Friday, August 14, 2015

BAGAIMANA CARANYA MENGAWAL PEMAKANAN KETIKA HAMIL AGAR BERAT BADAN TIDAK NAIK BERLEBIHAN

by , in
Ada di kalangan bakal-bakal ibu mempunyai struktur badan yang agak berisi dan mudah gemuk sebelum hamil. Ini menyebabkan golongan ini runsing tentang bagaimana caranya mengawal pemakanan ketika hamil agar berat badan tidak naik berlebihan. Bukan apa jika berat badan naik berlebihan ketika hamil dikhuatiri menganggu perkembangan bayi dalam kandungan dan meningkatkan potensi terkena penyakit kencing manis.




Takut kan? Tambah-tambah lagi selalunya waktu hamil ni selera makan kita akan naik mendadak. Semua kita nak makan. Betul tak? Termasuk la saya dulu hahaha.. Cuma bezanya saya ni memang selim melim sejak azali dek kerana keturunanku memang kurus.

Sebaiknya check BMI (Body Mass Index) bagi mengetahui indeks jisim badan kita samada kurus atau obesiti. Kenaikan berat badan sebanyak 1/2 kg seminggu ketika hamil boleh dikatakan sebagai normal. Untuk orang kurus macam saya boleh naik berat badan sehingga mencecah 20 kg sepanjang tempoh kehamilan. Macam saya dulu sebelum hamil berat dalam 45 kg. semasa hamil mencecah 55 kg. Wanita yang obes pulak secara purata mengalami kenaikan 5 kg sahaja sepanjang tempoh kehamilan.

Antara cadangan bagi mengelakkan kenaikan berat badan yang mendadak adalah dengan mengambil makanan yang berserat tinggi dan berkalori rendah.

Cadangan Makanan Berserat Tinggi dan Berkalori Rendah.

  1. Sayur-sayuran kecuali kentang dan ubi kerana ia berkarbohidrat tinggi dan hendaklah dimakan dalam jumlah yang minima.
  2. Buah-buahan. ELAKKAN buah-buahan manis seperti anggur,durian, rambutan dan lain-lain. Nak makan boleh tapi dalam jumlah yang minima. Sebabnya dalam buah-buahan jenis ini terdapat "gula" yang boleh menambahkan berat badan.
  3. Karbohidrat kompleks seperti beras perang,bijirin penuh dan roti penuh.
  4. Protin tanpa lemak seperti ayam yang dibuang kulit dan ikan.
  5. Air kosong.
Jadi bakal-bakal ibu sekalian cuba perhati balik diet korang macam mana. Ubah mana yang perlu supaya berat badan dapat dikawal sepanjang tempoh kehamilan.


Ibu-ibu mungkin berminat untuk membaca artikel ini SUPLEMEN YANG BAIK SEMASA HAMIL

Punca Wanita Hamil Mengalami Masalah Berat Badan Naik Mendadak

  1. Ramai wanita hamil selalu cakap mengidam itu dan ini. Contohnya makanan seperti piza,ayam goreng, mee goreng (pendek kata semua yang jenis bergoreng) dan selalunya kalau kita nasihat suruh berhenti makan makanan berkalori tinggi ni memang merajuk sakanla jawabnya. Ibu-ibu pernah tak alami perkara camtu? Mesti pernah kan? hahaha... tak baik tipu tau. 
  2. Ibu-ibu hamil mengamalkan tabiat makan untuk dua orang. Opss.... yang ni memang tipikal sangat. Kebanyakan ibu-ibu memang fikir camni. Tak baik tau.
  3. Ibu-ibu sering makan makanan dan minuman manis (termasuklah minum susu yang tinggi kandungan gulanya, minuman berkhasiat tapi berkalori tinggi,susu pekat manis,kuih muih, roti dan lain-lain lagi).
Jadi sebagai kesimpulannya amalkan tabiat pemakanan yan sihat bukan sahaja ketika hamil tapi sepanjang masa. Saya nasihatkan diri saya sendiri juga tentang tabiat pemakanan sihat ni. Mulai hari ni jom kita semua selidik balik apa menu harian kita. Masih belum terlambat untuk berubah.

