Showing posts with label Set penyusuan 3M. Show all posts
Showing posts with label Set penyusuan 3M. Show all posts
Saturday, January 09, 2016

MASALAH BERKAITAN PENYUSUAN DAN CARA MENGATASINYA SUPAYA DAPAT MENYUSU DENGAN SEMPURNA

by , in

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah pagi ni Allah beri saya peluang dan sedikit masa supaya saya dapat berkongsi sedikit ilmu tentang masalah berkaitan penyusuan dan cara mengatasinya supaya dapat menyusu dengan sempurna.

Sebenarnya saya pun masih hijau dalam ilmu penyusuan ni. Saya hanya mampu menyusukan anak saya secara eksklusif selama 1 tahun 6 bulan. Selepas itu dah bercampur dengan susu formula. Ralat sebenarnya sebab rancangan asal saya adalah lengkapkan penyusuan eksklusif selama 2 tahun. Namun saya redha ketentuan Allah itu tentu ada sebabnya. Saya belajar dari kesilapan yang lalu supaya di masa akan datang saya mampu melengkapkan impian penyusuan saya dengan jayanya. Alhamdulillah Allah masih lagi memberi peluang untuk saya susukan anak saya sehingga sekarang (anak dah berumur 2 tahun 1 bulan).

Saya faham dan yakin semua ibu-ibu yang menyusukan anak ada cabaran masing-masing. Bukan mudah tapi tak juga terlalu susah. Oleh itu, pagi ni saya nak bincangkan 3 jenis masalah berkaitan penyusuan dan cara mengatasinya supaya dapat menyusu dengan sempurna dan tak panik bila tiba-tiba diduga dengan masalah ini.

Masalah berkaitan Penyusuan Dan Cara Mengatasinya




1) Bengkak Susu

Bengkak susu adalah masalah sementara yang terjadi di antara hari kedua hingga kelima selepas melahirkan anak. Ada jugak yang masih diserang bengkak susu ketika tempoh 44 hari berpantang. Bengkak susu ni terjadi disebabkan gabungan peningkatan tekanan darah yang disalurkan kepada payudara kita dan tekanan yang berlaku pada awal-awal pengeluaran susu badan. Tisu-tisu dalam payudara kita membengkak. Ada sesetengah yang mungkin mengalami sedikit demam, sakit,payudara tegang dan kawasan sekitar payudara panas serta tak selesa. 

Cadangan Pemulihan

  • Kerapkan penyusuan secara terus dengan bayi. Seeloknya setiap satu jam atau dua jam sekali.
  • Mengepam susu bagi melegakan tekanan. Buat perlahan-lahan.
  • Pakai pelembap pada payudara selepas 30 minit menyusukan bayi dan urut perlahan-lahan ketika menyusukan anak bagi melancarkan pengeluaran susu.
  • Jangan guna puting tiruan bagi mengelakkan bayi terkeliru antara puting sebenar dan puting tiruan. Ia juga akan menyumban kepada penyusutan pengeluaran susu badan.
  • Susukan bayi mengikut keperluan bayi (Supply versus Demand).
  • Jangan sesekali melambatkan atau tidak ikut jadual penyusuan siang ataupun malam. 
  • Elakkan menyimpan atau membeli susu formula di rumah. Secara psikologinya ia boleh mendorong kita memberi anak minum susu formula terutamanya bila susu badan tiba-tiba menurun.
  • Dicadangkan bagi bayi baru lahir penyusuan dilakukan sekurang-kurangnya lapan ke dua belas kali sehari atau setiap 15 minit bagi kedua-dua belah payudara.

2) Jangkitan Kuman Pada Payudara

Jangkitan kuman pada payudara boleh terjadi akibat bakteria (dipanggil Staphy-lococus aures) memasuki payudara melalui ruang rekahan pada puting payudara. Selalunya ia terjadi kepada ibu-ibu yang baru beberapa minggu melahirkan anak. Tanda-tanda terjadinya jangkitan kuman pada payudara adalah payudara kemerah-merahan,simptom selsema, keletihan dan demam yang tinggi. Jika tanda-tanda ini terjadi cepat-cepat la jumpa doktor untuk sahkan.

Cadangan pemulihan

  • Minum air kosong secukupnya. Minum sedikit tetapi kerap sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
  • Berehat secukupnya
  • Tiapkali selepas menyusukan anak basahkan puting payudara dengan air susu bagi mengelakkannya dari kering.
  • Lap puting payudara dengan kain yang dicelup dengan air suam.
  • Doktor mungkin menasihatkan berhenti untuk seketika dari menyusukan bayi secara terus. Guna cara alternatif dengan memerah susu menggunakan pam bagi mengelakkan bengkak susu.
  • Selalu basuh tangan sebelum dan selepas menyusukan anak dan selalu bersihkan puting payudara selepas setiap sesi penyusuan.

3) Sakit pada Puting Payudara

Puting payudara akan sakit atau terluka jika tidak menggunakan teknik penyusuan yang betul, posisi penyusuan tidak sesuai dengan bayi dan juga bayi tidak melekap dengan sempurna. Ia mungkin juga disebabkan oleh jangkitan kuman ( Candida albians).

Cadangan Pemulihan

  • Susukan bayi pada payudara yang tak sakit terlebih dahulu. Tetapi jika kedua-duanya sakit urut dahulu payudara sehingga susu menitis dengan sendirinya.
  • Pastikan bayi hisap keseluruhan kawasan hitam puting payudara (aerola) supaya lekapan penuh. Jangan sesekali tarik puting payudara setelah bayi mula menghisap susu. Bertenang dan cuba tarik nafas panjang-panjang.
  • Urut payudara dari dalam keluar untuk mengelakkan bengkak susu. Lakukan dengan kerap bermula daripada minggu-minggu akhir kehamilan dan disambung ketika berpantang.
  • Sapu krim yang selamat dan bebas bahan kimia pada payudara bagi mengelakkan kekeringan.
  • Susukan anak secara kerap dan elakkan anak terlalu lapar. Kalau anak terlalu lapar dia mungkin cenderung untuk menghisap puting secara rakus.
  • Tukar posisi penyusuan secara kerap untuk mengurangkan tekanan mulut bayi pada puting payudara. Pastikan puting payudara sentiasa lembap.

Cadangan Pengambilan Supplemen Ketika Menyusukan anak


Energizing Soy Protein
  • Dicadangkan mengambil produk protin yang mengandungi asid amino yang diperlukan oleh badan kita. Ia penting kerana protin sangat-sangat diperlukan oleh ibu yang sedang menyusukan anak. Sebaiknya pilihlah protin berasaskan tumbuh-tumbuhan kerana ia lebih mudah dicerna berbanding dri sumber haiwan.
  • ESP dihasilkan berasaskan tumbuh-tumbuhan dan mengandungi kesemua asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  • ESP juga boleh membantu memekatkan susu badan kita supaya bayi cepat kenyang.

Ostematrix (Pil Kalsium)

  • Setiap ibu menyusu disarankan mengambil 1,000 hingga 1,500 mg kalsium setiap hari.
  • Dengan pengambilan 4 biji kalsium sudah  cukup untuk menampung keperluan badan seorang ibu menyusu.
  • Kalsium yang mencukupi juga penting bagi mengelakkan tulang,sendi kita dari mudah lenguh atau sengal. Ini kerana setiap kali kita menyusukan bayi kalsium turut diserap bersama-sama dengan susu.

Vita Lea (Multi vitamin  & Mineral)

  • Badan ibu menyusu dan bayi memerlukan multi vitamin bagi memperbanyakkan pengeluaran susu juga memberi tenaga tambahan kepada kedua-duanya.
  • Ibu menyusu perlukan multivitamin bagi mengimbangi nutrien yang dah hilang di awal kelahiran bayi.

B Complex (Asid Folik)

  • Harus diingatkan asid folik penting tau untuk mengelakkan ibu menyusu daripada stress. 
  • B complex adalah supplemen bersifat anti tekanan
  • Pilihlah B Complex yang mengandungi 8 jenis vitamin B yang amat diperlukan tubuh seperti Biotin dan Niacin. Kebanyakan B Complex mengandungi kandungan Biotin dan Niacin yang rendah.

Vitamin C

  • Badan kita memerlukan 3,000 mg vitamin c setiap hari yang mana badan kita tak mampu hasilkannya.
  • Penting bagi menguatkan sistem imun badan ibu menyusu supaya tidak dijangkiti penyakit dengan mudah
  • Vitamin C juga mampu mengekalkan wajah yang lebih berseri-seri serta tidak kusam.
  • Vitamin C Shaklee mengandungi bioflavonoid yang membantu meningkatkan keberkesanan vitamin c dalam tubuh kita. 


