Thursday, 29 June 2017

KENAPA KENA PANTANG MAKAN PULUT LEPAS BERSALIN?

Semalam genap umur Alysha 7 bulan. Kebetulan biras buat pulut lemak. Punya la sedap. Kalau nak tau mak mertua, adik ipar memang teror buat pulut. Perfect. Saya dulu belajar masak pulut nak dekat setahun jugak la baru la pulutku nampak macam pulut sebenar πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Berpuluh kali kena komplen dgn encik somi uhuhu...

Gambar kreditπŸ‘‰  maisepinggan.blogspot.my/2012/12/pulut-lemak-durian-mangga.html?m=1


Al kisahnya saya ni mak mertua dah warning pulut ni boleh buat badan berangin dan sakit urat. Sebelum posa pernah try pulut panggang se mulut ja pun. Abis sengal satu badan uhuhu... Semalam try makan dengan konpiden takkan jadi apa2 la. Maklumlah anak dah 7 bulan kot.

Melantak pulut bukan sket. Abis sepinggan tau. Lepas makan sibuk mengemas baju sebab nak balik Puchong. Tengah mengemas tiba-tiba rasa menangkap mencucuk kat belakang sebelah kanan dekat dengan pinggang. Ya Allah sakit ya amat. Rasa nak menangis uhuhu... Sekali package dengan pening kepala dengan lenguh badan. Menyesal pun tak guna dah uhuhuhu....

Naik ja keta letak Alysha dalam car seat cepat2 cari ostematrix. Telan 4 biji pastu teguk vivix seteguk. Terus try lelap. Miracle sangat lepas setengah jam rasa sakit berkurang. Sakit kepala pun dah tak teruk macam tadi.

Memang lepas ni kena sambung pantang la makan pulut uhuhu.... Nasihat saya makanan berangin ni kalau nak makan amik sket ja buat rasa. Lepas tu alert dengan respons badan. Jangan buat macam saya. Melantak macam makan nasi hehehe....lesson learnt.

0 comments:

Post a Comment

Follow by Email

Copyright © Mama Ashraf.blogspot.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com