Wassalam.

Umi Kalsom Awang Hat

No ID 1096881

017 499 7159

Page : Kekal Sihat Selalu

Email : umie5zal@gmail.com



Wednesday, August 12, 2015

Panduan Memilih Multivitamin terbaik Tanpa Merugikan Wang Anda

by , in
Dulu-dulu waktu zaman belajar selalu berangan nak beli dan makan suplemen. Tempat yang dituju dah tentulah Farmasi. Telek punya telek  tak beli pun. Pertama sebab tak mampu nak konsisten amik suplemen. Yang kedua sebab tak tahu nak pilih yang mana satu. Semua nampak best ja. Tapi sekarang perkara macam tu dah tak terjadi lagi. Dengan memperbanyakkan pembacaan akhirnya saya dapat membuat pilihan yang tepat mengenai mutivitamin yang terbaik untuk saya pilih. Sebab itu lah sangat penting untuk kita terus belajar, cari, gali ilmu yang bermanfaat untuk kebaikan kita dan orang di sekeliling.  Apa panduan yang saya pakai untuk buat pilihan? Ni ha.... So hari ni saya nak kongsi panduan memilih multivitamin terbaik tanpa merugikan wang kita.

Sebenarnya suku kata "Multi" tu sendiri bermaksud berganda. Mineral yang ada dalam multivitamin adalah berganda. Sebab tu penting untuk kita memilih dengan bijak supaya multivitamin yang kita pilih memberi khasiat berganda dan nilai berganda kepada kesihatan kita.


Panduan Memilih Multivitamin Terbaik


Dr. Bruce B. Miller di dalam buku yang diterbitkan oleh beliau "Bagaimana Memahami Label-Label Makanan Tambahan" ada menggariskan 5 senarai untuk membantu kita membuat keputusan yang bijak sebelum membeli multivitamin.

1. Jangan pedulikan nama-nama keluaran yang berlebih-lebihan

Jangan pedulikan nama-nama keluaran yang berlebih-lebihan. Istilah yang berlebih-lebihan seperti"Lebih Kekuatan Tambahan" atau " Meganutririon power" digunakan untuk melariskan keluaran dan ia biasanya sekadar omongan kosong sahaja. Abaikan. Fokus lebih pada label.

2.Perhatikan amaun nutriennya

Pastikan multivitamin yang kita pilih menyenaraikan kandungan nutrien secara terperinci. Macam mana nak beli jika kandungan nutrien samar-samar atau langsung tak disenaraikan.

3. Pastikan amaunnya tersenarai mengikut US RDA


MDR adalah lebih rendah berbanding US RDA. MDR dah lama diberhentikan pada tahun 1973, tetapi masih ada pengeluar yang menggunakannya sebab ia menjadikan keluaran berkenaan kelihatan amat kuat walaupun pada hakikatnya sebaliknya.

4. Pastikan kesemua 19 nutrien dengan US RDA  tersenarai pada label

Badan kita memerlukan 12 jenis vitamin dan 7 mineral. Oleh itu rugilah kalau kita beli multivitamin yang tak cukup lengkap nutriennya. Jika silap buat pilihan kemungkinan besar kita tak dapat menyerap kebaikan yang terdapat dalam multivitamin tersebut. Sangat rugi kan?

Klik pada gambar untuk imej lebih besar
       

5. Pastikan peratusan US RDA diberi dengan tepat, bukan sekadar amaun nutrien sahaja

Hanya sebilangan pengguna yang ingat tentang amaun  US RDA bagi kesemua 19 nutrien dalam multivitamin. Label lengkap mengandungi peratusan bagi setiap nutrien yang dibekalkan dalam makanan tambahan tersebut. Ia membolehkan pembeli yang bijak supaya membandingkan amaun yang dibekalkan oleh keluaran pesaing dan menentukan samada makanan tambahan berkenaan membekal nutrien dengan nisbah yang betul. 

