Sunday, May 17, 2015

PENGALAMAN TIMBA ILMU PEMASARAN DENGAN KEMBARA ASB 2015

by , in
Dah lama sebenarnya nak story morry tentang Kembara ASB 2015 yang saya join 10 May yang lepas. Alhamdulillah pagi ni sempat la buat entry nie. Sebabnya hero kecik tak bangun lagi. Kalau dia dah bangun kena update dia dulu hihihi....


Sebenarnya banyak sangat pengalaman timba ilmu pemasaran dengan kembara 2015 yang saya cedok baru-baru ni. Sangat bermotivasi,penuh bertenaga semua speaker dan peserta yang join kembara ni.Tajuk kelas kali ni lebih bersifat perkongsian yang santai tapi penuh berinformasi. Tajuknya " Asas Marketing Shaklee". 



Sebelum join kelas ni saya agak kurang jelas dengan taktik pemasaran, cara perkongsian yang tepat dengan orang ramai dan kadang-kadang agak carba marba tak tahu apa nak dikongsi di laman sosial. Saya rasa ni memang dilema orang berniaga kot. Betul tak? Dan saya rasa ramai lagi yang berhadapan dengan masalah yang sama. Bohong la saya rasa kalau seseorang tu terus sempurna dan hebat sejak awal. Melainkan genius hihihihi.... 


Sebab tula saya rasa terpanggil untuk join kelas ni. Untuk berjaya kita kenalah berkorban masa dengan keluarga sob3x... (Kelas ni hari ahad). Alhamdulillah suami sangat sporting jaga anak di hari minggu. First time tau tinggal anak dengan dia almost half day hihihi... Alhamdulillah balik rumah anak tersenyum ceria petanda suami jaga elok je hahahaha.... 

Hero pujaan hati - Ashraf Aqil. Comel kan? hahahaha...masuk bakul angkat sendiri.


Okay saya sambung balik tentang kelas yang saya join hari tu ye. Antara intipati kelas ni banyak menyentuh tentang >>>>>>>

 Produk yang Mana Dulu nak Kena Promote?

Cara Promosi Shaklee

Skrip Mengayat Customer

Perkongsian Tentang Shaklee dari Sifu

Sesi Soal jawab


Nampak tak betapa terperincinya intipati dan perkongsian dalam kelas Kembara ASB 2015 ni? Sebab itulah saya sangat-sangat sayang dengan group IReach ni. Mereka faham denyut masalah dan kekeliruan para pengedar baru yang masih samar-samar tentang cara nak buat pemasaran dengan betul.


Alhamdulillah selesai sahaja kelas ni, saya berjaya timba ilmu pemasaran dengan kembara ASB 2015 penuh di dada. Ya saya rasa kembali charge aura-aura positif, lebih yakin dengan diri sendiri, dan paling penting saya sedar untuk berjaya kita kena sentiasa bersedia untuk terus menuntut ilmu.


Sebelum saya tamatkan sesi potpetpotpet saya ni ingin lah saya tegaskan di sini pada sesiapa yang baru join, akan join atau terpikir2  nak join Shaklee serta mulakan bisnes hubungi lah saya ye. In Sha Allah anda akan sentiasa di bantu sehingga kita boleh sama-sama mengubah diri dan keluarga kita. 
Saya sangat komited untuk berubah, ANDA BILA LAGI?



Antara tenaga pengajar yang jugak blogger yang aktif. Ilmu penuh di dada :)


Saya dan "Mak" yang bertanggungjawab bawak saya join Shaklee hihihi....


Kalau ada yang berminat nak tahu salur-galur dan liku-liku hidup saya sejak join shaklee hubungi lah saya okay. 



Thursday, May 14, 2015

BONUS SHAKLEE DAH MASUK DAN SAYA SERONOK SANGAT

by , in





Alhamdulillah di saat tengah-tengah bulan Allah kurniakan rezeki. Bonus shaklee dah masuk dan saya memang seronok sangat. Shaklee tak pernah lewat bayar bonus. Selalunya awal ada lah hihihi...
Tak sampai 15 haribulan dah kecoh mak kita jerit " Bonus Shaklee dah masuk".

