Wednesday, April 26, 2023

Tips Elak Kolesterol Tinggi Di Hari Raya Dengan Shaklee

by , in

 Assalamualaikum... Selamat hari Raya Aidilfiri maaf zahir batin. Hari ni dah raya kelima dah. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru ja berpuasa...


Kelaziman setiap kali tiba musim perayaan akan penuh aktiviti ziarah menziarahi sanak saudara, rakan taulan. Dan selalunya setiap rumah menu yang dihidangkan semua sedap-sedap. Di Malaysia tercinta ni kita beraya bukan seminggu tapi ngam-ngam sebulan Syawal hihihi.


Laksa
Mee kari
Bihun sup daging
Nasi beriyani
Macam-macam jenis air
Kuih muih
Kuih raya
Lemang
Ketupat

Maka perut pun tak sempat nak lapar. Kalau tak makan nanti tuan rumah kecil hati pulak kan.... Sebab itulah salah satu masalah yang selalu terjadi di musim perayaan iaitu Masalah Kolestrol Tinggi. Jadi umie nak berkongsi dengan semua Tips Elak Kolesterol Tinggi Di hari raya dengan Shaklee. Sebelum tu jom kita ulangkaji dulu apa itu kolestrol tinggi dan tanda-tandanya.


Apa Itu Kolesterol Tinggi 


Menurut penulisan di artikel ini Tiada Simptom Tidak Bermakna Tiada Penyakit ( dipetik dari Berita Harian Online bertarikh 17 April 2023) masalah kolesterol tinggi adalah antara punca utama kepada penyakit jantung di Malaysia.


Antara penyebab utama yang menyumbang kepada masalah jantung adalah penyakit Kardiovaskular Aterosklerotik (ASCVD) dan berkaitan masalah kolesterol tinggi.


Kolesterol adalah sejenis lemak (disebut sebagai lipid) yang diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Badan kita boleh menghasilkan kolesterol dan juga mendapatkannya daripada sumber makanan. Terdapat jenis kolesterol ‘baik’ dan ‘buruk’.


Kolestrol tinggi terjadi apabila Low Density Lipoprotein atau dikenali sebagai LDL tinggi lebih daripada normal. Bila LDL tinggi ia akan menyebabkan pembentukan bahan tebal dan keras dipanggil plak kolestrol. Menurunkan paras LDL akan mengurangkan risiko daripada penyakit jantung.


Tanda-tanda Kolestrol Tinggi yang Tak Ramai Tahu


1. Selalu rasa sakit di bahagian dada


Tanda pertama bila tahap kolestrol dalam badan tinggi adalah apabila rasa sakit pada bahagian dada. Masa tengah bernafas pun rasa tak lepas. Sakit macam jarum menucuk-cucuk.


Penyebabnya apabila pembuluh darah tersumbat.Maka jantung tidak akan peroleh oksigen yang cukup dari darah. Jadi dada akan rasa ketat sangat.



2. Kaki rasa kebas bersemut


Pernah tak rasa bersemut di bahagian kaki bila kita duduk terlalu lama? Kaki kebas ni salah satu gejala tahap kolestrol tinggi dalam badan. Sebabnya bila saluran darah tersumbat jadi sempit. Jadi ia menyebabkan aliran darah ke kaki tidak lancar.



3. Bintik-bintik kekuningan di bawah mata.


Kalau ada nampak bintik-bintik kecil warna putih kuning di bawah mata jangan berlengah-lengah untuk mula berjaga-jaga. Kerana itu adalah antara tanda badan dah ada kolestrol tinggi.Ada banyak jenis bintik-bintik di sekeliling mata. Bintik-bintik berkaitan kolestrol dipanggil Xanthoma. Gabungan gumpalan lemak dan kolestrol tinggi dalam badan menyebabkan bintik-bintik ini muncul. Lagi banyak lagi bahaya.



Tips Menurunkan Paras Kolestrol Secara Alami


Terdapat beberapa cara untuk diamalkan bagi menurunkan atau mengawal paras kolestrol dalam badan. Jom baca satu persatu dan congak sendiri samada mampu nak lakukan semuanya secara serentak atau satu persatu. Jangan samakan awak dan saya atau sesapa sahaja kerana badan kita unik tak sama dengan yang lain.


1. Mengawal berat badan


Tips mengawal berat badan nampak macam pendek ayatnya tetapi ia memerlukan komitmen 24/7 iaitu komitmen berterusan dan perlukan kesabaran yang tinggi. Kuatkan tekad dan berusaha sedikit demi sedikit sehingga berjaya capai berat badan yang ideal. Ya perlukan ilmu jua bukan main taram ja.

 


2. Melakukan aktiviti senaman secara berkala dan konsisten


Inilah antara perkara yang paling berat untuk dilakukan iaitu aktiviti senaman secara berkala dan konsisten. Tips dari saya mulakan secara santai terlebih dahulu. Jangan terlalu ekstrem dalam melakukan aktiviti senaman. Dan paling penting jangan ikut ikutan. Lakukan senaman yang sesuai dengan keadaan fizikal kita. Ada sesetengah orang berisiko mengalami masalah reput tulang atau osteoporosis, jadi senaman haruslah fokus kepada yang menguatkan otot, kurangkan hentakan dan sebagainya.