6. Jangan terpedaya dengan label-label yang dibesarkan.

Sesetengah label menyenaraikan sebilangan nutrien yang tidak terkandung dalam garis panduan US RDA. Memang betul tiada kesalahan mengenai hal ini, tetapi janganlah kita terpedaya dan memikirkan nutrien-nutrien tambahan ini lebih kuat atau lengkap.

7. Menghalusi setiap risalah yang terdapat pada keluaran berkenaan.

Memang ada sesetengah vitamin tak cukup ruang pada bahagian label untuk memberi segala maklumat yang diperlukan. Pastikan setiap risalah yang dikepilkan dibaca dengan teliti.


Pilihlah multivitamin yang terbaik dan berbaloi untuk wang kita. Jangan semata-mata nampak murah terus beli tau. 



Mudah ja. Jadi lah ahli untuk mendapatkan sebotol multivitamin yang bernilai RM88.75 secara percuma. Tahan sehingga 4 bulan.


Info terkini : Multivitamin Shaklee (Vita Lea) mengandungi 28 nutrien lengkap

Hubungi saya untuk dapatkan multivitamin terbaik anda !!!!


Umi Kalsom Awang Hat

No ID 1096881

017 499 7159

Page : Kekal Sihat Selalu

Email : umie5zal@gmail.com



Monday, August 10, 2015

Rambut Cantik,Sihat, Menawan dan Tidak Mudah Gugur Dengan ProSante

by , in
Rambut adalah mahkota wanita. Bagi yang beragama Islam rambut hanya boleh didedahkan di hadapan muhrim atau suami sahaja. Tak kira siapa pun kita setiap orang mesti nak rambut yang cantik,sihat menawan dan tidak mudah gugur. 

Bagi isteri sangat penting penjagaan rambut agar tak serabai di depan suami. Sebab tu ramai yang potong rambut ikut trend, mewarnakan rambut demi untuk nampak cantik. Malangnya rambut akan cepat rosak kalau kita terlalu kerap warnakan atau dandan rambut kita. Lagi satu makin kita berumur makin kurang berkualiti la rambut kita ni.



Sebab itulah Shaklee akhirnya mengeluarkan produk ProSante sebagai penyelesaian kepada dua masalah rambut iaitu

  • Kerosakan Rambut
  • Penipisan Rambut disebabkan gugur dan rosak

Untuk hampir setengah abad Shaklee menjalankan penyelidikan untuk memahami bagaimana nak menyuburkan tubuh dan kulit kita. Kini kepakaran itu telah diaplikasikan kepada penjagaan rambut dengan pendekatan secara eksklusif dan semulajadi dengan menumpukan cara menangani punca masalah rambut iaitu KULIT KEPALA.

Ujian klinikal yang meluas menunjukkan sistem penjagaan rambut ProSante secara semulajadi telah mengurangkan kehilangan rambut ketika sikat, menambahkan ketebalan rambut dan mengurangkan kerosakan rambut. Set ProSante ni bantu menjaga kelembapan rambut dan tahan lasak. Kasimpulannya si pemakai terpaksa terima kenyataan bahawa rambut beliau makin cantik,sihat menawan dan tak mudah gugur.



Keistimewaan ProSante


Setiap rambut memerlukan rutin yang berbeza di dalam mencuci, merawat dan melindungi dari kerosakan.  Setiap produk ProSante direka untuk tidak menanggalkan warna atau kelembapan rambut. Ia juga digunakan sebagai satu sistem lengkap bagi menyokong kulit kepala yang optimum sihat serta membuatkan rambut kelihatan hebat.

Nourishing Scalp Treatment



Nourishing scalp treatment berfungsi menormalkan kulit kepala untuk menyediakan persekitaran untuk untuk rambut yang lebat dan sihat. Nourishing scalp treatment juga merawat ke punca masalah dengan serum bagi merangsang peredaran , melindungi dari serangan perkitaran dan menyuburkan kulit kelapa. Tugasnya adalah memberi tenaga kepada folikel rambut. Energizes hair folicles, swertia dan ginseng merangsang dengan lembut peredaran darah dan bekalkan tenaga untuk bebuli rambut.