Rasa macam tak henti nak ucap syukur sebab di saat orang lain dok mengira detik dan hari nak tunggu next gaji kita merasalah jugak bonus yang muncul di tengah-tengah bulan. Ibarat jumpa mata air kat tengah-tengah padang pasir... Haa... camtula ibaratnya hihihi (over pulak mak ngah).

Apa saya nak buat dengan bonus yang saya dapat? blink3x...... Banyak sangat...... Tambah-tambah pulak sekarang ni dok struggle buat persiapan terakhir sebelum pindah ke rumah baru. Memang banyak sangat nak dibuatnya.

So bonus kali ni nak buat beli cat untuk rumah baru hihihi... jom uolsss.... semangat nie. Syukur sangat-sangat sebab diberi peluang kenal shaklee. Sekurang-kurangnya tak payah guna duit gaji kan? hehe... senyum sampai telinga, Encik suami pun suka sebab si isteri pandai cari rezeki lebih. Sapa nak bagi duit kalau kita tak usaha sendiri kan? Masuk tandas pun kena bayar rm0.20 tau.

So pada sapa-sapa yang nak dapat bonus macam saya belom terlambat untuk anda bertindak. Modal tak banyak pun. Cuma RM68.90 SAHAJA YURAN SEUMUR HIDUP.





Banyak tak? In Sha Allah setakat hari ni sejak saya join shaklee di bawah group Ireach  memang sentiasa dibantu dengan informasi berguna,consulatation, motivasi berterusan dan pelbagai aktiviti yang sangat-sangat membantu saya tambah jumlah bonus setiap bulan.

Jika anda berminat nak jangan segan-segan hubungi saya okay.....

Nota kaki : Jadi ahli bulan ni dapat  sebotol Vita Lea secara PERCUMA 




Thursday, May 14, 2015

TIPS UNTUK MENAMBAH SUSU BADAN SECARA SEMULAJADI

by , in



Semalam saya dah kongsi faktor-faktor yang menyebabkan susu badan kita semakin kurang (berminat nak baca klik di sini   >>>>>   Faktor Penyebab Susu Badan Makin Berkurang), hari ni saya nak kongsi pulak sedikit tips untuk menambah susu badan secara semulajadi.

Sebenarnya pengambilan pemakanan yang betul memang sangat-sangat mempengaruhi pengeluaran susu badan kita. Dulu saya pernah minum kopi (instant 3 in 1) agak kerap. Memang pengeluaran susu saya merudum agak banyak. Akhirnya saya ambil keputusan untuk mengurangkan pengambilan kafein ( Cuma ambil ½ cawan kalau dah betul2 teringin hihihihi). Kawan-kawan pernah tak alami keadaan macam saya nie?

Ok jom saya kongsi tips untuk menambah susu badan secara semulajadi. Saya dapat info ni dari pembacaan saya di suratkhabar ( dah tak ingat bila kihkihkih....)

Kurma

Rebus dengan sedikit air sampai betul-betul lembut. Apabila dah sejuk, kisar sehingga menjadi jem. Simpan dalam bekas bertutup dan letakkan dalam peti sejuk. Bancuh bersama susu (campur sesudu),bersama air lain pun boleh. Amalkan selalu. Kena cuba ni mudah je kan.

Madu

Makan sesudu pagi dan sesudu malam. Amalkan setiap hari


Air masak

 Ibu menyusu kehilangan air selepas menyusukan bayi. Jadi gantikan dengan air mineral atau zam-zam lebih bagus.

Elakkan makan jamu

Jamu panas jadi ia boleh mengurangkan  kuantiti air dalam badan. Jika masih ingin makan jamu lebihkan minum air masak/putih

Durian

Percaya atau tidak raja buah ini juga boleh menambahkan susu ibu. Tapi jangan ambil terlampau banyak nanti boleh member kesan kepada anak. – I love durian hihihi...nak kena pergi cari nie.

