Monday, October 09, 2023

MENGAPA SAYA MEMILIH VITAMIN SHAKLEE

by , in

Assalamualaikum semua! Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua mengenai mengapa saya memilih suplemen Shaklee sebagai pilihan untuk kesihatan saya. Semoga perkongsian ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai mengapa Shaklee adalah pilihan yang terbaik bagi saya dan ramai lagi rakyat Malaysia khususnya.


1. Kualiti yang Terjamin


Satu perkara yang saya sangat hargai tentang Shaklee adalah kualiti produk mereka yang terjamin. Shaklee telah berada dalam industri di Malaysia selama lebih dari 60 tahun dan lebih 100 tahun sejak awal penubuhan , dan mereka telah mengambil langkah yang ekstensif untuk memastikan bahawa produk-produk mereka adalah yang terbaik. Mereka menguji setiap bahan mentah untuk keselamatan dan keberkesanan sebelum menghasilkan produk. Jadi, saya yakin bahawa saya hanya mendapat yang terbaik untuk tubuh saya.


2. Semua Produk Semulajadi


Suplemen Shaklee terbuat daripada bahan semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Ini adalah sesuatu yang amat penting bagi saya, kerana saya ingin memastikan apa yang saya masukkan ke dalam tubuh saya adalah yang terbaik. Produk Shaklee juga selamat untuk digunakan oleh semua peringkat umur, termasuk ibu hamil dan bayi. Ini membuat saya yakin bahawa produk Shaklee adalah pilihan yang baik untuk kesihatan seisi keluarga saya.


3. Kajian Saintifik yang Telus


Satu lagi faktor yang menjadikan saya yakin dengan Shaklee adalah kajian saintifik yang mereka lakukan untuk menyokong produk-produk mereka. Mereka telah menjalankan banyak kajian yang telus untuk membuktikan keberkesanan produk mereka. Ini memberi saya keyakinan yang besar bahawa produk Shaklee benar-benar berfungsi. Antara kajian Saintifik yang terkenal ialah "Landmark study" dan " Kajian Telemores"


Untuk membaca link jurnal mengenai:


 "Landmark Study" tekan SINI

"Kajian Telemores" tekan SINI



4. Pelbagai Pilihan Produk


Shaklee menawarkan pelbagai produk kesihatan yang sesuai untuk pelbagai keperluan. Saya boleh memilih dari pelbagai jenis vitamin, mineral, dan suplemen lain yang sesuai untuk kesihatan saya. Ini membolehkan saya menyesuaikan suplemen saya berdasarkan keperluan individu saya. Malah di rumah saya set penjagaan rambut, penjagaan kebersihan rumah, pencuci pinggan dan produk penjagaan wajah pun semuanya adalah produk Shaklee.


5. Sokongan Komuniti


Apabila saya memilih Shaklee, saya juga menjadi sebahagian daripada komuniti yang memberi sokongan. Saya mendapat peluang untuk berkongsi pengalaman dengan orang lain yang juga menggunakan produk Shaklee. Ini memberi saya rasa keterikatan dan sokongan yang besar dalam usaha saya untuk menjaga kesihatan.


Kesimpulannya, memilih suplemen Shaklee adalah satu keputusan yang saya tidak pernah menyesal. Saya yakin bahawa saya hanya menggunakan yang terbaik untuk tubuh saya dan keluarga saya. Dengan kualiti yang terjamin, produk semulajadi, kajian saintifik yang telus, pelbagai pilihan produk, dan sokongan komuniti yang hebat, Shaklee adalah pilihan yang bijak untuk kesihatan saya. Saya menggalakkan anda semua untuk menjadikan Shaklee pilihan kesihatan anda juga. Semoga kita semua dapat mencapai kesihatan yang optimum bersama-sama!


Jika berminat untuk mendapatkan mana-mana produk atau suplemen Shaklee boleh contact nombor di bawah ini.


 

W/A: www.wasap.my/60174997159/nakjoinbisnesonline


FB: https://www.facebook.com/umikalsom.awanghat?mibextid=ZbWKwL


Tiktok: tiktok.com/@umikalsomawanghat


Sunday, October 01, 2023

KEPENTINGAN VITAMIN C UNTUK KESIHATAN WANITA

by , in

 Hari ini kita akan bercakap tentang sesuatu yang sering kita dengar - Vitamin C. Apa yang membuatkan Vitamin C begitu penting untuk kesihatan kita? Mari kita kupas KEPENTINGAN VITAMIN C UNTUK KESIHATAN WANITA dengan lebih mendalam.