Revitalizing  Shampoo

Revitalizing shampoo menyediakan pembersihan yang lembut dan tetap.Purifying shampoo berfungsi untuk menghapuskan minyak,produk pendandan dan menghapus pembentukan pencemaran. Setiap kali menggunakan shampoo ini ia akan membuatkan rambut:

  • Bersih - Menanggalkan minyak berlebihan,kotoran dan produk dandanan
  • Kuat - Tidak menanggalkan kelembapan penting, jadi kutikel rambut sentiasa licin dan tahan lasak walaupun basah
  • Lantunan - Anti-statik dan tak mengering jadi rambut kekal flex dan daya tahan semulajadi
  • Menyegarkan - Membuatkan rambut menjadi tenang,sentiasa lembap dan kulit kepala rasa selesa dan bertenaga.

Purifying Shampoo 



Purifying shampoo berfungsi untuk menghapuskan minyak,produk pendandan dan menghapus pembentukan pencemaran. Setiap kali menggunakan shampoo ini ia akan membuatkan rambut:
  • Penjelasan - Membebaskan rambut dari sebum yang terkumpul,pencemar persekitaran dan timbunan produk dandanan. Ia juga mampu mengembalikan sinaran dan menyerlahkan tekstur asli rambut.
  • Volumized - Keseimbangan pH balanced untuk melindungi kutikel rambut ia sentiasa berkilau.
  • De-Stressed - Melindungi kelembapan dan imbangan lipid.
  • Bebas dari menggelupas - Menampilkan Scalp Health Complex untuk mengurangkan kelihatan berminyak dan kelumumur.

Lightweight Conditioner



Lightweight Conditioner menampilkan Scalp Health Complex yang menyerap kutikel rambut untuk kekalkan imbangan pH dan hidrasi kulit kepala. Ramuan yang berasaskan tumbuhan membantu memberi volum dan penstruktuan semula permukaan helaian rambut supaya:
  • Ringan - Menyuburkan dan melindungi rambut tanpa memberatkannya. So boleh pakai hari-hari
  • Bebas kusut - Pelembap ringan dan melicin dan mengasingkan rambut supaya setiap kali sikat menjadi mudah walaupun rambut basah atau kering
  • Mudah diurus - Agen kondisioner semulajadi melembutkan rambut dan menghapuskan statik untuk pengendalian mudah dan penggayaan
  • Volum - Meningkatkan kekuatan rambut dan kilat serta bantu menebalkan rambut halus.


Replenishing Conditioner



Replenishing conditioner berfungsi untuk melembap dan mengisi setiap helaian rambut. Diformulakan untuksemua jenis rambut yang meningkatkan kesihatan rambut dan penawar bagi rambut kering,rapuh,berteksktur dan dirawat kimia. Gunakannya sekali atau dua kali seminggu agar rambut :

  • Berkilat - Pelincir semulajadi dan ekstrak herba menambah kelembapan dan melicinkan permukaan rambut supaya lebih berkilat
  • Dipulihkan - Scalp Health Complex bantu menormalkan dan melembapkan kulit kepala
  • Berdaya tahan - Ramuan penguat semulajadi menambah fleksibiliti dan pengurusan rambut.

Cadangan Panduan Penggunaan ProSante




Testimoni Pengguna Set ProSante


Ramai pengguna Set ProSante yang berpuas hati dengan hasil yang mereka dah dapat. jom review apakata mereka tentang set hebat ini.









So bagi yang ada masalah rambut yang tak sudah-sudah apakata cuba produk ProSante ni. Jika bajet kurang boleh jugak cuba satu persatu terlebih dahulu. 

Anda mungkin berminat untuk baca entry ini >>>>>>>>>>>> PUNCA RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN DAN CARA MENGATASINYA



Bagi yang berminat jangan segan silu untuk hubungi saya ya. Wassalam...