4. Menjauhi rokok dan alkohol.


Menjauhi rokok dan alkohol. Bagi wanita dan Muslim mudah untuk menghindari kedua-duanya kerana ajaran Agama Islam melarang kita untuk merokok dan minum alkohol atau arak. Dan selalunya wanita sangat jarang yang merokok.


Tetapi bagi lelaki Muslim merokok agak sukar dijauhi khas untuk perokok tegar. Saya tabik spring pada lelaki yang tak merokok. Merokok ni menyebabkan badan kita penuh dengan toksin sehingga menyukarkan badan menyaring kolesterol dengan baik. Jika anda lelaki atau wanita yang merokok mulalah dengan mengurangkan kekerapan merokok terlebih dahulu. Dapatkan sokongan keluarga agar mampu menghadapi "kesan Sarak Nikotin" yang selalu terjadi apabila seseorang mula berhenti merokok. Boleh rujuk artikel ini untuk menghadapi tempoh sukar " Ketahui Apa Perlu dilakukan apabila Berhenti Merokok"



Bagaimana Shaklee boleh Bantu untuk Menurunkan Paras Kolestrol?


Untuk menurunkan paras kolesterol memerlukan gabungan nutrien tertentu. Cara set ini bertindak ialah dengan mencegah 👉menurunkan👉menguatkan 👉perlindungan.


Set Kolesterol lengkap

1. Phytocol-ST



Pengambilan suplemen yang kaya dengan fisioterol dapat  berganding dengan kolesterol 'baik' untuk menyerap kolesterol 'jahat'. Fungsi Phytocol adalah untuk 'pencegahan' awal.

Fisoterol ni berfungsi menyerap kolesterol LDL (jahat) yang berlebihan dalam tubuh. Lagi tinggi kandungan fisoterol dalam badan lagi  cepat paras kolesterol dalam badan dapat diturunkan. Antara fungsi Phytocol-ST ialah:

  • bantu kurangkan kolesterol jahat LDL
  • bantu turunkan kolesterol secara semulajadi
  • kekal kan kesihatan jantung dan otak
  • menghalang penyerapan kolesterol dan makanan masuk ke salur darah


2. Omega Guard



Kebaikan omega guard untuk menurunkan paras kolesterol 'jahat' dan melakukan pembersihan salur darah dari plak yang terkumpul.  EPA dan DHA yang ada dalam Omega guard membantu menurunkan kolesterol LDL berlebihan dalam salur darah.


Omega guard menjalankan tugas untuk menurunkan kolesterol yang terlepas dari saringan Phytocol. Boleh juga kita ibaratkan Omega Guard sebagai perisai kedua untuk elak kolesterol jahat dari bermaharajalela dalam badan kita. 



3. CoqTrol Plus


Fungsi CoQ-Trol Plus ialah :

  • menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • menggalakkan dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
  • meningkatkan peredaran darah
  • membantu menambah dan mengekalkan paras coq10 di dalam darah.
CoQ-Trol Plus ni tugasnya lebih kepada menguatkan jantung dengan memberikan tenaga kepada jantung kita.


4. Vivix


Vivix Shaklee adalah pelengkap kepada jantung yang sihat. Ia berupaya melindungi jantung daripada pengoksidaan salur darah. Pengoksidaan pembuluh darah akan menyebabkan mendapan plak yang menyempitkan salur darah.

Lagi satu Vivix ni mempunyai anti oksidan yang kuat untuk melindungi salur darah dari teroksida. Ia mengandungi 1- kali ganda resveratrol dan 15 polifenol. 


Untuk menurunkan kolesterol dengan lebih praktikal umie sendiri sangat-sangat galakkan untuk mencuba Set Kolesterol premium seperti yang umie terangkan di atas. Jika berminat boleh hubungi umie segera.


JOM HUBUNGI UMIE SEKARANG!!!

W/A: www.wasap.my/60174997159/naksetkurusshaklee


FB: https://www.facebook.com/umikalsom.awanghat?mibextid=ZbWKwL


Tiktok: tiktok.com/@umikalsomawanghat




#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#pengedarshakleepuchong
#pengedarshakleemalaysia






Thursday, April 20, 2023

EXTRA RM600 INSENTIF SHAKLEE MALAYSIA

by , in

Sana sini nampak posting rungutan para peniaga tentang bisnes makin slow ..


Peniaga di Jalan Tar mengeluh pengunjung hanya jalan-jalan cuci mata tanpa membeli belah.


Ramai 'bakers' mengadu banyak kuih raya tak terjual...


Begitulah realiti dunia bisnes yang sedang mengalami fasa merudum...


Tapi .. umie nak share berita gembira buat semua... Walaupun sana-sini para peniaga mengadu bisnes makin slow tapi Shaklee UMUMKAN pemberian EXTRA RM600 INSENTIF tambahan kepada semua Pengedar sah Shaklee yang layak.


Wow sangat-sangat. Pihak pengurusan Shaklee berbesar hati ingin memberikan 'Extra Insentif' kepada semua Pengedar yang layak.


Tujuan Pemberian RM600 Cash Insentif


Pihak pengurusan Shaklee berbesar hati untuk melancarkan pemberian cash Insentif untuk meningkatkan lagi 'kuasa membeli' dan juga meningkatkan semangat di kalangan Business leader


  • Peluang tambah pendapatan tambahan lebih daripada biasa


Extra Insentif yang ditawarkan oleh pihak Shaklee adalah tambahan kepada minimum RM1500 yang diperolehi oleh semua business leader. Jumlah bonus meningkat seiring dengan peningkatan pangkat dalam bisnes.



