal
  • Kulit menjadi radang, kemerahan, melepuh dan kadang-kadang mengandungi cecair 
  • Ada tompok lebam kecil, tompok merah atau coklat kelabu

Faktor Penyebab Terjadi Ekzema

  • Pencemaran alam sekeliling
  • Sejarah penyakit dalam keluarga
  • Perubahan emosi (resah dan stress)
  • Allergik kepada makanan dan bahan pengawet
  • Cuaca panas melampau
  • Allergik pada persekitaran yang berhabuk,asap rokok dan bahan kimia
  • Kuat berpeluh
  • Alahan kepada bahan pencuci atau pewangi
  • Menggunakan air berklorin tinggi
  • Alahan pada fabrik tertentu

Jadi sebagai ibu bapa yang ada anak ekzema memang tak lepas dari selalu kena alert apa jua yang berkaitan dengan anak. Basuh baju pun tak boleh sebarangan pakai detergen. Air panas untuk bancuh susu anak kena pantau. Mandian anak pun kena selidik apa ingredient. Pendek kata kena sensitif dan cerewet. Kalau tak merana mata weh tengok anak menggaru sana sini.

Cara Hilangkan Ekzema Anak Tanpa Bergantung Pada Ubat


Haa... sekarang masuk kepada topik asal entry ni. Bagaimana caranya kita nak buat supaya anak ekzema tak perlu bergantung pada ubat selamanya...

Bak kata Dr. Shaklee cara terbaik adalah kembali kepada alam sekeliling... Macam mana tu?????? Bertukar lah selagi boleh apa jua benda yang berkait rapat dengan kegunaan harian anak kita kepada bahan yang berasaskan semulajadi. Yakni bahan-bahan yang digunakan bebas bahan kimia yang boleh merengsakan atau trigger alahan atau ekzema.

1) Bertukar kepada Mandian Semulajadi dan organik



Bulan November yang lepas Shaklee dah lancarkan set mandian Shakleebaby yang memang sangat dinanti-nanti oleh ibu-bapa di Malaysia yang mencari produk natural dan semulajadi sebab diorang risau dengan produk-produk sekarang yang macam-macam kesan sampingan untuk jangkamasa panjang. Set shakleebaby ni dihasilkan setelah 7 tahun dalam kajian. Istimewanya lagi produk shakleebaby diuji selamat oleh pakar pediatrik yang bertauliah tau.

Kalau korang nak tau lebih lanjut klik Shakleebaby. Check it out guys :). 

2) Tukar krim harian kepada krim berasaskan bahan semulajadi

Periksa semula segala krim yang ada kat rumah. Baca ingredient pada setiap krim yang sedang pakaikat rumah. kadang-kadang kita tak perasan ada ingredient dalam krim harian tu tak sesuai untuk keadaan kulit anak kita. Sebab itulah baik 3 hari pastu datang lagi gatal kulit tu.

Umie cadangkan ibu-ibu bertukar kepada krim Herbal blend Shaklee. Bukan saja-saja umie nak up krim ni tapi sebab dia memang bagus. Krim herbal blend adalah bebas paraben, berasaskan bahan semulajadi dan tidak merengsakan kulit bayi.

3. Tukar Pencuci lantai kepada yang berasaskan bahan semulajadi

Ini pun kita kena titikberatkan. Apa jenis pencuci yang kita guna untuk cuci lantai, mop rumah dan lap cermin? Kadang-kadang ingredientnya terlalu sensitif untuk kulit bayi kita. Umie cadangkan bertukar kepada Basic H shaklee. Kenapa umie cadangkan macam tu? Sebab Basic H ni dihasilkan berasaskan bahan semulajadi iaitu ekstrak dari jagung dan kelapa. Ia jugak mesra alam. Sangat pelbagai guna.

Basic H jugak alternatif untuk dijadikan sebagai mandian anak. Basic H bertindak membantu mematikan kuman pada kulit bayi.  Ni umie sendiri pun dah apply kat anak-anak umie. Bila diorang demam pun umie mandikan dengan basic H sebab dia boleh bantu turunkan suhu badan anak.

4. Perisai Semulajadi Untuk Kuatkan Sistem Imun Badan

Ini sesuai untuk mereka yang sistem imun badan selalu lemah. Nutriferon dihasilkan dari ekstrak buah labu dan beberapa ingredient lain lagi. Buat ibu yang masih menyusukan badan sangat elok amal makan Nutriferon supaya khasiatnya akan disalurkan pada baby melalui susu ibu.

Untuk maklumat lanjut klik Apa Nak Buat Bila Ibu Hamil Demam?






Ini hanya lah cadangan berdasarkan kapasiti ilmu yang umi dah dapat dan berdasarkan kepercayaan keberkesanan dan betapa selamatnya produk Shaklee. Walaubagaimanapun pendapat doktor atau mereka yang pakar tentang ekzema jangan diketepikan sama sekali.

Jika ibu-ibu nak mencuba produk-produk yang umie dah cadangkan boleh hubungi umie untuk tempahan. Sekian Wassalam.


Umi Kalsom Awang Hat
017-499 7159
Cod Area : Puchong dan kawasan sekitar.
Pos : Seluruh Malaysia dan Sabah & Sarawak.
Tuesday, December 05, 2017

SET PENJAGAAN SEMULAJADI UNTUK BAYI YANG ORGANIK DAN SEMULAJADI

by , in
Sejak akhir-akhir ni ibu-bapa makin ramai dah makin sedar kepentingan penyediaan barangan penjagaan diri untuk bayi yang SELAMAT, LEMBUT dan ORGANIK.

Tambah lagi merisaukan ibu-bapa bila barangan jenama popular seperti Johnson & Johnson dah buat pengakuan berani mati bahawa produk mereka ada bahan penyebab kanser uhuhuhu... Seram kan?

Sebab itu lah Shaklee telah melancarkan produk penjagaan untuk baby iaitu Shakleebaby kerana mereka memahami keperluan bayi yang hanya menggunakan bahan-bahan yang SELAMAT, LEMBUT dan ORGANIK untuk menghasilkan produk penjagaan kulit terbaik untuk si manja anda.


Keistimewaan Shakleebaby  

  • Diuji oleh pakar pediatrik
  • Bahan semulajadi dan organik
  • Diuji secara klinikal
  • Tidak menimbulkan alahan
  • Bahan yang disahkan organik
  • pH seimbang

Shakleebaby Diformulasi Tanpa:

  •  Paraben
  • 1,4-dioxin
  • Natrium lauril sulfat (SLS)
  • Warna tiruan atau wangian
  • Phthalates
  • Bisphenol-A (BPA)
  • Formaldehid




Umie dah grab satu set untuk Alysha cumil hihihi....


1. Gentle Wash




  • 99% bahan semulajadi dengan 75% bahan organic
  • Mengandungi chamiomile,lavendar dan aloe vera organik, mandian yang menenteramkan,menenangkan dan melegakan kulit.
  • Ianya tidak menimbulkan alahan,mempunyai pH yang seimbang dan diuji untuk sensitiviti, sememangnya sesuai untuk mandian yang pebuh dengan kasih sayang bagi kulit yang lebih lembut.

