Showing posts with label Resepi makanan bayi umur 8 bulan ke atas. Show all posts
Showing posts with label Resepi makanan bayi umur 8 bulan ke atas. Show all posts
Friday, October 27, 2017

COUS COUS MAKANAN ALTERNATIF UNTUK BAYI SELAIN NASI

by , in
Cous cous adalah salah satu makanan ruji dan tradisional orang2 negara maghribi. Makanan cous cous nie dijadikan sebagai makanan malam penduduk2 maghribi.

Cous cous adalah antara produk berasaskan bijirin sihat. Ia mempunyai beban glisemik per gram 25% di bawah pasta. Ia mempunyai profil vitamin unggul pasta, mengandungi dua kali ganda riboflavin, niasin, vitamin B6 dan folat, kalsium, fosforus, selenium dan mengandungi empat kali sebagai banyak thiamine dan asid Pantothenic dan pelbagai zat lagi.

Dari segi protein pula, leanne mempunyai 3.6g bagi setiap 100 kalori bersamaan dengan pasta, dan juga di atas 2.6g bagi setiap 100 kalori nasi putih. Tambahan pula, leanne mengandungi 1% lemak nisbah kalori, berbanding 3% bagi beras putih, 5% untuk pasta, dan 11.3% bagi beras pilaf.

Dengan ini ia dapat menguatkan tulang, otot dan sistem imun serta melancarkan peredaran darah.


Ni la Cous Cous yang saya beli. Senang ja cari kat Tesco :)


Cadangan Cara masak Cous Cous :







1) Masak cous cous dlm periuk..macam masak bubur..bila dah kembang, matikan api..letak tepi dulu..

2) Dalam kuali lain, tumis bwg holland menggunakan unsalted butter..kemudian, masukkn carrot dan bunga kobis. Tumis skali sampai masak..matikan api..

3) Campurkan bahan yg dah ditumis td ke dalam cous cous..masukkan juga cheese dan gaul sebati kemudian blend..sedia utk dimakan 😉




Kredit : Ekin Tumiran

1) Masak cous cous dlm periuk..macam masak bubur

2) Kemudian, masukkn puree epal dan puree pear.

3) Gaul sehingga kembang.

4) Titiskan EVO PONDS (Oilve Oil)

5) Sediakan untuk dimakan.

Klik Resepi Bone Broth untuk Bayi 8 bulan ke atas resepi mudah dan berkhasiat.


Mudah kan? Cous Cous memang alternatif untuk ibu-ibu yang super duper busy dan tak sempat nak buat bubur bagai yang memerlukan masa yang lama. Kalau korang buat banyak masukkan dalam bekas kecil pastu simpan tempat beku. Boleh tahan sehingga 3 hari.

Untuk Dapatkan makanan Baby 100% homemade korang boleh intai-intai FB Ekin Tumiran. Pelbagai instant food yang beliau buat sendiri sesuai untuk ibu-ibu yang tak sempat nak spend masa yang lama untuk masak makanan baby.

Untuk dapatkan Olive Oil berkualiti tinggi pulak korang boleh usha-usha FB : Nurizziaty Abd Raup. Korang baca la info pasal Evoo PONS kat FB dia ya.

Nantikan entry menu seterusnya dari saya. Wassalam.
Sunday, October 22, 2017

RESEPI BEGEDIL VERSI BABY

by , in
Dalam kita dok sediakan makanan untuk bayi bawah setahun kadang-kadang boleh buntu jugak apa nak masak. Asyik-asyik menu tu ja. Betul tak? Anak pun cebek mulut ja bila tengok asyik-asyik menu yang sama.

Haa.. Apa kata buat kelainan sket kali ni. Buat begedil versi baby pulak. Ingat orang dewasa saja ka boleh makan begedil hihihi... Nah tengok gambar kat bawah ni dan penerangan step by step.



Bahan-bahannya

🔺 Kentang Sebiji
🔺 Isi Ayam
🔺 Daun Sup
🔺 Serbuk Bilis - optional (saya tak letak)
🔺 Telur Sebiji (kalau anak dh pass telur baru guna)
🔺 Minyak Utk Menggoreng

Cara-cara

  1. Kupas kentang,potong ayam kecik2 dan racik daun sup kecik-kecik
  2. Steamkan kentang dan isi ayam
  3. Lenyek kentang..isi ayam yg dah steam tu tadi carik2
  4. Masukkan isi ayam dan daun sup ke dlm acuan kentang yg dah dilenyek td..gaul sebati
  5. Masukkan serbuk bilis ..gaul sebati (optional)
  6.  Bentukkan acuan tadi bentuk bulat atau ikut citarasa masing2..
  7. Celup telur dan terus goreng..
Taraa.... Siap... Cuma kalau anak belum pass telur sepenuhnya korang guna telur kuning saja. Kalau dah pass sepenuhnya no hal pakai telur sebiji pun.




♨ Sedia dimakan begitu saja atau dgn bubur/nasi/sup ♨. Goreng yang mana nak bagi anak makan ja. Lebihan frozenkan dan goreng bila nak bagi baby makan. Mudah kan 😉

Selamat Mencuba!!

Kredit : Ekin Tumiran

Psst... Shaklee bakal melancarkan set mandian baby organik. Stay tuned tau. Isnin ni saya share dengan uools. Serius tak sabar sangat.