KEPENTINGAN VITAMIN C


Vitamin C, atau juga dikenali sebagai asid askorbik, adalah nutrien yang terkenal dengan banyak khasiatnya. Antaranya:


1)  Meningkatkan sistem imun. Ini bermaksud, ia boleh membantu kita melawan jangkitan dan penyakit. Tapi bukan hanya itu sahaja, ada banyak lagi manfaat Vitamin C yang perlu kita ketahui.


2) Penyerapan zat besi dalam makanan. Jadi, jika anda mahu tubuh anda mendapat manfaat sepenuhnya dari zat besi, pastikan anda mencukupi pengambilan Vitamin C.


3) Pembentukan kolagen. Selain itu, Vitamin C juga memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen. Apa itu kolagen? Ia adalah protein yang membantu kulit kita kekal tegang dan sihat. Jadi, jika anda mahu kulit yang cantik dan muda, jangan lupakan Vitamin C!


4) Kesihatan mata.Selain daripada kulit, Vitamin C juga bagus untuk mata kita. Ia melindungi mata daripada kerosakan akibat sinar UV dan boleh membantu mengurangkan risiko penyakit mata seperti katarak.Tetapi ingatlah, tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C sendiri. Jadi, kita perlu mendapatkannya melalui makanan atau suplemen. Buah-buahan seperti oren, strawberi, dan kiwi adalah sumber yang baik untuk mendapatkan Vitamin C.


5) Tahap tenaga yang lebih baik. Keletihan adalah perkara yang kerap terjadi di kalangan wanita terutamanya yang sudah berkahwin dek kerana terlalu banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan setiap hari.Vitamin C membantu meningkatkan pertahanan badan dengan menyokong penyerapan zat besi.


6) Sendi yang fleksibel. bergerak bebas dan nikmati sepenuhnya kehidupan. Vitamin C menyokong fleksibiliti sendi dengan menggalakkan penghasilan kolagen,mengurangkan keradangandan melindungi tulang rawan daripada kecederaan.


7) Gusi sihat. Hari yang indah bermula dengan senyuman yang indah. Kurangkan risiko mengalami nafas berbau dan kerosakan gigi dengan vitamin C.


Jadi, kesimpulannya, Vitamin C adalah nutrien penting yang perlu kita ambil setiap hari untuk kesihatan yang baik. Ia bukan sahaja melindungi sistem imun kita, tetapi juga memberikan manfaat kepada kulit dan mata kita. Jadi, jangan lupa untuk mencukupi pengambilan Vitamin C anda setiap hari!




Penting untuk diingat bahwa tubuh manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri, sehingga kita perlu mendapatkannya dari makanan atau suplemen.


Jika berminat untuk mendapatkan Vitamin C ini boleh contact nombor di bawah ini.



 

W/A: www.wasap.my/60174997159/nakjoinbisnesonline


FB: https://www.facebook.com/umikalsom.awanghat?mibextid=ZbWKwL


Tiktok: tiktok.com/@umikalsomawanghat


Tuesday, September 12, 2023

SET VITAMIN SHAKLEE UNTUK WANITA MENGANDUNG

by , in

 Bila seorang WANITA MENGANDUNG tubuh badan akan mengalami perubahan secara berperingkat. Antara yang akan berubah ialah bentuk fizikal, emosi dan tahap kesihatan. Selalunya wanita mengandung akan perasan perubahan yang berlaku sebelum sahkan kehamilan lagi.


Sebab itulah sangatlah digalakkan wanita mengandung untuk amalkan Daily Self care.


1. Lakukan senaman ringan
2. Minum air putih secukupnya
3. Makan makanan yang sihat
4. Ambil set kehamilan yang sesuai


Berita baik buat semua wanita @ bakal ibu sekalian.. Shaklee baru saja lancarkan Set Vitamin Shaklee untuk wanita mengandung yang sangat-sangat eksklusif. Boleh tengok poster di bawah ni.


Set Embun ini sangat eksklusif kerana ada dua produk istimewa dari TANAMERA iaittu Smooth Tummy Oil & Relaxing magnesium gel


Set ini sangat lengkap untuk perkembangan bayu dalam kandungan dan juga untuk ibu yang sedang melalui tempoh 10 bulan kehamilan.









