Tuesday, April 12, 2016

KENALI MAKANAN KAWAL SELERA MAKAN

by , in
Assalamualaikum semua. Sebenarnya dah lama dah nak tulis entry ni tapi tak berkesempatan. Baru-baru ni kat media banyak bincangkan golongan muda sekarang ni makin ramai menghidap penyakit berbahaya seperti  darah tinggi,sakit jantung,kanser dan sebagainya. Memang sangat menakutkan. Dulu-dulu kita biasa dengar penyakit sebegini hanya berlaku di kalangan warga tua sahaja. Apa sudah jadi??????

Fenomena macam ni berlaku disebabkan banyak faktor antaranya cara hidup yang tak sihat, kurang bersenam, pemakanan yang tak sihat dan persekitaran yang kotor serta tercemar. So apa kaitan dengan entry saya kali ni???? Haa... Sebenarnya saya nak bantu kawan-kawan untuk cuba kawal selera makan dengan pemilihan makanan yang betul. Teruskan membaca.......

Nak kawal selera makan memang payah kan? Ramai kawan yang mengadu bukan aku tak nak kontrol makan tapi tak mampu. Makanan tu asyik panggil aku ja.hahahhaha... Macam-macam alasan yang dok dengar kawan-kawan cakap. Tahu tak sebenarnya ada beberapa jenis makanan yang membantu mengawal selera kita. Kalau nak tahu jom teruskan membaca.


1. Oat

Dengan mengambil hanya dua hidangan oat mampu menurunkan kolestrol LDL sebanyak 5% dalam masa enam minggu. Wow menarik kan... Kunci utama membunuh kolestrol adalah beta-glucan yang mana oat ini mampu menyerap LDL dan menyingkirkan lemak dari badan.

2. Cendawan

Makanan ini mampy mencegah lemak dan penggalak imun sehingga membantu meningkatkan pengeluaran dan aktiviti sel darah putih. Jumlah yang disyorkan setiap hari adalah 1/4 kepada 1 auns yang mana anda boleh manambahkan cendawan ini ke dalam sayur,pasta atau telur dadar.

3.  Asparagus


Sayur rangup ini dapat membekalkan inulin iaitu satu serat khas yang membantu bakteria baik di dalam saluran penghadaman anda. Grill asparagus atau makan bersama krim sup boleh meningkatkan mood anda dalam menjalani kehidupan seharian. Boleh cuba ni. Asparagus ni jarang ada kat kedai-kedai biasa. Kalau nak kne cari kat pasaraya besar.

4. Pisang

Mengambil pisang pada size sederhana mampu meningkatkan tenaga berpanjangan selain menahan lapar dalam masa yang lama. Kandungan B6 membantu otak menghasilkan serotonin. Lebih banyak serotonin yang dihasilkan,semakin kurang rasa tekanan atau susah hati. Hidangan muffin pisang memadai untuk mereka yang diet.

5. Bawang

Di sesetengah negara, bawang dianggap mampu mengubati pelbagai penyakit bermula daripada diabetes sehinggalah rawatan meningkatkan prestasi olahraga. Bau pada bawang mampu menentang penyakit kardiovaskular. Memasukkan bawang ke dalam masakan mampu menambah rasa pada masakan yang boleh menentang rasa cepat lapar.



Ini lah 5 jenis makanan yang boleh membantu mengawal selera makan anda. Sebenarnya kita sendiri banyak yang tak tahu kelebihan makanan yang kita makan setiap hari.

Jika nak lagi mudah minum ja Vivix yang mampu menjaga kesihatan kita secara menyeluruh. Sangat mudah. Hanya minum 1 sudu teh setiap hari dan bersedia untuk kesan yang sangat menakjubkan. Sama seperti makanan rendah kalori yang lain, anggur muscadine yang ada dalam Vivix membantu untuk kita mendapatkan dan mengekalkan berat badan yang sihat. Anggur muscadine kaya dengan serat dan air iaitu dua kandungan yang membantu membuatkan kita rasa kenyang tanpa menambah kalori.




Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra, Putra Height, Shah Alam
FB : Umi Kalsom Awang Hat
FB Page :Pengedar Shaklee Puchong - 0174997159
Instagram : www.instagram.com/@umikalsomawanghat
Saturday, April 09, 2016

Panduan Pilih Meja Makan Yang Tepat

by , in

Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu  semua. Hari ni saya nak kongsi sedikit panduan pilih meja makan  yang tepat.

Sebenarnya pemilihan meja makan ni nampak macam remeh dan mudah ja. Tapi kalau  silap pilih boleh jadikan ruang dapur atau ruang makan rumah kita nampak berterabur,  serabut  dan  juga semak  mata memandang. Sekali dah salah pilih hadap jela. Takkan nak jual semula kot. Rugi tu. Okay jom kita baca panduan yang patut kita ikut jika nak beli meja makan.

1) Pemilihan Meja Bulat

Bagi kediaman yang mempunyai kawasan yang  terhad pemilihan meja makan bulat besar sangat digalakkan. Ini kerana meja tersebut tiada sudut dan tak melibatkan ruang yang begitu besar untuk menempatkannya.

2) Pemilihan Mej Segi Empat

Pemilihan meja makan segi empat pula sesuai sangat bagi ruang yang luas dan ada banyak kerusi. Ia boleh muatkan lebih ramai orang dalam satu masa. Namun susah sikit la bila nak capai makanan.

3) Bajet Kewangan

Ha.. Dah pilih nak meja bulat atau segi empat? Sekarang tengok pulak poket atau bajet kewangan keluarga. Berapa bajet yang ada menentukan jenis,kualiti meja makan yang patut dibeli. Jika masih aim nak meja makan yang mahal tapi berkualiti dan tahan lasak mungkin anda perlu menabung lebih lama lagi 😊😊.

4) Sesuai Dengan Konsep

Jika rumah anda jenis yang  dah set konsep pastikan meja makan pun ngam dengan konsep  sedia ada. Nampak janggal lah jika konsep rumah ala-ala English gitu tapi meja makan ala-ala kontemporari pulak. Biar la senada barulah sedap mata memandang.
Tips : jika ruang makan dan dapur di ruang yang sama pastikan meja makan ngam dengan warna kabinet dapur anda.

5) Bilangan Penghuni

Bilangan penghuni atau ahli keluarga yang tinggal dalam kediaman juga harus dititikberatkan bagi membolehkan setiap orang dapat tempat duduk masing-masing. Jika keluarga anda besar dan kawasan ruang makan juga besar pemilihan meja makan yang besar adalah paling sesuai.

6) Kekerapan dan Material

Ini juga harus dijadikan antara kriteria sebelum memilih meja makan. Jika meja makan tersebut akan digunakan untuk makan malam,kerja rumah dan aktiviti lain makanya perlulah memilih meja makan yang tahan lasak dan berkualiti.

7) Kemasan

Kemasan kayu juga menjadi antara salah satu material  hebat yang tidak harus dilupakan. Ia mudah dilap dan kemasannya berkilat. Jika anak anda masih kecil mudah untuk dibersihkan dan takde lah risiko pecah kerana tidak menggunakan cermin.

Mudah-mudahan panduan-panduan pilih meja makan yang tepat ini dapat bantu kawan-kawan yang sedang buntu dalam memilih meja makan yang sesuai.

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu untuk semua..

Kredit : Majalah Mingguan Wanita Edisi 1687