PUNCA RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN SERTA CARA MENGATASINYA

Assalamualaikum semua... Petang ni saya cuaca macam panas sikit kan? Dari tadi macam nak hujan. Tapi turun rintik-rintik ja. Harap-harap hujan takde lah panas sangat malam nanti kan?

Melalut pulak. Sebenarnya saya tiba-tiba rasa nak berkongsi topik tentang masalah rambut gugur selepas bersalin. Ada tak sapa-sapa yang pernah alami masalah ni? Rasanya memang sinonim masalah rambut gugur dengan ibu selepas bersalin kan? Waktu saya tengah mengandung dulu selalu kawan-kawan cakap  rambut akan gugur dengan banyaknya waktu dalam pantang. Ada jugak mitos cakap kalau anak dah pandai buat buih waktu tu la rambut gugur. Betul ker? Nak tahu punca rambut gugur selepas bersalin dan cara mengatasinya? Jom baca lagi.......

FAKTOR RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN


Sebenarnya rambut pun ada fasa pertumbuhan dan "fasa rehat" sebab tu rambut lama akan gugur untuk bagi laluan pada rambut yang baru. Lazimnya waktu hamil rambut kita tak gugur kerana rembesan hormon dari uri menghalang rambut kita dari gugur.

Banyak faktor yang menyebabkan rambut kita gugur. Jom saya cerita satu persatu supaya kawan-kawan faham dan tak panik lagi selepas ni.

Perubahan Hormon


Hormon progesteron dan hormon estrogen waktu kita hamil sangat tinggi dan ini yang sebabkan pertumbuhan rambut kita lambat. Waktu ni sikit sahaja rambut yang gugur. Tetapi selepas bersalin tahap estrogen menurun dan waktu ni la makin banyak folikel rambut yang masuk fasa rehat. Sebab tu la berkoyan-koyan rambut terjun dari kepala kita terutama sekali waktu kita sikat rambut.

Tekanan 


Kalau ibu-ibu perasan la selepas ja bersalin kita sebenarnya terus sibuk kan? Mana nak uruskan anak yang baru lahir, mana nak usha jugak anak sulung. Akhirnya keadaan ni buatkan diri kita tertekan dan tak sempat nak menguruskan diri sendiri dengan sempurna. Maka makin galak lah rambut-rambut gugur ke lantai. 

Kerap Hamil dan Bersalin


Ibu yang makin berusia dan dah banyak kali mengandung berisiko lebih tinggi berbanding ibu muda yang mempunyai bilangan anak yang sedikit. Keadaan jadi lebih teruk jika ibu-ibu tidak menjaga rambut dengan baik.

Pemakanan


Tidak mengamalkan pemakanan yang sihat juga menyumbang kepada masalah keguguran rambut yang serius. Sepatutnya keguguran rambut ni berakhir bila bayi dah cecah umur 6 bulan hingga 12 bulan. Ada jugak yang alami masalah ni hanya sekitar usia bayi tiga hingga empa bulan sahaja. Tapi jika keadaan terjadi berterusan sila dapatkan nasihat pakar kerana keguguran rambut selepas bersalin boleh jadi kerana kecelaruan hormon akibat tiroid dan juga anemia.

APA YANG PATUT DILAKUKAN


Kalau perkara ni terjadi pada ibu-ibu janganlah buat tak tahu saja tau. Kena ambil tindakan supaya keadaan tak jadi lebih teruk. Antaranya

  • Pengambilan makanan berkhasiat yang diperkaya dengan protein dan zat besi. Contohnya telur, daging ayam, makanan gandum,tauge,sayuran hijau, buah buahan segar, makanan laut dan salmon.
  • Jangan sesekali lakukan rawatan rambut seperti kerinting, warnakan rambut, meluruskan sehinggalah rambut dah kembali normal.
  • Memotong rambut yang panjang. Penting untuk mengelak rambut banyak gugur dan memudahkan kita jaga si kecil.
  • Gunakan sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala iaitu jenis lembut. Elakkan menyikat rambut ketika basah kerana struktur rambut lebih rapuh dan mudah gugur.
  • Pastikan minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari kerana dapat membantu membekalkan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.
  • Dapatkan tidur dan rehat yang cukup serta kurangkan tekanan.
  • Pemakaian syampu yang diperkaya dengan vitamin B, lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang berasaskan organik. 
  • Pengambilan makanan tambahan yang mengandungi multivitamin dan mineral, zink dan protein.
  • Jika rambut gugur juga dengan banyak walaupun semua langkah-langkah di atas dah diambil cepat-cepat jumpa doktor kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

FAKTA YANG MESTI ANDA TAHU


  • Keguguran rambut selepas bersalin adalah NORMAL.
  • Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.
  • Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
  • Pertumbuhan rambut lebih banyak waktu hamil kerana pertambahan hormon estrogen.
  • Jadi semasa hamil rambut biasanya lebih tebal dan lebih sihat.
  • Selepas bersalin,paras hormon kembali normal.
  • Dua hingga tiga bulan selepas itu akan berlaku keguguran rambut yang agak teruk dan keadaan kembali normal selepas setahun.
  • Masalah ini tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.

Sekian perkongsian saya untuk kali ni. Untuk ibu-ibu jangan gusar tau. In Sha Allah setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Nantikan lebih banyak tips yang saya akan kongsikan dengan semua. Semoga bermanfaat. Wassalam.

No comments:

Post a Comment