Wednesday, August 23, 2023

3 DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA AMALKAN

by , in

 

Assalamualaikum. Dunia sekarang penuh dengan fitnah. Apa yang kita dengar tidak semestinya adalah benar. Jadi dalam situasi begini wajib lah kita bersandar dan berserah kepada Allah di samping memperbanyakkan doa memohon segala sesuatu daripada-Nya.


Pagi ni umie nak berkongsi 3 DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA AMALKAN Mudahan pahala ini akan berpanjangan sehingga hari akhirat kelak.



1. Doa Terhindar dari Fitnah Dajjal


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ


Allahumma inni audzubika min 'adzabi jahannama wa min adzabil qabri wa min fitnatil mahya wal mamati, wa min syarri fitnatil masihid dajjal.


Maksudnya : Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksa neraka jahanam dari seksa kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian serta dari kejahatan fitnah al masikh ad-Dajjal (HR Muslim).


Doa ini terdapat dalam satu hadis riwayat Imam Muslim, Rasullullah mengajar kita untuk mengamalkan doa ini sebelum memberi salam yakni selepas  membaca tahiyat akhir.


Selepas “fil a’lamin innaka hamidum majid..” Maka, sambunglah dengan doa di atas “Allahumma inna a’uzubika minal azabi jahannam..” Selepas selepas membaca doa di atas, berilah salam seperti biasa tanda selesai solat.


Doa ini Rasulullah ajar khusus untuk menghindarkan kita daripada fitnah Dajjal di akhir zaman.



2. QS Al-Waqiyah Ayat 35-38


Doa ini dibacakan sesudah shalat fardhu atau sesudah dzikir apabila ingin aura kecantikan keluar seperti layaknya bidadari. Doa ini juga memiliki karomah untuk anda yang selalu ingin terlihat awet muda.



3. QS Thaha Ayat 39


Doa ini merupakan bentuk dari permohonan supaya Allah SWT bisa menjaga tingkah laku diri kita dan juga kebaikan yang ada dalam diri kita termasuk kecantikan dari pengawasan-Nya. Sehingga, karena kecantikan yang sudah kita miliki tidak akan menimbulkan malapetaka


Wa alqoytu alaika mahabbatam manna walitushna’a ‘alaa aini.

Artinya: Dan Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang, yang datang dari-Ku, agar kamu diasuh di bawah pengawasan-Ku.


Semoga bermanfaat untuk kita semua. Bersandarlah pada Allah melebihi segalanya. In Sha Allah

Tuesday, August 22, 2023

VITAMIN UNTUK WANITA BERUMUR 35 TAHUN KE ATAS

by , in


Seorang wanita akan melalui banyak fasa dalam hidup. Ketika remaja seorang wanita penuh energi dan pergerakan sangat agresif. Bila dah kawin lagilah macam-macam benda kena buat. Tetapi apabila seseorang wanita mula menjengah usia 35 tahun ke atas banyak tanda-tanda penuaan mula muncul. Umur 35 tahun ke atas adalah 'pertengahan umur' pada wanita. Antara perubahan yang mula muncul ialah tenaga mula berkurangan, emosi mudah kacau bilau, haid mula terganggu, berat susah nak turun. Yang lebih mengharukan ialah apabila simptom simptom Pre monopaus mula muncul satu persatu.


Sebab itulah mengharapkan khasiat dari pemakanan seharian tidak lagi mencukupi. Nutrisi dan nutrien tambahan sangat diperlukan untuk mempercukupkan nutrisi dalam badan, menyeimbangkan hormon serta menambahkan tenaga. Oleh itu amatlah penting untuk mengamalkan Vitamin Untuk Wanita terutamanya bagi yang berumur 35 tahun ke atas. 



Cadangan Vitamin Untuk Wanita Berumur 35 Tahun Ke Atas



Ada beberapa cadangan vitamin untuk wanita yangs sangat relevan dan kena dengan permasalahan yang kerap muncul. Saya harap dengan membaca entry post ini ramai wanita akan mula cakna keperluan mengambil vitamin untuk kesihatan badan.