2. Soothing Lotion


  • Lembut secara semulajadi untuk kulit sensitif
  • Ianya mengandungi chamomile,lkavendar,minyak rosemary, minyak vanila,minyak bunga matahari,minyak biji jojoba dan shea butter organik.
  • Menjanjikan kelembapan yang optimum
  • Menenangkan dan melegakan kulit
  • Mengembalikan nutrien kulit

3.Massage Oil



  • Campuran organik yang menenangkan 
  • Melembapkan kulit dan melegakan kulit
  • Membelai kulit
  • Campuran minyak organik khas
  • Minyak urut yang sangat lembut ini sememangnya sempurna untuk mengurut bayi
  • Mengandungi minyak biji bunga matahari.lavendar dan chamomile.
  • Ia memberikan sentuhan yang lembut dan penuh kasih sayang

Umie secara personally sangat menyarankan ibu bapa cuba set ni. Bila umie sendiri guna untuk baby memang ouas hati sangat-sangat. dah tak risau kesan jangka panjang ke pendek ke sebab sangat selamat. Jangan tak tahu produk Shakleebaby diakui organik dan disahkan selamat oleh pakar pediatric tau. Jangan main-main.

Kalau nak order secara online klik SHAKLEEBABY. Tapi kalau nak order melalui umie boleh ja wassap umie kat 60174997159 at anytime okay.

Ok nanti Umie update lagi ya :)
Friday, October 27, 2017

COUS COUS MAKANAN ALTERNATIF UNTUK BAYI SELAIN NASI

by , in
Cous cous adalah salah satu makanan ruji dan tradisional orang2 negara maghribi. Makanan cous cous nie dijadikan sebagai makanan malam penduduk2 maghribi.

Cous cous adalah antara produk berasaskan bijirin sihat. Ia mempunyai beban glisemik per gram 25% di bawah pasta. Ia mempunyai profil vitamin unggul pasta, mengandungi dua kali ganda riboflavin, niasin, vitamin B6 dan folat, kalsium, fosforus, selenium dan mengandungi empat kali sebagai banyak thiamine dan asid Pantothenic dan pelbagai zat lagi.

Dari segi protein pula, leanne mempunyai 3.6g bagi setiap 100 kalori bersamaan dengan pasta, dan juga di atas 2.6g bagi setiap 100 kalori nasi putih. Tambahan pula, leanne mengandungi 1% lemak nisbah kalori, berbanding 3% bagi beras putih, 5% untuk pasta, dan 11.3% bagi beras pilaf.

Dengan ini ia dapat menguatkan tulang, otot dan sistem imun serta melancarkan peredaran darah.


Ni la Cous Cous yang saya beli. Senang ja cari kat Tesco :)


Cadangan Cara masak Cous Cous :







1) Masak cous cous dlm periuk..macam masak bubur..bila dah kembang, matikan api..letak tepi dulu..

2) Dalam kuali lain, tumis bwg holland menggunakan unsalted butter..kemudian, masukkn carrot dan bunga kobis. Tumis skali sampai masak..matikan api..

3) Campurkan bahan yg dah ditumis td ke dalam cous cous..masukkan juga cheese dan gaul sebati kemudian blend..sedia utk dimakan 😉




Kredit : Ekin Tumiran

1) Masak cous cous dlm periuk..macam masak bubur

2) Kemudian, masukkn puree epal dan puree pear.

3) Gaul sehingga kembang.

4) Titiskan EVO PONDS (Oilve Oil)

5) Sediakan untuk dimakan.

Klik Resepi Bone Broth untuk Bayi 8 bulan ke atas resepi mudah dan berkhasiat.


Mudah kan? Cous Cous memang alternatif untuk ibu-ibu yang super duper busy dan tak sempat nak buat bubur bagai yang memerlukan masa yang lama. Kalau korang buat banyak masukkan dalam bekas kecil pastu simpan tempat beku. Boleh tahan sehingga 3 hari.

Untuk Dapatkan makanan Baby 100% homemade korang boleh intai-intai FB Ekin Tumiran. Pelbagai instant food yang beliau buat sendiri sesuai untuk ibu-ibu yang tak sempat nak spend masa yang lama untuk masak makanan baby.

Untuk dapatkan Olive Oil berkualiti tinggi pulak korang boleh usha-usha FB : Nurizziaty Abd Raup. Korang baca la info pasal Evoo PONS kat FB dia ya.

Nantikan entry menu seterusnya dari saya. Wassalam.
Thursday, October 26, 2017

AKHIRNYA AKU DI SANA......

by , in
Sekian lama saya nanti saat ini.... Sejak join Shaklee awal Januari 2014 saya langsung tak menoleh ke belakang lagi... Saya bergerak perlahan-lahan... Banyak kali tersungkur... Rebah ke bumi....

Banyak kali menerima rejection dari orang disekeliling saya....
Tak kurang jugak yang pandang rendah pada usaha saya nak buat Shaklee.. Sedih bila ingat balik semua tu. Tapi itu semua langsung tak mematahkan semangat saya... Saya jadikan rejection, tanggapan orang yang memandang rendah pada saya sebagai pembakar semangat... Saya nak buktikan betapa saya dah buat pilihan yang tepat.

Bak kata Master Adilah Manaf semasa Master Celebration beliau baru-baru ni jika sekarang anda datang sebagai distributor Shaklee jangan risau satu hari nanti anda akan ada di sini meraikan master celebration anda sendiri. Allahuakbar... menusuk ke kalbu kata-kata insan yang hebat ni uhuhuu....

Actually 7 Oktober 2017 yang lepas saya dapat jemputan untuk menerima award kenaikan pangkat saya yang pertama sebagai SUPERVISOR. Seronoknya tak tau nak cakap la. Sebab dah lama saya mengidam untuk naik pentas terima award. Finally I did it...


Ni la sijil SUPERVISOR yang saya cakap tadi... Speechless bila dapat sijil ni.



Nampak yang sebelah kiri sekali pegang budak lelaki sorang? Itu La saya :)

Kalau orang tanya perasaan saya la... Susah nak jawab. Sebak,sedih pun ada. Tau kenapa saya sedih? Sebab saya tak dapat nak angkut anak perempuan saya naik sekali kat stage. Sebabnya saya terpaksa tinggalkan Alysha kat rumah pengasuh sebab dia demam. Saya berazam pada diri saya PASTI NAIK STAGE LAGI dengan Alysha dan Ashraf pulak.

Saya mohon kawan-kawan yang baca entry saya ni doakan saya berjaya panjat lagi tangga demi tangga dalam hierarki Shaklee sehingga mencapai Master. Tq pada yang sudi doakan saya sob3x.... (tulis sambil menahan sebak).

