Thursday, July 19, 2018

PENGEDAR SHAKLEE SUNGAI DUA PULAU PINANG

by , in
Ada tak orang Pulau Pinang yang sedang mencari Pengedar Sah Shaklee yang nakkan penghantaran sehingga ke pintu rumah anda?

Ataupun memerlukan bersua muka supaya lebih paham produk mana yang patut dicuba dahulu?

Atau adakah anda sedang mencari peluang bisnes tambahan dan nakkan bimbingan mentor yang dekat dengan kawasan kediaman anda?

Jika ya anda sedang mencari orang yang tepat. Memperkenalkan PENGEDAR SHAKLEE SUNGAI DUA PENANG yang sangat komited untuk membantu anda lebih mudah mendapatkan sebarang produk Shaklee dan juga mentor yang sentiasa bersedia untuk bantu anda berbisnes dengan cara yang betul. 


Nama facebook: 

Nama FB Page: 
Pengedar Shaklee Sungai2, 010.9467880

Instagram:
 pengedar_shaklee_sungai2

Nama blog: 
ohsemmama@blogspot.com


Kawasan COD :
Sungai Dua, Seberang Jaya, Perda, Permatang Pauh, Seberang Perai



Beliau adalah Pengedar Shaklee yang bergerak aktif secara FULL TIME. Jika anda nakkan produk Shaklee dengan cepat beliau la orang yang tepat  kerana Branch Shaklee sangat dekat dengan rumah beliau. Haaa best kan?

Pelbagai produk secara set untuk anda cuba. Antaranya:

  1. Set kehamilan untuk wanita yang sedang hamil untuk tampil lebih sihat, bertenaga dan perkembangan bayi yang sempurna
  2. Set kecantikan buat semua wanita tak kira apa jua jenis kulit
  3. Set kencing manis untuk mereka yang ingin memperbaiki tahap kesihatan secara menyeluruh.

Dan banyak lagi pilihan bergantung kepada apa saja tujuan dan matlamat anda. So jangan lupa hubungi pengedar Shaklee Sungai Dua untuk penghantaran produk Shaklee samada melalui COD atau secara pos.

Klik PENGEDAR SHAKLEE SUNGAI DUA untuk respons pantas dan tuntas :).


APA TUNGGU LAGI UOOOLS.....






Sunday, July 15, 2018

OSTEOPOROSIS DI KALANGAN WANITA DAN CARA MENGATASINYA

by , in
Apa itu Osteoporosis? Kenapa ia sangat sinonim di kalangan wanita?

Seram sangat bila baca tentang osteporosis. Tahu tak 1 daripada 3 wanita dan 1 daripada 50 lelaki berisiko menderita akibat osteoporosis? Nampak jelas di situ betapa osteoporosis di kalangan wanita umpama isi dan kuku. Sangat dekat dan berkait rapat.

Apa itu Osteoporosis?

Osteoporosis terjadi akibat tulang rapuh. Ia merupakan keadaan di mana indeks jisim tulang rendah akibat kemerosotan seni bina mikro tulangnya.  Ini bermakna bahawa walaupun tulang mungkin tidak secara fizikal semakin kecil tetapi balok dan lajur yang membuat seni bina tulang semakin tipis dan lemah. Akhirnya tulang akan menjadi rapuh dan mudah patah. Seram kan?.....

Osteporosis ni boleh dikatakan penyakit yang sangat sistematik.  Sebabnya walaupun satu tulang saja yang terkena osteporosis tapi kesannya akan kena tempias pada tulang tulang badan kita yang ok.

Tanda dan Gejala

Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk terjadi.Gejala yang selalu terjadi di peringkat awal tidak begitu ketara dan kadang-kadang mengambil masa berbulan bulan utuk gejala yang jelas untuk timbul. Antara tanda-tanda Osteporosis ialah:
  • Sakit sendi yang kerap
  • Sukar untuk berdiri lurus atau duduk
  • Kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan
Ironinya apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang), tulang pergelangan tangan,tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput. 

Perbezaan indek tulang normal dan tulang yang mengalami osteoporosis

Punca Berlakunya Osteoporosis

Tulang tebal dan kuat semasa remaja. Namun bila usia mencecah 35 tahun, lebih banyak tisu tulang yang hilang daripada yang diganti. Ini menyebabkan tulang menjadi nipis dan lemah. Orang yang gemar melakukan senaman semasa muda dan masih aktif semasa berumur kurang berisiko osteoporosis kerana tulang masih kuat.

Ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat osteoporosis: Wanita berisiko lebih tinggi mendapat osteoporosis berbanding lelaki. Ini disebabkan penurunan hormon oestrogen selepas menopaus. Wanita berisiko tinggi apabila :
  • Mengalami menopaus awal sebelum umur 45 tahun.
  • Menjalani pembedahan histerektomi (pembuangan organ rahim) sebelum berusia 45 tahun, terutama jika ovari dibuang sekali.
  • Tidak datang haid dalam jangkamasa lama ( lebih dari 6 bulan) disebabkan senaman berlebihan atau makan berlebihan 
Penyakit yang menjejaskan penghasilan hormon boleh menyebabkan osteoporosis. Hormon wanita, estrogen dan hormon lelaki, testosteron adalah penting untuk menjadikan tulang kuat, dengan memproseskan mineral seperti kalsium. Osteoporosis boleh tercetus oleh masalah hormon, termasuk :
  • Hipertiroidism (kelenjar tiroid yang sangat aktif).
  • Gangguan kelejar adrenal. Dalam Sindrom Cushing, penghasilan berlebihan kortisol (hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal) menyebabkan osteoporosis.
  • Kurang pengeluaran hormon seks ( estrogen dan testosteron).
  • Gangguan di kelenjar pituitari dan,
  • Kencing manis.
Fakta-fakta lain yang akan meningkatkan risiko mendapat osteoporosis termasuk:
  • Sejarah osteoporosis di kalangan keluarga yang terdekat (ibu bapa).
  • Tidak aktif dalam jangkamasa lama seperti terlantar di katil.
  • Kerap mengambil minuman keras dan merokok.
  • Gangguan penyerapan seperti ‘ Coeliac disease’ dan Crohn’s disease.
  • Penggunaan ubat korti kosteroid pada dos yang tinggi bagi tempoh yang lama (selalunya digunakan bagi rawatan arthritis dan asma) boleh memberi kesan kepada kekuatan tulang.
  • Kekurangan kalsium .
  • Paras vitamin D rendah.
  • Jisim badan yang sangat rendah (contoh, berat badan yang kurang atau mempunyai tulang yang menipis akibat kecelaruan gaya pemakanan)
Komplikasi
Osteoporosis menyebabkan badan menjadi rendah serta bongkok akibat kepatahan tulang belakang (spinal ). Ini bermakna tulang belakang tidak lagi mampu untuk menyokong berat badan. Kebiasaannya kemalangan kecil boleh menyebabkan patah atau rentak di pergelangan tangan, lengan, leher atau tulang pinggul.
Sesetengah orang menjadi tidak berupaya kesan daripada tulang yang rapuh. Penggantian semula tulang pinggul selalunya diperlukan sekiranya ia patah, dan ini akan menyebabkan pesakit tidak mampu berjalan sendiri. Walaupun osteoporosis tidak memendekkan jangka hayat manusia, ketidakupayaan bergerak sendiri menjadi sebab utama kemasukan ke rumah penjagaan.

Pencegahan

Gen anda menentukan potensi ketinggian dan kekuatan rangka anda. Walau bagaimana pun, amalan cara hidup yang sihat, seperti pemakanan dan senaman boleh mempengaruhi kesihatan tulang anda. Mengamalkan cara hidup sihat melambatkan berlakunya kejadian osteoporosis. Senaman yang berkala amat diperlukan. Cuba lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu.
Dua jenis senaman yang penting untuk mengukuhkan kepadatan tulang bagi mencegah osteoporosis adalah – senaman ’weight bearing’ dan senaman ’resistance’. Jogging, lompat tali (skipping), senaman  aerobik dan melompat atas dan bawah ditempat yang sama baik untuk kekuatan tulang.
Bagi mereka yang berusia , senaman ringan dan selamat, seperti berjalan, main tenis, berenang amat berguna. Untuk orang yang lebih tua, senaman perlu bersesuaian dan selamat, seperti berjalan perlahan,  menaiki tangga 10 kali sehari, permainan tenis yang sederhana.
Amalan cara hidup yang boleh membantu mencegah osteoporosis termasuk:
  • makan makanan yang mengandungi zat kalsium yang tinggi – sekurang-kurangnya 1,000 mg sehari.
  • berhenti merokok -menghisap rokok meningkatkan risiko osteoporosis.
  • hadkan jumlah pengambilan minuman alkohol. Disyorkan had 21 unit seminggu untuk lelaki dan 14 unit untuk wanita.
Penghidap osteoporosis boleh mengurangkan risiko tulang retak atau patah. Satu tindakan yang baik ialah sentiasa berhati-hati mengenalpasti perkara yang boleh menyebabkan jatuh seperti lingkaran wayar. Pastikan anda sentiasa memeriksa tahap penglihatan dan pendengaran. Sesetengah warga emas memakai pelindung khas pada pinggul untuk mengelakkan kecederaan semasa jatuh.

