Sunday, 27 April 2014

Tips & Info : Rahsia Banyakkan Susu Ibu

Rahsia cara banyakkan susu ibu sampai memancut-mancut. Pastilah ramai ibu-ibu yang tercari-cari rahsia ini. Ibu mana yang tak mahukan susunya memancut-mancut, banyak dan anak puas menyusukan? Ada cara dan rahsianya, yang pastinya ibu sanggup buat semua cara rahsia ini.


Tak susah pun, cuma perlukan komitmen ibu-ibu semua. Jangan tangkap muat penyusuan susu ibu nie. Jangan cepat mengalah. Bakal ibu dan ibu yang berniat nak susukan anak perlu cari ilmu banyak-banyak. Bila ilmu dah banyak. Barulah mudah nak laksanakan aktiviti menyusukan anak. Tapi cara terbaik nak tahu liku-liku menyusukan anak, adalah melalui pengalaman. Mencuba posisi terbaik menyusukan, makanan apa yang menganggu pengeluaran susu, waktu terbaik mengepam dan lain-lain lagi.


Jadi dah bersedia nak tahu rahsia cara banyakkan susu ibu? Jom kita review.

  1. Pasang niat mahu menyusukan anak hingga 2 tahun. Niatkan menyusukan anak kerana nak penuhi syariat Islam. Bukan sebab sayangkan anak. Ibu yang bagi susu formula juga sayangkan anak mereka.
  2. Letak target jangka masa panjang (2 tahun).
  3. Buat juga target 6 bulan (sepanjang 2 tahun). Bagi memotivasikan diri ibu.
  4. Belajar, belajar, belajar. Pergi kelas asas penyusuan atau kelas 'internet'. Ajak suami belajar sekali.
  5. Cari kawan-kawan seangkatan. Join kumpulan sokongan.
  6. Dapatkan alat kelengkapan mengepam susu. Kalau boleh cari yang “Double Pump” – Jimat masa terutama bg yang bekerja.
  7. Rooming-in dengan bayi lepas melahirkan.
  8. Susukan bayi sejurus selepas bayi lahir. (Jangan expect susu memancut waktu nie, masa nie yang ada hanya kolostrum. Dan bayi tak perlu sangat susu ibu, yang dia perlu dakapan hangat ibu ke dada. Nak lagi best biarkan bayi membuat 'breast crawl').
  9. Susukan bayi sekerap mungkin. Tak perlu tunggu 2 jam sekali. Susukan saja bila bayi nak. (Jika bayi jenis yang gemar tidur. Kejutkan bayi untuk menyusu. Jangan pula ibu bantai tido sekali).
  10. Makan makanan yang berkhasiat. Piramid makanan yang lengkap. Nak lebih bagus ambil Set Penyusuan 3M Shaklee. Insyallah semua vitamin dan mineral ibu dapat, bayi juga menikmati melalui susu ibu. 
  11. Minum air kosong, sekurang-kurangnya 3 liter. Barulah berkesan rahsia cara banyakkan susu ibu nie.
  12. Bila dah mula berkerja. Buat jadual mengepam (3 jam sekali). Jangan buat je, pastu ke laut. Cuba berdisiplin ikut jadual.
  13. Elakkan stress di tempat kerja (B Complex Shaklee bantu elak stress).
  14. Cari perkara yang menyeronokkan waktu mengepam. Tengok video atau gambar anak. Baca buku. Atau bacalah Al-Quran atau berzikir.
  15. Jangan harap tidur nyenyak 8 jam di waktu malam. Ibu perlu bangun sekali waktu ini. Waktu ini hormon prolaktin (hormon pengeluaran susu) sangat tinggi. Tak perlu lama, 15 minit pun cukup. (Psst jangan bagi alasan, anak saya memang menyusu sepanjang malam. Tapi tahukah ibu bahawa masih banyak lebihan susu yang si manja tak hisap. Jika tak dipam, makanya tiadalah signal dihantar ke otak untuk menghasilkan lebih susu. 
  16. Tak usah bandingkan susu ibu lain yang sekali pam 30oz. Bersyukur, jika susu yang ada tak disyukuri malah dirunguti, macam mana Allah mahu hadirkan lebih banyak susu. Jadi bersyukur.
  17. Berdoa Allah berikan rezeki susu yang banyak dan cukup. Jangan pula takbur, 'aku hebat boleh produce susu banyak sampai 2 deep freezer penuh'. Tiadalah daya dan kekuatan kita melainkan dengan bantuan Allah. Susu ibu kan rezeki dari Allah.
Dua tahun perjalanan menyusukan anak adalah jalan yang panjang. Pasti ada masanya ibu akan diuji. Kan Allah dah kata, takkan beriman setiap hamba itu jika tidak diuji. Contoh ujian, ibu tak sihat, ibu datang bulan, anak sakit, masalah besar. Apa yang perlu dilakukan? 

