Sunday, May 21, 2017

PENGALAMAN MENYERTAI PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA SHAKLEE

by , in
Alhamdulillah petang semalam berkesempatan join free health Check kat Shaklee main office. Memang ramai sangat orang petang semalam. Sangat meriah 😍😍😍

 Sampai ja waktu mendaftar dapat beg percuma dengan flyers. Siap dapat peluang untuk main game tau. Join at least 2 health check terus layak main game untuk dapat lucky draw. Excited sangat hahaha....
.
Semalam ada banyak health check yang dibuka. Pertama sekali check BMI dan check kesihatan guna Krada Machine. Yang ni saya buat dulu. Alhamdulillah hasil pemeriksaan BMI saya normal, lemak bawah kulit normal,lemak dalam organ utama normal. The best part is body age I 28 tau 😍😍😍😍. Muda 5 tahun okay hihihi...  Part yang tak best ialah otot saya kurang dan lemak berlebihan kat bahagian perut. Oh my... Kurus macam saya ni pun jangan terkejut still ada lemak berlebihan tau 😂😂😂.


Kaunter kedua saya join ialah health skin. Overall result sangat ok. Kelembapan kulit saya ok,pores kat kawasan hidung ok. Tapi muka saya sedikit kasar. Kata Nutritionist kemungkinan besar sbb saya kurang pakai toner dan uv protection. Haa...memang betol pun. Baru start pakai toner dan uv protection Nutriwhite ujung bulan lepas. Dan saya kena jaga sket la keanjalan kulit sbb ada potential naik wrinkles kalau saya tak betol-betol jaga kebersihan muka 😭😭.


Kaunter ketiga saya check kadar ketumpatan tulang saya. Maaf ya tak sempat amik gambar sebab kekangan sket dok kelek baby 😁. Yang ni resultnya memang expected. Saya kena mild osteoporosis. Tulang sedikit affected. Bila saya bagitau sedang menyusu anak nutritionist cakap ooo patutla... Anak dah serap kalsium dari badan saya. Walhal saya mmg consume 4 biji ostematrix setiap hari. Terus terfikir macam mana la keadaan ibu menyusu yang tak consume ostematrix dan langsung tak minum susu uhuhu.

Lepas dah buat semua health check saya pergi dapatkan consultation daripada Health Nutritionist. Alhamdulillah overall kesihatan saya bertambah baik except kena tambah otot dan kurangkan lemak sket ja lagi hahaha...

In Sha Allah kalau ada lagi health check percuma ni saya akan warwarkan kat semua. Ya. Percuma ja tau. Rugi sangat tak grab. Jom layan gambar yang saya sempat amik sepanjang health check ni berjalan.







Ok korang semoga berjumpa lagi dalam next entry. Stay tuned

Umi Kalsom
017.4997159 





Sunday, May 21, 2017

TIPS MENANGANI MASALAH KOLESTROL TINGGI

by , in
Masyarakat Malaysia sangat sinonim dengan masalah Kolestrol tinggi.  Dulu masalah ni hanya berlegar di kalangan orang2 tua sahaja.  Sekarang segenap lapisan masyarakat terdedah dengan risiko kolestrol tinggi.



Apa Sebenarnya Kolestrol???


Kolestrol adalah sejenis komponen sterol yang penting dalam metabolisma serta penghasilan hormon.  Penting jugak kolestrol ni untuk badan kita. Tak boleh langsung takde.  Terdapat dua jenis kolestrol :

1) LDL - Low Density  Lipoprotein (Kolestrol Jahat)


Agak2 Kenapa orang panggil kolestrol jahat??
Sebabnya jika paras LDL tinggi ia membawa kepada masalah pengumpulan kolestrol dalam arteri.

2) HDL - High Density Lipoprotein (Kolestrol Baik)


Ni kolestrol baik pulak.  Tugas dia membawa kolestrol dalam darah kepada hati,  di mana hati akan menyingkirkan kolestrol dari arteri.

Ini lah pointnya kolestrol bukan semuanya perlu kita buang atau kawal. Sel badan yang sihat sangat bergantung kepada HDL kerana HDL diperlukan oleh sel untuk bernafas, makan, berkumuh dan pelbagai fungsi metabolisma. Tapi LDL sebaliknya bertindak boleh merosakkan fungsi tersebut.