Pengambilan Suplemen Tambahan Untuk Menyokong Tulang Yang Sihat


Gabungan supplemen yang mempunyai pelbagai fungsi sangat penting untuk member badan kita nutrien yang saling melengkapi antara satu sama lain.

ESP, Vita Lea dan Omega guard merupakan gabungan sumber protein, multivitamin lengkap dan Omega-3 yang sangat diperlukan untuk kesinambungan kehidupan yang lebih sihat bertenaga.


B Complex dan Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun badan dan juga menukarkan makanan kepada sumber tenaga. Ia juga mampu menjaga kesihatan sistem saraf kita.


Ostematrix Shaklee membekalkan 1000mg kalsium bagi setiap 4 tablet sehari. Ia jumlah kalsium yang jarang kita dapat dari pemakanan harian kita. 


Nak tahu kelebihan Ostematrix Shaklee klik Ostematrix Shaklee


Vivix Shaklee merupakan sumber anti oksidan terbaik yang bertindak sehingga ke peringkat sel sel badan.


Maklumat lanjut tentang Vivix klik Vivix Shaklee.



Umi Kalsom Awang Hat
Pengedar Shaklee Sah Anda
SMS/Call/Whatsapp:
017-4997159
Email:
umie5zal@gmail.com
Shaklee ID:
1096881
Saturday, July 14, 2018

REVIEW BREAST PUM CIMILRE F1

by , in
Assalamualaikum semua. Selamat petang. Dah lama entry ni dalam folder draft hihihi... So hari ni ada masa sket umie karang bagi abih la senang.

Ni umie dah review sket la breast pum Cimilre F1 yang umi dah guna almost 1 year jugak la.  Actually date mula pakai dah lupa dah. Nampak sangat iools short term memori hahaha. ... Okeh takmau mengarut kita straight to the point ya.

Ni la breast pum Cimilre F1

Mula2 risau suction dia tak kuat.  Sebab bila baca review ada yang cakap ok...  Ada juga kwn yang dah try cakap suction dia agak sakit.  Tapi dah terr beli pakai saja la kan hihihi...

Pertama....  Suction dia best dan tak menyakitkan...  Bagi umie yang dah cuba 3 jenis breast pump brand ni suction dia memang ok. Rasa tenang dan lebih relaks... Bagi umie suction dia tak la kuat sangat.  So umi pakai selalu maksimum level 10. Kalau korang jenis suka suction kuat rasanya baik korang survey jugak la brand lain.

Kedua umie suka pada bunyinya yang soft dan tak create attention orang.  Penting tu...  Pam sebelum ni mak ai kuat bunyinya...  Iools pemalu...  Takut orang curious nak tahu bunyi apa plak hihihi...

Ketiga dia ada massage button.  Takde limit korang boleh massage selama korang nak.. Yang ni best sebab kita boleh stimulate bagi mudah susu keluar secara natural. Sambil tu korang boleh relaks dan tenang ja.

Keempat yang saya suka sebab saiz pum kecik ja. Mudah nak sumbat masuk dalam cooler bag.  Previous breast pum umi gedabak besau sampai kena taruk dalam beg lain hihihi...

Tu jela kot nak share. Overall review bagi umie ok la pum ni.  Convenient untuk orang yang tak berapa cerewet macam umi hahaha...  Kalau korang nak baca apa yang perlu consider sebelum beli breast pum baca entry ni >>>> Tips Pilih Breast Pum yang berbaloi.

Alang-alang dah beli breast pum terbaik tu meh baca ni  >>>> Tips Untuk Banyakkan susu badan yang korang sangat perlukan supaya kekal bertenaga dan susu banyak sepanjang tempoh penyusuan korang nanti.

Wassalam.

Friday, July 13, 2018

MASALAH JERAWAT DAH TAK ADA LAGI. APA RAHSIANYA?

by , in
Masalah jerawat dan wanita ni memang tak dapat dipisahkan. Naik sebiji ja riuh sekampung. Stress ya amat. Nak-nak plak kalau naik seketul kat tengah-tengah batang hidung hahahaha...

