OSTEOPOROSIS DI KALANGAN WANITA DAN CARA MENGATASINYA

Apa itu Osteoporosis? Kenapa ia sangat sinonim di kalangan wanita?

Seram sangat bila baca tentang osteporosis. Tahu tak 1 daripada 3 wanita dan 1 daripada 50 lelaki berisiko menderita akibat osteoporosis? Nampak jelas di situ betapa osteoporosis di kalangan wanita umpama isi dan kuku. Sangat dekat dan berkait rapat.

Apa itu Osteoporosis?

Osteoporosis terjadi akibat tulang rapuh. Ia merupakan keadaan di mana indeks jisim tulang rendah akibat kemerosotan seni bina mikro tulangnya.  Ini bermakna bahawa walaupun tulang mungkin tidak secara fizikal semakin kecil tetapi balok dan lajur yang membuat seni bina tulang semakin tipis dan lemah. Akhirnya tulang akan menjadi rapuh dan mudah patah. Seram kan?.....

Osteporosis ni boleh dikatakan penyakit yang sangat sistematik.  Sebabnya walaupun satu tulang saja yang terkena osteporosis tapi kesannya akan kena tempias pada tulang tulang badan kita yang ok.

Tanda dan Gejala

Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk terjadi.Gejala yang selalu terjadi di peringkat awal tidak begitu ketara dan kadang-kadang mengambil masa berbulan bulan utuk gejala yang jelas untuk timbul. Antara tanda-tanda Osteporosis ialah:
  • Sakit sendi yang kerap
  • Sukar untuk berdiri lurus atau duduk
  • Kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan
Ironinya apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang), tulang pergelangan tangan,tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput. 

Perbezaan indek tulang normal dan tulang yang mengalami osteoporosis

Punca Berlakunya Osteoporosis

Tulang tebal dan kuat semasa remaja. Namun bila usia mencecah 35 tahun, lebih banyak tisu tulang yang hilang daripada yang diganti. Ini menyebabkan tulang menjadi nipis dan lemah. Orang yang gemar melakukan senaman semasa muda dan masih aktif semasa berumur kurang berisiko osteoporosis kerana tulang masih kuat.

Ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat osteoporosis: Wanita berisiko lebih tinggi mendapat osteoporosis berbanding lelaki. Ini disebabkan penurunan hormon oestrogen selepas menopaus. Wanita berisiko tinggi apabila :
  • Mengalami menopaus awal sebelum umur 45 tahun.
  • Menjalani pembedahan histerektomi (pembuangan organ rahim) sebelum berusia 45 tahun, terutama jika ovari dibuang sekali.
  • Tidak datang haid dalam jangkamasa lama ( lebih dari 6 bulan) disebabkan senaman berlebihan atau makan berlebihan 
Penyakit yang menjejaskan penghasilan hormon boleh menyebabkan osteoporosis. Hormon wanita, estrogen dan hormon lelaki, testosteron adalah penting untuk menjadikan tulang kuat, dengan memproseskan mineral seperti kalsium. Osteoporosis boleh tercetus oleh masalah hormon, termasuk :
  • Hipertiroidism (kelenjar tiroid yang sangat aktif).
  • Gangguan kelejar adrenal. Dalam Sindrom Cushing, penghasilan berlebihan kortisol (hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal) menyebabkan osteoporosis.
  • Kurang pengeluaran hormon seks ( estrogen dan testosteron).
  • Gangguan di kelenjar pituitari dan,
  • Kencing manis.
Fakta-fakta lain yang akan meningkatkan risiko mendapat osteoporosis termasuk:
  • Sejarah osteoporosis di kalangan keluarga yang terdekat (ibu bapa).
  • Tidak aktif dalam jangkamasa lama seperti terlantar di katil.
  • Kerap mengambil minuman keras dan merokok.
  • Gangguan penyerapan seperti ‘ Coeliac disease’ dan Crohn’s disease.
  • Penggunaan ubat korti kosteroid pada dos yang tinggi bagi tempoh yang lama (selalunya digunakan bagi rawatan arthritis dan asma) boleh memberi kesan kepada kekuatan tulang.
  • Kekurangan kalsium .
  • Paras vitamin D rendah.
  • Jisim badan yang sangat rendah (contoh, berat badan yang kurang atau mempunyai tulang yang menipis akibat kecelaruan gaya pemakanan)
Komplikasi
Osteoporosis menyebabkan badan menjadi rendah serta bongkok akibat kepatahan tulang belakang (spinal ). Ini bermakna tulang belakang tidak lagi mampu untuk menyokong berat badan. Kebiasaannya kemalangan kecil boleh menyebabkan patah atau rentak di pergelangan tangan, lengan, leher atau tulang pinggul.
Sesetengah orang menjadi tidak berupaya kesan daripada tulang yang rapuh. Penggantian semula tulang pinggul selalunya diperlukan sekiranya ia patah, dan ini akan menyebabkan pesakit tidak mampu berjalan sendiri. Walaupun osteoporosis tidak memendekkan jangka hayat manusia, ketidakupayaan bergerak sendiri menjadi sebab utama kemasukan ke rumah penjagaan.

