Homemade Bone Broth untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas


Sejak Alysha masuk ja umur 6 bulan memang saya dah start research menu-menu yang sesuai ikut peringkat umur Alysha. Waktu Ashraf kecik dulu dia tak merasa air tangan mama macam ni sob3x... Apa nak buat pendedahan tak berapa ada waktu tu.


Hari ni saya nak share dengan semua mommies resepi yang korang boleh try untuk anak yang dah berumur 8 bulan ke atas. Ini la dia Bone Broth aka sup tulang hasil dari sup tulang guna Noxxa semalam.  Kalau pakai periuk biasa ambil masa 3-4 jam.  Saya guna tulang daging lembu korban. Bone broth ni elok sangat jika kita bagi baby berumur 8 bulan ke atas.

Actually untuk buat bone broth boleh guna ayam, kaki ayam, rangka ayam,leher ayam.  Ikut lah mana yang ada. Ikut kreativiti masing-masing. Janji bahan-bahan yang penting wajib ada.

Khasiat Bone Broth


Banyak sangat khasiat bone broth ni. Ia boleh dijadikan penawar melawan virus. Konsepnya gini lawan virus kena lawan dengan protein.  Baby hirup protein dan semua zat-zat yang ada dalam sup tulang. Memang itu la target saya nak sediakan yang terbaik untuk Alysha minum hari-hari. Lagipun sekarang ni virus sana sini. Kita kena sediakan perisai yang terhebat untuk anak-anak kita.

Selain itu bone broth ada banyak lagi khasiat dan kebaikan seperti dalam jadual bawah ni.


Resepi Mudah Bone Broth


Bahan-bahannya

Bawang holland - 1 biji
Bawang putih - 3 ulas
Lobak - 2 batang
Tomato - 1 biji
Saderi - 2 batang (saya gantikan dengan daun sup sbb saderi takde)
Halia - 2 inci
Kaki ayam/rangka ayam/leher/tulang ayam

Cara Masak.


1.    Satukan semua bahan dan masak sehingga tulang lerai 3-4 jam.  Kalau guna pressure cooker atau noxxa 45 - 60 minit (kalau tulang besar 60 minit)
2.    Sejukkan dan tapis amik air

Bila dah sejuk tapiskan dan buang lemak-lemak berketul kat bahagian atas sup. jangan la masukkan sekali lemak-lemak tu ya hihihi.... Saya masukkan dalam bekas plastik ais krim.  Lepas tu bekukan.  Boleh masukkan dalam bubur untuk dijadikan sup bagi anak makan setiap hari.  Lobak plak boleh blend atau lenyekkan masukkan dalam bubur anak. Lepas dah settle asingkan kuah sup untuk anak jangn dibuang pulak tulang daging lembu tu ya. Macam saya terus tumis darat 3 sekawan,halia,bwg dan cerah dalam sup tadi. jangan lupa masukkan garam dan perasa. serampang 2 mata kan hihihi.....





Selamat mencuba 😊. In Sha Allah sangat berkhasiat untuk si comel kita semua. Kalau nak cuba suplemen shaklee boleh hubungi saya di 017.4967159 ya. Nanti saya share resepi lain lagi ya. stay tuned.


19 comments:

  1. Replies
    1. aah sis. mudah. defrost ja untuk sekali makan hihihi...

      Delete
  2. Wah menarikni..tq for sharing 😊

    ReplyDelete
  3. boleh cuba ni buat si kecik..sesuai ke utk yg baru lpas baik dmm??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sis. Buat dalam pek kecik2. Tiap kali makan dfrost masuk dlm bubur anak. Sgt berkhasiat 😊

      Delete
  4. Wahhhh. Bestnya resepi sis ni. Tengkiu sis.

    Baru tau yang bone broth elok untuk baby

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome sis. nanti saya share resepi lain lagi ya. stay tuned hihihi...

      Delete
  5. Masyaallah hebatnye mami... cuma saya ada masalah bila simpan nak guna blk. Selalu was2

    shidotdotcom.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud sis bila dah defrost ke?kalau saya once dah keluarkan terus habiskan. sebab tu better buat packaging kecik2 ja.lebih mudah.

      Delete
  6. wahhh.. da banyak yang alysha boleh makan da :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak dah. antara rajin dgn tak rajin je mama dia masak hahaha....

      Delete
  7. Best tips resepi sis.
    Blh apply untuk anak saya nanti.
    Tq ye berkongsi tips.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan sis. seronok anak sis makan nanti hihi...wangi tau.

      Delete