  • Jana Income Ikut Jadual Masa Sendiri


Bisnes Shaklee adalah satu cabang peluang jana income yang boleh dilakukan di mana-mana dan bila-bila masa. Sangat fleksible untuk semua orang samada masih bekerja atau Suri rumah. Juga sesuai untuk semua peringkat umur bermula dari 18 tahun.


  • Peluang menjadi 'Owner Bisness'

Shaklee juga menjadi salah satu peluang untuk semua orang menjadi 'owner bisnes' kerana kitalah yang 100% bertanggungjawab untuk memastikan bisnes kita terus berkembang maju. 

Income yang Shaklee tawarkan 'Infinity' iaitu bermaksud tiada had limit.



  • Peluang untuk bantu orang lain

Kadang-kadang kita nampak orang susah hati meronta ronta nak tolong. Ya kalau 1-2 orang boleh lah kita tolong tapi kalau terlalu ramai macam mana?
Peluang bisnes Shaklee memberikan kita ruang untuk bantu orang lain untuk sama-sama bina income tambahan. Jika kita bagi bantuan kewangan duit habis ja kehidupan back to normal. Tapi jika kita hadiahkan peluang jana income In Sha Allah kehidupan mereka pasti akan berubah. 



  • Hidupkan kembali impian yang sudah terkubur


Sesetengah orang impiannya terkubur di sebabkan kesempitan wang. Untuk teruskan hidup seharian pun dah sangat tertekan. Ikhlas dari hati... Shaklee telah membantu umie sendiri menghidupkan kembali impian yang sudah lama terkubur. 
Shaklee membantu jiwa ini sentiasa bersemangat mengejar impian. Bagi umie sendiri bila kita sudah tiada impian semangat nak bersaing dan majukan diri dengan sendirinya menjadi semakin malap.


Syarat-syarat untuk Dapat RM600 Extra Insentif 


Syarat-syarat untuk mendapatkan extra Insentif dari Shaklee ialah:

  1. Rank up Supervisor
  1. Effective 3 bulan berturut-turut





Minimum rank leader di Shaklee ialah pangkat Supervisor. Minimum bonus seorang supervisor ialah RM1500. Jom kita tengok berapa seorang supervisor boleh dapat.

Bulan April rank up Supervisor= RM1500
Bulan May efektif Supervisor= RM1500
Bulan June efektif Supervisor= RM1500

Pada bulan June Supervisor tersebut akan dapat Extra Insentif sebanyak RM600 yang akan dikreditkan bersama-sama bonus sebagai seorang Supervisor minimum RM1500.

Dan sebenarnya jumlah bonus seorang Supervisor boleh saja melebihi RM1500 bergantung kepada sales peribadi Dan juga sales kumpulan di bawah beliau.

Bonus Shaklee bermula dengan 5% sehingga maksimum 21%. Semakin tinggi bonus semakin tinggi nilai bonus bagi setiap produk yang kita jual

Untuk capai rank Supervisor tak perlu tunggu sehingga 6 bulan tau. Seawal bulan pertama dah boleh capai mengikut step seperti di dalam poster di atas ni. Ada ja Pengedar Shaklee yang terus capai rank Supervisor dalam masa 10 hari SAHAJA.

So... Jangan risau awak pun boleh dapat tau ☺️.


Macam mana? Menarik Kan? Jadi jangan berlengah lagi. Jom sertai kami hari ini jugak.


Team kami menawarkan anda support sistem yang sangat padu. Kami akan ajar anda bermula dari hari pertama sehingga bila-bila pun. Bukan sekadar untuk bantu anda capai income 4 angka sahaja..

Support group kami sangat aktif dan kami mempunyai modul yang sangat praktikal serta kelas kelas online dan offline khas untuk anda semua.



Antara kelas kelas online khas untuk semua ahli yang bernaung di bawah team kami

Setiap kelas online minimum 90 orang akan join. Kadang-kadang lebih daripada itu 


Modul khas disediakan oleh berbelas Masters yang confirm berkesan.


JOM HUBUNGI UMIE SEKARANG!!!

W/A: www.wasap.my/60174997159/naksetkurusshaklee


FB: https://www.facebook.com/umikalsom.awanghat?mibextid=ZbWKwL


Tiktok: tiktok.com/@umikalsomawanghat




#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#pengedarshakleepuchong
#pengedarshakleemalaysia











Friday, April 14, 2023

5 TIPS KURUS DENGAN CEPAT DAN SELAMAT

by , in

 Ramai yang teringin nak kurus dengan cepat. Kalau boleh nak kurus dalam masa seminggu. Ye la lagi seminggu kan nak raya? hahahha... Boleh ke agak2 nak turunkan berat badan 10kg dalam masa seminggu?


Pertama sekali umie nak tekankan kat sini.... Ingat matlamat asal yang kita nak.


Adakah kita nak kurus dan nampak cantik di mata orang semata-mata?


Adakah kita nak impress orang sekeliling dengan mengorbankan kesihatan tubuh badan kita?