Untuk baca cerita pengalaman penyusuan saya klik Pengalaman Penyusuan Anak Syurgaku

Berminat untuk cuba set penyusuan lengkap? Klik Set Penyusuan Lengkap Shaklee



Diharap perkongsian saya hari ni dapat membantu ibu-ibu yang sedang menyusukan anak masing-masing. Jangan khuatir jangan runsing kerana setiap masalah ada penyelesaiaanya. Jika inginkan konsultasi suplemen yang sesuai untuk ibu menyusu jangan segan-segan untuk hubungi saya.

Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra
FB : Umi Kalsom Awang Hat
Instagram : www.instagram.com/@umikalsomawanghat
Wednesday, November 18, 2015

TIPS MEMANJANGKAN JANGKA HAYAT PAM SUSU SUPAYA TAK PERLU BELI BARU

by , in

Assalamualaikum semua. Berdasarkan hasil pemerhatian saya kebanyakan keluarga merancang nak anak lebih dari seorang. Macam saya sendiri merancang nak sekurang-kurangnya 3 orang In Sha Allah dengan izin Allah. Dan makin ramai juga yang sedar kelebihan menyusu badan. 

Selalunya bagi ibu muda waktu anak pertama la kita sediakan bajet yang lebih untuk membeli pam susu yang tahan lasak supaya tak perlu beli baru jika berpeluang dapat baby lagi. So adakah sebarang tips memanjangkan jangka hayat pam susu supaya tak perlu beli baru? Ada....... jom scroll ke bawah lagi.....

Di sini saya nak share beberapa tips yang mungkin dapat membantu untuk memanjangkan hayat pam susu. Tipsnya seperti kat bawah ni:

  1. Elakkan Breastpump daripada terjatuh, lebih-lebuh lagi dari tempat tinggi. Sesetengah breastpump mempunyai komponen elektronik yang sangat sensitif. Sekali jatuh ja boleh menyebabkan ianya rosak dan gagal berfungsi seperti biasa. 
  2. Jangan biarkan susu daripada masuk ke dalam pam semasa puan2 mengepam. Jika ia berlaku cepat-cepat matikan pam dan dapatkan bantuan pusat servis atau technician berkelayakan untuk servis pam tersebut dengan secepat mungkin. Kalau lambat bertindak dikuatiri komponen dalam terus rosak.
  3. Elakkan overcharge bagi breastpum yang ada rechargeable battery seperti medela freestyle, Rumble Tuff dan lain-lain. Bila bateri dah full cepat-cepat disconnect dari suis. Kalau charge lama sangat boleh buat bateri cepat"kong".
  4.  Pastikan tubing benar-benar kering sebelum disimpan. Untuk cuci tubing, jika cuci guna air confirm akan berwap. Tapi takpe. Boleh je guna air. Lalukan air dalam tubing sampai ianya bersih, pasang tubing pada breastpump dan ON breastpump seketika sehingga wap air dalam tubing hilang. 
  5. Selepas setahun atau lebih penggunaan, tentu suction breastpump semakin kurang berbanding semasa pertama kali guna. Kalau rasa suction dah slow bawaklah gi servis untuk diperiksa.  (credit to : Mothers First Choice)


Semoga tips di atas bermanfaat buat ibu-ibu semua. Tak perlu lagi beli baru jika tambah anak lagi :)

P/S :
- Jika anda inginkan supplemen untuk penyusuan optimum klik di sini SET PENYUSUAN 3M
 - Inginkan tips menambahkan susu secara semulajadi? klik di sini TIPS BANYAKKAN SUSU BADAN

Monday, November 09, 2015

9 Petua Banyakkan Susu Ibu Secara 100% Semulajadi Supaya Stok Sentiasa Cukup

by , in

Assalamualaikum semua......

Apa khabar semua? Ibu-ibu yang sedang dalam proses menyusukan anak apa khabar? Semoga rakan-rakan seangkatan sentiasa bahagia dan tenang kerana susu lebih banyak dihasilkan jika mood si ibu sentiasa bahagia, berbunga-bunga dan penuh kesyukuran. SubhanaAllah......
Mungkin ada yang pernah baca tips banyakkan susu ibu secara 100% semulajadi sebelum ini. Takpe jom kita ulangkaji. Mungkin ada yang dah terlupa :).

Susu ibu yang banyak sentiasa menjadi keinginan atau dambaan setiap ibu yang ada bayi. Betul tak? So hari kita sama-sama berkongsi cara banyakkan susu ibu dan dijamin 100% semulajadi.