Jom layan gambar yang saya ambil sepanjang event berjalan. Kalau korang nak jugak lakar kejayaan macam saya anytime ja boleh whatsapp saya di 017.499 7159. Kita berjaya bersama-sama. Sorang lagi Anak Shaklee saya tak dapat hadir iaitu Siti Khadijah. I wish your turn will be next yunk :).



Bakal leader dalam team #gegarsuperlady :)



My mentor, my nanny, my friend. She is adorable



Antara orang kuat di sebalik apa jua yang saya capai selama ni. Thanks uoools




Hero kecik nak mandi kolam hahaha...



Posing dalam dewan sebelum event start



Sempat posing kat tepi kolam renang sambil tayang Vitamin C hihi...

Cukup la kot hihihi... Nantikan next entry saya okay. Da....


Umi Kalsom Awang Hat
Pengedar Shaklee Puchong
017-499 7159



Sunday, October 22, 2017

RESEPI BEGEDIL VERSI BABY

by , in
Dalam kita dok sediakan makanan untuk bayi bawah setahun kadang-kadang boleh buntu jugak apa nak masak. Asyik-asyik menu tu ja. Betul tak? Anak pun cebek mulut ja bila tengok asyik-asyik menu yang sama.

Haa.. Apa kata buat kelainan sket kali ni. Buat begedil versi baby pulak. Ingat orang dewasa saja ka boleh makan begedil hihihi... Nah tengok gambar kat bawah ni dan penerangan step by step.



Bahan-bahannya

🔺 Kentang Sebiji
🔺 Isi Ayam
🔺 Daun Sup
🔺 Serbuk Bilis - optional (saya tak letak)
🔺 Telur Sebiji (kalau anak dh pass telur baru guna)
🔺 Minyak Utk Menggoreng

Cara-cara

  1. Kupas kentang,potong ayam kecik2 dan racik daun sup kecik-kecik
  2. Steamkan kentang dan isi ayam
  3. Lenyek kentang..isi ayam yg dah steam tu tadi carik2
  4. Masukkan isi ayam dan daun sup ke dlm acuan kentang yg dah dilenyek td..gaul sebati
  5. Masukkan serbuk bilis ..gaul sebati (optional)
  6.  Bentukkan acuan tadi bentuk bulat atau ikut citarasa masing2..
  7. Celup telur dan terus goreng..
Taraa.... Siap... Cuma kalau anak belum pass telur sepenuhnya korang guna telur kuning saja. Kalau dah pass sepenuhnya no hal pakai telur sebiji pun.




♨ Sedia dimakan begitu saja atau dgn bubur/nasi/sup ♨. Goreng yang mana nak bagi anak makan ja. Lebihan frozenkan dan goreng bila nak bagi baby makan. Mudah kan 😉

Selamat Mencuba!!

Kredit : Ekin Tumiran

Psst... Shaklee bakal melancarkan set mandian baby organik. Stay tuned tau. Isnin ni saya share dengan uools. Serius tak sabar sangat.
Friday, October 20, 2017

5 TIPS MEMILIH SUMBER PROTEIN YANG TERBAIK SUPAYA TAK SALAH BELI

by , in
Sejak beberapa tahun kebelakangan ni dunia makanan tambahan semakin rancak berkembang di Malaysia. Macam-macam produk tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Tak terkecuali jugak lambakan makanan tambahan PROTEIN yang diformulasikan untuk kesihatan dan kecantikan.

Persoalannya apakah kriteria penting yang kita kena titikberatkan sebelum memilih protein terbaik sebagai pilihan kita. Jom baca 5 tips yang boleh pertimbangkan sebelum memilih protein terbaik.



1) Protein berasaskan Tumbuhan vs Protein Berasaskan Haiwan?


Kedua-dua protein tumbuhan dan berasaskan haiwan mengandungi kandungan protein yang sama. Walaubagaimanapun sumber berasaskan haiwan seperti daging merah atau bayam mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya dan berpenyakit. Protein soya lebih mudah dihadam terutamanya di kalangan warga tua.

2) Kandungan Kolestrol Tinggi vs Kolestrol Rendah?


Protein soya berasaskan tumbuh-tumbuhan mengandungi sifar kolestrol. Jadi korang tak perlu risaukan kolestrol yang mungkin tersembunyi kerana tumbuh-tumbuhan sifar kolestrol.

3) Kandungan Tinggi Lemak vs Rendah Lemak?


Ayam mengandungi lemak tepu dan transfat. Manakala protein berasaskan tumbuh tumbuhan bebas daripadanya. Jadi makanlah kacang,biji bijiran,tauhu dan bijirin penuh yang memberikan anda protein tanpa lemak berlebihan.

4) GMO vs Bukan-GMO?


GMO (Organisma yang diubahsuai secara genetik) ialah tumbuhan,haiwan,mikroorganisma atau organisma lain yang genetiknya telah diubahsuai menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. GMO dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan. Bukan-GMO bermaksud sumber protein berasaskan soya tersebut adalah TIDAK UBAH GENETIK SAMA SEKALI. Ianya asli dari proses penanaman, penuaian dan proses menjadikan ia sebagai serbuk soya juga dipantau.

5) Sumber Semulajadi vs Sumber yang Diproses?


Seboleh mungkin dapatkan protein anda dalam keadaan semulajadi. Makanan yang diproses mungkin hilang kandungan protein. Apabila anda tidak mendapat protein yang mencukupi daripada diet anda,anda boleh memilih serbuk protein berkualiti tinggi yang memberikan asid amino dan kalsium untuk menguatkan tulang serta gigi.



ESP Soya Shaklee sumber protein yang memenuhi kesemua kriteria pemilihan di atas. ESP memberikan tenaga berterusan, berasaskan protein tumbuhan yang berkualiti tinggi yang


  • Membekalkan 14g protein berasaskan tumbuhan
  • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 nilai tertinggi protein keterhadaman dan protein yang paling berkualiti
  • Mengandungi 9 asid amino
  • Tinggi dengan kalsium
  • Tanpa Kolestrol
  • Protein soya membantu menurunkan paras kolestrol



Untuk Maklumat lanjut tentang ESP sila klik senarai link di bawah

1. Kenapa ESP Soya berbeza berbanding soya biasa
2. Sebab Kenapa ESP soya kesukaan ramai
3. Harga ESP Shaklee

Jika ingin membuat belian secara online klik ESP Shaklee. Tetapi sekiranya inginkan konsultasi atau memerlukan lebih pencerahan boleh la hubungi saya di 017-4997159 (Umie). In Sha Allah layanan mesra 5 bintang sedia menanti hihihi....

Umi Kalsom
017-4997159
Pengedar Shaklee Malaysia
COD : Puchong, Putra Perdana, Putra Height & Kawasan sekitarnya
Thursday, September 28, 2017

RAHSIA KULIT WAJAH MAKIN CANTIK DAN TAK KUSAM LAGI

by , in
Bulan ni sana sini orang dok bercakap tentang Set Radiant 4. Ramai sahabat-sahabat saya yang berkongsi perubahan yang mereka dapat setelah mencuba Set radiant 4 ni.