Bagi umie walaupun nak Kurus Dengan Cepat tapi jangan sesekali menzalimi diri sendiri. Jangan merosakkan tubuh badan yang Allah pinjamkan buat kita. Tazkirah pulak ya hihihi... In Sha Allah.. menyebarkan pesanan dan perkara baik ni Allah tuntut kita buat. Mudahan siapa yang baca entry ni boleh sama-sama muhasabah diri. Pesanan ni buat diri umie jugak sebenarnya.



5 Tips Kurus Dengan Cepat Dan Selamat


Sebelum umie huraikan lebih lanjut tentang 5 tips kurus dengan cepat dan selamat, umie nak bagitau sesuatu kepada sahabat-sahabat. Di HQ Shaklee ada disediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma.  Umie berkesempatan untuk buat pemeriksaan kesihatan pagi semalam. Pemeriksaan kesihatan percuma saja dengan syarat wajib mendaftar sebagai pengedar Shaklee yang sah terlebih dahulu. Daftar dengan umie ja awak. Nanti umie akan tolong awak macam mana nak dapatkan pemeriksaan kesihatan secara percuma ni.


Mesin yang pertama seperti dalam gambar ni untuk check Body Composition. Memang bagus sangat jika mereka yang nak kurus secara sihat buat pemeriksaan terlebih dahulu supaya kita tahu bahagian mana yang kita kena fokus, apa yang kurang dalam badan, badan kita obes dekat bahagian mana, berapa peratus kandungan mineral dan air dalam badan. In Sha Allah senang-senang nanti umie buat entry khas tentang mesin ni ya. 

 Staff Shaklee Miss Letchumi yang tolong umie semasa buat pemeriksaan kesihatan tadi. Ramah orangnya.

Mesin ni untuk periksa body composition, body fat, metabolisma badan, menilai bahagian badan mana yang gemuk atau kurus. Banyak lagi fungsi mesin ni

Ini pula mesin Ultrasound Bone Mineral Density untuk ukur keadaan kepadatan tulang kita. Hasil analiss akan tunjukkan samada tulang kita sihat, Osteopenia ataupun kita dah terkena osteporosis

Okay jom umie huraikan 5 tips kurus dengan cepat dan selamat. Umie yakin ada yang akan tepuk dahi bila tahu ini rupanya punca aku tak kurus-kurus huhuhu....


#1. Haramkan penggunaan susu pekat manis dan kurangkan gula putih secara berperingkat.



Umie nak cerita kisah diri sendiri. Sebelum ni umie adalah seorang yang "Underweight". Memang sangat kurus. In Sha Allah umie akan buat entry khas selepas ni. Selepas berhenti kerja umie mula dapat tambah berat badan setiap bulan sehinggalah terjebak ke dalam kategori "Obesiti". 

Takde lah berat sangat tapi umie anggap itu adalah wake up call. So umie mula tengok balik pemakanan seharian umie. Waktu tu rupanya umie minum nescafe tarik hampir setiap pagi ( order dekat kedai so memang dah pasti ada susu pekat manis di dalamnya). Dan waktu itu perut umie sangat buncit seolah olah mengandung 5 bulan. Tragis sangat. Lepas tu umie mula terus berhenti dari mengambil sebarang susu pekat manis. Dan umie jugak berhenti minum apa-apa minuman bergula. Hasilnya selepas sebulan macam tu tiada lagi perut buncit. Dah ramping macam sebelum ni. 


BACA SINI TENTANG KONSPIRASI SUSU PEKAT MANIS


Pada pendapat umie kuatkan azam berhenti terus susu pekat manis. Untuk hentikan terus pengambilan gula putih memang sangat mencabar. Jadi tengok balik dalam sehari berapa gelas minuman manis yang sahabat-sahabat ambil. Kurangkan secara berperingkat. 



#2. Kurangkan karbohidrat, lebihkan protein


Salah satu cara yang paling berkesan sebagai tips kurus dengan cepat dan selamat ialah dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam diet seharian. Untuk menggalakkan badan berasa kenyang dan kurang rasa lapar, banyakkan pengambilan protein tanpa lemak sebagai ganti kepada karbohidrat. 

Berikut adalah contoh makanan karbohidrat yang perlu dikurangkan jika nak kurus dengan cepat:


  • Nasi
  • Roti
  • Pasta
  • Kekacang
  • Buah-buahan
  • Bijirin
  • Produk tenusu
  • Minuman bergula


#3. Makan makanan sebenar bukan makanan yang diproses.


Seterusnya sila tengok pada tabiat pemakanan seharian kita. Adakah kita selalu sangat mengambil makanan yang diproses setiap hari? Makanan sebenar boleh mambantu mengenyangkan perut berbanding makanan diproses yang ternyata tidak mengenyangkan dan tinggi kalori.

Anda boleh mula mengambil sumber protein tanpa lemak seperti ayam dan ikan selain sayuran yang rendah kandungan karbohidrat.


#4. Bersenam dan bersukan secara berkala


Bagi membakar kalori dan juga lemak dengan lebih cepat, kerapkan bersenam dan bersukan setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit.  Jika terasa berat atau tak cukup masa memadai 3 sesi dalam masa seminggu dan setiap sesi adalah selama 30 minit.


Senaman yang macam mana nak buat? Boleh amalkan senaman kardio seperti berzumba, berbasikal, berenang atau berjogging. Bagi yang bari nak bermula jangan terus lasak. Lakukan senaman secara santai dan tingkatkan intensiti secara berperingkat.