Banyakkan makan buah dan sayuran yang berair


Sekian la perkongsian saya malam ni. Sekiranya ibu-ibu berminat nak cuba set milk booster budget boleh klik di sini untuk penerangan lebih details >>>>>>>>>>>  Set Menyusu Budget


Jangan bosan ye baca entry saya J. In Sha Allah saya akan cuba kongsi lagi tips2 menarik untuk kawan2 seangkatan dengan saya. Kita sama-sama berusaha untuk menjayakan penyusuan eksklusif selama 2 tahun.

Wassalam.





Wednesday, May 13, 2015

FAKTOR PENYEBAB SUSU SEMAKIN KURANG SEHINGGA TAK CUKUP UNTUK BUAT ANAK KENYANG

by , in




Malam nie tergerak hati nak share tentang faktor penyebab susu semakin kurang sehingga tak cukup untuk buat anak kenyang. Maklumlah saya pun masih lagi menyusukan anak yang baru berumur 1 tahun 5 bulan.

Saya sendiri sentiasa menambahkan ilmu di dada tentang penyusuan ibu. Banyak faktor penyebab susu badan semakin kurang sehingga tak cukup untuk buat anak kenyang. Jom terjah satu persatu.

8 faktor penyebab susu semakin berkurang iaitu:

     
 1. Stress
     Stress adalah salah satu faktor utama kurangnya penghasilan susu. Hal ini kerana, hormon si ibu yang tidak stabil menyebabkan proses pengeluaran susu dari kilang susu terganggu seterusnya kurangnya susu terhasil. Jadi sentiasa lah bertenang, iaitu bersyukur dengan segala nikmat dan bersabar dengan segala ujian mendatang. Susu ibu pasti mencukupi untuk bayi anda. Jangan stress2 apabila susu semakin berkurang dan teruskanlah berusaha. Anda mampu melakukannya.

2. Diet Tidak Seimbang
Ibu yang sedang diet mestilah mengamalkan diet yang seimbang supaya penyusuan ibu dapat dilakuan secara berterusan sehingga bayi berusia 2 tahun. Diet yang seimbang mampu memberikan nutrisi yang secukupnya kepada si ibu. Perbanyakkan makan sayuran, bijirin dan buah-buahan disamping hasil tenusu :).

3. Tidak Minum Air Secukupnya
Susu ibu itu sendiri terdiri daripada cecair. Maka, ibu mestilah minum air secukupnya (minimum 3 liter sehari) agar badan ibu mempunyai hidrat dan tidak menganggu penghasilan susu ibu. Tubuh badan ibu memerlukan bekalan air yang banyak bagi memenuhi keperluan penyusuan si bayi terutamanya bayi lelaki.

4. Masalah Kesihatan
Ibu yang menyusukan bayi hendaklah menjaga kesihatan supaya sentiasa berada dalam keadaan sihat untuk memberikan susu yang berkhasiat kepada si bayi. Masalah kesihatan sudah pasti mengganggu fungsi badan seterusnya menyebabkan masalah lain iaitu kurangnya susu terhasil. Badan yang sentiasa letih dan lesu sedikit sebanyak memberikan kesan kepada penghasilan susu ibu. Jadi, rehatlah secukupnya bersama insan tersayang terutamanya di hujung minggu.

5. Pengambilan Ubat-Ubatan
Ibu yang menyusukan bayi perlu mengetahui kesan ubat-ubatan yang diambil terhadap penyusuan. Sesetengah ubat memberi kesan terhadap penghasilan susu. Bagi mengelakkan susu berkurangan, ibu hendaklah menitikberatkan tentang pengambilan ubat-ubatan. Sebagai contoh, jika ibu mengambil pil perancang untuk mengelakkan kehamilan ia akan menjejaskan bekalan susu ibu. Ini kerana, sesetengah pil perancang mengandungi estrogen, yang menurunkan penghasilan susu ibu. Jika perlu minta khidmat nasihat daripada doktor tentang ubat-ubatan tersebut.

