Wednesday, 26 November 2014

Produk Shaklee Bantu Rawat Penyakit Diabetes,Elak Jadi Buta




Dalam dunia yang serba moden nie mcm2 kemungkinan boleh berlaku. Kadang2 org tu Nampak sihat ja. Gelak2 ja…Nampak bertenaga ja. Tup2x dgr citer dah sakit.. Itu semua kerja Allah. Kita taktau apa yang direncanakan untuk kita. Walaupun mcm tu kita sbg manusia insan yang lemah tak boleh menyerah kalah sebelum berjuang.

Ambik sedikit masa untuk nilai atau diagnos diri kita. Ada tak gejala-gejala pelik yg kita sedang alami. Kadang2 perkara tu dah jadi nomal dalam kehidupan seharian kita. Hari ni saya nak share sikit ttg penyakit kencing manis.

Apakah itu Diabetes


Penyakit kencing manis @ diabetes adalah keadaan di mana kandungan gula di dalam darah terlalu tinggi.Penyakit kencing manis atau juga dikenali sebagai diabetes adalah dikategorkan sebagai IBU kepada segala penyakit. Ianya adalah merupakan penyakit kronik yang boleh menyebabkan masalah serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta, kerosakan saraf dan gangrene kaki. Ia terjadi 

Penjagaan pesakit diabetes dalam program diabetes Shaklee sama sekali tidak bertujuan untuk menyembuhkan sakit diabetes ini sebaliknya mengawal kandungan gula dalam darah, sekaligus mengawal diabetes dari menjadi lebih teruk.

Penyakit kencing manis semakin menular di kalangan ramai orang tetapi ramai yang tidak sedar mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapatkannya. Menurut Persatuan Diabetes Malaysia, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia menghidapi penyakit kencing manis. 


Jenis-jenis Diabetes



Tanda-Tanda Awal Diabetes



Penghidap diabetes akan kerap berasa dahaga. Ini berlaku kerana air banyak keluar dari dalam badan melalui kencing kita. Jika tiba-tiba asyik nak pergi toilet ja wajib untuk kita khuatir dan tidak pandang ringan. Tambah2 lagi kerap kencing ditengah malam.

Penanda kedua ialah mempunyai penglihatan yang kabur. Kenapa mata kita kabur dikaitkan dengan diabetes? sebabnya pengaliran darah yang kurang lancar menganggu nutrisi dari sampai ke mata. 

Tanda yang ketiga pulak ialah sangat kerap terasa lapar. Lepas makan nak makan lagi. Persoalannya kenapa lapar? Sebabnya insulin dalam badan kita kurang. Ia tidak dapat membantu membawa glukos kepada sel darah.Makanya gula di dalam badan tidak dapat diproses menjadi tenaga. Sebab tu badan kita cepat letih dan akan bagi isyarat untuk makan bagi mendapatkan tenaga.

Seterusnya berat badan berlebihan.  Ia terjadi kerana badan kita terlalu lesu dan tiada tenaga untuk membuat sebarang aktiviti. So badan lemah ja sokmo.

Kita juga tak boleh pandang ringan bila berat badan turut secara mendadak. Ini terjadi kerana lemak simpanan di dalam tubuh kita telah ditukar menjadi tenaga. Jadi kita dah tiada spare lemak. So memang kita akan kurus secara mendadak.


Komplikasi Diabetes Melibatkan Organ Utama



Sekiranya penyakit diabetes ni tidak dirawat dengan sebaiknya organ-organ penting badan akan turut terkesan. Organ tersebut ialah buah pinggang/ginjal, mata, kaki, jantung, otak dan saraf. Bayangkan jika kesemua organ ni tidak berfungsi dengan sepatutnya apa akan jadi pada kita?

Komplikasi diabetes terbahagi kepada dua iaitu jangka pendek dan jangka panjang. Untuk jangka pendek ia dapat dirawat jika kita cepat2 kawal dan amik tindakan sewajarnya,jaga pemakanan dan buat aktiviti fizikal yang menyihatkan. Contohnya senaman, buat aktiviti mengemas rumah dan lain-lain.

Komplikasi jangka panjang pula apabila kita hanya bergantung pada ubat, tidak jaga pemakanan dan tidak buat aktiviti fizikal yang menyihatkan.

Cara Cegah dan Kawal Diabetes


Amalkan gaya hidup yang sihat. Elakkan merokok, jaga pemakanan, rehat yang cukup, emosi yang stabil dan macam2 lagi la. 

Lakukan aktiviti fizikal secara konsisten. Buat aktiviti fizikal selalu. Badan sihat jika kita aktif buat aktiviti sehingga berpeluh. Bila kita excercise semua organ badan kita turut berkerja. 