#5. Makan lah secara berpada-pada dan ikut piramid pemakanan yang betul



Sekian lama kita dok ikut piramid pemakanan yang salah. Patutlah obesiti di Malaysia sangat-sangat meruncing. Ikut pada piramid pemakanan ini lebihkan protein dan kurangkan karbohidrat. Rajin-rajinkan lah diri untuk cari menu-menu sihat tapi menarik untuk dicuba. Jangan terlalu strict sehingga badan kita cepat muak dengan menu yang sama. Dekat social media dah makin ramai berkongsi tentang menu sihat. 


Semoga perkongsian umie memberikan sedikit sebanyak idea untuk kuruskan badan secara sihat. Anda juga boleh tambahkan pengambilan Set Hello New You untuk melengkapkan nutrisi supaya badan kita kurus dengan cepat dan selamat.




Set Hello New You ni sangat-sangat membantu untuk kuruskan badan secara sihat.


1. Mixed Soy Protein Caffe Latte Shake (Cinch Shake)

Dalam Cinch Shake ada satu asid amino penting iaitu leusina yang bertanggungjawab untuk pertumbuhan otot dan mengekalkan pertumbuhan. Leusina ini sangat diperlukan oleh mereka yang bak kawal berat badan, nak mengekalkan jisim otot, sedang dalam regim kecergasan dan ingin mengambil makanan yang cepat dan berkhasiat selepas bersenam.  


2. Omega Guard


Omega guard membantu mengawal atur tahap lemak yang sihat. Caranya ialah dengan meningkatkan kadar metabolik, meningkatkan kadar pembakaran lemak, meningkatkan kadar pembakaran lemak, mengawal paras lemak sihat serta menyeimbangkan rasa kenyang.

 

3. Lecithin 


Lesitin sangat bagus untuk membantu menguruskan badan secara sihat. Ia berfungsi untuk menggalakkan penurunan berat badan secara sihat dengan membantu memecahkan lemak kepada molekul-molekul lebih kecil sebelum ditukarkan kepada asid lemak yang mudah dibakar oleh badan untuk menjana tenaga. Lesitin juga membantu untuk memcahkan lemak dan minyak secara sekata untuk menyokong metabolisma.


4. Herblax


Herb-Lax™ adalah campuran proprietari yang termasuk daun senna, yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semula jadi. Ia juga membantu melegakan sembelit ringan yang disebabkan pengambilan serat dan air yang rendah. Fungsi herblax ialah membersih dan set semula badan kita supaya lebih sihat dan tidak bertoksin yang membuatkan badan susah nak kurus.


Umie percaya dengan mengamalkan 5 tips kurus yang umie kongsi di atas dan tambahan pengambilan Set Hello New You hasrat anda untuk kurus secara sihat lebih mudah tercapai.


JOM HUBUNGI UMIE SEKARANG!!!

W/A: www.wasap.my/60174997159/naksetkurusshaklee


FB: https://www.facebook.com/umikalsom.awanghat?mibextid=ZbWKwL


Tiktok: tiktok.com/@umikalsomawanghat




#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#pengedarshakleepuchong
#pengedarshakleemalaysia









Tuesday, April 11, 2023

4 Ciri Kenapa Bisnes Online Shaklee Terbaik Di Malaysia

by , in

Sebagaimana yang semua orang sedia maklum, Bisnes Online di Malaysia semakin mendapat tempat di hati rakyat kerana bersandarkan satu sahaja sumber pendapatan tidak lagi relevan untuk masa kini. Taraf hidup semakin meningkat dan semakin tidak terkawal. Jika rakyat tidak mengambil tindakan awal lambat laun sesebuah keluarga akan mula rasa terbeban dek kerana peningkatan harga hampir dari segenap penjuru.


Tapi persoalannya bagaimana kita nak memilih Bisnes Online terbaik yang mampu meningkatkan taraf ekonomi keluarga kita untuk jangka masa panjang dan tidak memerlukan modal yang diluar kemampuan kita?


Dalam entry kali ni umie nak berkongsi dengan kawan-kawan semua 4 Ciri Kenapa Bisnes Online Shaklee Terbaik di Malaysia. Untuk pengetahuan semua umie sendiri dah bermula menjalankan bisnes Shaklee sejak tahun 2014 sehingga lah sekarang. Lama kan? Jom umie ceritakan satu persatu supaya kawan-kawan tahu serba sedikit sebelum decide untuk mulakan bisnes online dengan umie...



4 Ciri Kenapa Bisnes Online Shaklee Terbaik di Malaysia



1.Bisnes Berasaskan Kesihatan dan Kecantikan Adalah "Evergreen" Sepanjang Zaman


Dalam memilih bisnes paling penting ialah bisnes atau produk yang kita jual adalah "laku" atau diperlukan dalam apa jua keadaan. Produk Shaklee adalah berasaskan Kesihatan dan Kecantikan. Semua orang nak sihat dan cergas tak kira masa. Tambahan lagi sejak kes Covid bermula di Malaysia pada tahun 2020, rakyat Malaysia mula sedar tentang betapa perlunya mengambil makanan tambahan untuk memastikan tubuh badan diri sendiri dan keluarga lebih terjaga. Permintaan terhadap produk berasaskan kesihatan dan kecantikan sentiasa ada. Dan juga "repeat order" juga adalah tinggi. Bila pelanggan mengamalkan produk-produk Shaklee yang ternyata terbaik peratusan untuk mereka terus order lagi dan lagi lebih tinggi.