Semoga semua wanita yang sedang mengandung dipermudahkan segala urusan serta sihat sejahtera.  Jika berminat untuk mendapatkan kesemua Vitamin ini boleh contact nombor di bawah ini.



 

W/A: www.wasap.my/60174997159/nakjoinbisnesonline


FB: https://www.facebook.com/umikalsom.awanghat?mibextid=ZbWKwL


Tiktok: tiktok.com/@umikalsomawanghat





Friday, September 01, 2023

SENARAI KEPERLUAN IBU MENGANDUNG TRIMESTER PERTAMA

by , in

Bila dapat tahu isteri hamil satu keluarga akan gembira terutamanya suami. Tak sabar menanti kehadiran orang baru. Lagi-lagi bila itu adalah kehamilan pertama. Jom umie nak berkongsi KEPERLUAN IBU MENGANDUNG TRIMESTER PERTAMA.


Bagi ibu mengandung kali pertama banyak perkara perlu dititikberatkan. Jom baca satu persatu. Umie terangkan dalam ayat mudah untuk faham.



1. Isteri kena kurangkan minuman berkafein. Contohnya jika si ibu penggemar kafein seeloknya terus berhenti atau kurangkan kepada hanya minimum secawan sehari.


2. Kena pastikan tiada aktiviti atau pergerakan yang merbahaya dilakukan bagi mengelakkan menganggu janin dalam kandungan. Trimester pertama janin masih sangat fragile. Jika tidak berhati hati dikhuatiri memudaratkan kandungan dan ibu mengandung.


3. Banyakkan pengambilan air kosong minimum 8 gelas sehari. Jika sebelum ni minum bila dahaga sekarang mula minum. Penting sangat cukup bendalir dalam badan supaya tumbesaran janin berjalan dalam keadaan terbaik.


4. Pengambilan asid folik yang lengkap seeloknya seawal 3 bulan sebelum mengandung. Penting sangat untuk mengelakkan janin cacat serta tumbesaran tulang belakang dari terencat. Seeloknya ambillah B Complex yang lengkap bukan hanya asid folik semata-mata.


5. Jangan lewat makan supaya perut tak masuk angin. Ibu mengandung ni mudah benor badan nak rasa lain macam sebab perubahan sedang berlaku perlahan-lahan.


6. Kawal stress supaya tidak berlebihan. Stress berlebihan boleh menyebabkan kandungan gugur. Uhuhu... bila stress cepat-cepat tarik nafas dan luahkan pada orang yang dipercayai. Jangan tanggung sorang-sorang kerana ia boleh memudaratkan.


7. Banyakkan makan sayur dan buah buahan bagi mengelakkan sembelit. 


8. Buat suami pulak berilah sokongan moral dan kasih sayang pada isteri. bersedialah andai isteri mudah terasa, mudah merajuk dan sebagainya. Fahamilah isteri sebab dia pun sedang menerima sesuatu yang baru dalam hidup.


9. Banyakkan membaca Al Quran dan perdengarkan surah-surah lazim sepanjang kehamilan. Contohnya Surah Maryam, Surah Yusof, Surah Lukman. 


10. Sediakan bajet tambahan untuk suplemen ibu mengandung  yang bersesuaian. Ibu memerlukan suplemen tambahan supaya kedua-dua ibu dan kandungan mendapat nutrisi yang secukupnya. 



Semoga entry ini membantu ibu-ibu dalam menghadapi trimester pertama kehamilan. Next entry umie akan share Suplemen yang sesuai untuk ibu mengandung. Stay tuned tau.


Enjoy the moment ya ibu ayah. 



Wednesday, August 23, 2023

3 DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA AMALKAN

by , in

 

Assalamualaikum. Dunia sekarang penuh dengan fitnah. Apa yang kita dengar tidak semestinya adalah benar. Jadi dalam situasi begini wajib lah kita bersandar dan berserah kepada Allah di samping memperbanyakkan doa memohon segala sesuatu daripada-Nya.


Pagi ni umie nak berkongsi 3 DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA AMALKAN Mudahan pahala ini akan berpanjangan sehingga hari akhirat kelak.