1. GLA Complex


Apabila usia semakin meningkat, tubuh badan wanita akan melalui perubahan dari segi fizikal dan hormon serta keperluan nutrisi juga terus berkembang. Tambahkan Asid Linolenik Gamma (GLA) untuk merangsang tahap kesihatan badan. Asid lemak ni tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita. Jadi kita boleh dapat mengambil dari pemakanan atau suplemen harian. Antara kebaikan GLA Complex:


a)Menggalakkan kesihatan kulit


GLA membantu mengekalkan kelembapan kulit dengan mengawal atur penghalang air semulajadi dalam kulit. Selain itu fungsi GLA adalah untuk melegakan keradangan dan kerengsaan kulit. Best kan?


b) Melegakan Simptom Menopaus


Simptom -simptom menopaus seperti rasa panas, berpeluh pada waktu malam, masalah tidur, perubahan emosi dapat dikurangkan. Pengambilan GLA membantu menambah baik kesihatan emosi.


c) Meredakan Sindrom Pra-menstruasi


Ketidakstabilan hormon semasa kitaran haid sangat menjejaskan emosi serta kesejahteraan fizikal. Dengan mengambil nutrien yang efektif wanita dapat melakukan apa yang mereka nak buat tanpa sebarang halangan terutamanya saat datang bulan atau haid. Kajian pengambilan GLA dari Minyak Borage dan perkaitannya dengan PMS menunjukkan bahawa emosi bertambah  baik ketika tempoh pra menstruasi dan sakit pinggang sangat berkurang.



Antara fungsi-fungsi lain GLA Complex yang sangat bagus untuk kesihatan wanita

2. Vitalize


Vitalize ialah multivitamin Shaklee berwajah baru. Shaklee dah upgrade formula dengan kadar penyerapan yang lebih baik. Sebenarnya Vitalize sangat sesuai untuk diamalkan oleh semua wanita. Sebabnya kebanyakan dari kita terlalu sibuk sehingga mengabaikan pemakanan yang sihat, mudah stress dan lompong nutrisi yang terlalu jauh.  Antara kebaikan Vitalize yang ngam sangat untuk wanita ialah:


  • Membekalkan sumber nutrisi lengkap untuk kesihatan yang optimum
  •  Membekalkan tenaga segera
  • membantu penghasilan darah merah
  • memelihara sistem saraf dan fungsi otot


Jika nak tahu informasi lengkap tentang Vitalize klik DI SINI.


Antara fungsi-fungsi lain Vitalize

3. Omega Guard 


Masyarakat kita dah mula cakna tentang kepentingan Omega-3 dalam kehidupan seharian terutamanya wanita. Wanita terutamanya seorang ibu tugasnya sangat lah banyak bermain dengan emosi. Karenah anak-anak bermacam macam. Sebab itulah wanita yang bergelar ibu cukup mudah stress atau tertekan. Bila stress ianya sangat mudah menganggu kesihatan badan terutamanya berkaitan dengan peredaran darah dalam badan. 

Antara kebaikan Omega Guard Shaklee yang sangat kena dengan keperluan seorang wanita ialah:


1. Menyihatkan jantung, kurangkan risiko serangan jantung


Mungkin ramai dah tahu Omega-3 sangat bagus untuk meningkatkan kesihatan salur darah sekaligus meningkatkan kesihatan jantung. Ini kerana wanita berisiko tinggi untuk kerap mendapat serangan jantung selepas menopause.


2. Mencegah kanser payudara


Ni lah yang para wanita paling takut iaitu menjadi mangsa kanser payudara. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang mengambil asid lemak omega-3 dengan dos yang sesuai mampu mengurangkan sebanyak 50% dari risiko mendapat serangan kanser payudara. Kandungan DHA dalam Omega-3 berfungsi sebagai anti-radang semula jadi melawan kanser.


3. Melegakan senggugut ketika datang haid

Ramai tak sedar bahawa Omega-3 ni mampu untuk mengurangkan senggugut ketika hadi. Ia boleh mengimbangi semula kadar asid lemak yang tidak seimbang bagi mengurangkan sakit PMS.



Antara fungsi lain Omega Guard untuk Wanita

4. Ostenutrix


Kebiasaannya wanita memang tak dapat nak lari daripada masalah seperti lenguh-lenguh badan, krem kaki, susah nak membuang dan mudah sakit kepala. Ini kerana wanita memang kehilangan kalsium setiap bulan melalui haid. Lagi dahsyat lagi jika wanita itu menyusukan bayi. Banyak perubahan badan berlaku secara alami untuk seorang yang bergelar wanita.


ostenutrix adalah salah satu vitamin yang umie sendiri sangat-sangat jarang tinggalkan sejak tahun 2014 sehinggalah sekarang. Antara kebaikan Ostenutrix ialah:


  • membantu mengurangkan lenguh-lenguh badan
  • elak gigi rosak dan jarang
  • kurangkan masalah kekejangan otot
  • Kurangkan risiko migrain
  • kurangkan risko ossteoporosis 



Antara fungsi lain Ostenutrix. Wajib amalkan untuk jaga kesihatan tulang


Semoga wanita di luar sana akan lebih cakna tentang keperluan Vitamin terutamanya untuk wanita berumur 35 tahun ke atas. Jika berminat untuk mendapatkan kesemua Vitamin ini boleh contact nombor di bawah ini.
 