Ni ha meh baca perkongsian sis manis ni tentang masalah beliau yang mudah benor naik jerawat di muka. Ni testimoni sebenar bukan tipu tipu tau. 

=========================================================================


Jerawat saya asyik naik di bahagian pipi & dagu sejak beberapa tahun dulu. Mujurlah tak tinggalkan parut kawah yang berlubang-lubang tu kat muka.
Mungkinlah sebab saya ni jenis konsisten ambil ESP & SR Vita C. Sekali sekala ada selit jugak dengan kolagen Shaklee tu.
Kemudian saya ada ambil GLA untuk stabilkan hormon. Kini, jerawat hanya muncul ketika bendera merah je (datang haid) & dah taka da kesan tinggalan yang teruk macam dulu-dulu.

Mula consume esp dgn vita c sejak thn 2013, time tu rasa kulit lembut je. Then sejak thn 2015 jerawat asyik naik non-stop, mgkn sibuk dgn keje kat site.

Walaupun jerawat naik silih berganti, kulit maintain lembut dan takde parut-parut berkawah yang ditinggalkan. Time tu memang terus je konsisten dengan ESP dan SR Vitamin C. GLA dan Kolagen pun ambik jugak sekali sekala.
Best gilerrrrr...especially Kolagen tu. Bangun pagi lembut dan fresh je muka. ESP (Energizing Soy Protein) dengan SR vita c memang membantu mengelakkan kulit muka saya jadi berparut teruk akibat jerawat yang non-stop suatu ketika dulu.
GLA tu pun bantu stabilkan balik hormon saya yang asyik up & down je ni 😁 . Sekarang Alhamdulillah, jerawat dah takut nak naik banyak-banyak J



Kulit muka lebih mulus tanpa jerawat.

Energizing Soy Protein (ESP)
  • Mengandungi asid amino penting untuk membina ototm kuku,rambut,darah,organ,kulit dan lain-lain. Pengambilan protin kunci kepada awet muda
  • Kacang soya merupakan satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isolflavanes yang berfungsi untuk mengawal hormon wanita, merendahkan kolestrol,cegah osteoporosis dan sakit jantung
  • Merangsang pembentukan semula kulit dan otot
  • Mengurangkan kedutan
  • Agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit, dan kepejalan otot
  • Mengurangkan kesan parut 
  • Membaiki pigmentasi,kedutan dan kesan tua

GLA Complex
  • Pengambilan jangkamasa panjang akan melambatkan penuaan,mengetatkan uterus 
  • Memperbaiki inflamasi kulit - mengurangkan inflamasi kulit dan memperbaiki bintik penuaan
  • Melambatkan monopause
  • Memberi tone kulit pada kulit dan otot untuk membantu wanita mencapai bentuk badan yang cantik dan ideal.

Vitamin C

  • Merangsang pembentukan kolagen yang membantu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik
  • Mencantikkan kulit - pengambilan vitamin C setiap hari membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah
  • Melambatkan penuaan
  • Menyekat pigmentasi


Kolagen Powder

  • Membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula rambut
  • Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat
  • Kulit akan jadi kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik
  • Kulit lebih cepat untuk sembuh dan membantu mengurangkan parut
  • Membantu menghilangkan tanda penuaan terutamanya di bahagian belakang tangan.


Cepat-cepat hubungi saya ya untuk dapatkan set ini. Klik   Set Radiant 4 untuk pembelian secara atas talian.

Jika anda inginkan HARGA LEBIH MURAH daftarlah sebagai ahli dengan klik link JOIN AHLI DENGAN UMIE . Banyak manfaat yang akan anda dapat seperti:

  • Harga ahli yang jauh lebih murah
  • Konsultasi percuma sepanjang masa secara online atau offline
  • Support group yang sangat friendly
  • Cash rebate jika memenuhi syarat yang ditetapkan

Jadi apa tunggu lagi :).

Umi Kalsom
Call/SMS/Whatsapp : 017-4997159

Thursday, July 12, 2018

4 SEBAB KENAPA PERLU BERTUKAR KEPADA PEMBERSIHAN MESRA ALAM SEKITAR

by , in
Ramai rakyat Malaysia zaman sekarang dah makin sensitif dengan apa yang diguna pakai untuk aktiviti seharian. Dah makin cerewet tentang apa bahan yang digunakan untuk aktiviti pembersihan di rumah.  Bagus sangat cerewet untuk perkara sebegini. Sapa tak nak kan rumah bersih dan selamat untuk seisi keluarga. Bonus jugak jika secara tak langsung alam persekitaran terjaga.