Saya tertarik dan takjub sangat dengan perubahan yang agak ketara pada Puan Girllyen Marcie. Ini adalah testimoni SEBENAR TANPA EDIT OKEY :). Jom baca perkongsian beliau tentang perubahan yang beliau rasai selepas mengamalkan set Radiat 4.

..................................................................................................................................................

Saya adalah pengguna tegar Vivix sejak Mei 2017, dulu pernah juga cuba Vivix, tapi tak konsisten macam sekarang. Kesan Vivix kepada kulit saya tidaklah begitu cepat mungkin sebab saya tidak melindungi kulit dengan sun block bila keluar rumah.


ESP dengan Vita C memang supplement harian saya. Dari mula saya bersama Shaklee sampailah sekarang. Ada jugalah stop setahun dua waktu tidak aktif. Masa itu memang nampak muka kusam, tenaga pun entah ke mana.


Jadi, mula pada bulan Julai saya ambil Collagen pula. Bertekad mau cantik sudah, sebab disangka umur 40an. Perempuan mana yang tidak suka bercantik? Biarpun saya tidak kisah, tapi untuk suami tercinta mestilah mau cantik kan?


30 Julai 2017, saya ambil gambar ini selepas habis 1 kotak Collagen. Sebelum 30/7/17, pori pori saya lagi besar dari ini. Lagi teruklah pendek kata. Jadi saya tambah GLA Complex dari saat itu. Secara tidak langsung, saya amal Set The Radiant 4 bermula dari 30/7/2017.


Semakin hari, saya sendiri merasakan kulit muka saya semakin baik. Jeragat semakin berkurang. Dan yang paling saya perasan adalah kulit tidak lagi kusam macam dulu. Belum flawless lagi, tapi nampak perbezaan selepas 1 bulan.



Harap testimoni saya ini memberi manfaat kepada yang lain. Jangan putus harapan, cuba The Radiant 4, pasti ada harapan. Tidak cuba, janganlah mengharap.

Klik di sini untuk ketahui  4 Nutrien penting Untuk Kulit Sihat 
Nak tahu rahsia Berat badan turun dan hampir bebas ezcema teruk klik DI SINI

Nampak kan berbeza sangat wajah beliau sebelum mengamalkan set lengkap Radiant 4. Jika hati dah teruja jangan berlengah-lengah lagi ya hihihi... Untuk pembelian secara online sila klik Set Radiant 4.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya, Umie di 017-4997159 atau boleh drop email ke umie5zal@gmail.com.

Wednesday, September 27, 2017

WANITA INI BERKONGSI CARA ATASI MASALAH KEPUTIHAN YANG TERUK DAN BERBAU YANG DIALAMI BERTAHUN-TAHUN

by , in
Masalah keputihan dengan wanita memang tak dapat dipisahkan. Kadang-kadang tu di tahap sangat dahsyat yang sampai berbau busuk.  Hubungan suami isteri pun terjejas.  Sila jangan sesekali pandang remeh masalah keputihan ya kawan-kawan semua.

Jom baca pengakuan seorang wanita yang dah berjaya bebaskan diri dari masalah keputihan yang beliau alami selama ni.

[MASALAH KEPUTIHAN TERUK DAN BERBAU YANG DIALAMI BERTAHUN-TAHUN PULIH DENGAN SET KESIHATAN RAHIM]
.

KEPUTIHAN. Sejak zaman anak dara lagi dah ada masalah keputihan ni. Tapi tak tahulah ia makin lama makin teruk bila dibiarkan. Lagi lagi masa sekolah menengah dulu, aktif dengan badan beruniform. Hari hari ada latihan kawad kaki, belum dikira ber”camping” lagi. Bab kebersihan memanglah tak jaga sangat.  Masa tu pula, takdelah didedahkan pasal masalah yang boleh dihidapi di tempat sulit macam sekarang ni. Dulu bab bab tu semua disembunyikan. Ia jadi isu yang memalukan.
.

Keputihan adalah perkara normal bagi setiap wanita. Keputihan dianggap normal jika cecair yang keluar adalah jernih, tak berwarna, tak berbau dan tak berasa gatal-gatal .. Keputihan menjadi bermasalah atau boleh juga dianggap berpenyakit jika cecair berwarna pekat, warna putih kekuningan , berbau , bergumpal dan berasa gatal.
Keputihan ni mulalah sedikit, tapi lama lama ia menjadi teruk bila semakin gatal saat berpeluh. Sehinggakan terpaksa memakai pad pantyliner setiap hari untuk elakkan gatal semakin menjadi jadi. Tapi, tak tahu nak bertanyakan pada siapa untuk elak macamana keputihan tu. Sampaikan, kerap sangat basuh di bahagian tersebut setiap kali gatal, atau membuang air besar. Ke hulu hilir bawa “femine wash” untuk pastikan bahagian tersebut di basuh bersih.
.

Masa mengandung, masalah keputihan semakin menjadi jadi dan bila diajukan pada doktor dan nurse semasa “check up” bulanan, diaorang kata memang itu masalah biasa untuk ibu hamil. Lagi jadi masalah bila perut semakin membesar dan ia menjadi jadi semakin gatal. Ada orang suruh basuh bahagian tersebut dengan air sirih yang direbus dan letakkan daun sirih di bahagian tersebut. Kak Ct buat juga. Tapi sekejap je hilang gatalnya. Esok lusa, ia datang balik.
.

Pernah berjumpa doktor dan doktor pun sahkan masalah keputihan Kak Ct sangat teruk. Jadi doktor masukkan sejenis ubat untuk mengelakkan bakteria merebak ke dalam organ organ dalaman. Ambil juga ubat yang diberikan oleh doktor, tapi hanya seminggu atau selagi makan ubat yang diberikan. Bila tak makan ubat, ia datang balik. Doktor sendiri tak bagi kak ct makan ubat yang dose lebih tinggi sebab masa tu tengah mengandung.
.

Akhirnya, selepas bersalinkan Zafran, dan mencari maklumat berkenaan suplemen penyusuan, terjumpa artikel berkenaan merawat masalah keputihan juga. Macam best, nak cuba juga. Jadi belilah set penyusuan ( ALFALFA, ESP, SR VITAMIN C, B COMPLEX, VITALEA, OSTEMATRIK) dan add on garlic untuk elakkan bakteria semakin merebak dan bantu matikan kulat dibahagian tersebut.
.

Tak sangka, selepas 2 3 bulan konsisten ambil alfalfa dan garlic, masalah keputihan dapat diatasi. Bermula dengan kurang rasa gatal walaupun berpeluh, sehingga dah kurang bau, suami juga akhirnya menegur akan kurangnya masalah keputihan tersebut. Kalau tak, sebelum ni, dia juga komplen akan masalah yang kak ct hadapi. Lama lama, kak ct juga yang malu sendiri dengan keadaan begitu. Ianya, waktu “bersama” adalah waktu yang seronok, tapi ia jadi sebaliknya dengan bau yang tidak sedap dan akhirnya, keinginan itu terus mati disitu. Sedih sangat
.

