Apa itu FIBROID? Bagaimana Cara Nak Hilangkan FIBROID?

Assalamualaikum semua. Apa khabar semua? Umie harap semua sihat belaka ya.
Hari ni umie nak berkongsi dengan semua tentang FIBROID. Ada tak sesapa kat sini yang ada fibroid? Mesti stress kan? Takyah stress2 okay. Jom kita kenal dulu tentan fibroid ni. Tak kenal maka tak tahu kan.

Apa Itu Fibroid?


Sebelum sembang panjang kita hurai dulu tentang fibroid. Fibroid ni sebenarnya adalah sejenis ketumbuhan yang bukan kanser pada otot,tisu pada uterus. Fibroid agak sinonim dengan wanita yang berumur 30 hingga 40 tahun. Kebanyakan mereka yang ada fibroid tak tahu pun kewujudan fibroid dalam rahim mereka. Sebabnya kadang-kadang tiada sebarang simptom yang mereka alami.

Ada 3 penyebab terjadinya fibroid;

1. Genetik
2. Hormon estrogen lebih tinggi berbanding progesteron
3. Serangan radikal bebas

Jenis-jenis Fibroid


Fibroid ni berbeza bergantung kepada di mana ianya tumbuh.  Terdapat beberapa jenis fibroid.

Yang pertama fibroid Submucosal membesar di bahagian bawah salutan rahim boleh menyebabkan pendarahan yang banyak kerana luas permukaan uterus bertambah.

Jenis yang kedua ialah fibroid intramural. Selalunya berlaku dalam lapisan otot iaitu di antara otot rahim pada bahagian dinding.

Yang ketiga fibroid submucosal yang terjadi di bawah lapisan paling luar. Yang jenis cenggini kalau membesar boleh sebabkan tekanan. Jika fibroid tu menekan pundi kencing akan sebabkan kita asyik rasa nak kencing ja. Jika fibroid menekan saluran kencing pulak akan menyebabkan air kencing berpatah balik ke buah pinggang. Bahaya sangat sebab boleh sebabkan buah pinggang membengkak atau dijangkiti kuman. Jika fibroid menekan tiub fallopio boleh sebabkan kita susah nak mengandung atau mengalami kehamilan ectopic (mengandung luar rahim). Lagi satu kalau fibroid menekan usus atau perut pulak akan sebabkan kita rasa macam perut penuh atau kembung ja.  Cuba bayangkan jika fibroid ni menekan tiub fallopio kita tanpa kita tahu pun? Dan waktu tu kita sedang berusaha untuk hamil. Mestilah sedih sesangat kan........

Yang keempat fibroid pedunkal yang membesar secara bertangkai daripada permukaan bahagian luar rahim atau permukaan bahagian dalam rahim atau permukaan bahagian dalam rahim dan kadangkala menjalar keluar dari servik (pangkal rahim).

Simptom atau Gejala Ada Fibroid?

  1. Mengalami pendarahan yang banyak dan lama ketika period
  2. Period awal dari tarikh asal dalam kuantiti yang banyak
  3. Senggugut yang teruk
  4. Sakit dalam perut ketika hubungan intim
  5. Perut buncit dan tak selesa atau kejang pada abdomen bawah
  6. Sembelit yang teruk
  7. Terlalu kerap buang air kencing
  8. Selalu gugur atau sukar hamil

Rawatan


Jika anda berasakan bahawa mengalami simptom atau gejala menunjukkan ada fibroid di dalam rahim anda, pastikan pertama sekali rujuk doktor terlebih dahulu.  Pemeriksaan ultrasound atau CT scan abdomen adalah lebih tepat dan meyakinkan. Ini sangat penting bagi mengetahui tahap bahaya fibroid yang anda alami. Setelah mendapatkan konsultasi dan pandangan daripada doktor baru lah kita berikhtiar dengan pengambilan supplemen yang selamat dan diyakini bagi membantu menghilangkan fibroid secara semulajadi. 

Bagi pesakit yang mengalami masalah fibroid supplemen yang paling berkesan ialah yang :
  •  Mampu memperbaiki sel-sel badan 
  • Melindungi sel-sel badan 
  • Memberi tenaga kepada sel-sel badan 
  • Meningkatkan keupayaan sel badan kita. 




Keempat-empat elemen ini ada pada VIVIX SHAKLEE. Dengan mengamalkan pengambilan Vivix secara konsisten badan kita akan dilindungi daripada serangan radikal bebas yang akan menyebabkan fibroid semakin membesar dan mengganggu fungsi organ-organ badan yang lain. Dengan kata lain Vivix adalah sumber anti oksidan yang sangat hebat sehingga mampu memperbaiki kerosakan sel-sel akibat fibroid dan membantu sel-sel badan kita lebih bertenga.

Sekiranya anda ingin mendapatkan konsultasi atau penerangan lebih lanjut sila hubungi nombor tertera seperti di bawah. Saya hanya membantu dan Allah lah yang akan memudahkan segala-galanya. In Sha Allah.

Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra
FB : Umi Kalsom Awang Hat
Instagram : www.instagram.com/@umikalsomawanghat



No comments:

Post a Comment