W/A: www.wasap.my/60174997159/nakjoinbisnesonline


FB: https://www.facebook.com/umikalsom.awanghat?mibextid=ZbWKwL


Tiktok: tiktok.com/@umikalsomawanghat


Friday, August 04, 2023

TIPS TINGKATKAN KESIHATAN JANTUNG DENGAN COQ-TROL PLUS

by , in

Tahun lepas umie ada buat pemeriksaan kesihatan di Pathlab Puchong. Result kolestrol sedikit tinggi iaitu 5.2. Pegawai bertugas cadangkan umie mengamalkan Omega-3 dan CoQ-10 untuk kontrol kolestrol dan jaga kesihatan jantung. Ngam sangat sebab Shaklee ada COQ-TROL PLUS


Umie pun tertanya-tanya jugak la kenapa pegawai yang menerangkan result pemeriksaan kesihatan cadangkan umie amalkan CoQ-1O ni. So umie pun baca la info tentang kebaikan CoQ-1O ni. Umie akan terangkan dengan ayat yang lebih mudah tentang CoQ-Trol Plus Shaklee dan macam mana ia boleh bantu jaga kesihatan jantung kita.


Tapi sebelum tu jom kita ambil tahu serba sedikit tentang penyakit jantung di Malaysia.



KENAPA KITA KENA JAGA KESIHATAN JANTUNG?


Tahu kah anda Penyakit jantung adalah pembunuh No. 1 di Malaysia? 50 orang mati setiap hari disebabkan penyakit jantung. Seram sangat kan..

Mengikut Sumber yang diambil dari Perangkaan Sebab Kematian tahun 2021 sebanyak 18515 orang telah meninggal dunia akibat sakit jantung.


GOLONGAN YANG BERISIKO TERKENA PENYAKIT JANTUNG




Cuba baca satu persatu adakah awak tergolong di kalangan mereka yang berisiko terkena penyakit jantung? Kebanyakan rakyat Malaysia kurang bersenam, berat badan berlebihan dan kolestrol tinggi. Cuba tengok ahli keluarga sendiri.. Berapa kerap mereka melakukan aktiviti senaman setiap minggu?


Jadi dalam kita sedar atau tidak setiap dari kita berisiko terkena penyakit jantung. Kalau dulu dok ingat perokok sahaja yang mudah kena penyakit jantung. Tidak kawan-kawan. Banyak faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah sakit jantung. Cuba cakap sapa ja yang hidupnya langsung tak pernah stress atau tertekan? Itu maksudnya kita semua ada risiko terkena penyakit jantung jika kita tidak berjaga-jaga dari sekarang.


PENYAKIT JANTUNG BOLEH DICEGAH




Ya penyakit jantung boleh dicegah. 


Dengan syarat kita kena ubah banyak aspek dalam kehidupan seharian kita. Macam umie sendiri dah mula mengamalkan gaya hidup sihat secara berperingkat. Ya faham amatlah susah nak ubah gaya hidup yang kita sendiri amalkan sejak sekian lama. 

Perkara pertama yang umie buat ialah melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala iaitu setahun sekali. Buat dua kali setahun lagi bagus sebenarnya.

Bila kita buat pemeriksaan secara berkala lebih mudah untuk kita kesan sebarang abnormal dalam badan kita. 


Contohnya adakah kolestrol dalam badan kita ok?


Adakah bacaan gula dalam darah ok?


Adakah bacaan asid urik ok?


Adakah buah pinggang kita berfungsi dengan baik?


Adakah jantung kita dalam keadaan sihat?


Bila kita tahu kondisi dalaman badan kita lebih mudah untuk kita fokus apa yang perlu diubah. Jika belum mula bersenam boleh mulakan setiap hujung minggu. Pilihlah jenis senaman yang kita tak mudah bosan. Jangan terlalu memaksa diri tetapi buat secara konsisten dan lebih baik dari masa ke semasa.


Kurangkan gula dalam diet pemakanan seharian kita. Lagi bagus jika berhenti terus minuman manis. Banyak lagi minuman yang sedap tanpa gula. Banyakkan membaca dan cari cara untuk nikmati makanan tanpa gula.