Tapi kini, Alhamdulillah, walaupun ia tak 100% hilang, ia tidak lagi berbau teruk dan keputihan pun pada tahap yang baik dan hanya datang sebelum 2 3 hari nak haid saja. Pantyliner pun dah lama tak guna. Nak bergerak aktif pun dah tak risau akan berpeluh banyak dan mula gatal gatal. Seronok sangatlah. Garlic dan alfalfa, 2 suplemen wajib yang kak ct ambil hari hari. KITA ENJOYS!!!



Bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Manakala alfalfa pula adalah sejenis herba dan sangat diakui dalam keberkesanan untuk kesihatan dalaman wanita. Alfalfa bertindak sebagai kacip fatimah buat isteri. Kacip Fatimah?? Tau tau jelah apa manfaat nya kan? Yang itu pun kak ct dapat manfaatnya. Buat suami tersenyummm saja. opss

Jika anda ada masalah sebegini jangan berlengah lagi. Hubungi saya untuk dapatkan set bebas keputihan ini 😉.

Umi Kalsom
+017.4997159
Pengedar Shaklee Anda

Kredit : Siti Noriza Salleh
Tuesday, September 26, 2017

TIPS MENDIDIK ANAK CARA PROF MUHAYA

by , in
Sebagai ibu-bapa ni ilmu keibubapaan sampai bila-bila takkan habis diteroka. Bak kata pepatah belajar sampai ke liang lahad. So hari ni saya nak share semula tips mendidik anak cara Prof Muhaya. Bukan apa senang untuk rujukan di saat memerlukan. Selamat membaca.



Sedekahkan Al Fatihah Tiapkali Teringat Anak

1. Kalau tiba-tiba teringat pada anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "Iyyakana'budu waiyyakanasta'in" ("Hanya kepada Mu kami menyembah dan hanya kepadaMU kami memohon pertolongan."), mintalah apa-apa hajat saat itu yang ada hubungannya dengan anak yang kita ingat saat itu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semoga anak kita diberi kepahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

Selalu Bercakap Apa Yang Kita Nak Anak kita Buat Waktu Anak Sedang Tidur

2. Pandang wajahnya saat dia tidur, ucapkan...."Ibu mau (nama anak) jadi anak yang sholeh, sayang..."
Coba amalkan (seperti kata Ustadz, kata-kata ini bermakna kita bercakap dengan rohnya)
dan ucapan ini adalah DOA, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Solat Malam Di Sisi Anak/Dalam Bilik Anak

3. Bangun shalat malam, shalat lah disisinya. Maksudnya kita shalat dalam kamar dia dan dekat dengan ananda. Jika Kita sering melakukannya dan kita juga selalu beritahu dia bahwa kita sering doakan dia, dia akan merasakan satu  ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita sangat sayang pada dia dan mau dia jadi anak yang sholeh. Dia akan tahu kita selalu shalat hajat untuknya.

Minta Dikasihani

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap saat bahwa kita ini sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tidak jadi anak sholeh bermakna dia tidak sayang kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

Peluk Anak Selalu Walaupun Dah Besar

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita sayang dia saat kecilnya. Aura ciuman dan belaian Ibu sambil bisikkan padanya bahwa kita bangga mempunyai anak sepertinya.

Maafkan Kesalahan Anak Setiap Waktu

6. Maafkan anak kita setiap waktu walaupun perbuatannya amat melukai hati kita. Muhasabah diri, mungkin kesalahan yang anak kita lakukan itu adalah karena dosa-dosa kita di masa lalu.

Jaga Tutur Kata

7. Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang bisa melukai hatinya. Jika ini terjadi juga karena kita khilaf, cepat-cepat cari waktu yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, kita marah karena dia berbuat salah, bukan bermaksud membenci.

Amalkan Membaca Ayat 40 Surah Ibrahim

8. Amalkan membaca ayat 40 Surah Ibrahim supaya kita, anak kita dan keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan sholat.
(Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat,
Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku)

Selalu Ingatkan Anak Pentingnya Akhlak Mulia

9. Selalu ingatkan anak bahwa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, harta, hafal Quran sekalipun... jika tidak mempunyai akhlak yang mulia. Allah tidak melihat wajah yang cantik/ tampan tapi melihat hati yang cantik.

Jaga Amalan Ketika Sedang Menyediakan Makanan Untuk Anak

10. Saat mencuci beras niatkan... "Ya Allah...lembutkanlah hati anak-anakku, sebut nama anak kita... untuk paham agamanya..... (kenapa kita mau dia paham agama, karena anak yang tak paham agama akan bawa orangtuanya juga ke neraka).... seperti engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ".
Cuci beras lawan arah jam (putar kekiri seperti orang thawaf ) sambil sholawat kepada Nabi Muhamad saw.
Hati jangan lalai saat melakukannya, dan ingat kepada Allah selalu, aamiin 3x YRA...

Semoga bermanfaat buat kita semua. Wallahualam.

Sumber : Prof.  Dr. Muhaya
Thursday, September 21, 2017

RAHSIA BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN, CANTIKKAN KULIT DAN KURANGKAN MASALAH EZCEMA SERENTAK

by , in
Bila berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan, kulit pulak kusam dan berparut memang stress
Ditambah stress lagi masalah ezcema pun menyerang jugak di bahagian muka dan tangan.

Kesian sangat sis ni. Kalau kita kat tempat dia gamaknya yang mana satu nak settlekan dulu???.

Ikuti kronologi kisah sis ni sejak beliau perasan banyak betul masalah yang beliau hadapi.


2014 - Beliau menghadapi masalah berat badan yang berlebihan sehingga membuatkan keyakinan diri menurun. Kulit beliau jugak kusam dan tak berseri.

2015 - Beliau mula menghadapi masalah ekzema yg teruk di muka dan tangan ketika hamil anak yg keempat menyebabkan kulit berparut. Berat badan kian bertambah dengan mendadak.


Sehinggalah akhirnya beliau bertemu dengan sinar untuk merungkai masalah yang beliau hadapi iaitu Set Radiant 4. Sejak tahun 2016 beliau mula amalkan ESP, VITAMIN C, GLA COMPLEX & COLLAGEN SHAKLEE utk rawat masalah yg di hadapi. Tabah ja beliau konsisten makan kesemua set Radiat 4 setiap hari.

Alhamdulillah pada tahun 2017 masalah ekzema semakin berkurangan,  kulit semakin lembab, parut makin berkurangan dan dah dpt berat ideal. Yeayy!!!