Apa Akan Jadi Jika Kolestrol Tinggi????


👉 Risiko strok
👉 Serangan jantung
👉 Penyempitan arteri
👉 Darah tidak mengalir dengan baik

Jadi Patut Kita Buat?????


✔ Kawal diet
✔ Perbanyakkan aktiviti fizikal
✔ Turunkan berat badan
✔ Jauhkan diri dari rokok dan alkohol

Pokok pangkal cara hidup kena diubah menjadi lebih sihat. Sebab tu ada yang cakap penyakit kolestrol tinggi ni penyakit orang kaya. Haaaa... logik tak? Sebab kita terlalu mewah dengan makan itu ini sehinggakan membawa kepada penyakit pulak kat badan kita. Tapi tak semua gitu.. Ramai lagi orang kaya yang menjaga kesihatan.

Makan Suplemen untuk Menjaga Kolestrol Dalam Badan Supaya tak Tinggi



Selain itu juga boleh memilih untuk mencegah dan mengawal kolestrol dengan Set Kolestrol yang 100% semulajadi,berkesan dan disokong oleh #landmarkstudyshaklee.


1) GLA Complex 


Berfungsi membantu mengurangkan LDL (kolestrol jahat dalam badan). Ia juga bertindak menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelakkan masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.

 2) Vitamin C

Berfungsi mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis,thrombus,menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

3) Vitamin E


Vitamin E membantu mempertingkatkan kolestrol HDL dalam darah, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik dan penyakit jantung.


4) Lecithin

Lecithin pulak bertindak sebagai "pembersih" salur darah,pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh.


5) Vivix

Resveratrol dalam Vivix hasil gabungan beberapa polifenol terbukti membantu merendahkan kolestrol, menghalang oksidasi kolestrol LDL,merendahkan tekanan darah pada tahap normal. Oksidasi LDL adalah salah satu penyebab penting penyakit kardiovaskular.  Ia juga terbukti mampu menjarakkan kita dari risiko kanser.

6) Omega Guard 

Membantu mencegah penyakit saluran darah dan strok. Ia membantu merendahkan kolestrol,menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan kesihatan trigliseria dan kolestrol LDL serta membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

7) Phytocol-St

Phytocol sangat sesuai untuk kontrol kolestrol. Fungsinya ialah menurunkan kadar kolestrol secara semulajadi. gabungan sterol dan stanol membantu mengurangkan jumlah kolestrol yang diserap oleh darah. 

8) Alfalfa

Alfalfa berfungsi menyingkirkan lemak dan kolestrol dari dalam badan. Kajian kliniksl terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol,mencegah sakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa mengandungi saponin seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolsestrol.

9) Garlic

Garlic pun membantu menurunkan kolestrol,LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meingkatkan LDL,melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

Banyak kan suplemen aka vitamin yang mampu membantu kita mengawal kolestrol pada tahap terbaik di dalam darah. Jika berminat untuk membeli secara dalam online boleh klik  SET LENGKAP MENGAWAL KOLESTROL . Atau anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi secara percuma dan pembelian vitamin mengikut bajet anda :).

Umi Kalsom Awang Hat
Call/Whatsapp : 017-4997159 
Tuesday, May 16, 2017

KLINIK BERKHATAN BAYI PEREMPUAN DI PUCHONG

by , in
Sejak bulan lepas dok planning nak bawak Alysha gi berkhatan. Umur dia pun dah masuk 5 bulan dah.

Risik punya risik kat kawan-kawan ramai yang cadangkan saya pergi Klinik Azlini Puchong Permai. Bagus katanya kat situ. Doktor pun ramah katanya. Lagipun rata-rata klinik lain kalau nak berkhatan kena pi hari biasa. Ada yang hari isnin ja boleh. Takkan nak amik cuti semata-mata nak bawak anak berkhatan kan..

So 3 minggu lepas pukul 4 ptg camtu saya dan suami pun pergila Klinik tu. Landmark sangat senang. Deret kedai sebelah kiri sebelum roundabout nak ke Puchong Prima. Bila sampai tutup da.... Rupa-rupanya untuk sesi malam Klinik ni buka dari pukul 6 ptg sampai 9 malam. Buka 6 hari seminggu. Frust la jugak uhuhuhu...



