Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu semua. Hari ni saya nak kongsi sedikit panduan pilih meja makan yang tepat.
Sebenarnya pemilihan meja makan ni nampak macam remeh dan mudah ja. Tapi kalau silap pilih boleh jadikan ruang dapur atau ruang makan rumah kita nampak berterabur, serabut dan juga semak mata memandang. Sekali dah salah pilih hadap jela. Takkan nak jual semula kot. Rugi tu. Okay jom kita baca panduan yang patut kita ikut jika nak beli meja makan.
1) Pemilihan Meja Bulat
Bagi kediaman yang mempunyai kawasan yang terhad pemilihan meja makan bulat besar sangat digalakkan. Ini kerana meja tersebut tiada sudut dan tak melibatkan ruang yang begitu besar untuk menempatkannya.
2) Pemilihan Mej Segi Empat
Pemilihan meja makan segi empat pula sesuai sangat bagi ruang yang luas dan ada banyak kerusi. Ia boleh muatkan lebih ramai orang dalam satu masa. Namun susah sikit la bila nak capai makanan.
3) Bajet Kewangan
Ha.. Dah pilih nak meja bulat atau segi empat? Sekarang tengok pulak poket atau bajet kewangan keluarga. Berapa bajet yang ada menentukan jenis,kualiti meja makan yang patut dibeli. Jika masih aim nak meja makan yang mahal tapi berkualiti dan tahan lasak mungkin anda perlu menabung lebih lama lagi 😊😊.
4) Sesuai Dengan Konsep
Jika rumah anda jenis yang dah set konsep pastikan meja makan pun ngam dengan konsep sedia ada. Nampak janggal lah jika konsep rumah ala-ala English gitu tapi meja makan ala-ala kontemporari pulak. Biar la senada barulah sedap mata memandang.
Tips : jika ruang makan dan dapur di ruang yang sama pastikan meja makan ngam dengan warna kabinet dapur anda.
5) Bilangan Penghuni
Bilangan penghuni atau ahli keluarga yang tinggal dalam kediaman juga harus dititikberatkan bagi membolehkan setiap orang dapat tempat duduk masing-masing. Jika keluarga anda besar dan kawasan ruang makan juga besar pemilihan meja makan yang besar adalah paling sesuai.
6) Kekerapan dan Material
Ini juga harus dijadikan antara kriteria sebelum memilih meja makan. Jika meja makan tersebut akan digunakan untuk makan malam,kerja rumah dan aktiviti lain makanya perlulah memilih meja makan yang tahan lasak dan berkualiti.
7) Kemasan
Kemasan kayu juga menjadi antara salah satu material hebat yang tidak harus dilupakan. Ia mudah dilap dan kemasannya berkilat. Jika anak anda masih kecil mudah untuk dibersihkan dan takde lah risiko pecah kerana tidak menggunakan cermin.
Mudah-mudahan panduan-panduan pilih meja makan yang tepat ini dapat bantu kawan-kawan yang sedang buntu dalam memilih meja makan yang sesuai.
Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu untuk semua..
Kredit : Majalah Mingguan Wanita Edisi 1687
New
Panduan Pilih Meja Makan Yang Tepat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment