Friday, 31 October 2014

9 Taktik Hindari Kelahiran Songsang



Kedudukan bayi songsang adalah normal pada peringkat awal kehamilan. Jadi anda tak perlu khuatir jika scan bayi anda songsang. Kat sini saya nak share taktik hindari kelahiran songsang.

Kenali Kelahiran Songsang

Istilah songsang bermaksud punggung bayi berada di bahagian pelvis anda (bawah abdomen). Kepala pulak berada di bahagian atas. Ada 3 jenis kelahiran songsang yang telah dikenalpasti.

Extended breeches apabila kedua-dua kaki bayi lurus dengan pergelangan kaki berada sebelah kepalanya. Selalun Selalunya ia berlaku dalam 70% kehamilan. Anda masih ada peluang bersalin secara normal jika kedudukan bayi mcm nie.

Flexed breeches apabila kedua-dua kaki bayi berlipat di sendi lutut.Doktor boleh rasa kedua-dua pergelangan kaki dan punggungnya ketika pemeriksaan. Hal ini hanya berlaku kepada 15% kehamilan.

Footling breeches adalah keadaan di mana salah satu kaki berlipat di sendi lutut manakala satu kaki lagi lurus atau kedua-dua kaki lurus ke bawah. Selalunya kes songsang camni memerlukan anda melalui pembedahan. Sebabnya dikhuatiri tali pusat turun ke bawah bersama air ketuban yang boleh sebabkan bayi kurang oksigen.

Taktik Hindari Kelahiran Songsang

1. Merangkak

Luangkan leih banyak masa untuk berada dalam posisi merangkak.Dengan melakukan posisi begini graviti dipercayai dapat menarik kepala bayi ke bawah. Anda disarankan berada dalam posisi ni setiap hari sambil baca majalah, suratkhabar atau bahan bacaan lain.

2. Kaedah panas - sejuk

Letakkan ais pada bahagian atas rahim anda. Bahagian bawah rahim pulak letak bekas berisi air suam. Bayi  cenderung untuk bergerak ke arah sumber haba.

3. Pek ais

Letakkan pek ais di atas perut. tapi make sure lapik dulu perut anda dengan kain ok. Tujuannya adalah nak bagi bayi rasa tak selesa dan terus tukar fikiran untuk ubah kedudukan dan berpusing ke bawah. Hehehe... psychology sket.

4. Berendam di kolan renang

Amalan ni sama konsep seperti penggunaan pek ais di atas perut. Ia bertujuan untuk menggalakkan bayi berpusing ke bawah.

5. Menyanyi dan bercakap

Rakamkan suara anda menyanyi atau bercakap kepada bayi. Mainkan dengan kerap dengan menggunakan headphone berdekatan dengan tulang pubik bagi menggalakkan bayi mendekati suara anda.

6. Senaman tilt position

Kaedah ini seperti anda bersujud ketika solat. Lagi bagus jika tiap kali solat anda sujud lebih lama dari biasa. Dalam masa yang sama pohn doa semoga Allah gerakkan bayi kita untuk berpusing ke bawah. Menurut pakar dinasihatkan melakukannya selama 20 minit sehari. Kelebihan kaedah ini bayi

7. Lampu suluh

Penggunaan cahaya daripada lampu suluh dipercayai dapat membantu bayi bergerak ke kedudukan normal. Caranya ialah dengan menghalakan lampu suluh ke bahagian tulang pubik atau bawah pusat. Tujuannya ia dilakukan ialah untuk membolehkan bayi bergerak ke arah cahaya.

8. Pujukan

Anda dinasihatkan supaya kerap berbual-bual dengan bayi sambil memujuknya supaya berada dikedudukan asal.

9. Doa

Banyakkan berdoa dan melakukan solat hajat agar bayi berkedudukan normal bagi membolehkan anda melahirkannya tanpa melalui komplikasi kelahiran yang lainnya.


Semoga sedikit tips ini bermanfaat bagi kawan2 yang mungkin sedang melalui situasi macam nie.

