BAGAIMANA CARANYA MENGAWAL PEMAKANAN KETIKA HAMIL AGAR BERAT BADAN TIDAK NAIK BERLEBIHAN

Ada di kalangan bakal-bakal ibu mempunyai struktur badan yang agak berisi dan mudah gemuk sebelum hamil. Ini menyebabkan golongan ini runsing tentang bagaimana caranya mengawal pemakanan ketika hamil agar berat badan tidak naik berlebihan. Bukan apa jika berat badan naik berlebihan ketika hamil dikhuatiri menganggu perkembangan bayi dalam kandungan dan meningkatkan potensi terkena penyakit kencing manis.




Takut kan? Tambah-tambah lagi selalunya waktu hamil ni selera makan kita akan naik mendadak. Semua kita nak makan. Betul tak? Termasuk la saya dulu hahaha.. Cuma bezanya saya ni memang selim melim sejak azali dek kerana keturunanku memang kurus.

Sebaiknya check BMI (Body Mass Index) bagi mengetahui indeks jisim badan kita samada kurus atau obesiti. Kenaikan berat badan sebanyak 1/2 kg seminggu ketika hamil boleh dikatakan sebagai normal. Untuk orang kurus macam saya boleh naik berat badan sehingga mencecah 20 kg sepanjang tempoh kehamilan. Macam saya dulu sebelum hamil berat dalam 45 kg. semasa hamil mencecah 55 kg. Wanita yang obes pulak secara purata mengalami kenaikan 5 kg sahaja sepanjang tempoh kehamilan.

Antara cadangan bagi mengelakkan kenaikan berat badan yang mendadak adalah dengan mengambil makanan yang berserat tinggi dan berkalori rendah.

Cadangan Makanan Berserat Tinggi dan Berkalori Rendah.

  1. Sayur-sayuran kecuali kentang dan ubi kerana ia berkarbohidrat tinggi dan hendaklah dimakan dalam jumlah yang minima.
  2. Buah-buahan. ELAKKAN buah-buahan manis seperti anggur,durian, rambutan dan lain-lain. Nak makan boleh tapi dalam jumlah yang minima. Sebabnya dalam buah-buahan jenis ini terdapat "gula" yang boleh menambahkan berat badan.
  3. Karbohidrat kompleks seperti beras perang,bijirin penuh dan roti penuh.
  4. Protin tanpa lemak seperti ayam yang dibuang kulit dan ikan.
  5. Air kosong.
Jadi bakal-bakal ibu sekalian cuba perhati balik diet korang macam mana. Ubah mana yang perlu supaya berat badan dapat dikawal sepanjang tempoh kehamilan.


Ibu-ibu mungkin berminat untuk membaca artikel ini SUPLEMEN YANG BAIK SEMASA HAMIL

Punca Wanita Hamil Mengalami Masalah Berat Badan Naik Mendadak

  1. Ramai wanita hamil selalu cakap mengidam itu dan ini. Contohnya makanan seperti piza,ayam goreng, mee goreng (pendek kata semua yang jenis bergoreng) dan selalunya kalau kita nasihat suruh berhenti makan makanan berkalori tinggi ni memang merajuk sakanla jawabnya. Ibu-ibu pernah tak alami perkara camtu? Mesti pernah kan? hahaha... tak baik tipu tau. 
  2. Ibu-ibu hamil mengamalkan tabiat makan untuk dua orang. Opss.... yang ni memang tipikal sangat. Kebanyakan ibu-ibu memang fikir camni. Tak baik tau.
  3. Ibu-ibu sering makan makanan dan minuman manis (termasuklah minum susu yang tinggi kandungan gulanya, minuman berkhasiat tapi berkalori tinggi,susu pekat manis,kuih muih, roti dan lain-lain lagi).
Jadi sebagai kesimpulannya amalkan tabiat pemakanan yan sihat bukan sahaja ketika hamil tapi sepanjang masa. Saya nasihatkan diri saya sendiri juga tentang tabiat pemakanan sihat ni. Mulai hari ni jom kita semua selidik balik apa menu harian kita. Masih belum terlambat untuk berubah.

Wassalam.

Umi Kalsom Awang Hat

No ID 1096881

017 499 7159

Page : Kekal Sihat Selalu

Email : umie5zal@gmail.com



No comments:

Post a Comment