Hari sabtu lepas dalam pukul 6.30 petang camtu berjaya jugak jejak kaki sekali lagi kat Klinik ni. Alhamdulillah kali ni klinik buka dan orang pun tak ramai. Suami tak ikut masuk sekali sebab Ashraf tidur sikit punya nyenyak kat dalam kereta hahaha... Menapak la mama masuk dengan Alysha.


Masuk ja terus nampak ruang untuk anak-anak bermain. Ni Kalau Ashraf masuk memang suka la dia main kat situ. Sesuai sangat untuk sesapa yang datang klinik dengan anak-anak. So takde la bosan anak-anak menunggu.





Cantik,kemas dan sangat friendly dari nurse sampai la doktor. Yang lawaknya tak sampai 2 minit kot sunat bayi perempuan ni. Mama punya la cuak hahaha... Ingatkan lagu mana la depa nak sunat anak dara sorang ni hahaha.... Doktor siap tegur saya kurus sangat. Tanya makan apa ja. Awat berat tak naik... Actually nak tanya soklan yang sama kat doktor tu.. Sebab dia pun kuruih macam kami jugak hihihi....

Ok korang takmau melalut dah. Kalau korang nak bawak anak gi sunat kat sini make sure dulu klinik tu bukak ke tak ya. Boleh hubungi 03-5882 1695. Ok korang nanti kita borak lagi. Waktu rehat dah abis.


Sunday, May 07, 2017

PENGHIDAP ASTMA KRONIK SEMBUH GARA-GARA VITAMIN INI

by , in
Bismillah, terpanggil untuk share dengan korang semua. Saya sendiri mendengar perkongsian beliau

Pengidap Asthma Kongsi Pengalaman Ngeri Yang Akhirnya Kembali Sihat.

Tangan saya setiap hari akan berdarah. Saya akan balut jari saya setiap hari dengan plaster. Sendi sendi saya sangat sakit. Perlu pakai sarung tangan sebanyak 3 lapis untuk memandu kerana kesakitan.

Sambil bercakap dia menitiskan air mata berkongsi pengalaman ini.



Jangan kata dia, kami pendengar turut mengalirkan air mata, seolah seolah merasai kesakitan yang beliau hadapi.

9 bulan beliau mengamalkan vivix dan kesan nya ada rakan memuji beliau kelihatan cantik, dan rutin harian membalut jari menggunakan plaster tiada lagi.

Pendarahan dan sakit sendi berlaku kesan daripada steroid yang diambil.

Lama kelamaan setelah konsisten mengamalkam vivix penyakit beliau telah hilang, asthma yang dihadapi sejak kecil telah tiada, dia kembali sihat.

Semua aktiviti yang disukai telah boleh dilakukan tanpa penderitaan.

Mula-mula nak beli vivix dia rasa sangat mahal tau. Tapi akhirnya dia mencuba. Bila dah cuba pasti jatuh cinta.

Beliau nak beli vivix beri pada ibu bapa, mertua, anak-anak. Tapi tak ada duit. Part ni memang sayu. Beliau cakap 'what to do... No money... Go and find lor.. Dan airmata beliau mengalir laju. Seluruh dewan senyap sunyi. Petugas bergegas naik ke pentas bagi tisu 😞😞😞. Tersentuh sangat-sangat.

Beliau cuba kongsi kebaikan vivix pada orang-orang terdekat tapi erm, rejection dimana-mana

Akhirnya beliau berkongsi kebaikan dengan orang lain, orang yang dia langsung tak kenal. Beliau pergi mencari orang luar yang tiada kaitan persaudaraan. Bukan sahabat. Alhamdulillah ramai yang menerima.

Dia mula dapat membeli vivix free untuk diri sendiri hasil jualan vivix (bonus shaklee), dan lama kelamaan, bisnes berkembang dan sekarang teguh dengan Shaklee dengan rank Master Koordinator dengan pendapatan 5 angka sebulan.

Perkongsiaan beliau sangat mengujakan, Beliau ialah Master Ng Siew Fang.


Untuk order Vivix boleh cuba 2 cara nih :

Cara 1 – Anda boleh terus klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

 Cara 2 – Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran ke rumah anda adalah percuma sekiranya anda berada di sekitar Puchong. Saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Putra Height, Saujana Puchong dan Saujana Putra. 