Boleh muat turun poster di atas dan target untuk mula ubah bermula dari saat awak baca entry blog ini.


BAGAIMANA COQ-TROL MEMBANTU MENJAGA KESIHATAN JANTUNG?


Tahu kah anda kajian telah menunjukkan bahawa 100mg Coenzyme Q10 memberikan pelbagai manfaat kepada badan?


Untuk mendapatkan 100mg Coenzyme Q10 anda perlu mengambil ;


Daging 3kg setiap hari atau Minyak Canola 100 sudu makan

atau Brocoli rebus 100 cawan atau mentega kacang 3.3kg


Mampu tak? Manusia normal tak mampu untuk mengambil makanan sebanyak itu setiap hari. Sebab itulah Shaklee menghasilkan CoQ-Trol Plus untuk kita amalkan setiap hari demi menjaga kesihatan jantung.


Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga dalam sel. Ia ada di dalam mitokondria iaitu stesen janakuasa sel. Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung dan hati. Tugasnya adalah menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan oleh tubuh badan kita sepanjang hari.


Ia juga adalah antioksida yang kuat, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.


Tapi cabarannya ialah tahap Cenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kadar kolestrol  menyebabkan tahap Cenzyme Q10 semakin menurun dalam badan kita.


CoQ-Trol Plus Shaklee membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Cenyzyme Q10 bersama Resveratrol dan tokoferol. Yang buat ianya lagi best kadar penyerapan adalah lebih optimum kerana dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun.


 Formulasi berpaten untuk meningkatkan peyerapan CoQ10. Inilah pilihan sihat untuk kesihatan jantung kita.

 CoQ-Trol Plus sangat banyak kebaikan dia. Memang sangat disarankan setiap orang dewasa untuk mengambil sebiji sehari demi menjaga jantung supaya kekal sihat.


3 Cara CoQ-Trol Plus bertindak melindungi Jantung:



1. Memberi tenaga dan menguatkan otot jantung


Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa CoQ10 menyokong kesihatan jantung dengan meningkatkan penghasilan tenaga, memulihkan denyutan otot jantung dan sekaligus meningkatkan kekuatannya dalam jangka panjang. 


2. Meningkatkan Peredaran darah.


Bertindak sebagai antioksida yang kuat ,COQ10 sebagai antioksida yang kuat, CoQ10 membantu melindungi saluran darah dari kerosakan akibat molekul kolestrol yang teroksida. Ia juga membantu mengurangkan pembentukan plak pada arteri 3,4 meningkatkan peredaran darah bagi membolehkan darah mengalir dengan lancar melalui saluran darah yang sihat.


3. Mengoptimumkan Denyutan Jantung.


Paras CoQ10 yang rendah dikaitkan dengan ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah yang mencukupi ke seluruh badan, yang membawa kepada kegagalan jantung. Pengambilan suplemen CoQ10 menunjukkan peningkatan dalam jumlah darah yang dipam oleh jantung. Kesannya ia memberikan tenaga yang mencukupi untuk jantung mengoptimumkan kemampuan mengepam dan meningkatkan kemampuan mengepam dan meningkatkan kesihatan keseluruhan jantung.


Best kan CoQ-Trol Plus? Jika nak cuba boleh klik link di bahagian bawah sekali untuk terus berhubung dengan umie bagi membuat pembelian. Jika nakkan penjagaan kesihatan jantung yang lebih optimum awak kena sambung baca sampai habis. 



NAK JAGA KESIHATAN JANTUNG DENGAN LEBIH BAIK?



Set Kesihatan Jantung yang lebih menyeluruh mampu meningkatkan kesihatan jantung dengan lebih baik lagi. 


Asid lemak omega-3 - menurunkan kadar kolestrol jahat

Vitamin E - Melindungi saluran darah dan menambah baik peredaran darah

Coenyzme Q10 - Meningkatkan kecergasan jantung

Polifenol - Mengurangkan keradangan dan meningkatkan penyerapan nutrien

Sterol tumbuhan dan Stanol - Menyekat kolestrol



Jika nakkan kesihatan jantung yang lebih baik kena amalkan 5 cara seperti di dalam poster ini.


Cadangan Set Lengkap Penjagaan Jantung Shaklee. Inilah cara yang paling lengkap untuk memastikan kesihatan jantung dalam keadaan terbaik.


Best kan? Jika nak  berjimat jom terus sign up ahli dengan umie hihihi.. Yuran HANYA RM35 SAHAJA. Nak yuran percuma pun boleh ja... Klik link kat bawah ni okay....