Kenali Amalan Tidur Si Manja


Saya ingat lagi waktu dalam pantang dulu Ashraf selalu menangis malam. Dah la dia nangis suara tak berapa nak keluar. Dugaan untuk saya kecil ja jika nak dibandingkan dengan ibu-ibu lain yang anak ada masalah jantung, penyakit kronik dan macam2 lagi. Ashraf waktu lahir dia nangis beria dah tapi suara slow mcm tersekat2.Terpaksa masuk NICU sejam lps dia dilahirkan. Bila check pakar cakap kemungkinan besar waktu pembedahan ada sedikit kasar time nak tarik baby keluar dari perut.

Tapi sekarang Alhamdulillah semua dah kembali jadi normal. Ashraf dah fully recover waktu umur dia 6 bulan. Syukur sgt2.

Jauh dah cheq melalut hehehe...(mengimbau kisah lama la pulak). Based pada pengalaman pertama saya jaga si manja Ashraf saya realize beberapa perkara. Antaranya baby sangat jarang menangis tanpa sebab. Yela jika dia menangis tengah malam mungkin sebab dia lapar,tidak sihat,lampin dah penuh,gangguan nyamuk atau mungkin sebab kembung perut. Anak saya sampai sekarang (dah nak masuk 1 tahun) terjaga tengah malam nak susu mesti dia menangis beria dulu hehehe...dah paham sangat dah.

Berbalik pada topik kita iaitu kenali amalan tidur si manja. Jom kita review 10 cara untuk merangsang tidur bayi.

1. Bayi mudah dijangkiti selsema yang buat dia tidak selesa dan sukar untuk tidur lena. Atasi ketidakselesaan bayi dengan sapu vick pada belakang leher,dada,bawah betis dan tapak kaki. Ini akan buat bayi berasa nyaman dan selesa.

2. Ruam lampin biasanya terjadi di sekitar punggung bayi. Periksa lampin bayi dan tukar jika da penuh. Saya amalkan pemakian Cloth Diaper pada Ashraf.  So xde masalah ruam jika tak tukar pada waktu tgh mlm.

3. Periksa perut bayi takut kembung. Saya amalkan sapu minyak halia pada perut bayi setiap kali lepas tukar lampin. Ia membantu untuk buang angin dari badan bayi.

4. Pakaikan pakaian yang dari jenis kapas dan pakaian yang nipis. Ini boleh elak bayi dari kepanasan di tengah malam.

5. Gusi bengkak,tanda nak tumbuh gigi. Rasa yang tak selesa buat bayi kita payah nak tidur. Berikan teether yang telah disejukkan dalam peti sejuk.

6. Pastikan waktu tidur dijadikan sebagai rutin setiap hari. Lama2 bayi kita akan terbiasa dan tidur dengan sendiri bila tiba waktunya.

7. Bawa bayi tidur kat tempat yang sama setiap hari. Ini akan buat bayi kita tahu bahawa itu adalah tempat tidur dia.

8. Semasa bayi tidur usap dan tepuk perlahan-lahan di bahagian belakang badannya. Ini akan bayi kita rasa tenang dan beransur tidur dengan nyenyak.

9. Dukung sambil berjalan dan dodoikannya boleh menyelesaikan masalah bayi menangis malam. Saya selalu buat mcm ni bila ashraf menangis tengah malam.

10. Elakkan bermain di tempat tidur. Katakan padanya temapt tidur bukan tempat bermain.


Credit : Majalah Pa&Ma Keluaran Julai 2013

No comments:

Post a Comment