Umi Kalsom Awang Hat

No ID 1096881

017 499 7159

Page : Kekal Sihat Selalu

Email : umie5zal@gmail.com





Thursday, August 06, 2015

5 TIP PENJAGAAN GIGI KETIKA HAMIL SUPAYA IBU-IBU TAK MENDERITA SAKIT GIGI

by , in

Assalamualailkum semua. Selamat pagi. Pagi ni saya berkesempatan untuk tulis entry. Bersemangat rasanya nak berkongsi tips dengan semua orang. Ilmu yang bermanfaat ni boleh jadi bekalan kita ke sana nanti (alam yang lebih kekal In Sha Allah). 

Berdasarkan pengalaman saya sendiri waktu hamil kebanyakan ibu-ibu selalu mengalami masalah gigi. Contohnya bengkak gusi, gigi berdarah la dan kadang-kadang rasa macam gigi longgar ja. Betul tak? So pagi ni saya nak kongsi dengan semua tentang 5 tips penjagaan gigi ketika hamil supaya ibu-ibu tak menderita sakit gigi. Jom terjah........

5 TIPS PENJAGAAN GIGI KETIKA HAMIL


  1. Bertukar lah kepada berus gigi yang mempunyai bulu yang halus. Pilihlah jenis berus gigi yang bersesuaian dengan mulut anda.
  2. Berus secara lembut di bahagian gusi kerana ia lebih lembut sepanjang kehamilan. Ini penting untuk mengelakkan gusi berdarah jika memberus secara kasar.
  3. Pastikan pengambilan kalsium di dalam diet anda mencukupi untuk memastikan pertumbuhan gigi dan tulang yang sihat. Sangat penting kerana keperluan kalsium bagi wanita hamil tak sama dengan wanita yang tidak hamil.
  4. Flos gigi secara lembut dua kali sehari memandangkan makanan yang terselit di celah gigi boleh menyebabkan jangkitan. Sebaik-baiknya setiap kali selepas makan.
  5. Dapatkan pemeriksaan doktor gigi secara berkala biarpun anda hamil.

Anda juga disarankan mengambil suplemen kalsium yang mencukupi sepanjang tempoh kehamilan. Ini penting terutamanya bagi ibu-ibu yang tak boleh minum susu ketika hamil. Rujuk di sini untuk kalsium pilihan yang terbaik >>>>>> OSTEMATRIX KALSIUM TERBAIK ANDA



Marilah kita sama-sama mengamalkan budaya hidup yang sihat. Sebagai tambahan, saya nasihatkan diri saya dan ibu-ibu kat luar sana supaya tak takut atau malas membuat pemeriksaan gigi terutamanya ketika hamil. Doktor pasti akan syorkan apa yang terbaik untuk kita.

Semoga bermanfaat ye.


Kredit : 1) Majalah Pa&Ma
             2) www.health.gov.my



Umi Kalsom Awang Hat

Shaklee Indipendent Distributor
1096881

017 499 7159

facebook Page : Kekal Sihat Selalu

Facebook : Umi Kalsom Awang Hat


Monday, August 03, 2015

PUNCA RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN SERTA CARA MENGATASINYA

by , in
Assalamualaikum semua... Petang ni saya cuaca macam panas sikit kan? Dari tadi macam nak hujan. Tapi turun rintik-rintik ja. Harap-harap hujan takde lah panas sangat malam nanti kan?

Melalut pulak. Sebenarnya saya tiba-tiba rasa nak berkongsi topik tentang masalah rambut gugur selepas bersalin. Ada tak sapa-sapa yang pernah alami masalah ni? Rasanya memang sinonim masalah rambut gugur dengan ibu selepas bersalin kan? Waktu saya tengah mengandung dulu selalu kawan-kawan cakap  rambut akan gugur dengan banyaknya waktu dalam pantang. Ada jugak mitos cakap kalau anak dah pandai buat buih waktu tu la rambut gugur. Betul ker? Nak tahu punca rambut gugur selepas bersalin dan cara mengatasinya? Jom baca lagi.......

FAKTOR RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN


Sebenarnya rambut pun ada fasa pertumbuhan dan "fasa rehat" sebab tu rambut lama akan gugur untuk bagi laluan pada rambut yang baru. Lazimnya waktu hamil rambut kita tak gugur kerana rembesan hormon dari uri menghalang rambut kita dari gugur.