Umi Kalsom Awang Hat
Call/SMS/Whatsapp : +6017.4997159
Friday, May 05, 2017

APA PATUT BUAT BILA SELALU KURANG MOTIVASI DAN MUDAH DOWN?

by , in
Korang mudah patah semangat dan down tak bila tak berjaya buat sesuatu? Dulu saya mudah down dan patah semangat. Sekarang pun pernah jugak jadi camtu hahaha... .Tapi sangat jarang dah. Nak tau apa yang saya  buat sehingga mampu improve tahap motivasi saya? Teruskan membaca.


Rupa-rupanya kan semua ni terjadi disebabkan kurangnya aktiviti neurotransmitter di dalam otak kita. Haaa... Tudia jangan tak tau semuanya ada kaitan dengan sains. Serotonin atau 5-hydroxytryptamine adalah neurotransmitter monoamine. Biochemically berasal dari tryptophan, serotonin terutamanya ditemui dalam saluran gastrousus, platelet darah, dan sistem saraf pusat haiwan, termasuk manusia.


Serotonin adalah neurotransmitter yang memainkan peranan yang besar dalam mood, pembelajaran, mengawal selera makan, dan tidur. Ia secara meluas dipercayai bahawa serotonin yang rendah adalah penyebab utama kemurungan.

Apa jadi jika tahap serotonin rendah?



Camni cara serotonin bertindak. Bila tahap serotonin pada tahap normal kita akan rasa bahagia, tenang dan gembira. Tapi bila kita dalam keadaan stress serotonin akan digunakan lebih banyak dari biasa. Jadi badan kita akan kekurangan chemical serotonin. Tu yang jadi depress,kurang semangat dan mudah down tu.


Dalam badan & otak kita ada sel khusus yg dikenali sebagai NEURON. Neuron ni fungsi dia khas sebagai sel yg membawa & menyimpan maklumat untuk tindak balas seterusnya. Contohnya, neuron dalam saraf membawa maklumat rasa sakit pada tangan akibat terpegang benda panas kepada otak. Neuron di dalam otak pula membawa maklumat dari otak kepada anggota badan untuk bertindak supaya mengalihkan tangan tersebut dari benda panas yg menyakitkan tersebut.


Neuron tidak bersentuhan atau berinteraksi secara terus (direct) antara satu sama lain untuk saling menyampaikan maklumat. Tetapi, ada satu unsur kimia yg 'menghubungkan' antara neuron agar 'maklumat' yg dibawa dapat disampaikan ke destinasinya. Unsur kimia ini dikenali sebagai NEUROTRANSMITTER. Kira macam 'ejen' la Neurotransmitter ni. Ejen penyampai maklumat.
.
Dalam otak kita, terdapat 4 Neurotransmitter yg paling utama iaitu:
.
🔹SEROTONIN - menseimbangkan selera makan & kemampuan untuk tidur dengan baik.
🔹DOPAMINE - mengawal keseimbangan mood, emosi, tenaga, attitude & motivasi diri.
🔹GABA - membantu diri untuk relaks.
🔹ACETYLCHOLINE - membantu memproses maklumat & daya ingatan.
.
4 Neurotransmitter utama ini boleh menjadi penggalak ataupun penghalang kepada neuron dalam menjalankan fungsinya membawa, menyimpan & menyampaikan maklumat. Macam mana tu?
.
Jawapannya, jika sel (neuron) kita mendapat 'makanan' yg sihat, maka akan sihatlah hasil tindak balasnua. Tapi, kalau neuron kita tak mendapat bekalan 'makanan' yg sihat atau mencukupi, maka akan tak sihatlah hasil yg keluar dari tindak balas sel-sel otak kita tu. Akibatnya, terjadilah rasa down, rasa macam diri kita tak berguna, rasa tak penting, rasa tak dipedulikan atau paling parah, rasa macam "lebih baik aku mati je macam ni". Sebab? Sebab Neurotransmitter yg dikeluarkan tu tak positif. Maka, tak positif lah hasilnya.


Cara Tingkatkan Tahap Serotonin Dalam Badan Pada Tahap Yang Sepatutnya?



Berikan badan anda keperluan suplemen untuk meningkatkan aktiviti serotonin di dalam otak supaya sentiasa dalam keadaan mencukupi. Jangan TAK TAHU OTAK KITA PUN PERLUKAN SUPLEMEN tau. Macam mana suplemen berfungsi?