Nah di bawah ni umie senaraikan 4 sebab kenapa perlu bertukar kepada pembersihan mesra alam sekitar.

1. Menjadi Lebih Sihat


Gejala seperti batuk,bersin,ruam kulit atau sakit kepala biasanya dikaitkan dengan bahan kimia berbahaya yang digunakan dalam produk pembersihan. Diperbuat daripada bahan-bahan tumbuhan dan mesra alam sekitar seperti pelarut berasaskan sitrus, cuka dan pati minyak, produk pembersihan hijau tidak menimbulkan risiko kesihatan kepada kita sekeluarga dan juga haiwan kesayangan. Suasana di rumah akan menjadi lebih selamat dan bersih.


2. Rumah Tempat Lebih Selamat


Perasan tak kebanyakan label produk pembersihan tertulis perkataan seperti mudah terbakar, toksik,merengsa atau berbahaya? Umie percaya ada yang tak tahu penyegar udara konvensional mengandungi bahan kimia yang menganggu hormon dikenali sebagai phthalates. Mengambil kira tanda ini pada produk konvensional, berbaloi bertukar kepada produk pembersihan semulajadi dan hijau. Baru lah kita lebih yakin dan lega mengetahui bahawa rumah kita selamat dari bahan merengsa yang berbahaya. Baru la yakin untuk bernafas dengan selesa lebih menyegarkan dengan bauan semulajadi.

3. Planet Yang Lebih Bersih


Diperbuat menggunakan amalan pengilangan lestari dan bahan-bahan semulajadi, produk hijau adalah selamat, tidak toksik dan terbiodegradasikan menjadikannya ideal untuk alam sekitar. Dengan cara ni  kita boleh membantu memastikan persekitaran yang lebih selamat untuk orang yang kita sayangi seterusnya untuk generasi yang akan datang.

4. Lebih Nilai untuk Wang


Kebanyakan produk hijau datang dalam bentuk cecair pekat dan boleh dicairkan ke dalam beberapa botol. Oleh itu kosnya adalah lebih rendah dari produk pembersihan konvensional. Kita juga boleh memilih pembersih hijau pelbagai guna, menjadikan kosnya lebih berbaloi daripada produk konvensional yang hanya mensasarkan sejenis permukaan di rumah.

BERHATI-HATI dengan bahan kimia ini di dalam produk pembersihan di rumah anda:


  • Formaldehyde (terdapat dalam sesetengah produk cucian)
  • Thiourea
  • Perchlorothylene
  • Nonylphenol Ethoxylate
  • Butoxydiglycol
  • Phthalates (sering digunakan sebagai wangian)
  • Ammonia

Memperkenalkan Set Get Clean untuk sistem permbersihan hijau yang mesra alam sekitar, menjimatkan serta pelbagai guna. Set Get Clean memberi jaminan 4 perkara iaitu:

Selamat
  • Tidak toksik
  • Bukan Wasap Toksik
  • Bukan Bahan Kimia Berbahaya
  • Bebas bauan
  • Lembut pada tangan anda
  • Ph seimbang
  • Bukan klorin
  • Hipoalergenik

Berkuasa

  • Menanggalkan minyak
  • Ultra pekat
  • Gunakan hanya separuh sukatan
  • Buih yang lama
  • Sesuai untuk semua suhu

Mesra Alam

  • Sumber bahan semulajadi
  • Surfaktan biodegradasi
  • Pembungkusan boleh dikitar semula
  • Tiada peluntur klorin
  • Tiada sebatian organik mudah meruap
  • Tiada fosfat
  • Tiada nitrat
  • Tiada borat
  • Tiada ujian haiwan

Bijak

  • Dapat menjimatkan wang anda
  • Formula pekat



1. Basic H

  • Pembersih pelbagai guna
  • Kepekatan yang tinggi - 16 auna mamou membuat sehingga 48 gelen pembersih berkuasa setelah dicampur dengan air 
  • Tidak perlu dibilas. 
  • Tiada toksik
  • Diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan
  • Antara kegunaannya ialah cuci lantai, cuci tandas, basuh kereta, cuci cermin, cuci dapur dan banyak lagi. 
Nak tahu kenapa anda wajib mencuba Basic H?  Klik Kelebihan Basic H

