Thursday, 6 August 2015

5 TIP PENJAGAAN GIGI KETIKA HAMIL SUPAYA IBU-IBU TAK MENDERITA SAKIT GIGI


Assalamualailkum semua. Selamat pagi. Pagi ni saya berkesempatan untuk tulis entry. Bersemangat rasanya nak berkongsi tips dengan semua orang. Ilmu yang bermanfaat ni boleh jadi bekalan kita ke sana nanti (alam yang lebih kekal In Sha Allah). 

Berdasarkan pengalaman saya sendiri waktu hamil kebanyakan ibu-ibu selalu mengalami masalah gigi. Contohnya bengkak gusi, gigi berdarah la dan kadang-kadang rasa macam gigi longgar ja. Betul tak? So pagi ni saya nak kongsi dengan semua tentang 5 tips penjagaan gigi ketika hamil supaya ibu-ibu tak menderita sakit gigi. Jom terjah........

5 TIPS PENJAGAAN GIGI KETIKA HAMIL


  1. Bertukar lah kepada berus gigi yang mempunyai bulu yang halus. Pilihlah jenis berus gigi yang bersesuaian dengan mulut anda.
  2. Berus secara lembut di bahagian gusi kerana ia lebih lembut sepanjang kehamilan. Ini penting untuk mengelakkan gusi berdarah jika memberus secara kasar.
  3. Pastikan pengambilan kalsium di dalam diet anda mencukupi untuk memastikan pertumbuhan gigi dan tulang yang sihat. Sangat penting kerana keperluan kalsium bagi wanita hamil tak sama dengan wanita yang tidak hamil.
  4. Flos gigi secara lembut dua kali sehari memandangkan makanan yang terselit di celah gigi boleh menyebabkan jangkitan. Sebaik-baiknya setiap kali selepas makan.
  5. Dapatkan pemeriksaan doktor gigi secara berkala biarpun anda hamil.

Anda juga disarankan mengambil suplemen kalsium yang mencukupi sepanjang tempoh kehamilan. Ini penting terutamanya bagi ibu-ibu yang tak boleh minum susu ketika hamil. Rujuk di sini untuk kalsium pilihan yang terbaik >>>>>> OSTEMATRIX KALSIUM TERBAIK ANDA



Marilah kita sama-sama mengamalkan budaya hidup yang sihat. Sebagai tambahan, saya nasihatkan diri saya dan ibu-ibu kat luar sana supaya tak takut atau malas membuat pemeriksaan gigi terutamanya ketika hamil. Doktor pasti akan syorkan apa yang terbaik untuk kita.

Semoga bermanfaat ye.


Kredit : 1) Majalah Pa&Ma
             2) www.health.gov.my



Umi Kalsom Awang Hat

Shaklee Indipendent Distributor
1096881

017 499 7159

facebook Page : Kekal Sihat Selalu

Facebook : Umi Kalsom Awang Hat


0 comments:

Post a Comment

Follow by Email

Copyright © Mama Ashraf.blogspot.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com