1. Doa Terhindar dari Fitnah Dajjal


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ


Allahumma inni audzubika min 'adzabi jahannama wa min adzabil qabri wa min fitnatil mahya wal mamati, wa min syarri fitnatil masihid dajjal.


Maksudnya : Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksa neraka jahanam dari seksa kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian serta dari kejahatan fitnah al masikh ad-Dajjal (HR Muslim).


Doa ini terdapat dalam satu hadis riwayat Imam Muslim, Rasullullah mengajar kita untuk mengamalkan doa ini sebelum memberi salam yakni selepas  membaca tahiyat akhir.


Selepas “fil a’lamin innaka hamidum majid..” Maka, sambunglah dengan doa di atas “Allahumma inna a’uzubika minal azabi jahannam..” Selepas selepas membaca doa di atas, berilah salam seperti biasa tanda selesai solat.


Doa ini Rasulullah ajar khusus untuk menghindarkan kita daripada fitnah Dajjal di akhir zaman.



2. QS Al-Waqiyah Ayat 35-38


Doa ini dibacakan sesudah shalat fardhu atau sesudah dzikir apabila ingin aura kecantikan keluar seperti layaknya bidadari. Doa ini juga memiliki karomah untuk anda yang selalu ingin terlihat awet muda.



3. QS Thaha Ayat 39


Doa ini merupakan bentuk dari permohonan supaya Allah SWT bisa menjaga tingkah laku diri kita dan juga kebaikan yang ada dalam diri kita termasuk kecantikan dari pengawasan-Nya. Sehingga, karena kecantikan yang sudah kita miliki tidak akan menimbulkan malapetaka


Wa alqoytu alaika mahabbatam manna walitushna’a ‘alaa aini.

Artinya: Dan Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang, yang datang dari-Ku, agar kamu diasuh di bawah pengawasan-Ku.


Semoga bermanfaat untuk kita semua. Bersandarlah pada Allah melebihi segalanya. In Sha Allah

Tuesday, August 22, 2023

VITAMIN UNTUK WANITA BERUMUR 35 TAHUN KE ATAS

by , in


Seorang wanita akan melalui banyak fasa dalam hidup. Ketika remaja seorang wanita penuh energi dan pergerakan sangat agresif. Bila dah kawin lagilah macam-macam benda kena buat. Tetapi apabila seseorang wanita mula menjengah usia 35 tahun ke atas banyak tanda-tanda penuaan mula muncul. Umur 35 tahun ke atas adalah 'pertengahan umur' pada wanita. Antara perubahan yang mula muncul ialah tenaga mula berkurangan, emosi mudah kacau bilau, haid mula terganggu, berat susah nak turun. Yang lebih mengharukan ialah apabila simptom simptom Pre monopaus mula muncul satu persatu.


Sebab itulah mengharapkan khasiat dari pemakanan seharian tidak lagi mencukupi. Nutrisi dan nutrien tambahan sangat diperlukan untuk mempercukupkan nutrisi dalam badan, menyeimbangkan hormon serta menambahkan tenaga. Oleh itu amatlah penting untuk mengamalkan Vitamin Untuk Wanita terutamanya bagi yang berumur 35 tahun ke atas. 



Cadangan Vitamin Untuk Wanita Berumur 35 Tahun Ke Atas



Ada beberapa cadangan vitamin untuk wanita yangs sangat relevan dan kena dengan permasalahan yang kerap muncul. Saya harap dengan membaca entry post ini ramai wanita akan mula cakna keperluan mengambil vitamin untuk kesihatan badan.



1. GLA Complex


Apabila usia semakin meningkat, tubuh badan wanita akan melalui perubahan dari segi fizikal dan hormon serta keperluan nutrisi juga terus berkembang. Tambahkan Asid Linolenik Gamma (GLA) untuk merangsang tahap kesihatan badan. Asid lemak ni tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita. Jadi kita boleh dapat mengambil dari pemakanan atau suplemen harian. Antara kebaikan GLA Complex:


a)Menggalakkan kesihatan kulit


GLA membantu mengekalkan kelembapan kulit dengan mengawal atur penghalang air semulajadi dalam kulit. Selain itu fungsi GLA adalah untuk melegakan keradangan dan kerengsaan kulit. Best kan?


b) Melegakan Simptom Menopaus


Simptom -simptom menopaus seperti rasa panas, berpeluh pada waktu malam, masalah tidur, perubahan emosi dapat dikurangkan. Pengambilan GLA membantu menambah baik kesihatan emosi.


c) Meredakan Sindrom Pra-menstruasi


Ketidakstabilan hormon semasa kitaran haid sangat menjejaskan emosi serta kesejahteraan fizikal. Dengan mengambil nutrien yang efektif wanita dapat melakukan apa yang mereka nak buat tanpa sebarang halangan terutamanya saat datang bulan atau haid. Kajian pengambilan GLA dari Minyak Borage dan perkaitannya dengan PMS menunjukkan bahawa emosi bertambah  baik ketika tempoh pra menstruasi dan sakit pinggang sangat berkurang.