Sandarkan pada Allah kerana Dialah sebaik-baik penolong dan pelindung. Berusahalah lapangkan dada, terimalah ujian dan cari jalan penyelesaian. Jangan kerna ujian-ujian ini ibu jadi lemah dan terus berhenti menyusukan anak. Cari jalan mudah, ganti dengan susu formula. Teruskan usaha, lakukukan satu demi satu rahsia cara banyakkan susu ibu.

Jika mahu mengambil Set Penyusuan Shaklee 3M pastikan sudah melaksana semua yang diatas. Set Penyusuan bukan pil magic. Makan je terus memancut-mancut susu. Tujuan utama Set Penyusuan Shaklee adalah membantu ibu mendapatkan zat, vitamin dan mineral yang lengkap. Jadi badan ibu pun sihat, dan bertenaga. Boleh melaksanakan aktiviti menyusukan dan mengepam dengan lebih baik. Walaupun tidur tak cukup. Sebagai bonus, susu ibu akan menjadi lebih pekat (bayi cepat kenyang, tak payah menempel lama-lama), juga susu akan bertambah. Lagi sekali jangan harap makan Set Penyusuan baru sehari, susu dah melambak-lambak. Namanya juga usaha, jangan lupa mohon Allah berikan yang terbaik bagi ibu dan anak.

Saya sendiri masih dalam percubaan untuk lengkapkan penyusuan selama 2 tahun. Sekarang baru 5 bulan.  Tiap kali menyusu anak rasa bersyukur sgt2 atas kurniaan ALLAH yang satu ni. Semoga ibu-ibu dekat luar sana pun sama-sama explore keindahan dan keseronokan menyusu anak2 syurga kita. Jangan sesekali mengalah ye kawan2. chaiyoo...

Sekiranya berminat untuk mencuba Set Penyusuan 3M bolehla hubungi saya.




 

Saturday, 19 April 2014

Titisan Mutiara Buat Si Comel - Set Penyusuan 3M



Sapa tak seronok dapat baby kan? Tambah2 pulak baby first korang. Anugerah best of the year rasanya. Tiada bandingan dgn wang ringgit. Saat baby keluar dari rahim terbit rasa terharu dan bahagia yang tak terucap. Betol tak kawan2?

Sebagai ibu mestilah dah ada long list must do things for our beloved baby. 
Nak bagi direct breast feeding atau susu formula?
Kalau nak bagi direct bf ada ke susu nanti?
Kenyang ke anak aku nanti?
Macam mana bila aku dah kerja nanti?
And long list goes on……


Mula-mula sekali, ibu-ibu kena tahu apa kelebihan menyusu bayi yang kita akan dapat. Antaranya yang sangat2 penting adalah hubungan yang penuh kasih sayang antara anak dan ibu. Ingat x iklan kat tv suatu masa dulu. Seminit sentuhan ibu lebih bermakna berbanding 5 minit kata-kata. Chewahhh. Sila baca kelebihan ibu menyusu kat bawah ni.


So ibu-ibu buang jauh-jauh rasa malas nak buat stok susu untuk anak. Buang jauh-jauh semua perkara negative. Set kan yang baik2 ja.