  1. Daun bunga melur dan daun pucuk manis
    Gilingkan daun bunga melur atau pucuk manis hingga halus dan tampal di keliling payudara di pagi hari. Jangan lupa cucikan bersih sebelum susukan bayi.
  2. Kacang tanah
    Mengandungi protein, zat besi, vitamin E, kalcium, vitamin B dan fosforus yang tinggi. Baik untuk penghasilan susu ibu. Digalakkan mengambil kacang tanah bersama-sama susu kambing.
  3. Longan kering
    Ambil segenggam longan kering, basuh dan rebus bersama 3 cawan air hingga kembang. Jadikan minuman harian.
  4. Daun Sirih
    Ratakan minyak kelapa ke atas daun sirih, layurkan atas api kecil hingga layu. Dan, tunggu sejuk sedikit dan tuam di bahagian payudara.
  5. Halba dan jintan hitam
    Bersihkan dahulu, kemudian ambil 1 sudu halba atau jintan hitam, tuang air panas dan rendamkan seketika. Kemudian, tapis dan minum airnya.
  6. Susu
    Jadikan rutin, minum susu sebanyak 3 atau 4 hidangan dalam sehari.
  7. Lobak putih
    Kisarkan dan minum airnya. Atau, masak seprti sayur air atau sayur lemak dan makan dengan nasi panas.
  8. Nasi panas, halia muda dan air asam
    Makanlah nasi panas berlaukkan halia muda yang ditumbuk dan dicampurkan sedikit dengan air asam.
  9. Daun betik muda
    Pilih daun yang muda, kemudian basuh bersih dan rebus. Setelah sejuk, minum airnya 2 hingga 3 kali sehari.

Tak semua petua kat atas ni serasi dengan badan ibu, jadi kita perlu 'try and error'. Walaubagaimana pun, jika kita hanya mengambil atau mengamalkan cara traditional untuk banyakkan air susu ibu, tapi konsep 'supply dan demand' tak dipenuhi, maka air susu tak akan memancut-mancut keluar. 

Paling penting susukan bayi sekerap mungkin, 2 jam sekali (bagi yang sentiasa bersama dengan bayi). Jika sudah mula bekerja pamlah sekerapkan mungkin dan konsisten. Sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Ingat, jika anda 'skip' sesi mengepam akan menyebabkan susu badan akan semakin berkurangan. Dan carilah ilmu sebanyak mungkin sebelum memulakan penyusuan ibu.


Jika sedang mencari set supplement untuk menambahkan susu

Klik di sini >>>>>  Set Penyusuan Lengkap
Juga di sini >>>>> Set Menyusu Budget

Untuk Maklumat berkaitan penyusuan


Juga di sini >>>>> Tip Untuk Menambah Susu Badan

Sekiranya ingin mencuba sebarang produk atau vitamin Shaklee bolehlah hubungi saya untuk order ya. Konsultasi adalah percuma dan perkhidmatan saya dijamin terbaik, sebelum, semasa dan selepas pembelian.


 Umi Kalsom Awang Hat (Umie)
Whatsapp >>>> 017 499 7159
COD – Puchong, Saujana Puchong, Saujana Putra
Pos Laju – Seluruh Malaysia

Wednesday, May 13, 2015

FAKTOR PENYEBAB SUSU SEMAKIN KURANG SEHINGGA TAK CUKUP UNTUK BUAT ANAK KENYANG

by , in




Malam nie tergerak hati nak share tentang faktor penyebab susu semakin kurang sehingga tak cukup untuk buat anak kenyang. Maklumlah saya pun masih lagi menyusukan anak yang baru berumur 1 tahun 5 bulan.

Saya sendiri sentiasa menambahkan ilmu di dada tentang penyusuan ibu. Banyak faktor penyebab susu badan semakin kurang sehingga tak cukup untuk buat anak kenyang. Jom terjah satu persatu.

8 faktor penyebab susu semakin berkurang iaitu:

     
 1. Stress
     Stress adalah salah satu faktor utama kurangnya penghasilan susu. Hal ini kerana, hormon si ibu yang tidak stabil menyebabkan proses pengeluaran susu dari kilang susu terganggu seterusnya kurangnya susu terhasil. Jadi sentiasa lah bertenang, iaitu bersyukur dengan segala nikmat dan bersabar dengan segala ujian mendatang. Susu ibu pasti mencukupi untuk bayi anda. Jangan stress2 apabila susu semakin berkurang dan teruskanlah berusaha. Anda mampu melakukannya.