B Complex  → B9 (asid folik)  membantu memperbaiki fungsi saraf serta bantu mengurangkan stress

Lecithin → Meningkat tahap fokus

Omega Guard → DHA menjadikan reseptor serotonin lebih terbuka, manakala EPA meningkatkan pelepasan serotonin dari neuron.

Performance drink → Elektrolit membantu memberikan tenaga dan meningkatkan bendalir dalam badan

ESP → Membekalkan kesemua asid amino yang diperlukan oleh tubuh.

Jadi jangan ambil mudah kalau korang seorang yang mudah patah semangat, down tak semena-mena dan selalu negatif. Jom take precaution dengan bekalkan suplemen untuk Kegembiraan  😉 . Jom dapatkan Set Elak Mudah Down dari saya. Hubungi 017-4997159 dan saya akan memberikan konsultasi terbaik untuk anda semua. 
Monday, May 01, 2017

DIALAH PENYEBAB KENAPA SAYA DEGIL TERUS BERUSAHA SAMPAI SEKARANG

by , in
Minggu lepas. Tak ingat hari apa. Saya bergegas balik rumah dari tempat kerja. Terus pergi amik anak-anak kat rumah pengasuh yang selang 2 buah rumah ja. Sebabnya nak pergi rumah kawan untuk hantar barang yang pernah saya pinjam dulu. Kalau saya terus pergi lambat pulak ambil anak-anak nanti.


Sampai ja kat rumah pengasuh Ashraf dari jauh dah lambai sambil menjerit mama acap dengan senyuman riang. Hilang rasa penat kerja seharian. Terus angkat Alysha letak dalam car seat kat tempat duduk belakang.

Ashraf macam biasa jadi co pilot kat car seat depan. Baru separuh jalan kereta bergerak ashraf macam biasa la potpetpotpet… makin banyak cakap hero sorang nih. Ada yang saya paham ada yang saya angguk2 ja iya kan aja walaupun tak paham apa yang dia cakap hahaha… kejam tak mama?kihkih… Tiba-tiba ja ashraf tanya soalan yang sangat buat saya sebak 😭😭😭😭. Mama gi work, papa pun work. Mama acap nak work jugak boleh? Serius weh. Rasa macam tahan ja air mata nih. Walaupun ayat dia pendek ja. Tapi saya faham sangat dia nak ikut mama gi work. Dia taknak duduk rumah pengasuh. Tapi jangan salah faham. Pengasuh dia ok ja. Ashraf memang anak yang manja. Anak sulung kan. Bila toleh tengok muka dia nampak sangat dia betol-betol maksudkan apa yang dia cakap tadi. Perlahan-lahan saya tarik nafas untuk meredakan perasaan yang sendu dan sebak. Saya jawab sambil senyum. Ashraf kecik lagi tau. Mana boleh kerja. Ashraf kena belajar dulu sampai pandai. Bila dah besar macam mama baru boleh kerja. Ashraf tunjuk muka sayu ja. Pastu dia jawab baik mama. Alahai la anak polos betol muka kamu tu.


 Saya cakap lagi kalau ashraf nak mama duduk rumah Ashraf kena lah berdoa pada Allah. Ashraf kena doakan mama berjaya dalam bisnes Shaklee. Dapat bonus banyak. Dapat naik pangkat jadi Supervisor. Lepas tu naik lagi dan lagi sampai jadi master. Jom angkat tangan berdoa kat Allah. Cepat ja Ashraf angkat tangan dan ikut doa yang saya bacakan. SubhanaAllah waktu tu saya speechless sangat-sangat. Betapa seorang anak tagih perhatian dari mama dia. Dan dari saat itu jugak lah saya berjanji pada diri saya sendiri bahawa saya takkan pernah berhenti berdoa supaya masanya akan tiba untul saya jadi WAHM yang berjaya, punya income bulanan 5 angka setiap bulan. Saya pasti masa itu pasti akan tiba jugak 💪💪💪.


 Saya mohon sahabat-sahabat yang membaca nukilan saya ni untuk aminkan doa anak saya Ashraf agar saya berjaya berhenti kerja hakiki dan fokus bisnes dari rumah lepas ni. Ameen…


Nukilan Seorang ibu yang nak sangat jaga anak sepenuh masa dan generate income infinity.