Kalau ibu-ibu hadapi masalah production susu merudum jgn tunggu lama2 cari solutions atau supplements. Saya nak cadangkan set penyusuan 3M dari Shaklee. Saya dah cuba mmg sgt2 berkesan. Alhamdulillah sampai terpaksa beli freezer untuk simpan stok susu anak. Effectnya sy sgt2 teruja berkongsi dgn kwn2 pengalaman menyusu walaupun baru je 4 bulan menyusu anak sepenuhnya.

Jom join saya sama-sama generates titisan mutiara susu ibu untuk si comel kita. Saya selalu percaya hubungan istimewa ibu dan anak akan bertambah erat dgn penyusuan penuh sekurang-kurangnya 6 bulan dan lebih baik lagi cukupkan 2 thn.

Next entry saya akan kupas tips2 untuk memperbanyakkan susu ibu.






ESP Soy Protein Isolate Powder - Membantu ibu kekal bertenaga sekaligus mencegah migrain, insomnia, dan tekanan. Merupakan ‘Milkbooster’yang membantu kelancaran penghasilan susu dengan cepat, dan pekat. Membaiki pigmentasi dengan menjadikan kulit ibu lebih anjal dan berseri

Alfafa Complex - Juga bertindak sebagai "milk-booster" - melegakan / mengelakkan sakit sendi dan belakang. Menghilangkan kelesuan dan tekanan . Membantu masalah penghadaman dan pencernaan. Melegakan sembelit - Menyingkirkan lemak dan kolesterol. Membuang angin dalam badan -Membantu masalah keputihan 

Vitalea (Multivitamin) - Membantu membekalkan tubuh badan dengan nutrisi yang secukupnya agar sentiasa cergas, sihat dan bertenaga. Diformulasikan dengan zat besi yang membantu ibu yang menghidapi anemia/kurang darah 

B-Complex - Membantu meningkatkan tenaga, serta melegakan kepenatan/kelesuan dan tekanan kerana vitamin B berperanan untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga. Membantu memberi mood yang baik dan tenang serta meningkatkan fokus sekaligus membantu kelancaran pengeluaran susu. Penting untuk kecantikan juga kerana vitamin B memelihara kulit dari dalam. 

Sustained Release Vita C - bertindak sebagai anti-oksidan serta berperanan untuk menjadikan kulit yang cantik dan anjal kerana vitamin menggalakkan / merangsang pembentukan kolagen dalam badan. Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan supaya ibu dan bayi tidak mudah diserang penyakit . Merangsang pembentukan sel-sel baru bagi mempercepatkan penyembuhan luka.

Ostematrix (Kalsium) - Keperluan kalsium yang secukupnya sangat penting untuk menghasilkan susu dengan cepat, banyak dan berkualiti kerana kandungan utama susu adalah kalsium dan protein. Membantu menghilangkan sakit-sakit yang berkaitan sendi dan tulang.. Membantu ibu berasa cergas dan bertenaga. Membantu Mengelakkan dari sembelit.





.

Wednesday, 16 April 2014

Set Berpantang Shaklee Dan Cara Pengambilannya


Pernah tak korang rasa buntu bila memikirkan set berpantang apa yang patut korang pilih? Rata-rata harga boleh tahan mahal. Berkesan atau tak kita sendiri pun tak tahu. Dari perut kecik sampai separa besar tak habis pikir lagi. Nah… meh saya tolong selesaikan masalah korang. Pilih je SET BERPANTANG SHAKLEE. Confirm x nyesal punyer.

Nak tau kenapa saya ckp cmtu? Meh sini cheq habaq mai apa yang best sgt dgn SET BERPANTANG SHAKLEE ni. Ini adalah berdasarkan true story saya dan pengalaman kwn2 yang dah amik dan sedang amik SET BERPANTANG SHAKLEE.

Yang pertama, SET BERPANTANG SHAKLEE adalah produk berasaskan organic dan TIADA CHEMICAL. Best kan? Dah terlalu banyak chemical dalam badan kita. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Nah… selesai satu bab.

Yang kedua,  SET BERPANTANG SHAKLEE ni kita hanya perlu telan je. Dan yang paling penting rasa sihat dan tak penat selepas makan Shaklee, kerana kandungan setiap vitamin itu melengkapkan khasiat yang badan kita perlukan. Bangun mlm untuk menyusu anak pun x terasa penat. Itu feedback yg saya dpt dari customer saya. Guess what wajah berseri-seri ja sbb badan di rawat dari dalam dgn sempurna.