Amalan rohani jangan dilupa. Yang ni janganla diabaikan kerana Allah akan merungkaikan segala masalah kita. Makin kita dekat dengan Dia makin mudah da kita dimakbulkan.

Bersilaturrahim sesama manusia. Secara logiknya jika kita menjaga silaturrahim sesama insan hati kita akan makin tenang,makin positif dan akan ada ramai orang turut sama mendoakan kesejahteraan kita. Ameen.

Mengamalkan suplemen yang bersesuaian. Yang ni adalah pelengkap bagi melengkapkan segala kekurangan nutrisi di dalam badan kita. 

Cadangan Pengambilan Suplemen


Set ni membekalkan nutrisi lengkap untuk meningkatkan kesihatan penghidap diabetes. Reward diri anda dengan pelbagai kebaikan yang mungkin anda x sangka. Sihat badan, kulit cantik, badan bertenaga dan lain-lain lagi.

Lebih indah lagi jika hadiahkan set Diabetes Shaklee pada mak n ayah kat kg. Diorg sihat hati kita pun senang, betol tak?

1. Vivix


  •  Mengekalkan pembentukan protein AGE dan membaiki sel.
  • Mengurangkan komplikasi diabetes
  • Meningkatkan sistem imun badan
  • Sila rujuk di sini


3. Energizing Soy Protein (ESP)



  • Mengekalkan paras gula di dalam darah
  • Membantu pankreas menghasilkan insulin

3. Vita C Sustained Release

                                                




  • Meningkatkan imuniti badan
  • Melawan jangkitan penyakit dan kuman
  • Mengelakkan gula dalam sel dari bertukar menjadi gula alkohol
  • Bantu pmengurangkan risiko kerosakan penglihatan dan ginjal
  • Jaga kesihatan mata
  • Sila rujuk di sini

  • 5. Omega Guard



    • Membantu menurunkan risiko diabetes dan penyakit kardiovaskular
    • Sila rujuk di sini

    6. Vita Lea

                               





  • Kromium diperlukan bagi membantu penyerapan gula oleh sel. Vita Lea membantu kerana terdapat     kromium di dalamnya
  • Ia juga sebagai multivitamin yang memberi tenaga secara menyeluruh kepada penghidap diabetes


  • 7. Zinc Complex


    • Membantu dalam penyembuhan luka


    Diabetes bukan pengakhiran hidup anda.  Apapun kita sebagai manusia jangan sesekali berputus asa,patah semangat bila doktor bagitau kita kena diabetes. Apa yang penting amalkan cara cegah dan rawat diabetes yang saya dah bagitau kat atas. Allah Maha Kaya dia dengar rintihan hamba2 Nya.

    Sekiranya berminat boleh la hubungi saya. Saya akan memberi konsultasi secara percuma dan suplemen mana yang sesuai mengikut bajet anda. Jom sihat tanpa ubat.




    Thursday, 13 November 2014

    KEPENTINGAN PENGAMBILAN SUPLEMEN BUAT IBU HAMIL DAN BAYI DALAM KANDUNGAN




    Bagi seorang wanita saat-saat yang paling best ialah bila buat pregnancy test hasilnya positive...
    Mau melompat sampai ke bumbung kan?hehehe...Macam saya dulu lepas je buat upt test dan keputusannya positif rasa sangat2 la hepi. Terus gtau husband. Tau apa response dia? Sengih ja pastu masuk bilik sambung tidur. Sentap mokcik....Selang sejam saya tanya balik nape kenapa macam tak hepi ja. Laa..habis tu abg nak kena cakap apa? Ok la tahniah sebab mengandung...hahaha...terbahak-bahak saya gelak. Terus tak jadi marah.

    Dah settle feeling2 best sebab dah pregnant dah pening pulak dok memikir perlu ke makan suplemen tambahan sepanjang proses kehamilan. Risau sebab terlalu banyak suplemen di pasaran. Bersepah2 sampai taktau nak pilih yang mana. Pastu pulak ibu mana yang tak risau kan..Silap amik suplemen nanti effect pulak kat bayi dalam perut. Ada jugak kawan2 yang cakap jangan amik acid folik nanti anak besar dalam perut...Betul ke?

    Sebenarnya ramai dari kita-kita nie tak sedar kepentingan pengambilan suplemen yang baik ketika hamil. Ramai yang tak sedar bayi di dalam kandungan dah share semua nutrien yang ada di dalam badan kita. Dah la kita lemah tak bertenaga tambah-tambah di awal kehamilan,muntah-muntah bayi di dalam rahim kita terus amik apa saja nutrien yang diperlukan. So apa yang perlu kita buat?