Rawatan

Ada beberapa rawatan yang disediakan untuk osteoporosis:
  • Terapi gantian hormon (Hormone Replacement Therapy) terapi ini membantu wanita yang bakal menopos dengan mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kepatahan tulang sepanjang rawatan. Walau bagaimapun pun HRT tidak selalu disyorkan sebagai rawatan pertama osteoporosis kerana mampu meningkatkan risiko mendapat strok, sakit jantung dan juga kanser payu dara. Anda perlu berbincang dengan doktor mengenai kebaikan dan risiko HRT.
  • Rawatan testosteron sangat berguna kepada lelaki yang dikaitkan dengan oateoporosis kesan daripada kekurangan penghasilan hormon seks lelaki.
  • Bisfosfonat ubatan bukan hormone mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kadar kepatahan. Kadar sel osteoklas pecah akan direndahkan manakala proses penghasilan akan meningkat.
  • Bisfosfonat ubatan bukan hormone mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kadar kepatahan. Kadar kerapuhan tulang dikurangkan manakala proses penghasilan akan meningkat.
  • Kalsitonin hormon yang dihasilkan dari kelenjar tiroid menghalang sel yang menyebabkan kerapuhan tulang.
  • Kalsium dan vitamin D tambahan amat berguna untuk lelaki dan wanita bagi mengelakkan risiko kepatahan tulang pinggul. Pengambilan kalsium yang mencukupi dalam pemakanan semasa muda sangatlah penting bagi mengurangkan risiko terutama wanita. Anda perlu 1000mg kalsium setiap hari iaitu bersamaan dengan segelas susu. Sekiranya anda tidak mendapat kalsium yang cukup dalam pemakanan harian tanyalah doktor anda untuk mendapatkan nasihat pengambilan supplemen kalsium.
  • Selective Estrogen Receptor Modulators (SERMs) adalah ubatan yang mengurangkan risiko kepatahan terutama tulang belakang.

Pencegahan

Gen anda menentukan potensi ketinggian dan kekuatan rangka anda. Walau bagaimana pun, amalan cara hidup yang sihat, seperti pemakanan dan senaman boleh mempengaruhi kesihatan tulang anda. Mengamalkan cara hidup sihat melambatkan berlakunya kejadian osteoporosis. Senaman yang berkala amat diperlukan. Cuba lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu.
Dua jenis senaman yang penting untuk mengukuhkan kepadatan tulang bagi mencegah osteoporosis adalah – senaman ’weight bearing’ dan senaman ’resistance’. Jogging, lompat tali (skipping), senaman  aerobik dan melompat atas dan bawah ditempat yang sama baik untuk kekuatan tulang.
Bagi mereka yang berusia , senaman ringan dan selamat, seperti berjalan, main tenis, berenang amat berguna. Untuk orang yang lebih tua, senaman perlu bersesuaian dan selamat, seperti berjalan perlahan,  menaiki tangga 10 kali sehari, permainan tenis yang sederhana.
Amalan cara hidup yang boleh membantu mencegah osteoporosis termasuk:
  • makan makanan yang mengandungi zat kalsium yang tinggi – sekurang-kurangnya 1,000 mg sehari.
  • berhenti merokok -menghisap rokok meningkatkan risiko osteoporosis.
  • hadkan jumlah pengambilan minuman alkohol. Disyorkan had 21 unit seminggu untuk lelaki dan 14 unit untuk wanita.
Penghidap osteoporosis boleh mengurangkan risiko tulang retak atau patah. Satu tindakan yang baik ialah sentiasa berhati-hati mengenalpasti perkara yang boleh menyebabkan jatuh seperti lingkaran wayar. Pastikan anda sentiasa memeriksa tahap penglihatan dan pendengaran. Sesetengah warga emas memakai pelindung khas pada pinggul untuk mengelakkan kecederaan semasa jatuh.

Pengambilan Suplemen Tambahan Untuk Menyokong Tulang Yang Sihat


Gabungan supplemen yang mempunyai pelbagai fungsi sangat penting untuk member badan kita nutrien yang saling melengkapi antara satu sama lain.

ESP, Vita Lea dan Omega guard merupakan gabungan sumber protein, multivitamin lengkap dan Omega-3 yang sangat diperlukan untuk kesinambungan kehidupan yang lebih sihat bertenaga.

B Complex dan Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun badan dan juga menukarkan makanan kepada sumber tenaga. Ia juga mampu menjaga kesihatan sistem saraf kita.

Ostematrix Shaklee membekalkan 1000mg kalsium bagi setiap 4 tablet sehari. Ia jumlah kalsium yang jarang kita dapat dari pemakanan harian kita. 

Nak tahu kelebihan Ostematrix Shaklee klik Ostematrix Shaklee

Vivix Shaklee merupakan sumber anti oksidan terbaik yang bertindak sehingga ke peringkat sel sel badan.

Maklumat lanjut tentang Vivix klik Vivix Shaklee.

Umi Kalsom Awang Hat
Pengedar Shaklee Sah Anda

SMS/Call/Whatsapp:
017-4997159

Email:
umie5zal@gmail.com

Shaklee ID:


1096881

No comments:

Post a Comment