Antara fungsi-fungsi lain GLA Complex yang sangat bagus untuk kesihatan wanita

2. Vitalize


Vitalize ialah multivitamin Shaklee berwajah baru. Shaklee dah upgrade formula dengan kadar penyerapan yang lebih baik. Sebenarnya Vitalize sangat sesuai untuk diamalkan oleh semua wanita. Sebabnya kebanyakan dari kita terlalu sibuk sehingga mengabaikan pemakanan yang sihat, mudah stress dan lompong nutrisi yang terlalu jauh.  Antara kebaikan Vitalize yang ngam sangat untuk wanita ialah:


  • Membekalkan sumber nutrisi lengkap untuk kesihatan yang optimum
  •  Membekalkan tenaga segera
  • membantu penghasilan darah merah
  • memelihara sistem saraf dan fungsi otot


Jika nak tahu informasi lengkap tentang Vitalize klik DI SINI.


Antara fungsi-fungsi lain Vitalize

3. Omega Guard 


Masyarakat kita dah mula cakna tentang kepentingan Omega-3 dalam kehidupan seharian terutamanya wanita. Wanita terutamanya seorang ibu tugasnya sangat lah banyak bermain dengan emosi. Karenah anak-anak bermacam macam. Sebab itulah wanita yang bergelar ibu cukup mudah stress atau tertekan. Bila stress ianya sangat mudah menganggu kesihatan badan terutamanya berkaitan dengan peredaran darah dalam badan. 

Antara kebaikan Omega Guard Shaklee yang sangat kena dengan keperluan seorang wanita ialah:


1. Menyihatkan jantung, kurangkan risiko serangan jantung


Mungkin ramai dah tahu Omega-3 sangat bagus untuk meningkatkan kesihatan salur darah sekaligus meningkatkan kesihatan jantung. Ini kerana wanita berisiko tinggi untuk kerap mendapat serangan jantung selepas menopause.


2. Mencegah kanser payudara


Ni lah yang para wanita paling takut iaitu menjadi mangsa kanser payudara. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang mengambil asid lemak omega-3 dengan dos yang sesuai mampu mengurangkan sebanyak 50% dari risiko mendapat serangan kanser payudara. Kandungan DHA dalam Omega-3 berfungsi sebagai anti-radang semula jadi melawan kanser.


3. Melegakan senggugut ketika datang haid

Ramai tak sedar bahawa Omega-3 ni mampu untuk mengurangkan senggugut ketika hadi. Ia boleh mengimbangi semula kadar asid lemak yang tidak seimbang bagi mengurangkan sakit PMS.



Antara fungsi lain Omega Guard untuk Wanita

4. Ostenutrix


Kebiasaannya wanita memang tak dapat nak lari daripada masalah seperti lenguh-lenguh badan, krem kaki, susah nak membuang dan mudah sakit kepala. Ini kerana wanita memang kehilangan kalsium setiap bulan melalui haid. Lagi dahsyat lagi jika wanita itu menyusukan bayi. Banyak perubahan badan berlaku secara alami untuk seorang yang bergelar wanita.


ostenutrix adalah salah satu vitamin yang umie sendiri sangat-sangat jarang tinggalkan sejak tahun 2014 sehinggalah sekarang. Antara kebaikan Ostenutrix ialah:


  • membantu mengurangkan lenguh-lenguh badan
  • elak gigi rosak dan jarang
  • kurangkan masalah kekejangan otot
  • Kurangkan risiko migrain
  • kurangkan risko ossteoporosis 



Antara fungsi lain Ostenutrix. Wajib amalkan untuk jaga kesihatan tulang


Semoga wanita di luar sana akan lebih cakna tentang keperluan Vitamin terutamanya untuk wanita berumur 35 tahun ke atas. Jika berminat untuk mendapatkan kesemua Vitamin ini boleh contact nombor di bawah ini.
 