    KENAPA PERLU SUPLEMEN YANG BAIK KETIKA HAMIL?



    Pengambilan suplemen memang sangat-sangat disarankan kerana ia dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil. Mintak dijauhkan Allah dari dugaan hebat camni.  Ia juga boleh mengelakkan kelahiran pramatang kerana bayi mendapat nutrien yang secukupnya sepanjang tempoh kehamilan. Apabila bayi mendapat nutrien yang secukupnya masalah kelahiran bayi dengan berat badan yang kurang dapat dielakkan. Bagi ibu hamil pulak ia mampu memberi kekuatan dan membantu ibu hamil mendapat kesihatan yang baik. Selain itu ia juga dapat mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi yang loya-loya dan muntah-muntah.


    APA YANG PERLU DI AMBIL?



    Setiap ibu hamil disarankan mengambil iron (zat besi), kalsium, folic asid dan Omega 3. Anda boleh rujuk di sini vitamin dan suplemen kesihatan untuk ibu hamil. Walaubagaimanapun pengambilan pemakanan yang sihat seperti karbohidrat,protein,lemak dan air yang secukupnya mestilah diteruskan seperti biasa.


    CADANGAN PENGAMBILAN SUPLEMEN 


    Di sini saya nak cadangkan suplemen yang baik untuk ibu-ibu hamil. Set hamil Shaklee terbahagi kepada dua iaitu Set hamil Trimester 1 dan Set hamil Trimester 2 & 3.



    Dah ramai yang cuba set hamil shaklee dan berpuas hati dengan hasilnya. Kebanyakannya terus sambung dengan pengambilan set bersalin shaklee. Teruskan membaca >>>>>>>>>>>>


    Ni saya nak share video tentang seorang ibu hamil yang selalu anemia setiap kali hamil. Asal hamil ja pasti anemia dan hb rendah. Jom tengok apa yang dia buat supaya masalah anemia dan hb rendah yang dia alami hilang.......



    Pesanan saya janganlah sesekali abaikan pengambilan suplemen yang baik sepanjang tempoh kehamilan. Jagalah kesihatan diri dan anak yang dikandung. Saya doakan kawan-kawan semua berjaya mengharungi cabaran kehamilan dengan selamat dan berbahagia selalu. In Sha Allah jika amalkan set hamil shaklee anak kita nanti sihat dan bijak2 belaka.

    Anda boleh rujuk maklumat ini di www.myhealth.gov.my



    Monday, 10 November 2014

    Bagaimana Shaklee Menaikkan Selera Makan Anda





    Sejak dlu kita dok dengar  ttg Meal Shakes, B Complex,Vita Lea yg bantu naikkan selera makan kan... Macamana produk2 ni naikkan selera makan?

    - IA MENAIKKAN SELERA MAKAN SECARA SEMULAJADI

    Macamana?

    Mula2 kita peratikan dulu ape penyebab selera makan jadi hilang:-
    >>> masalah emosi seperti BOSAN, TERTEKAN, SERABUT, GABRA, MEMENDAM 
            PERASAAN, TAK FOKUS
    >>> kesan dr pengambilan ubat
    >>> bakteria & virus misalnya hidung berhingus
    >>> badan terlalu lesu
    >>> sakit kronik (mungkin belum disedari)
    Kita ambil contoh yg kurang selera makan krn masalah emosi. Masalah emosi ni selalunya ia tak nampak. Nampak macam OK tp kat dalam rupanya memendam rasa.

    Jd dia amik b Complex

    B Complex ni salah satu fungsi dia menghasilkan ketenangan. Emosi jd lebih stabil. Selera makan pun kembali. Lagi2 kalo kurang minum air, lagila asyik nak makaaaaaan je.

    Begitu juga bg kanak2 dan orang dewasa yg amik Mealshakes.

    Meal Shakes bukan 'ubat suruh gemuk dan berselera'. Vitamin ni keperluan badan kita, bkn amik masa perlu saja.
    Tp tubuh kita ni bijak. Dia tahu kalau dia ada kekurangan zat, jd dia bg petunjuk. Paling mudah, bila kita rasa haus, maknanya badan perlu air. Kadang2 rasa teringin makan coklat, sbb badan kurang potassium.
    Oleh itu genapkan keperluan vitamin kita, utk elakkan kita teringin nk makan benda bukan2 yg high calorie.
    (Vitamin tidak menggemukkan sbb ia tiada kalori.)