2. Hand Dish Wash 

  • Pencuci wangian pinggan yang melembutkan tangan dan mesra alam
  • Semulajadi, berasaskan tumbuh-tumbuhan 
  • Kepekatan yang tinggi. 
  • Diekstrak daripada jagung dan kelapa. 
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan
  • Mampu bertahan sehingga 3 bulan
Nak tahu kelebihan Dish Wash berbanding jenama lain? Klik Kelebihan Dish Wash Shaklee

3. Soft Fabric Concentrate

  • Pelembut pakaian yang membantu mengurangkan kedutan
  • Mengurangkan statik berpaut
  • Memudahkan menggosok
  • Berkepekatan tinggi - bagi 64 cucian
  • Ramuan semulajadi
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan
4. Get Clean Fresh Laundry

  • Serbuk pencuci baju yang berkepekatan tinggi
  • Ramuan semulajadi yang mesra alam
  • Tanpa prostat, borat dan nitrat
  • Pekay -5.5 lb.  Sekotak mampu membasuh sehingga 88 basuhan. 
  • Prestasi tinggi - pembersih enzim yang diaktifkan untuk mengekalkan basuh yang putih dan berwarna cerah. 
  • Selamat untuk semua jenis kain
  • Dirumus bantu mencegah pencelup dalam pakaian berwarna dari memindahkan dari satu pakaian kepada yang lain
Untuk membeli set ini secara online klik Set Get Clean

Nak Harga Lebih Jimat?  klik JIMAT TERLAJAk

Ayuh berubah menjadi lebih baik. Jaga alam sekitar untuk generasi masa depan. Hubungi umie di:

Umi Kalsom Awang Hat
SMS/Whatsapp : 017.4997159

Wednesday, July 11, 2018

GASTRIK SEMAKIN PULIH DENGAN BANTUAN SET GASTRIK

by , in
GASTRIK 16 TAHUN SEMAKIN PULIH DENGAN BANTUAN SET GASTRIK SHAKLEE

Hari ni umie nak kongsikan perkongsian pengalaman Kakma yang semakin sembuh dari gastrik yang di alami beliau selama lebih 16 tahun dengan set gastrik Shaklee. Teruskan membaca.

======================================================

Kakma ingin kongsikan pengalaman sendiri yang mana kakma menderita gastrik selama lebih 16 tahun dan dengan izin ALLAH gastrik sekarang sembuh.Kakma kena serangan gastrik yang pertama ketika berusia 14 tahun dan berlarutan sehingga usia 30 tahun.Bayangkan berapa lama kakma menderita menangung sakit gastrik ini anda yang ada gastrik mesti tahu kan betapa sakitnya menahan semasa gastrik datang menyerang.
.

Setiap kali bulan puasa selepas makan sahur wajib makan ubat gastrik.Sebelum puasa lagi dah jumpa doktor dan minta ubat gastrik untuk stok sebulan puasa kalau boleh nak mengelak dari kena gastrik tapi kalau dah kena Allah saja yg tahu, sakit sangat,selalunya walau makan ubat masa sahur lepas berbuka mesti kena juga gastrik.kalau sakit kepala boleh lagi tidur rehat pejam mata, tapi kalau kena gastrik tak boleh tidur pusing kanan,pusing kiri letak bantal kat perut dan tidur mesti selimut dan tutup kipas kalau tak lagi masuk angin perut, tidur pun merengkuk je badan.Masa bujang boleh lah tidur macam ni tapi sejak kawin ada anak pastu anak pulak menyusu mana boleh tidur cara kita so terpaksa lah menyusukan anak sambil menahan kesakitan.
.

Begitu lama kakma bergantung dengan ubat tapi kakma dapati ubat hanya untuk tahan sakit bukan untuk sembuh terus sakit gastrik, Kenapa kakma mengatakan begitu? ini kerana 16 tahun kakma makan ubat gastrik tak sembuh pun hanya hilangkan sakit sahaja.
.

Tetapi dengan izin ALLAH tahun 2012 kakma berkenalan dengan shaklee dan pada mulanya mencuba set menyusu shaklee yang mana dalam set menyusu ada ESP (Energizing Soy Protein) dan Ostematrik. Bila kakma makan set menyusu ini dah mula perasan jarang kena gastrik kalau tak sebelum ini setiap minggu mesti kena gastrik tetapi sejak amalkan set menyusu ni sebulan sekali pun belum tentu kena gastrik. Selepas kakma ambil tahu kelebihan produk ini baru kakma sedar memang ESP dan Ostemarik sangat membantu untuk sakit gastrik.Kakma juga makan peppermint ginger untuk buang angin dalam badan.Seperti kita tahu halia sangat bangus untuk buang angin dalam badan oleh kerana kakma memang tk boleh telan air halia jadi kakma pilih untuk ambil peppermint ginger.
.