Banyak lagi kehebatan SET BERPANTANG SHAKLEE. Jom kita tgk sket apa ja yg ada dlm SET BERPANTANG SHAKLEE nie.

ESP (Energizing Soy Protein)

        Dihasilkan drp soya non-GMO (SELAMAT DRP RISIKO TOKSIN)
       Protein lengkap mengandungi 9 asid amino penting utk fungsi badan.
        Rendah lemak & tanpa kolestrol.
       Lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan.
        Membekalkan tenaga berterusan selama beberapa jam.
        Menjadikan kulit lebih berseri-seri & anjal.
-        Merangsang regenerasi kulit & otot, mengurangkan kedutan.
-        Mempercepatkan pemulihan luka serta memudarkan parut.
-        Bertindak sebagai antioksidan, kuatkan imun tubuh,
-        mempertingkatkan tahap kolestrol baik.

Vita Lea
-        Membantu proses pembesaran terutama golongan remaja
-        Menambah selera makan
-        Merawat sakit-sakit selepas bersalin
-        Mengandungi 20+  jenis multivitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh badan kita terutama sekali selepas proses mengandung dan bersalin
-        Merawat supaya badan ibu kembali segar dan sihat seperti sediakala.

Vita C
-        Sangat baik untuk membantu merawat luka daripada kelahiran normal mahupun pembedahan.
-        Membantu pembentukan kolagen iaitu protein yang menyusun tubuh manusia serta menjadikan kulit lebih licin, tegang dan kulit serta luka
cepat sembuh.
-        Memperbaiki insomnia, stress and tekanan.
-        Mengekalkan kolestrol sihat.
-        Menjadikan ibu selepas bersalin kelihatan segar dan
bertenaga.

 B Complex
-        Membantu dalam kestabilan saraf dan mencegah anemia.
-        Menukarkan makanan kepada tenaga
-        Menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.
-        Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina, menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik.
-        Sesuai untuk mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya.
-        Sesuai juga untuk mereka yang ingin menjaga kecantikkan tubuh
badan.

Zinc
-        Penyembuhan luka selepas bersalin samada luaran atau dalaman.
-        Membantu pengeluaran insulin
-        Mengurangkan pembengkakan prostat
-        Membantu pengucupan uterus serta mengmbalikan daya
 ketahanannya
-        Membaiki radang kulit seperti jerawat.
-        Mengurangkan simptom rambut gugur selepas bersalin
-        Membentuk kolagen untuk pertumbuhan  dan perkembangan
kuku,kulit dan organ.

Ostematrix
-        Memulihkan kekejangan otot dan kebas2 selepas bersalin.
-        Menstabilkan tekanan darah.
-        Mengurangkan stress selepas bersalin.
-        Membantu tidur lena (mudah bangun tgh malam untuk menyusu)
-        Mengurangkan sakit kepala.
-        Mengganti kalsium untuk ibu yang menyusu.

BAGAIMANA KAH SET INI MEMBANTU IBU BERSALIN?

·        Set berpantang Shaklee ini sememangnya adalah set berpantang yang terbaik di kala ini, malah ianya adalah sangat praktikal, mudah, berkesan dan yang paling penting, tiada kesan sampingan ke atas bayi.
·        Harga nya juga jauh lebih jimat berbanding set-set berpantang yang ada di pasaran.
·        Setiap set mampu bertahan hamper 3 bulan.
·        Lengkap untuk kesihatan berpanjangan bagi ibu-ibu walaupun selepas tamat tempoh berpantang.

BAGAIMANA CARA PENGAMBILANNYA?

Selepas breakfast
-        Vita lea

 Tea Break
 Minum ESP bersama minuman kegemaran anda

Selepas lunch
Vitamin C, B Complex

Sebelum Dinner
 Zinc

Sebelum tidur
Ostematrix ( maksimum 4 biji)

Jom sama2 pilih produk yang mudah dan selamat. Buatlah pilihan yang bijak.


Follow by Email

Copyright © Mama Ashraf.blogspot.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com