Ketahui Nutrien Penting untuk kulit sihat dengan klik  4 Nutrien Penting Untuk Kulit Yang Sihat Dan Cantik

Teruja tak? Berbeza gila sebelum dan selepas kan??????... Haaa apa tunggu lagi jom la try. Kalau nak beli secara online klik SET RADIANT 4. Nak berhubung dengan saya pun boleh ja. Hubungi 017.4997159 untuk konsultasi secara percuma.

Umi Kalsom
017.4997159
Pengedar Shaklee Puchong
Sunday, September 17, 2017

4 NUTRIEN PENTING YANG PATUT ADA UNTUK KULIT CANTIK BERSERI

by , in
Pernah tak terdetik di fikiran macam mana la sesetengah orang mempunyai kulit yang sihat dan berseri? Sering kali jugak la tertanya-tanya apa la yang kita perlukan untuk dapatkan kulit yang cantik dan menawan.

Puas saya cari info akhirnya jumpa juga apa ynag sepatutnya kita ambil setiap hari.... Kalau nak tahu apadia yang saya maksud kena lah teruskan membaca ya :).

Terdapat 4 nutrien yang sangat diperlukan oleh kulit kita iaitu :

1) Protein untuk membina Kulit Yang Sihat


Badan kita sebenarnya dihasilkan dari protein dan dengan itu untuk memiliki kulit yang sihat berseri pengambilan protein yang mencukupi adalah sangat penting kerana ia:

  • Membekalkan asid amino yang penting yang tidak dihasilkan oleh tubuh badan kita untuk fungsi kulit yang optimum
  • Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat
  • Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit
  • Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit
  • Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari

2) Tingkatkan Keanjalan Dengan Kolagen


Kolagen adalah struktur penting untuk kulit anda. Ia mengekalkan kulit anda dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur. Berita baiknya adalah badan kita boleh menghasilkannya sendiri. Walaubagaimanapun semakin meningkat usia jumlah kolagen yang dihasilkan makin berkurang. Risiko kulit berkedut dan kendur pun turut meningkat jugak. Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan dan mulalah mengambil kolagen sekarang untuk 

  • Kulit yang lebih anjal
  • Mengurangkan kedutan
  • Mengurangkan parut 

3) Perlindungan Antioksida dengan Vitamin C

Vitamin C yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikalbebas. Walaubagaimanapun badan kita tak mampu untuk menghasilkan vitamin C dan pengambilan vitamin C membantu untuk:

  • Mengurangkan kedutan,melegakan kulit yang kering dan kasar
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit
  • Membantu dalam penyembuhan luka
  • Mempertahankan kulit daripada radikal bebas

4) Kekalkan Kelembapan Kulit dengan GLA

Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya asid gamma-linolenic (GLA). Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga:

  • Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Melawan keradangan

Dapatkan kesemua nutrien penting ini dengan mengamalkan SET RADIANT 4 yang memenuhi kesemua syarat yang diperlukan untuk kulit yang cantek,anjal, awet muda dan sihat. Ia lengkap mengandungi protein, vitamin C, kolagen dan juga GLA.

Dah ramai yang mulai menuai hasil yang sangat menakjubkan. Antara testimoni mereka yang dah berjaya mendapat kebaikan dari pengambilan SET RADIANT 4 seperti di bawah ini :





Klik Radiant 4 untuk pembelian secara online. Jika ingin mendapatkan konsultasi secara percuma dan mendapatkan maklumat lanjut boleh la hubungi saya di talian 017 499 7159. 


Pengedar Shaklee Puchong
Umi Kalsom Awang Hat
Kawasan COD >>>> Puchong Perdana, Puchong Prima, Saujana Puchong, Bandar Puteri & Puchong Prima



Tuesday, September 05, 2017

Homemade Bone Broth untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas

by , in

Sejak Alysha masuk ja umur 6 bulan memang saya dah start research menu-menu yang sesuai ikut peringkat umur Alysha. Waktu Ashraf kecik dulu dia tak merasa air tangan mama macam ni sob3x... Apa nak buat pendedahan tak berapa ada waktu tu.


Hari ni saya nak share dengan semua mommies resepi yang korang boleh try untuk anak yang dah berumur 8 bulan ke atas. Ini la dia Bone Broth aka sup tulang hasil dari sup tulang guna Noxxa semalam.  Kalau pakai periuk biasa ambil masa 3-4 jam.  Saya guna tulang daging lembu korban. Bone broth ni elok sangat jika kita bagi baby berumur 8 bulan ke atas.

Actually untuk buat bone broth boleh guna ayam, kaki ayam, rangka ayam,leher ayam.  Ikut lah mana yang ada. Ikut kreativiti masing-masing. Janji bahan-bahan yang penting wajib ada.

Khasiat Bone Broth


Banyak sangat khasiat bone broth ni. Ia boleh dijadikan penawar melawan virus. Konsepnya gini lawan virus kena lawan dengan protein.  Baby hirup protein dan semua zat-zat yang ada dalam sup tulang. Memang itu la target saya nak sediakan yang terbaik untuk Alysha minum hari-hari. Lagipun sekarang ni virus sana sini. Kita kena sediakan perisai yang terhebat untuk anak-anak kita.

Selain itu bone broth ada banyak lagi khasiat dan kebaikan seperti dalam jadual bawah ni.


Resepi Mudah Bone Broth


Bahan-bahannya

Bawang holland - 1 biji
Bawang putih - 3 ulas
Lobak - 2 batang
Tomato - 1 biji
Saderi - 2 batang (saya gantikan dengan daun sup sbb saderi takde)
Halia - 2 inci
Kaki ayam/rangka ayam/leher/tulang ayam

Cara Masak.


1.    Satukan semua bahan dan masak sehingga tulang lerai 3-4 jam.  Kalau guna pressure cooker atau noxxa 45 - 60 minit (kalau tulang besar 60 minit)
2.    Sejukkan dan tapis amik air

Bila dah sejuk tapiskan dan buang lemak-lemak berketul kat bahagian atas sup. jangan la masukkan sekali lemak-lemak tu ya hihihi.... Saya masukkan dalam bekas plastik ais krim.  Lepas tu bekukan.  Boleh masukkan dalam bubur untuk dijadikan sup bagi anak makan setiap hari.  Lobak plak boleh blend atau lenyekkan masukkan dalam bubur anak. Lepas dah settle asingkan kuah sup untuk anak jangn dibuang pulak tulang daging lembu tu ya. Macam saya terus tumis darat 3 sekawan,halia,bwg dan cerah dalam sup tadi. jangan lupa masukkan garam dan perasa. serampang 2 mata kan hihihi.....





Selamat mencuba 😊. In Sha Allah sangat berkhasiat untuk si comel kita semua. Kalau nak cuba suplemen shaklee boleh hubungi saya di 017.4967159 ya. Nanti saya share resepi lain lagi ya. stay tuned.