6. Kehamilan
Kehamilan boleh menyebabkan susu berkurangan kerana hormon estrogen dan progesteron meningkat seterusnya akan menyebabkan prolaktin berkurangan. Ini seterusnya mengurangkan penghasilan susu. Menjarakkan kehamilan merupakan pilihan terbaik jika anda mahu menyusukan bayi sehingga 2 tahun.

7. Tidak Memahami Konsep “Demand & Supply”
Kebanyakan masalah penyusuan adalah disebabkan ibu tidak memahami konsep “Demand & Supply”. Sebagai contohnya, apabila ibu outstation, kadangkala ibu tidak membawa bayi bersama. Jadi ibu tidak dapat menyusukan bayi. Oleh itu, ibu harus mengetahui bahawa ia perlu mengepam 2-3 jam sekali setiap hari untuk maintain production. Apabila semakin sibuk melakukan kerja, semakin kurangnya mengepam, susu ibu turut berkurangan. Dengan melakukan pam susu ibu yang kerap, susu ibu akan terhasil dengan kuantiti yang banyak. Inilah yang dinamakan konsep “Demand & Supply”.

                                   
Apapun sebagai ibu kita juga perlu sentiasa sihat dan cukup nutrisi dalam badan bagi mengelakkan kita dari cepat penat, lenguh-lenguh badan dan sebagainya.  Sekiranya ibu-ibu dan bakal ibu berminat untuk mencuba set penyusuan 3M boleh lah lawati link ini untuk penerangan lebih lanjut >>>>>  Set Penyusuan 3M                                                                           .


Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat bakal-bakal ibu dan ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi macam saya. Ingat tau jangan sesekali putus asa dan mudah mengalah kerana cabaran pasti dating cuba menggugat keyakinan kita. Meh saya belanja picture ni. Lihat lah walaupun ibunya kurus kering tapi dia tetap cuba bagi direct breast feeding pada anaknya uhuhuhu... (sangat menginsafkan saya supaya sentiasa bersyukur). Buat ibu-ibu yang selalu merungut susu tak cukup, perah dapat sikit ja, penat bangun malam  tengok la gambar nie yer. Bersyukur lah bahawa kita jauh-jauh lebih beruntung berbanding ibu-ibu lain di seluruh dunia.

Umi Kalsom Awang Hat
Shaklee Independent Distributor (ID 1096881)
Call/whatsapp/sms : 017 499 7159
Email : umie5zal@gmail.com
FB Page : Kekal Sihat Selalu


Tuesday, May 12, 2015

TIPS MEMILIH BREAST PUM BERBALOI,BERKUALITI DAN TAHAN LASAK

by , in
Pada masa kini, Pam Susu ibu sudah menjadi keperluan bagi ibu-ibu
menyusu terutamanya ibu bekerjaya untuk menjayakan penyusuan secara eksklusif kepada bayi mereka. Banyak pam susu atau breastpump di tawarkan di pasaran. Bermula dari harga yang murah hingga ke Ribuan Ringgit.

Jika ibu-ibu hamil masih bingung untuk memilih breastpump yang mana satu, jom baca 9 tips di bawah :

TIPS 1 – Bajet
Bajet amat penting untuk anda sebab bagi mengelakkan pemborosan, anda perlu
sediakan berapa bajet untuk membeli pam susu ini. Daripada bajet ini anda boleh
selidik terlebih dahulu breastpump mana yang memenuhi bajet. Ada kalanya anda bertuah kerana ada sesetengan penjual breastpump membuat tawaran promosi harga murah. (Contoh brand yang popular ialah seperti Medela, Avent, Spectra, Autumnz, Malish, Lacte, etc).