2. Produk 'high demand" Untuk Semua Peringkat Umur.


Produk-produk Shaklee menawarkan penyelesaian kepada kesihatan yang lebih baik bagi semua peringkat umur bermula dari bayi sehinggalah warga tua. Setiap produk-produk yang dicadangkan disokong oleh kajian-kajian saintifik oleh saintis Shaklee. Sebagai contoh Set Rahmah yang ada Promosi bulan ni. Set ini bukan saja mampu milik tetapi mampu membantu ramai orang untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik, mengurangkan masalah gastrik, mengurangkan masalah resdung dan macam-macam lagi.

Set Rahmah Mampu milik yang sedang trending sekarang. Dengan pembelian set ini anda boleh join Shaklee secara PERCUMA

3. Modal Permulaan Serendah RM35 SAHAJA


Dalam keadaan ekonomi yang sangat meruncing dan lagi memburukkan keadaan anak-anak mula bersekolah dan hari raya bersambung. Ramai sangat ibu-bapa yang betul-betul cukup makan sehinggakan nak beli baju raya pun tak mampu. Jadi dalam memilih bisnes online yang memerlukan modal yang tinggi sangat-sangat tidak relevan. 

Di Shaklee kawan-kawan boleh mulakan bisnes dengan modal serendah RM35 SAHAJA. Dan ada jugak situasi di mana tiada langsung modal diperlukan asalkan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Jika ada yang berminat untuk tahu details boleh hubungi umie terus selepas anda selesai membaca pos ini. Umie sendiri bermula dengan modal "Zero".


4. Unlimited Income


Apabila seseorang menyertai mana-mana bisnes online matlamat utama mestilah ingin menambah pendapatan kan? Ada juga yang mahukan menjalani gaya hidup yang tenang dan bahagia. Contohnya, nak ada rumah yang selesa, kereta yang selesa. Rumah pulak nak ada air cond di setiap bilik. Di dapur ada penapis air supaya tidak perlu susah payah jerang air bila nak minum kopi. Ada jugak yang menginginkan percutian keluarga sekurang-kurangnya 2 bulan sekali.


Adakah itu keinginan luar biasa? sama sekali tidak. Semua orang berhak berimpian untuk menjalani kehidupan berkeluarga macam mana pun. Di Shaklee income yang akan kita dapat "Unlimited" bermaksud tiada had limitt untuk income yang bakal kita dapat. Antara income yang Shaklee tawarkan ialah:

  • Personal cash bonus
  • Group cash bonus
  • Leadership bonus
  • Car bonus
  • Convention trip
Peluang untuk anda dapatkan duit raya dengan Shaklee terbuka luas.
Ok tak kalau boleh dapat banyak ni untuk sebulan?


 Bagaimana Nak Sertai Bisnes Shaklee?


Untuk anda yang berminat untuk sertai bisnes online terbaik Shaklee, anda boleh klik link di bawah untuk terus berhubung dengan umie.



JOM HUBUNGI UMIE SEKARANG!!!

W/A: www.wasap.my/60174997159/naksetkurusshaklee


FB: https://www.facebook.com/umikalsom.awanghat?mibextid=ZbWKwL


Tiktok: tiktok.com/@umikalsomawanghat




#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#pengedarshakleepuchong
#pengedarshakleemalaysia



Saturday, April 08, 2023

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah

by , in

Semua orang nak kulit cantik. Semua orang nak kulit berseri-seri terutamanya bila tiba musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri yang akan datang tak lama lagi.

Tapi bila belek-belek poket terpaksa pendam hasrat nak melawa di hari raya. Baju raya belum selesai, kuih muih untuk juadah raya apatah lagi. Nak cantik ni mesti modalnya tak kurang lebih RM150.  


Eh awak... Jangan sedih dulu. Meh nak habaq Shaklee ada buat PROMOSI ISTIMEWA iaitu SET KULIT CANTIK HARGA RAHMAH.


Promosi kali ni memang tak pernah lagi semurah ini tau. Kami para pengedar Shaklee pun teruja dan terpukau dek kemurahan hati pihak Shaklee kerana mewujudkan Promosi untuk Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah. Haa jom umie cerita lanjut produk apa yang ada dalam Set Kulit Cantik yang best gila ni. 






Set Kulit Cantik Harga Rahmah terdiri daripada produk asas yang sangat-sangat sinonim dengan kesihatan dan kecantikan kulit wajah iaitu Energizing Soy Protien (ESP) dan Vitamin C Sustained Released.  Sebelum umie bagitau berapa harga Set Kulit Cantik Harga Rahmah, jom umie cerita dulu keistimewaan dan bagaimana kedua-dua produk ini membantu untuk kecantikan wajah.



7 Keistimewaan Energizing Soy Protein (ESP)


Pertama sekali jom kita berkenalan dengan ESP. Umie nak ceritakan 7 keistimewaan yang ada pada ESP yang menjadikannya sumber protin lengkap yang unik dan tak ada pada mana-mana protin di pasaran. 


1.Semestinya Pilihan Yang Lebih Sihat


Apabila kita mengambil protein sama ada dari ayam atau daging, ada dua benda yang memang kita tak mampu nak singkirkan iaitu lemak dan kolesterol. Protien ESP TIDAK mengandungi lemak dan kolesterol dari setiap gelas hidangannya.