Thursday, August 24, 2017

PESANAN BUAT INSAN BERUMUR 45 TAHUN KE ATAS

by , in
Saya kongsikan sedikit pesanan Prof. Dr. dr. Bhenny Karim. *USIA 45 KE ATAS SEBAIKNYA SUDAH TIDAK USAH FOKUS MEMBURU MAKANAN. PERBANYAKKAN REKREAKSI DENGAN MENJAGA KESIHATAN*

*Kepada Insan yg Telah Berusia 45 Thn ke atas, Lebihkan Disiplin Menjaga Kesihatan*.



Proses Penuaan (Aging Process) sudah Bermula Sejak Umur 32 Tahun dgn mulanya Penurunan Fungsi Organ-organ* (seperti Ginjal/ Buah Pinggang, Hati, Hypophyse dsbnya) dan *Penurunan Hormon-Hormon* (seperti Testosteron, Growth Hormon, Coenzym Q10, Melatonin dan Antioxydant).

Pada Usia 45 thn bermula penurunan Estrogen utk Wanita & penurunan Hormon Progesteron dan Testosteron utk Lelaki.

Penuaan Adalah Suatu 'Penyakit' yg Berlangsung Kronik yg Sebenarnya Tidak Dapat Dicegah, Diubati dan Dikembalikan Menjadi Muda.

Penuaan Bukanlah Hukuman, tetapi Akibat 'Perintah Genetik.'

PENYAKIT YANG MUNCUL AKIBAT PROSES PENUAAN


1. Osteoporosis.

2. Metabolic Syndrome menjadi penyebab Penyakit Cardiovasculer (seperti Strok, Penyakit Jantung Koroner dan Hypertensi Renal).

3. Cancer (seperti Payudara, Colorectal/Usus, Prostat, Ovarian).

4. Alzeimer (Pikun).

5. SD (Sexual Dysfunction).

APA YANG HARUS DILAKUKAN?

1. LATIH GERAK.
Jalan kaki sekurang-kurangnya 3-5 km/hari dapat membantu mencegah Osteoporosis (Rapuh Tulang) dan Hypertension.

2. SENAM OLAH NAFAS
Lakukan senaman seperti Pranayama, Orhiba, Cikung, Yoga dsb 2 kali seminggu. Paru-paru perlu latihan Deep/Maximal Breathing untuk meningkatkan aliran darah di alveoli dan menuras CO2.

3. KURANGKAN KARBOHIDRAT
Sila pastikan makan Protein, Buah & Sayur-sayuran secukupnya.

4. JAGA BERAT BADAN
Pastikan BMI Tak Boleh Lebih 30.

5. TEKANAN DARAH TIDAK BOLEH LEBIH 140/90.
Periksa BP pada setiap minggu.

6. KADAR GULA DARAH PUASA TIDAK BOLEH LEBIH 110, Trigliserida 150, HDL Harus Lebih 50.
Amalkan memeriksa darah sekurang-kurangnya setiap 6 Bulan.

7. WANITA WAJIB BUAT MAMMOGRAM dan PAP SMEAR Setiap Tahun.
Kesan Awal Kanser Servik dan Payudara. Kesan awal supaya risiko terkena dapat dikurangkan.

8. ISTIRAHAT YANG CUKUP
👉Tidur 6-8jam sebaiknya seawal jam 10 malam.
👉Matikan Lampu (Merangsang Growth Hormon).
👉Jangan Makan 3 jam Sebelum Tidur (Mencegah GERT & Sesak).
👉Bantal Rendah (Meningkatkan Oksigen ke Otak).
👉Miring ke Kanan (Mengurangi Beban Jantung).

9. KURANGKAN STRES
👉Jgn bekerja di Luar Kapasiti/ Kemampuan
👉Perbanyak Rasa Syukur, Doa atau Meditasi
👉Sentiasa Perbaiki Kualiti Ibadah, Iman, Sosial & Hiburan yg Positif
👉Perbanyak Masa Santai, Gurau-senda dan Erat Silaturahim.
👉Elakkan Marah-marah atau terlalu Emosi, hindari hal-hal yg berpotensi membuat sedih (Hukum/Permusuhan), Hadapilah Segalanya dgn Senyum Bahagia.
👉Lebih Bijaksana dlm Penggunaan Harta (Berhemah) dan Selalu Ingat kepada yang Tersayang.

10. BANYAKKAN MEMBACA.
👉Bacalah bahan bacaan yg bermanfaat utk latihan otak seperti Al-quran, novel, kitab2 dsbnya._

Untuk membantu melambatkan kesan penuaan bagus juga untuk mula mengamalkan makanan tambahan untuk kesihatan yang menyeluruh. Pengambilan Vivix mampu mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular, melambatkan proses penuaan serta melindungi sel-sel badan dari dirosakkan oleh serangan radikal bebas.

Pengambilan protein dari ESP yang mana sumbernya adalah kacang soya, bebas kolestrol dan sangat baik untuk tabiat pemakanan sihat setiap hari. ESP mampu merangsang regenerasi kulit, mengurangkan kedut dan mempertingkatkan pigmentasi.Imbangi badan kita dengan pengambilan Vitamin C, Vita Lea dan B Complex untuk mempertingkatkan kadar serapan vitamin dan mineral ke dalam badan kita. Untuk order secara online klik Set Tenaga Untuk Kehidupan.

Umi Kalsom Awang Hat
Call/Whatsapp/SMS 017-499.7159
Pengedar Shaklee Puchong

COD : Puchong, Saujana Puchong, Puchong Utama, Putra height
Pos : Seluruh Malaysia

Sunday, August 13, 2017

KESAN AKIBAT MAKAN VITAMIN C SELAMA SEBULAN YANG SANGAT MENGEJUTKAN

by , in
Ramai orang zaman sekarang sangat obses untuk kelihatan cantik.  Kebanyakan sanggup berhabis wang ringgit malah ada yang cecah puluh ribu 😱😱😱. Kat mana silapnya???  Malah ada yang tersilap pakai produk sehingga wajah menjadi berjerawat teruk dan kusam.

Al kisahnya 7 July yang lepas saya dapat whatsapp dari seorang customer dari Puchong.  Customer saya ni seorang pelajar sekolah menengah.  Katanya wajah dia berjerawat teruk akibat pernah tersalah pakai produk. Produk  xxxxx.  Biar lah rahsia ya.

10 July 2017 saya pergi hantar kat customer saya ni.  Ina namanya.  Saya explain siap2 bahawa makan vitamin C memang akan ambil masa untuk ok. Nak repair dalaman badan secara natural memang akan makan masa.

Alhamdulillah Ina angguk menandakan faham.  Saya explain cara makan blablabla....  Saya explain jugak vitamin C ni boleh jugak dibuat masker. Makin la teruja Ina nak try hihihi..

2 minggu lepas customer makan vitamin C saya whatsapp follow up.  Kot la dah mula dapat kesan ke kan.  Alamdulillah walaupun wajah Ina belum nampak perubahan lagi tapi Ina dapat banyak kebaikan lain.

Antara perubahan yang adik Ina dah alami ialah senang membuang. Padahal sebelum ni nak membuang seminggu sekali pun susah.  Siap package sakit bila nak membuang tau. Mau tak hepi beb.  Takde la stress bila masuk bilik kecik 😁😁.