Banyak faktor yang menyebabkan rambut kita gugur. Jom saya cerita satu persatu supaya kawan-kawan faham dan tak panik lagi selepas ni.

Perubahan Hormon


Hormon progesteron dan hormon estrogen waktu kita hamil sangat tinggi dan ini yang sebabkan pertumbuhan rambut kita lambat. Waktu ni sikit sahaja rambut yang gugur. Tetapi selepas bersalin tahap estrogen menurun dan waktu ni la makin banyak folikel rambut yang masuk fasa rehat. Sebab tu la berkoyan-koyan rambut terjun dari kepala kita terutama sekali waktu kita sikat rambut.

Tekanan 


Kalau ibu-ibu perasan la selepas ja bersalin kita sebenarnya terus sibuk kan? Mana nak uruskan anak yang baru lahir, mana nak usha jugak anak sulung. Akhirnya keadaan ni buatkan diri kita tertekan dan tak sempat nak menguruskan diri sendiri dengan sempurna. Maka makin galak lah rambut-rambut gugur ke lantai. 

Kerap Hamil dan Bersalin


Ibu yang makin berusia dan dah banyak kali mengandung berisiko lebih tinggi berbanding ibu muda yang mempunyai bilangan anak yang sedikit. Keadaan jadi lebih teruk jika ibu-ibu tidak menjaga rambut dengan baik.

Pemakanan


Tidak mengamalkan pemakanan yang sihat juga menyumbang kepada masalah keguguran rambut yang serius. Sepatutnya keguguran rambut ni berakhir bila bayi dah cecah umur 6 bulan hingga 12 bulan. Ada jugak yang alami masalah ni hanya sekitar usia bayi tiga hingga empa bulan sahaja. Tapi jika keadaan terjadi berterusan sila dapatkan nasihat pakar kerana keguguran rambut selepas bersalin boleh jadi kerana kecelaruan hormon akibat tiroid dan juga anemia.

APA YANG PATUT DILAKUKAN


Kalau perkara ni terjadi pada ibu-ibu janganlah buat tak tahu saja tau. Kena ambil tindakan supaya keadaan tak jadi lebih teruk. Antaranya

  • Pengambilan makanan berkhasiat yang diperkaya dengan protein dan zat besi. Contohnya telur, daging ayam, makanan gandum,tauge,sayuran hijau, buah buahan segar, makanan laut dan salmon.
  • Jangan sesekali lakukan rawatan rambut seperti kerinting, warnakan rambut, meluruskan sehinggalah rambut dah kembali normal.
  • Memotong rambut yang panjang. Penting untuk mengelak rambut banyak gugur dan memudahkan kita jaga si kecil.
  • Gunakan sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala iaitu jenis lembut. Elakkan menyikat rambut ketika basah kerana struktur rambut lebih rapuh dan mudah gugur.
  • Pastikan minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari kerana dapat membantu membekalkan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.
  • Dapatkan tidur dan rehat yang cukup serta kurangkan tekanan.
  • Pemakaian syampu yang diperkaya dengan vitamin B, lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang berasaskan organik. 
  • Pengambilan makanan tambahan yang mengandungi multivitamin dan mineral, zink dan protein.
  • Jika rambut gugur juga dengan banyak walaupun semua langkah-langkah di atas dah diambil cepat-cepat jumpa doktor kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

FAKTA YANG MESTI ANDA TAHU


  • Keguguran rambut selepas bersalin adalah NORMAL.
  • Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.
  • Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
  • Pertumbuhan rambut lebih banyak waktu hamil kerana pertambahan hormon estrogen.
  • Jadi semasa hamil rambut biasanya lebih tebal dan lebih sihat.
  • Selepas bersalin,paras hormon kembali normal.
  • Dua hingga tiga bulan selepas itu akan berlaku keguguran rambut yang agak teruk dan keadaan kembali normal selepas setahun.
  • Masalah ini tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.

Sekian perkongsian saya untuk kali ni. Untuk ibu-ibu jangan gusar tau. In Sha Allah setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Nantikan lebih banyak tips yang saya akan kongsikan dengan semua. Semoga bermanfaat. Wassalam.