  • Ia mengandungi 14g protein tulen bersamaan dengan 1 hidangan ikan
  • RENDAH Lemak supaya anda boleh menikmatinya setiap hari
  • TIADA Kolestrol untuk jantung yang lebih sihat.
  • RENDAH Indeks Glisemik, sesuai untuk pesakit kencing manis dan bagi mereka yang nak menurunkan berat badan mereka.


2. Sumber Asli

ESP ni dihasilkan daripada sumber yang asli. Penghasilannya di kawal ketat bermula dari penanaman sehinggalah siap dibungkus. Ianya diperbuat daripada:


  • Kacang soya asli
  • BUKAN-GMO iaitu yang melalui pengubahsuaian organisma secara organik
  • TIADA Gluten, jadi ia selamat untuk mereka yang sensitif dengan gluten
  • TIADA pemanis tiruan, hanya yang tulen SAHAJA.
  • TIADA perisa tiruan
  • TIADA pewarna tiruan
  • TIADA pengawet kerana kacang soya asli yang terbaik tidak perlu pengawet.

3. Melangkaui Organik


Shaklee menyaring lebih daripda 350 bahan pencemar, racun perosak dan bendasing pada setiap ramuan botani yang baru. 3 kali lebih tinggi daripda piawaian Farmakopeia, A.S hanya untuk menghasilkan minuman soya yang selamat dan melangkaui organik.


4. Berkualiti Tinggi


Macam yang saya tulis di atas penghasilan ESP dikawal ketat dari mula sampailah ia siap dibotolkan. ESP hanya memberikan kualiti terbaik kacang soya dengan 9 asid amino penting yang lengkap untuk fungsi tubuh yang optimum. Protin ESP lebih sihat daripada protein haiwan kerana soya adalah berasaskan tumbuhan yang tidak mengandungi kolestrol dan ianya rendah lemak.


Penghasilan ESP juga adalah di bawah seliaan Program Pemeliharaan Identiti (IPP) yang bertindak memastikan kualiti dan keselematan yang terbaik untuk memberikan nutrien dan kebaikan soya yang lengkap dalam setiap cawan.


5. Pilihan Yang Berkhasiat


ESP Shaklee sangat special kerana turut mengandungi 500g kalsium secara semulajadi. Ia penting untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Kehadiran 5 Vitamin B penting secara semulajadi dalam ESP membantu memberikan tenaga yang berkekalan kepada mereka yang mengamalkannya.


6. Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit


ESP adalah bebas Laktosa. Jadi ia sesuai untuk:


  • Orang tua kerana mudah dicerna
  • mereka yang mempunyai intoleransi laktosa aytau sensitif terhadap laktosa
  • vegetarian kerana ia adalah pengganti terbaik protein dari daging
  • Mereka yang menderita gastrik.


7. Rasanya Yang Lazat


Pelbagai resepi boleh dicuba. rasai ESP lemak berkrim dan rasa vanila sangat sedap. Boleh diblend dengan susu full krim dicampur dengan kurma. Sangat sedap dan rasanya saling tak tumpah macam di  jual di kedai. Sedap dan berkhasiat gitu.



3 Keistimewaan Sustained Release Vita-C Plus (Vitamin C)


Jom kita kenali pula apa keistimewaan Vitamin C iaitu sustained relase Vita-C Plus. Penting untuk kita tahu apa yang membezakan vitamin C brand Shaklee dengan brand lain yang terlalu banyak di pasaran. Jadilah seorang yang cerewet untuk tahu tentang vitamin atau apa-apa yang kita akan makan setiap hari. 


1. Dihasilkan daripada bahan semulajadi iaitu ekstrak jagung.

Vitamin C Shaklee dihasilkan daripada ekstrak jagung yang 100% adalah semulajadi. Sebab itulah ia sesuai untuk mereka yang mempunyai perut yang sensitif. Selalunya vitamin C di pasaran dihasilkan daripada buah oren.


2. Menggunakan sistem pelepasan berperingkat (Sustained Release)


Sistem ini melepaskan vitamin C sebanyak 500mg ( bagi setiap tablet) secara berperingkat selama 5 jam. Setiap jam sebanyak 100mg vitamin C akan dilepaskan ke dalam salur darah kita. Teknologi ini dapat mengelakkan pembaziran berlaku kerana badan kita hanya boleh menerima sebanyak 100-200mg sahaja setiap jam dan selebihnya akan dikeluarkan melalui air kencing. 


3. Mengandungi 120mg Bioflavonoid Sitrus


Bioflavonoid Sitrus adalah antioksidan yang hanya terdapat dalam tumbuhan dan buah sitrusMereka bekerja secara gabungan dengan Vitamin C untuk meningkatkan penyerapan dan penggunaanyaSebagai contoh, kita boleh menjumpai bioflavonoid dalam pulpa dan sabut putih yang terdapat di tengah buah sitrus.Ada yang rasa pahit dan kenyal dan biasanya dibuang begitu sahaja akan dikeluarkan melalui air kencing. Di Shaklee, keseluruhan bioflavonoid daripada buah sitrus digunakan untuk memberikan kita semua kebaikan menyeluruh yang terdapat di dalam setiap tablet dengan mudah.


Alhamdulillah semua dah baca keistimewaan kedua-dua produk yang ada dalam Set Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah kan? Sekarang umie nak terangkan pulak macam mana kedua-dua produk ini boleh membantu kita mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.