W/A: www.wasap.my/60174997159/nakjoinbisnesonline


FB: https://www.facebook.com/umikalsom.awanghat?mibextid=ZbWKwL


Tiktok: tiktok.com/@umikalsomawanghat


Friday, August 04, 2023

TIPS TINGKATKAN KESIHATAN JANTUNG DENGAN COQ-TROL PLUS

by , in

Tahun lepas umie ada buat pemeriksaan kesihatan di Pathlab Puchong. Result kolestrol sedikit tinggi iaitu 5.2. Pegawai bertugas cadangkan umie mengamalkan Omega-3 dan CoQ-10 untuk kontrol kolestrol dan jaga kesihatan jantung. Ngam sangat sebab Shaklee ada COQ-TROL PLUS


Umie pun tertanya-tanya jugak la kenapa pegawai yang menerangkan result pemeriksaan kesihatan cadangkan umie amalkan CoQ-1O ni. So umie pun baca la info tentang kebaikan CoQ-1O ni. Umie akan terangkan dengan ayat yang lebih mudah tentang CoQ-Trol Plus Shaklee dan macam mana ia boleh bantu jaga kesihatan jantung kita.


Tapi sebelum tu jom kita ambil tahu serba sedikit tentang penyakit jantung di Malaysia.



KENAPA KITA KENA JAGA KESIHATAN JANTUNG?


Tahu kah anda Penyakit jantung adalah pembunuh No. 1 di Malaysia? 50 orang mati setiap hari disebabkan penyakit jantung. Seram sangat kan..

Mengikut Sumber yang diambil dari Perangkaan Sebab Kematian tahun 2021 sebanyak 18515 orang telah meninggal dunia akibat sakit jantung.


GOLONGAN YANG BERISIKO TERKENA PENYAKIT JANTUNG




Cuba baca satu persatu adakah awak tergolong di kalangan mereka yang berisiko terkena penyakit jantung? Kebanyakan rakyat Malaysia kurang bersenam, berat badan berlebihan dan kolestrol tinggi. Cuba tengok ahli keluarga sendiri.. Berapa kerap mereka melakukan aktiviti senaman setiap minggu?


Jadi dalam kita sedar atau tidak setiap dari kita berisiko terkena penyakit jantung. Kalau dulu dok ingat perokok sahaja yang mudah kena penyakit jantung. Tidak kawan-kawan. Banyak faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah sakit jantung. Cuba cakap sapa ja yang hidupnya langsung tak pernah stress atau tertekan? Itu maksudnya kita semua ada risiko terkena penyakit jantung jika kita tidak berjaga-jaga dari sekarang.


PENYAKIT JANTUNG BOLEH DICEGAH




Ya penyakit jantung boleh dicegah. 


Dengan syarat kita kena ubah banyak aspek dalam kehidupan seharian kita. Macam umie sendiri dah mula mengamalkan gaya hidup sihat secara berperingkat. Ya faham amatlah susah nak ubah gaya hidup yang kita sendiri amalkan sejak sekian lama. 

Perkara pertama yang umie buat ialah melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala iaitu setahun sekali. Buat dua kali setahun lagi bagus sebenarnya.

Bila kita buat pemeriksaan secara berkala lebih mudah untuk kita kesan sebarang abnormal dalam badan kita. 


Contohnya adakah kolestrol dalam badan kita ok?


Adakah bacaan gula dalam darah ok?


Adakah bacaan asid urik ok?


Adakah buah pinggang kita berfungsi dengan baik?


Adakah jantung kita dalam keadaan sihat?


Bila kita tahu kondisi dalaman badan kita lebih mudah untuk kita fokus apa yang perlu diubah. Jika belum mula bersenam boleh mulakan setiap hujung minggu. Pilihlah jenis senaman yang kita tak mudah bosan. Jangan terlalu memaksa diri tetapi buat secara konsisten dan lebih baik dari masa ke semasa.


Kurangkan gula dalam diet pemakanan seharian kita. Lagi bagus jika berhenti terus minuman manis. Banyak lagi minuman yang sedap tanpa gula. Banyakkan membaca dan cari cara untuk nikmati makanan tanpa gula.


Boleh muat turun poster di atas dan target untuk mula ubah bermula dari saat awak baca entry blog ini.