    Lagi satu produk dalam set tambah selera ialah Vita Lea


    Vita Lea pulak umum dah tau ia bertindak sebagai pelengkap nutrisi,membantu stimulasi metabolisma,pertumbuhan sel baru,pemberi tenaga pada tubuh kita. Bila kita amik vita lea secara automotiknya badan kita akan lebih bertenaga,pertumbuhan sel baru kita berfungsi dengan baik sudah semestinya ia mempengaruhi penyerapan segala zat-zat yang seterusnya meningkatkan selera makan kita.

    Paham dah? Sebenarnya realiti yang berlaku cara hidup kita yang tak sihat,stress berlebihan serta pengambilan pemakanan yang tak seimbang telah menyebabkan kita kekurangan nutrisi. Sebab tu kita kurang selera makan.

    Jadi di samping amik set tambah selera makan Shaklee jangan sesekali abaikan cara hidup sihat, cuba sedaya upaya elakkan pengambilan ubat-ubatan serta cuba belajar kawal stress.





    Top of Form

    Friday, 7 November 2014

    Kenali Amalan Tidur Si Manja


    Saya ingat lagi waktu dalam pantang dulu Ashraf selalu menangis malam. Dah la dia nangis suara tak berapa nak keluar. Dugaan untuk saya kecil ja jika nak dibandingkan dengan ibu-ibu lain yang anak ada masalah jantung, penyakit kronik dan macam2 lagi. Ashraf waktu lahir dia nangis beria dah tapi suara slow mcm tersekat2.Terpaksa masuk NICU sejam lps dia dilahirkan. Bila check pakar cakap kemungkinan besar waktu pembedahan ada sedikit kasar time nak tarik baby keluar dari perut.

    Tapi sekarang Alhamdulillah semua dah kembali jadi normal. Ashraf dah fully recover waktu umur dia 6 bulan. Syukur sgt2.

    Jauh dah cheq melalut hehehe...(mengimbau kisah lama la pulak). Based pada pengalaman pertama saya jaga si manja Ashraf saya realize beberapa perkara. Antaranya baby sangat jarang menangis tanpa sebab. Yela jika dia menangis tengah malam mungkin sebab dia lapar,tidak sihat,lampin dah penuh,gangguan nyamuk atau mungkin sebab kembung perut. Anak saya sampai sekarang (dah nak masuk 1 tahun) terjaga tengah malam nak susu mesti dia menangis beria dulu hehehe...dah paham sangat dah.

    Berbalik pada topik kita iaitu kenali amalan tidur si manja. Jom kita review 10 cara untuk merangsang tidur bayi.

    1. Bayi mudah dijangkiti selsema yang buat dia tidak selesa dan sukar untuk tidur lena. Atasi ketidakselesaan bayi dengan sapu vick pada belakang leher,dada,bawah betis dan tapak kaki. Ini akan buat bayi berasa nyaman dan selesa.

    2. Ruam lampin biasanya terjadi di sekitar punggung bayi. Periksa lampin bayi dan tukar jika da penuh. Saya amalkan pemakian Cloth Diaper pada Ashraf.  So xde masalah ruam jika tak tukar pada waktu tgh mlm.

    3. Periksa perut bayi takut kembung. Saya amalkan sapu minyak halia pada perut bayi setiap kali lepas tukar lampin. Ia membantu untuk buang angin dari badan bayi.

    4. Pakaikan pakaian yang dari jenis kapas dan pakaian yang nipis. Ini boleh elak bayi dari kepanasan di tengah malam.

    5. Gusi bengkak,tanda nak tumbuh gigi. Rasa yang tak selesa buat bayi kita payah nak tidur. Berikan teether yang telah disejukkan dalam peti sejuk.

    6. Pastikan waktu tidur dijadikan sebagai rutin setiap hari. Lama2 bayi kita akan terbiasa dan tidur dengan sendiri bila tiba waktunya.

    7. Bawa bayi tidur kat tempat yang sama setiap hari. Ini akan buat bayi kita tahu bahawa itu adalah tempat tidur dia.

    8. Semasa bayi tidur usap dan tepuk perlahan-lahan di bahagian belakang badannya. Ini akan bayi kita rasa tenang dan beransur tidur dengan nyenyak.

    9. Dukung sambil berjalan dan dodoikannya boleh menyelesaikan masalah bayi menangis malam. Saya selalu buat mcm ni bila ashraf menangis tengah malam.

    10. Elakkan bermain di tempat tidur. Katakan padanya temapt tidur bukan tempat bermain.


    Credit : Majalah Pa&Ma Keluaran Julai 2013

    Follow by Email

    Copyright © Mama Ashraf.blogspot.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

    Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com