TERUSKAN MEMBACA......



ESP ialah Bahan Binaan Asas Yang Sihat Untuk Kulit Cantik Berseri


Protein berasaskan tumbuhan sangat bermanfaat kerana ia menawarkan sumber protein yang kaya seperti sumber daripada haiwan tanpa mengandungi lemak dan kolestrol. Shaklee ESP Soy Protein sangat lazat dan padat dengan protein tumbuhan membantu kita memiliki kulit yang berseri dalaman dan luaran. Jom baca bagaimana ESP bertindak terhadap kulit kita. 


1. Memberikan Struktur Kulit 


Macam yang kita semua tahu, kolagen,elastin dan keratin adalah protein yang sangat penting dalam tubuh badan kita untuk membentuk sebahagian besar daripada semua tisu penghubung bagi memberikan sokongan struktur kepada kulit,rambut dan kuku kita. Protein soya membantu untuk meningkatkan penghasilan, pertumbuhan dan perkembangan sel kulit yang sihat. Selain itu ESP juga membantu membaiki keanjalan kulit serta meningkatkan sintesis kolagen.


2. Melindungi Kulit  Daripada Kerosakan Radikal Bebas

Radikal bebas boleh menyebabkan tekanan oksidatif kepada kulit kita dengan merosakkan membran sel kulit, protein dan DNA yang mengakibatkan penuaan kulit pramatang seperti kedutan. Isoflavon dalam prtein soya membantu untuk:

  • mengurangkan tekanan oksidatif
  • keradangan dan kerosakan sel kulit yang disebabkan oleh pendedahan kepada UV kerana ia kaya dengan antioksida.

3. Melembapkan dan Melicinkan Kulit 

Kulit kita terdiri daripada faktor pelembap semula jadi (NMF) dengan asid amino sebagai komponen utamanya. Asid amino ni membantu :

  • menguatkan lapisan kulit yang paling luar. Sekaligus mengekalkan kelembapan pada kulit supaya tidak mudah kering.
  • membantu mengekalkan kulit dalam keadaan terhidrat serta melengahkan kemunculan tanda-tanda penuaan dan memastikan kelicinan kulit.

4. Menyembuh dan Membaiki Kulit 


Asid amino adalah penting untuk menyembuh dan membaiki tisu dan kulit kita yang rosak. Protein soya membantu untuk:


  • Bertindak sebagai blok binaan untuk sel dan mempercepatkan proses penyembuhan sel supaya kulit lebih cepat pulih
  • Meningkatkan proses pusing-ganti sel yang bermakna menyingkirkan sel kulit/rambut/kuku yang lama untuk memberi ruang kepada sel yang baharu.


Okeh dah tahu kan macam mana ESP protein bertindak dalam mencantikkan kulit kita dari dalam? Jom tengok macam mana mekanisma Vitamin C pulak. 



Kebaikan Vitamin C Untuk Kecantikkan

 


Kebaikan Vitamin C untuk kecantikan


  • Membantu pembentukan kolagen dalam badan dengan cara mengekalkan enzim aktif yang bertindak untuk penghasilan kolagen.
  • Membantu mencerahkan kulit dengan lebih sekata.
  • Membantu mengatasi masalah jerawat
  • Membantu mengatasi masalah kulit akibat kerosakan daripada terdedah kepada UV matahari.
  • Melindungi kolagen daripada kerosakan oksidatif.
  • Mempercepatkan penyembuhan luka, ulser atau melecur.
  • Bertindak sebagai anti-radang.

Jom kita tengok testimoni mereka yang dah berjaya mendapatkan kulit yang lebih cantik dan sihat hasil daripada konsisten menggunakan Set Kulit Cantik Shaklee


Testimoni Pengguna Set Kulit Cantik Shaklee






Best kan? Rahsianya ialah konsisten dan sabar untuk mendapatkan hasil seperti yang kita nak. Jika nak kulit cantik komitmen untuk makan mengikut aturan dan konsisten sangat penting. Ada 2 set Rahmah A dan B untuk anda pilih. Set Rahmah B lebih menjimatkan. 



Set Rahmah A CUMA BERHARGA RM99 SAHAJA. Anda akan
dapat sebotol Vitamin C dan setong ESP Shaklee.
dapat sebotol Vitamin C dan setong ESP Shaklee. Harga asal untuk keduanya ialah RM288. dapat FREE Membership lagi.



Set Rahmah B  BERHARGA RM188 SAHAJA. Anda akan
dapat sebotol Vitamin C dan setong ESP Shaklee, FREE MEMBERSHIP dan FREE SHIPPING. Untuk Set B anda akan untung RM20 berbanding Set A.


Best kan? Jika berminat boleh klik link di bawah. Jangan berlengah tau sebab Set Rahmah ni HANYA VALID auntuk BULAN APRIL 2023 SAHAJA. konsultasi secara eksklusif disediakan untuk semua pelanggan setia umie.


JOM HUBUNGI UMIE SEKARANG!!!


W/A: www.wasap.my/60174997159/naksetkurusshaklee


FB: https://www.facebook.com/umikalsom.awanghat?mibextid=ZbWKwL


Tiktok: tiktok.com/@umikalsomawanghat




#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#pengedarshakleepuchong
#pengedarshakleemalaysia