BAGAIMANA COQ-TROL MEMBANTU MENJAGA KESIHATAN JANTUNG?


Tahu kah anda kajian telah menunjukkan bahawa 100mg Coenzyme Q10 memberikan pelbagai manfaat kepada badan?


Untuk mendapatkan 100mg Coenzyme Q10 anda perlu mengambil ;


Daging 3kg setiap hari atau Minyak Canola 100 sudu makan

atau Brocoli rebus 100 cawan atau mentega kacang 3.3kg


Mampu tak? Manusia normal tak mampu untuk mengambil makanan sebanyak itu setiap hari. Sebab itulah Shaklee menghasilkan CoQ-Trol Plus untuk kita amalkan setiap hari demi menjaga kesihatan jantung.


Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga dalam sel. Ia ada di dalam mitokondria iaitu stesen janakuasa sel. Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung dan hati. Tugasnya adalah menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan oleh tubuh badan kita sepanjang hari.


Ia juga adalah antioksida yang kuat, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.


Tapi cabarannya ialah tahap Cenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kadar kolestrol  menyebabkan tahap Cenzyme Q10 semakin menurun dalam badan kita.


CoQ-Trol Plus Shaklee membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Cenyzyme Q10 bersama Resveratrol dan tokoferol. Yang buat ianya lagi best kadar penyerapan adalah lebih optimum kerana dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun.


 Formulasi berpaten untuk meningkatkan peyerapan CoQ10. Inilah pilihan sihat untuk kesihatan jantung kita.

 CoQ-Trol Plus sangat banyak kebaikan dia. Memang sangat disarankan setiap orang dewasa untuk mengambil sebiji sehari demi menjaga jantung supaya kekal sihat.


3 Cara CoQ-Trol Plus bertindak melindungi Jantung:



1. Memberi tenaga dan menguatkan otot jantung


Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa CoQ10 menyokong kesihatan jantung dengan meningkatkan penghasilan tenaga, memulihkan denyutan otot jantung dan sekaligus meningkatkan kekuatannya dalam jangka panjang. 


2. Meningkatkan Peredaran darah.


Bertindak sebagai antioksida yang kuat ,COQ10 sebagai antioksida yang kuat, CoQ10 membantu melindungi saluran darah dari kerosakan akibat molekul kolestrol yang teroksida. Ia juga membantu mengurangkan pembentukan plak pada arteri 3,4 meningkatkan peredaran darah bagi membolehkan darah mengalir dengan lancar melalui saluran darah yang sihat.


3. Mengoptimumkan Denyutan Jantung.


Paras CoQ10 yang rendah dikaitkan dengan ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah yang mencukupi ke seluruh badan, yang membawa kepada kegagalan jantung. Pengambilan suplemen CoQ10 menunjukkan peningkatan dalam jumlah darah yang dipam oleh jantung. Kesannya ia memberikan tenaga yang mencukupi untuk jantung mengoptimumkan kemampuan mengepam dan meningkatkan kemampuan mengepam dan meningkatkan kesihatan keseluruhan jantung.


Best kan CoQ-Trol Plus? Jika nak cuba boleh klik link di bahagian bawah sekali untuk terus berhubung dengan umie bagi membuat pembelian. Jika nakkan penjagaan kesihatan jantung yang lebih optimum awak kena sambung baca sampai habis. 



NAK JAGA KESIHATAN JANTUNG DENGAN LEBIH BAIK?



Set Kesihatan Jantung yang lebih menyeluruh mampu meningkatkan kesihatan jantung dengan lebih baik lagi. 


Asid lemak omega-3 - menurunkan kadar kolestrol jahat

Vitamin E - Melindungi saluran darah dan menambah baik peredaran darah

Coenyzme Q10 - Meningkatkan kecergasan jantung

Polifenol - Mengurangkan keradangan dan meningkatkan penyerapan nutrien

Sterol tumbuhan dan Stanol - Menyekat kolestrol



Jika nakkan kesihatan jantung yang lebih baik kena amalkan 5 cara seperti di dalam poster ini.


Cadangan Set Lengkap Penjagaan Jantung Shaklee. Inilah cara yang paling lengkap untuk memastikan kesihatan jantung dalam keadaan terbaik.