TIPS 2 – Jenis
Anda perlu tahu Pam Susu ini ada beberapa jenis seperti Pam Manual, Pam
elektrik, dan Ada juga Pam Elektrik beserta bateri. Jika Anda memilih Pam
Manual, ia memerlukan tenaga fizikal dan mental. Tetapi Pam Manual ini agak
murah berbanding Elektrik. Manakala Breastpump elektrik pula, ia amat memudahkan anda untuk mengepam susu dan tidak memenatkan. Sesuai dengan harganya yang agak mahal daripada pam manual. Pam yang mempunyai bateri yang boleh di cas boleh digunakan dimana sahaja asalkan bateri masih mempunyai kuasa.

TIPS 3 – Keselesaan
Aspek Keselesaan begitu penting untuk di ambil kira dalam pemilihan Pam. Pam
yang selesa mempunyai corong pam yang dilekapkan ke payu dara mempunyai alas  yang lembut. Cuba ibu-ibu cari yang ada sediakan silicon ‘Breast Shield’
sekali.

TIPS 4 – Daya Tahan – Heavy Duty
Untuk memastikan penggunaan pam yang tahan lama, Breastpump yang Heavy Duty harus menjadi pilihan. Sebagai Ibu bekerjaya sudah semestinya anda akan
menggunakan Pam Susu ini lebih 3 kali dalam sehari. Jadi, anda kena pastikan
motor breastpump adalah jenis Heavy Duty. Jangan lah sesekali memandang pada harga murah tanpa mengambil kira aspek ini.

TIPS 5 – Daya Hisapan – "Suction level"
Breastpump yang bagus adalah pam yang mempunyai ciri hisapan seperti bayi
menyusu. Pam sebegini dapat membantu ibu untuk menghasilkan pengeluaran susu dengan lancar dan banyak. Di samping itu, suction begini paling selesa dan tidak menyakitkan. Saya pernah menggunakan breast pump yang murah. Hanya mampu pakai selama 2 bulan sahaja keran suction level rendah dan agak menyakitkan ketika dipakai.

TIPS 6 – Alat Ganti
Sebaiknya, ibu perlu pilih pam yang mempunyai bahagian yang mudah ditanggal dan dipasang semula supaya anda dapat membersihkan pam tersebut. Pastikan pam yang di beli mempunyai alat ganti pam yang dijual dengan mudah sekiranya alat ganti sedia ada rosak. Ibu juga kena ‘alert’ bagi pam elektrik perlu kerap di ‘servis’ dalam tempoh waktu tertentu.Dan paling penting pembelian breastpump anda telah mempunyai jaminan/waranty.

TIPS 7 – Bunyi
Breastpump yang mempunyai bunyi yang senyap atau kurang bising perlu di ambil kira. Bagi ibu bekerjaya ia tidak akan mengganggu suasana di pejabat ketika anda sedang menggunakan pam.

TIPS 8 – Mobiliti
Sebagai ibu yang aktif dan bekerjaya, breastpump yang dipilih mesti fleksible
dan mudah di bawa kemana sahaja. Ianya perlulah bersaiz kecil dan juga ringan agar mudah disimpan didalam beg untuk dibawa kemana sahaja.

TIPS 9 – Single Pam atau Double Pam
Di pasaran terdapat juga breastpump yang dijual samada single pump atau double pump. Jika anda seorang ‘EP Mum’ – Ekslusif Pumping Mum atau juga penyusuan susu ibu yang konsisten, saya sarankan untuk memilih Pam jenis Double Pump. Ini kerana anda dapat mengepam kedua belah payudara dalam masa yang singkat.
Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu-ibu dan bakal ibu.

Klik  >>>>>>>>> Cara Tambahkan Susu badan supaya anak tak menangis kelaparan 

Jika berminat untuk mengambil suplemen tambahan untuk menambahkan lagi susu boleh klik link di sini  >>>>>>>  Set Penyusuan 3M




Umi Kalsom Awang Hat

Shaklee Independent Distributor (ID 1096881)

Call/whatsapp/sms : 017 499 7159

Email : umie5zal@gmail.com

FB Page : Kekal Sihat Selalu