Credit : Majalah Pa&Ma Edisi September 2013

Tuesday, 21 October 2014

HARGA ESP SHAKLEE




Sana sini orang dok cakap tentang kehebatan dan keistimewaan ESP Shaklee. Apa yang hebat tentang ESP Shaklee nie? Jom saya terangkan bagi paham hehehe... Untuk bagi korang lagi paham saya selitkan video tentang Shaklee Effect yang dikongsi oleh pengguna ESP. Haa... nak tahu kena la baca sampai habis.......


Fakta Penting Tentang ESP


* Makanan tambahan protin berasaskan soya yang hanya mengandungi "non GMO" (non-Genetically Modified Organism).
* Menghasilkan 9 asid amino penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan manusia,
* 1 hidangan ESP Shaklee =2x kali ganda daging=4 kali ganda telur=12 kali ganda susu rendah lemak.
* Low Glisemik (Rendah GI) yang bermaksud glukos dibebaskan secara perlahan-lahan ke dalam darah. So takyah risau kadar gula dalam darah kita naik.



Kenapa Protin Penting Kepada Tubuh Kita?



Protin yang ada dalam ESP Shaklee adalah bahan utama pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan.


Kesan Jika Kurang Protin



  • Kelemahan pada sistem imun untuk lawan penyakit,
  • Masalah lebihan air yang tinggi dalam badan.
  • Kehilangan kepejalan otot
  • Perubahan warna rambut
  • Bantut pertumbuhan
  • Masalah penghadaman
  • Masalah penghasilan darah yang boleh membawa maut.  


Antara Manfaat Utama ESP Shaklee


  • Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulihara dan pelihara rahim kita.


  • Untuk wanita yang sedang pregnant macam saya sekarang : ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran


     

  • Untuk wanita yang menyusu anak bertuah dan anak kesayangan : ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein, means kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.

  • Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.


  • Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan sokmo pun kurang.


  • Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.


  • Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. Natural Beauty you!


Harga yang SANGAT2 MURAH & BERBALOI...... RM1xx untuk SETIAP CANISTER. Memang tawaran yang paling ohseme okay.... (nak dapat harga gempak mania hubungi saya okay)

Jika beli 6 canister dalam bulan ini anda akan DAPAT 1 ESP SHAKLEE SECARA PERCUMA serta KEAHLIAN SECARA PERCUMA.

ADA LAGI.......KOS PENGHANTARAN JUGA ADALAH PERCUMA..........

Tunggu apa lagi cepat2 hubungi saya UNTUK HARGA YANG LEBIH MURAH sebelum terlambat hehehe... In Sha Allah dengan setiap pembelian akan disusuli dengan konsultasi secara percuma ye.




Pengedar Sah Shaklee Puchong Selangor : Umie (Shaklee ID 1096881)

017 499 7159 (whatsapp/sms)

umie5zal@gmail.com

Umi Kalsom Awang Hat (facebook)

COD : Puchong, Shah Alam, Saujana Putra 


Berminat nak berbisnes shaklee? Saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami yang tak ada pada group orang lain (Klik sini)







Sunday, 19 October 2014

10 Tips Penjimatan Mudah Yang Patut Anda Cuba

Sejak subsidi minyak dikurangkan sebanyak RM0.20 se liter harga minyak dah naik jadi RM2.30 bagi RON 95 dan RM3.10 bg Ron 97. Memang effect tu dirasai oleh semua orang tak kira la keja sendiri ke keja ngan orang ke atau keja dekat2 je atau keja jauh. banyak pulak atau hehehe...

So nak atau tak nak dah sampai masanya kita berjimat betul tak? sebabnya sangat2 mustahil untuk kita kawal kenaikan harga barang-barang yang berkai rapat dengan kehidupan seharian kita.

Jom saya nak share tips yang sy dah amalkan dan akan saya amalkan secara istiqamah. In Sha Allah....