Ina bagitau jugak yang sekarang dia mudah sangat tidur malam.   Dulu dia jenis yang payah nak tidur.  Ala-ala insomnia la jugak.  Sekarang kejap ja dah belayar.  Best sangat kan hihihi....  Takyah terkebil-kebil kira cicak melintas kat siling lagi hihihi....



Lagi satu perubahan yang dia paling suka ialah dia dah tak mengantuk dalam kelas. Bila fikir balik itu lah kebaikannya bila tidur malam berkualiti dan takde masalah susah nak tidur.  Bangun pagi badan kita dalam keadaan dah cukup rehat dan bersedia untuk sedut ilmu sepanjang hari. Lepas Ina bagitau perubahan yang dia dapat saya tak follow up dah. Cadangnya nak follow up bila dah cukup sebulan Ina consume Vitamin C.

Hampir sebulan kemudian..... 

Tengah siapkan alysha lepas mandi ada whatsapp masuk. Tettttt....  Rupanya Ina anta perubahan gambar dia lepas sebulan konsisten makan Vitamin C.  Yehuu... Serius ahkak hepi dapat bantu adik ni sembuhkan muka yang berjerawat teruk lepas silap pakai produk.


Ina cakap jerawat dia dah kering dan tak timbul lagi dah.  Kulit dia pun dah makin cerah.  Wow....  Saya memang hepi sangat. Rupa-rupanya Vitamin C bertindak baiki keadaan kesihatan yang lebih kritikal dulu seperti susah nak membuang, susah nak tidur dan suka mengantuk di siang hari.  Dah settle yang tu baru la dia bertindak rawat wajah pulak....  Nampak tak betapa banyak kebaikan dari sebotol Vitamin C.

Wow... Best gila kan 😍😍😍. Tu baru sebulan tau. Boleh tengok testimoni hot dari oven kat komen 😁😁

Psst....  Vitamin C ni sebotol RM97.50 dan tahan selama 6 bulan.  Kastemer ni student tau 😉😉. Jika korang nak beli direct secara online klik Vitamin C .

Umie +6017.4997159
Saturday, July 22, 2017

KENAPA PERLU BERPANTANG DENGAN SEMPURNA?

by , in

Saya selalu dengar cerita sahabat-sahabat yang bagitau badan dah mula sengal-sengal akibat tak berpantang dengan betul.  Ada banyak kekangan yang terpaksa dilalui saat dalam pantang. Ada yang dalam pantang pun takde pilihan lain sebab terpaksa jugak jaga anak-anak yang lain. Yang sedihnya ada jugak sesetengah orang ambil mudah bab berpantang. kuno katanya uhuhu....  


Kenapa Penting Berpantang dengan Sempurna? 


Cuba saudara saudari bayangkan 9 bulan mengandung dengan keadaan perut yang membesar berkali ganda, bebanan pada kaki yang berlebihan, hormon tak menentu dan macam-macam lagi. Jadi dalam tempoh berpantang adalah masa yang terbaik untuk bantu tubuh badan kita seorang ibu untuk kembali ke bentuk asal secara semulajadi. Berapa banyak yang dah longgar, angin dah masuk ke segenap ruang urat dan rongga badan. 

Berpantang sebenarnya sangat-sangat penting untuk proses pemulihan tubuh badan dan emosi ibu. Selalunya ibu berpantang bagi tempoh 44 hari. Ada juga yang melanjutkan sehingga 100 hari untuk tidak bersama suami demi kebaikan jangka masa panjang.

Berpantang juga harus lah dengan memberi ruang ibu bersalin merehatkan diri, mengurangkan pergerakan yang tidak perlu, makan makanan yang bersesuaian sahaja,dan pakai pakaian yang longgar serta sentiasa berstokin. Makanan yang berminyak wajib dielakkan sekurang-kurangnya selama 2 minggu pertama berpantang.


Ada sesetengah ibu mengalami banyak komplikasi ketika melahirkan anak seperti uraf saraf tegang la, banyak tumpah darah la, bayi kuning, kejang kaki yang teruk, bersalin secara pembedahan dan banyak lagi. Jadinya bila selesai proses melahirkan anak badan ibu sangat-sangat lemah. Emosi jadi sangat fragile. Jadi jika orang disekeliling abaikan penjagaan ibu dalam pantang apa akan jadi pada emosi mereka? Jangan sampai kena bentan dik non. Sangat menyeksakan bentan ni. Nak tahu baca link bawah ni.


Apa Yang Patut Suami atau Ibu Bapa lakukan? 


1) Bantu la mereka berpantang dengan sebaiknya. 
2) Sensitif la dengan perubahan emosi mereka.  Jaga pertuturan
3) Ringankan tangan untuk menolong menjaga bayi dan anak2 yang lain untuk bagi ruang isteri berehat
4) Cari bidan atau tukang urut bagi memperbetulkan urat, lenguh2 badan si isteri.   5) Jaga pemakanan mereka.  Jangan makan sebarangan depan mereka
6) Sediakan lah makanan tambahan untuk bantu badan mereka pulih seperti sediakala.

Hadiahkan set berpantang Shaklee buat isteri supaya mereka boleh sembuh dengan cepat dan sempurna. Set berpantang Shaklee bantu dalaman mereka cepat sembuh dan mengembalikan tenaga mereka walaupun terpaksa berjaga malam.  Ingat tau bila badan sihat, emosi turut jadi ok dan susu badan In Sha Allah melimpah ruah untuk bayi anda. Sayangi lah isteri anda 😊


Umi Kalsom.
Pengedar Shaklee Puchong
Call/PM/Whatsapp 017.4997159
Cod : Puchong,  Putra Height, Saujana Utama, Saujana Puchong, Bandar Puteri



Saturday, July 08, 2017

VITAMIN UNTUK KURUS,MINDA SIHAT DAN ELAK NYANYUK

by , in
Tau tak Lecithin Shaklee bukan saja bagus untuk kuruskan tapi ia juga membantu mengasah minda yang sihat dan mengelakkan nyanyuk? Haaa... Tak tau kan... Meh baca meh.


APA FUNGSI LECITHIN ?


● lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran.

APA KANDUNGAN LECITHIN ?


● lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang soya di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol
● lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu

APA FUNGSI KOLINA ?


● kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan
● kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf
● maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas tau.

Haaa... Nampak tak kebaikan Lecithin sangat hebat kan?so apa tunggu lagi??? Takkan nak biarkan orang lain saja yang rasai kebaikan Lecithin?


Boleh hubungi 017.4997159 samada melalui message atau whatsapp. Penghantaran dibuat secara cod kepada mereka yang berada di sekitar Puchong dan kawasan yang berdekatan.

Untuk tahu cara makan Lecithin untuk kuruskan badan klik Cara Makan Lecithin Untuk Kuruskan Badan