Ini lah set Gastrik yang kakma ambil.
.


Kredit :  Mai Md Saupi

Energizing Soy Protein –ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.
.

Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut serta membuang angin di dalam badan.
.

Ostematrix adalah suplemen kalsium dengan magnesium dan vitamin D. Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid yang telah memasuki asofagus dan menyebabkan pedih ulu hati. Faktor kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Tambah pulak ubat kapur gastrik yang hospital bagi tu mengandungi kalisum jadi lebih baik kita ambil Ostematrix Shaklee yang lebih semulajadi dan selamat kan.
.

Jika anda ada masalah gastrik macam kakma jangan di biarkan bimbang akan dapat sakit yang lagi parah boleh jadi ulser perut or kanser. Jadi ikhtiarlah dgn vitamin gastrik ni. Kakma kongsi pengalaman kakma sendiri dan harap dapat beri kebaikan buat semua yg ada masalah seperti kakma.

Jika ingin membuat belian dan perlukan konsultasi boleh hubungi :

Umi Kalsom Awang Hat
SMS/Whatsapp : 017-499 7159
Tuesday, July 10, 2018

CARA TAMBAH SELERA MAKAN ANAK YANG SUSAH NAK MAKAN

by , in
Assalamualaikum semua. Sebenarnya dah lama umie nak create post entry tentang dilema kebanyakan mak ayah kat Malaysia iaitu Cara Tambah Selera Makan Anak Yang Susah Nak Makan.

Percaya tak memang ramai yang menghadapi masalah yang umi nak bincangkan ni termasuk la umi sendiri uhuhuhu... Dulu anak sulung umie iaitu Acap (Ashraf Aqil) sangat-sangat memilih makan dan susah nak makan nasi. Kadang-kadang berhari-hari tak dijamahnya nasi langsung uhuhuhu.... Mcam macam cara umie buat. Tukar menu pun tak jalan.

Apa yang dia suka nasi putih, sup ayam, telur dan kicap. Tu pun mai waktu mood takdak dia jeling ja makanan tuh. Kadang-kadang kalau lapar sangat dia mintak nasi kosong ja. Tanpa apapun lauk. Kesian kan? Nak menitis air mata mama tengok anak makan itu ja. Sampaikan teacher kat tadika tanya Acap ni macam mana cara dia makan kat rumah? Suami gelak ja bila teacher tanya sebab dah tau dah peel anak dia macam mana.

Umie sebagai mama takkan nak diam ja kan... Ligat kepala ni memikir apa patut buat lagi... Tetiba dapat idea untuk cuba konsisten bagi Acap minum Meal Shake setiap hari. Sebab memang tau pun dalam Meal Shake ada Lactalbumin iaitu bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap oleh badan dari peringkat bayi sampai orang dewasa.
Nanti umie share link info lengkap dengan korang ya. Actually sebelum ni Acap ada minum Meal Shake tapi tak konsisten.

Umie pastikan setiap pagi sediakan siap-siap minuman kegemaran Acap dicampur dengan sesudu besar Meal Shake. Umie tunjuk kat Acap ni susu ni (Meal Shake) bagus untuk bantu Acap lebih sihat, cepat membesar tau. Umi bagi dia rasa dengan lidah. Dia cakap sedap mama. Penting tau explain kat anak supaya dia tau kita buat apapun untuk kebaikan diorang jugak.

Ni la Acap anak sulung umie yang manja kemain tu 😁

Dalam masa seminggu umie monitor perubahan Acap sampai la satu hari tu.... Waktu amik Acap kat tadika teacher yang selalu handle Acap makan bagitau tengahari tadi Acap makan nasi siap mintak tambah lagi weh... Allahuakbar taktau nak cakap macam mana. Hepi sangat-sangat. Semua teacher terkejut tau. Acap ni makan pedas pun reject tau.

Sejak dari tu hampir setiap hari dia dah tak miss makan tengahari kat tadika. Bila kita tanya apa menu dia jawab lancar ja. Maksudnya dia tak tipu kita dia tak makan hahaha... Bila amik Acap pun masuk ja keta terus tanya mama beli apa-apa tak? Acap lapar la.... Selera makan dia naik nampak sangat-sangat.

Ha ni la Meal Shake yang umie cerita tadi.  