Best kan? Jika nak  berjimat jom terus sign up ahli dengan umie hihihi.. Yuran HANYA RM35 SAHAJA. Nak yuran percuma pun boleh ja... Klik link kat bawah ni okay....





Monday, July 31, 2023

TINGKATKAN KESUBURAN SUAMI ISTERI DENGAN VITAMIN E

by , in

 Selalu baca di internet bahawa Vitamin E hanya untuk Suami sahaja. Isteri tak perlu amalkan Vitamin E untuk meningkatkan kesuburan dalam usaha mendapatkan zuriat.


Haaa... Sebenarnya kedua-dua suami dan isteri sangat digalakkan untuk amalkan  Vitamin E setiap hari. Kenapa?????? Baca sampai habis okey...


BAGAIMANA VITAMIN E MEMBANTU MENINGKATKAN KESUBURAN SUAMI?


Sebenarnya kesuburan lelaki bergantung kepada 3 aspek sperma:


  • Kesihatan setiap sperma
  • Jumlah atau kepekatan sperma
  • Jumlah keseluruhan sperma

Lelaki memerlukan Vitamin E yang mencukupi setiap hari untuk menambah baik pergerakan sperma. Vitamin E membantu melindungi membran sel daripada kerosakan.


Vitamin E bekerjasama dengan Selenium untuk melindungi ciri-ciri sperma serta meningkatkan peluang untuk hamil bagi wanita.




Ada satu kajian telah dijalankan ke atas 690 lelaki. Mereka telah diberikan suplemen Selenium dan Vitamin E selama 14 minggu. Hasil daripada kajian tersebut mendapati:



36.6% Tiada maklum balas
52.6% ada penambahbaikan dari segi pergerakan sperma,morfologi atau kedua-duanya
10.8% kehamilan terus




Jadi... Macam mana pula tugas Vitamin E untuk kesuburan wanita @ isteri??? Jom teruskan membaca ke bahagian seterusnya...


BAGAIMANA VITAMIN E MEMBANTU MENINGKATKAN KESUBURAN ISTERI?


Vitamin E sebenarnya adalah penting untuk ovari dalam membantu sperma bertindak seperti yang sepatutnya.


Apabila isteri amalkan Vitamin E ia bertindak sebagai anti oksida anti-penuaan untuk menyokong kualiti telur.


Ia juga meningkatkan mukus serviks untuk menjadikan sperma lebih mudah untuk hidup lebih lama.


Lagi satu kebaikannya ialah ia membantu telur yang tersenyawa terus melekat pada dinding rahim.





Jadi jika nakkan zuriat kedua-dua suami dan isteri wajib amalkan Vitamin E setiap hari. Di samping mengamalkan vitamin yang bersesuaian jangan sesekali terlupa untuk berdoa dan meminta bersungguh-sungguh dari Maha Pencipta. Umie sangat percaya andai kita betul-betul berusaha dan Allah belum menunaikan doa kita itu tidak lain tidak bukan Allah nakkan kita terus merintih dan merayu kepada-Nya disamping tidak mudah putus asa.


Boleh jadi Allah nakkan kita tingkatkan pendapatan keluarga. Allah nakkan pasangan suami isteri lebih menghargai dan menyayangi pasangan seikhlas hati.


Di samping fungsinya untuk kesuburan Vitamin E ada banyak lagi kebaikan yang lain tau. Meh baca poster bawah ni. Vitamin E sangat bagus untuk memelihara sel-sel badan dari serangan radikal bebas. Haa kalau kulit berjerawat pun sesuai amalkan vitamin E.


Nak baca tentang Vitamin yang sangat bagus untuk kesihatan jantung??? Boleh klik DI SINI.





Berita baik buat semua peminat atau sesiapa yang tengah dok fikir-fikir nak cuba Vitamin E bulan ni adalah masa yang terbaik...

Shaklee telah melancarkan PROMOSI MERDEKA khas buat kita semua.. Dengan pembelian :


1 Botol Vitamin E layak dapat 40% diskaun
2 Botol Vitamin E layak dapat 50% diskaun
3 Botol Vitamin E layak dapat 60% diskaun

Promo ni hanya sehingga 31 Ogos 2023 SAHAJA







    Best kan? Nak lagi jimat jom terus sign up ahli dengan umie hihihi.. Yuran HANYA RM35 SAHAJA. Nak yuran percuma pun boleh ja... Klik link kat bawah ni okay....