2. Diet Tidak Seimbang
Ibu yang sedang diet mestilah mengamalkan diet yang seimbang supaya penyusuan ibu dapat dilakuan secara berterusan sehingga bayi berusia 2 tahun. Diet yang seimbang mampu memberikan nutrisi yang secukupnya kepada si ibu. Perbanyakkan makan sayuran, bijirin dan buah-buahan disamping hasil tenusu :).

3. Tidak Minum Air Secukupnya
Susu ibu itu sendiri terdiri daripada cecair. Maka, ibu mestilah minum air secukupnya (minimum 3 liter sehari) agar badan ibu mempunyai hidrat dan tidak menganggu penghasilan susu ibu. Tubuh badan ibu memerlukan bekalan air yang banyak bagi memenuhi keperluan penyusuan si bayi terutamanya bayi lelaki.

4. Masalah Kesihatan
Ibu yang menyusukan bayi hendaklah menjaga kesihatan supaya sentiasa berada dalam keadaan sihat untuk memberikan susu yang berkhasiat kepada si bayi. Masalah kesihatan sudah pasti mengganggu fungsi badan seterusnya menyebabkan masalah lain iaitu kurangnya susu terhasil. Badan yang sentiasa letih dan lesu sedikit sebanyak memberikan kesan kepada penghasilan susu ibu. Jadi, rehatlah secukupnya bersama insan tersayang terutamanya di hujung minggu.

5. Pengambilan Ubat-Ubatan
Ibu yang menyusukan bayi perlu mengetahui kesan ubat-ubatan yang diambil terhadap penyusuan. Sesetengah ubat memberi kesan terhadap penghasilan susu. Bagi mengelakkan susu berkurangan, ibu hendaklah menitikberatkan tentang pengambilan ubat-ubatan. Sebagai contoh, jika ibu mengambil pil perancang untuk mengelakkan kehamilan ia akan menjejaskan bekalan susu ibu. Ini kerana, sesetengah pil perancang mengandungi estrogen, yang menurunkan penghasilan susu ibu. Jika perlu minta khidmat nasihat daripada doktor tentang ubat-ubatan tersebut.

6. Kehamilan
Kehamilan boleh menyebabkan susu berkurangan kerana hormon estrogen dan progesteron meningkat seterusnya akan menyebabkan prolaktin berkurangan. Ini seterusnya mengurangkan penghasilan susu. Menjarakkan kehamilan merupakan pilihan terbaik jika anda mahu menyusukan bayi sehingga 2 tahun.

7. Tidak Memahami Konsep “Demand & Supply”
Kebanyakan masalah penyusuan adalah disebabkan ibu tidak memahami konsep “Demand & Supply”. Sebagai contohnya, apabila ibu outstation, kadangkala ibu tidak membawa bayi bersama. Jadi ibu tidak dapat menyusukan bayi. Oleh itu, ibu harus mengetahui bahawa ia perlu mengepam 2-3 jam sekali setiap hari untuk maintain production. Apabila semakin sibuk melakukan kerja, semakin kurangnya mengepam, susu ibu turut berkurangan. Dengan melakukan pam susu ibu yang kerap, susu ibu akan terhasil dengan kuantiti yang banyak. Inilah yang dinamakan konsep “Demand & Supply”.

                                   
Apapun sebagai ibu kita juga perlu sentiasa sihat dan cukup nutrisi dalam badan bagi mengelakkan kita dari cepat penat, lenguh-lenguh badan dan sebagainya.  Sekiranya ibu-ibu dan bakal ibu berminat untuk mencuba set penyusuan 3M boleh lah lawati link ini untuk penerangan lebih lanjut >>>>>  Set Penyusuan 3M                                                                           .


Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat bakal-bakal ibu dan ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi macam saya. Ingat tau jangan sesekali putus asa dan mudah mengalah kerana cabaran pasti dating cuba menggugat keyakinan kita. Meh saya belanja picture ni. Lihat lah walaupun ibunya kurus kering tapi dia tetap cuba bagi direct breast feeding pada anaknya uhuhuhu... (sangat menginsafkan saya supaya sentiasa bersyukur). Buat ibu-ibu yang selalu merungut susu tak cukup, perah dapat sikit ja, penat bangun malam  tengok la gambar nie yer. Bersyukur lah bahawa kita jauh-jauh lebih beruntung berbanding ibu-ibu lain di seluruh dunia.