Sekarang ni si adik Alysha pun umie dah start bagi dia minum Meal Shake tiap hari. Selera makan dia pun dah bertambah sekarang ni. Selain Meal Shake umie bagi jugak diorang makan Omega Guard sebagai makanan minda diorang. Kalau tunjuk Omega Guard ni diorang terus cakap nak.. Acap 2 biji Alysha sebiji.Diorang kunyah macam kunyah chewing gum hahahaha....


Ni Omega Guard  gula-gula feveret anak-anak

Kalau korang nak tau details tentang Meal Shake korang klik DI SINI. Kalau nak tau details tentang Omega Guard plak klik DI SINI.

Bagi umie memang worth it sangat bekalkan anak-anak makanan tambahan. Yang penting kita sebagai parent kena pilih makanan tambahan yang betul-betul selamat, tahu dari sumber apa makanan tambahan tu disediakan. Every parent want the best for their own children. Am I right?

So kalau korang pernah atau sedang hadapi masalah yang sama macam umie pernah hadapi jangan risau ada jalan penyelesaiannya. Kalau korang nak borak ke nak order terus ke boleh wassap umie kat 017-499 7159. Okay korang bye....
Monday, July 09, 2018

TIPS MEMILIH SUMBER MAKANAN LAUT YANG SESUAI DIMAKAN DAN JUMLAH HIDANGAN YANG SEPATUTNYA DIAMBIL

by , in
Minyak ikan dikenali secara meluas sebagai Omega-3 yang baik, terutama DHA dan EPA. Lemak sihat ini menyumbang kepada kesihatan jantung,minda,kesihatan sendi,kehamilan dan sebagainya. Garis panduan diet menyarankan kita makan 2-3 hidangan ikan seminggu terutama ikan berlemak dari air sejuk.


Walaubagaimanapun terdapat kebimbangan yang dikaitkan dengan pengambilan ikan atau minyak ikan kerana paras bahan kmia bertoksik yang tinggi seperti logam, PCBs,raksa dan dioksin yang boleh menyebabkan penyakit serius terutamanya dalam perkembangan janin.

Berikut adalah senarai yang dapat membantu kita semua memilih ikan untuk dimakan dan berapa kerap boleh dimakan berdasarkan paras merkuri mereka.

Pilihan Terbaik ( Cadangan 2-3 hidangan seminggu)

  • Herring
  • Ikan Bilis (Shaklee Omega Guard diperbuat daripada ikan bilis)
  • Losbter
  • Tiram
  • Salmon
  • Sardin
  • Udang
  • Sotong
  • Tilapia
  • Tuna dalam tin
  • Ikan Keli
  • Kerang
  • Ketam
  • Ikan Kod

Pilihan Baik (Cadangan makan 1 hidangan seminggu)

  • Kerapu
  • Bluefish
  • Buffalofish
  • Carp
  • Ikan tenggiri Sepanyol
  • Tuna, albavore/tuna putih
  • Rockfish
  • Seattrout
  • Sheepshead
  • Tuna yellowfin

Elakkan (Level Merkuri Tinggi)

  • King mackerel
  • Marlin
  • Orange Roughy
  • Jerung
  • Swordfish
  • Tuna,bigeye

Penyulingan Molekul Tiga Kali Ganda Membantu Menghapuskan Merkuri Dan Lain-lain Pencemaran Laut Yang Berbahaya

Jangan bimbang duhai sahabat. Kini anda berpeluang mendapatkan Omega 3 yang dijamin bebas dari sebarang pencemaran merkuri serta logam berat yang lain. Ini kerana bagi memastikan Omega Guard bebas daripada pencemaran merkuri dan logam berat yang lain Shaklee telah mencipta proses penyulingan molekul sebanyak tiga kali bagi memastikan minyak ikan tulen, pekat dan selamat digunakan.


Omega Guard mengandungi :

  • Spektrum lengkp tujuh asid lemak perlu Omega-3 tulen
  • Setiap hidangan disediakan dengan 546mg EPA dan 360mg DHA
  • Menggunakan Penyulingan Molekul Tiga peringkat untuk meastikan ketulenan dan kesucian dalam masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya sperti merkuri,plumbum,arsenik kadmium,dioksin,PBC dan pencemar lain
  • Disahkan oleh Frien of the Sea untuk memastikan kelangsungan ikan dipertahankan.

Untuk maklumat lanjut klik link Kebaikan Omega Guard Shaklee


Untuk dapatkan Omega Guard secara online klik DI SINI.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi Umie di:

Umi Kalsom Awang Hat
💝 sms/Whatsapp : 017-4997159