Friday, 31 October 2014

9 Taktik Hindari Kelahiran Songsang



Kedudukan bayi songsang adalah normal pada peringkat awal kehamilan. Jadi anda tak perlu khuatir jika scan bayi anda songsang. Kat sini saya nak share taktik hindari kelahiran songsang.

Kenali Kelahiran Songsang

Istilah songsang bermaksud punggung bayi berada di bahagian pelvis anda (bawah abdomen). Kepala pulak berada di bahagian atas. Ada 3 jenis kelahiran songsang yang telah dikenalpasti.

Extended breeches apabila kedua-dua kaki bayi lurus dengan pergelangan kaki berada sebelah kepalanya. Selalun Selalunya ia berlaku dalam 70% kehamilan. Anda masih ada peluang bersalin secara normal jika kedudukan bayi mcm nie.

Flexed breeches apabila kedua-dua kaki bayi berlipat di sendi lutut.Doktor boleh rasa kedua-dua pergelangan kaki dan punggungnya ketika pemeriksaan. Hal ini hanya berlaku kepada 15% kehamilan.

Footling breeches adalah keadaan di mana salah satu kaki berlipat di sendi lutut manakala satu kaki lagi lurus atau kedua-dua kaki lurus ke bawah. Selalunya kes songsang camni memerlukan anda melalui pembedahan. Sebabnya dikhuatiri tali pusat turun ke bawah bersama air ketuban yang boleh sebabkan bayi kurang oksigen.

Taktik Hindari Kelahiran Songsang

1. Merangkak

Luangkan leih banyak masa untuk berada dalam posisi merangkak.Dengan melakukan posisi begini graviti dipercayai dapat menarik kepala bayi ke bawah. Anda disarankan berada dalam posisi ni setiap hari sambil baca majalah, suratkhabar atau bahan bacaan lain.

2. Kaedah panas - sejuk

Letakkan ais pada bahagian atas rahim anda. Bahagian bawah rahim pulak letak bekas berisi air suam. Bayi  cenderung untuk bergerak ke arah sumber haba.

3. Pek ais

Letakkan pek ais di atas perut. tapi make sure lapik dulu perut anda dengan kain ok. Tujuannya adalah nak bagi bayi rasa tak selesa dan terus tukar fikiran untuk ubah kedudukan dan berpusing ke bawah. Hehehe... psychology sket.

4. Berendam di kolan renang

Amalan ni sama konsep seperti penggunaan pek ais di atas perut. Ia bertujuan untuk menggalakkan bayi berpusing ke bawah.

5. Menyanyi dan bercakap

Rakamkan suara anda menyanyi atau bercakap kepada bayi. Mainkan dengan kerap dengan menggunakan headphone berdekatan dengan tulang pubik bagi menggalakkan bayi mendekati suara anda.

6. Senaman tilt position

Kaedah ini seperti anda bersujud ketika solat. Lagi bagus jika tiap kali solat anda sujud lebih lama dari biasa. Dalam masa yang sama pohn doa semoga Allah gerakkan bayi kita untuk berpusing ke bawah. Menurut pakar dinasihatkan melakukannya selama 20 minit sehari. Kelebihan kaedah ini bayi

7. Lampu suluh

Penggunaan cahaya daripada lampu suluh dipercayai dapat membantu bayi bergerak ke kedudukan normal. Caranya ialah dengan menghalakan lampu suluh ke bahagian tulang pubik atau bawah pusat. Tujuannya ia dilakukan ialah untuk membolehkan bayi bergerak ke arah cahaya.

8. Pujukan

Anda dinasihatkan supaya kerap berbual-bual dengan bayi sambil memujuknya supaya berada dikedudukan asal.

9. Doa

Banyakkan berdoa dan melakukan solat hajat agar bayi berkedudukan normal bagi membolehkan anda melahirkannya tanpa melalui komplikasi kelahiran yang lainnya.


Semoga sedikit tips ini bermanfaat bagi kawan2 yang mungkin sedang melalui situasi macam nie.

Credit : Majalah Pa&Ma Edisi September 2013

0 comments:

Post a Comment

Follow by Email

Copyright © Mama Ashraf.blogspot.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com