1. MENYIMPAN ATAU MENABUNG SETIAP HARI

Macam saya dan suami amalkan setiap malam semua duit RM1 dan syiling akan dikeluarkan dari dompet dan dimasukkan ke dalam tabung yang berasingan. Amalan ni saya dah amalkan hampir 2 tahun. Memang seronok. Selalunya saya akan set siap2 apa aku nak buat dengan duit nie nanti hehehe...

P/S : Lagi seronok kalau guna tabung yg transparent. Jadi 1 motivasi bila nampak duit makin bertambah.


2. ELAKKAN DARI PERGI PASARAYA TANPA SENARAI BARANG YANG NAK DIBELI

Yang nie memang dah lama saya amalkan. Tapi kadang2 terbabas jugak hehehe... lepas nie kena istigamah balik dan amalkan. Sebabnya bila kita dah ada senarai potensi untuk beli benda yang merapu sangat rendah.


3. RANCANG MENU APA NAK MASAK SEBELUM BELI BARANG DAPUR 

Kenapa saya cakap penting rancang menu apa nak dimasak sebelum membeli bahan-bahan masakan? contohnya main rendah beli daun sup tapi langsung xnk buat sup minggu tu. Last2 daun sup layu dan terpaksa dibuang. ni contoh yg mudah la. Saya dulu selalu jadi kes camni. Membazir ja.


4. JANGAN BASUH BAJU DALAM KUANTITI YANG SIKIT JIKA GUNA MESIN BASUH.

Rugi sangat kalau main basuh ja walaupun baju adalah 5-6 helai ja. Rugi sabun,letrik dan air. Tak salah kalau kumpulkan baju kotor dan basuh bila kuantiti dah cukup untuk sekali basuhan yang maksimum.

P/S : Tapi janganla sampai penuh sampai mesin xleh nak memusing hehehe....


5. CUBA LAH LAKUKAN PENYUSUAN SECARA EKSLUSIF PADA BAYI ANDA.

Bagi yang sedang hamil anda dah boleh mula set dalam minda yang anda betul2 nekad untuk menyusukan anak anda sepenuhnya sehingga 2 tahun. Saya memang dah target di awal kehamilan untuk menyusu badan anak saya nanti. Bukan semata-mata untuk jimat tapi untuk mengeratkan kasih sayang dengan anak dan untuk tumbesaran dia yang sempurna. Papun memang sgt2 jimat sebab tak perlu beli susu tepung untuk anak tiap2 bulan.

6. GUNA CLOTH DIAPERS UNTUK KEGUNAAN HARIAN ANAK

Yang nie saya baru ja nak mula balik. Lampin pakai buang hanya pakai kat rumah pengasuh ja. Banyak kebaikan yang saya dapat jika dapat amalkan penggunaan cd secara berterusan. Antaranya jimat sebab dapat mengurangkan jumlah pembelian lampin pakai buang, dapat kurangkan kesan bahan kimia pada anak dan juga baik untuk persekitaran. Sekali beli boleh pakai untuk 2-3 orang anak (kena jaga betul2 sebab fabriknya perlukan penjagaan khusus).

P/S : Cabaran untuk saya ialah kena rajin membasuh hehehe....


7. KURANGKAN MAKAN KAT LUAR

Yang nie sejak minyak naik jarang makan kat luar. Harga makanan dah makin mahal woo.... Kalau makan pun jrg order air. Waktu lunch ja yang kadang2 terpaksa makan kat luar.

P/S : Pasang niat nak bawak bekal. Tapi rajin kah? hehehe.....


8. ISI MINYAK BERDASARKAN TOTAL LITER ATAU ISIAN PENUH SAHAJA.

Tips nie saya rasa semua dah mula amalkan. betul tak? Saya baru nak mula. Kesian kan? Tapi xpe..bia lambat asal buat jugak. Ada jugak kawan yang cakap kalau nak lagi lebih kilometer guna Ron 97. Ingat nak cuba la nanti hehehe....


9. TANAM SENDIRI SAYURAN SELALU GUNA JIKA RUMAH ADA KAWASAN TANAH

Haa yang nie memang problem... Nak rajinkan tangan nak menanam sayur2 yang simple2 ja. Dari mula2 duduk rumah teres sampai la skang x tanam lagi. Erm... target bulan depan akan tanam sekurang2nya 1 jenis sayur seperti cili padi atau serai (dua2 nie slalu sangat pakai).

P/S : Semoga semangat nie akan membara sampai berjaya hehe....

10. KENALPASTI KEDAI/PASARAYA YANG MENAWARKAN HARGA PALING MURAH UNTUK SESUATU BARANGAN

Yang saya baru jugak mula amalkan. Bila beli barang-barang kat mana2 kedai saya akan catat harganya dlm satu checklist. Dalam list tu saya dah senaraikan semua pasaraya yang saya selalu pergi. and the end saya boleh nampak dah kedai mana yang offer harga murah untuk sesuatu barang. Saya rasa ramai ibu2 atau surirumah dah familiar dengan harga barang2 yang selalu diorg beli. Orang yang bijak takkan beli semua barang dekat satu tempat ja, betul tak?

Itula dia 10 tips penjimatan yang saya telah dan akan amalkan. Jika info nie bermanfaat untuk semua apa salahnya jika kita amalkan. Plus one things saya rasa dah sampai masanya untuk semua orang ada bisnes sampingan yang mungkin ada potensi untuk berkembang menjadi punca utama pendapatan kita satu hari nanti. Jika berminat nak tau boleh hubungi saya di talian 017 499 7159.

Wassalam......

Monday, 13 October 2014

Cegah Selsema Dan Jangkitan Dengan Sustained Release Vita-C Plus



Tubuh kita sering hilang vitamin C kerana terlalu banyak aktiviti harian yang kita lakukan. Badan kita sangat memerlukan vitamin C YANG MENCUKUPI untuk kekal sihat dan sentiasa berdaya tahan terhadap sebarang jenis virus.


  • Vitamin C dalam Sustained Vita-C Plus adalah daripada ekstrak jagung
  •  Keistimewaan Sustained Release Vita-C Plus ialah Vitamin C kekal di dalam badan selama 5 jam dan dilepaskan perlahan-lahan seperti memakan 1 1/2 bij oren dalam satu jam.
  • Ia juga bersifat larut air

Kenapa Perlu Vitamin Untuk Badan Kita?



a) Mencegah jangkitan dan selsema
b) Antioksidan yang kuat
c) Memperbaiki tisu yang rosak
d) Penghasilan kolagen untuk pembentukan kulit,tendon,ligamen dan salur darah yang sihat
e) Untuk merawat luka & membaiki tulang,rawan dan gusi

Perbezaan Sustained Release Vita-C Plus Berbanding Jenama Lain



Ia mengandungi 120mg bioflavonoid yang berfungsi  mengelakkan vitamin C teroksida serta meningkatkan keberkesanan vitamin C dalam tubuh kita. Jika vitamin C teroksida maksudnya badan kita dapat sket ja kebaikan dan manfaat vitamin C. 

Adakah Anda Tahu.........



- 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin C
- Keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin C
- Pil penahan sakit akan menyusutkan vitamin C yang banyak
- Terlebih dos vitamin (melebihi 12 kapsul) akan menyebabkan sedikit cirit-birit.

Siapakah yang Perlu Vitamin C ini?


- Ibu Hamil
- Ibu Yang Sedang Menyusukan anak
- Wanita yang sibuk bekerja
- Semua Orang

Fakta Nutrisi Setiap Hidangan






BILANGAN TABLET DALAM 1 BOTOL = 180 BIJI

1 BIJI = 1 HARI

BOLEH BERTAHAN SELAMA 6 BULAN

JIMAT BUKAN? JanganLepaskan peluang rebut peluang penjimatan dengan pembelian harga terbaik dari saya. 




Wassalam

- Hubungi -

Umi Kalsom Awang Hat
Pengedar Shaklee Sah Anda

SMS/Call/Whatsapp:
017-4997159

Email:
umie5zal@gmail.com

Shaklee ID:
1096881

Follow by Email

Copyright © Mama Ashraf.blogspot.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com