Umi Kalsom Awang Hat
Shaklee Independent Distributor (ID 1096881)
Call/whatsapp/sms : 017 499 7159
Email : umie5zal@gmail.com
FB Page : Kekal Sihat Selalu


Tuesday, May 12, 2015

TIPS MEMILIH BREAST PUM BERBALOI,BERKUALITI DAN TAHAN LASAK

by , in
Pada masa kini, Pam Susu ibu sudah menjadi keperluan bagi ibu-ibu
menyusu terutamanya ibu bekerjaya untuk menjayakan penyusuan secara eksklusif kepada bayi mereka. Banyak pam susu atau breastpump di tawarkan di pasaran. Bermula dari harga yang murah hingga ke Ribuan Ringgit.

Jika ibu-ibu hamil masih bingung untuk memilih breastpump yang mana satu, jom baca 9 tips di bawah :

TIPS 1 – Bajet
Bajet amat penting untuk anda sebab bagi mengelakkan pemborosan, anda perlu
sediakan berapa bajet untuk membeli pam susu ini. Daripada bajet ini anda boleh
selidik terlebih dahulu breastpump mana yang memenuhi bajet. Ada kalanya anda bertuah kerana ada sesetengan penjual breastpump membuat tawaran promosi harga murah. (Contoh brand yang popular ialah seperti Medela, Avent, Spectra, Autumnz, Malish, Lacte, etc).

TIPS 2 – Jenis
Anda perlu tahu Pam Susu ini ada beberapa jenis seperti Pam Manual, Pam
elektrik, dan Ada juga Pam Elektrik beserta bateri. Jika Anda memilih Pam
Manual, ia memerlukan tenaga fizikal dan mental. Tetapi Pam Manual ini agak
murah berbanding Elektrik. Manakala Breastpump elektrik pula, ia amat memudahkan anda untuk mengepam susu dan tidak memenatkan. Sesuai dengan harganya yang agak mahal daripada pam manual. Pam yang mempunyai bateri yang boleh di cas boleh digunakan dimana sahaja asalkan bateri masih mempunyai kuasa.

TIPS 3 – Keselesaan
Aspek Keselesaan begitu penting untuk di ambil kira dalam pemilihan Pam. Pam
yang selesa mempunyai corong pam yang dilekapkan ke payu dara mempunyai alas  yang lembut. Cuba ibu-ibu cari yang ada sediakan silicon ‘Breast Shield’
sekali.

TIPS 4 – Daya Tahan – Heavy Duty
Untuk memastikan penggunaan pam yang tahan lama, Breastpump yang Heavy Duty harus menjadi pilihan. Sebagai Ibu bekerjaya sudah semestinya anda akan
menggunakan Pam Susu ini lebih 3 kali dalam sehari. Jadi, anda kena pastikan
motor breastpump adalah jenis Heavy Duty. Jangan lah sesekali memandang pada harga murah tanpa mengambil kira aspek ini.

TIPS 5 – Daya Hisapan – "Suction level"
Breastpump yang bagus adalah pam yang mempunyai ciri hisapan seperti bayi
menyusu. Pam sebegini dapat membantu ibu untuk menghasilkan pengeluaran susu dengan lancar dan banyak. Di samping itu, suction begini paling selesa dan tidak menyakitkan. Saya pernah menggunakan breast pump yang murah. Hanya mampu pakai selama 2 bulan sahaja keran suction level rendah dan agak menyakitkan ketika dipakai.

TIPS 6 – Alat Ganti
Sebaiknya, ibu perlu pilih pam yang mempunyai bahagian yang mudah ditanggal dan dipasang semula supaya anda dapat membersihkan pam tersebut. Pastikan pam yang di beli mempunyai alat ganti pam yang dijual dengan mudah sekiranya alat ganti sedia ada rosak. Ibu juga kena ‘alert’ bagi pam elektrik perlu kerap di ‘servis’ dalam tempoh waktu tertentu.Dan paling penting pembelian breastpump anda telah mempunyai jaminan/waranty.

TIPS 7 – Bunyi
Breastpump yang mempunyai bunyi yang senyap atau kurang bising perlu di ambil kira. Bagi ibu bekerjaya ia tidak akan mengganggu suasana di pejabat ketika anda sedang menggunakan pam.

TIPS 8 – Mobiliti
Sebagai ibu yang aktif dan bekerjaya, breastpump yang dipilih mesti fleksible
dan mudah di bawa kemana sahaja. Ianya perlulah bersaiz kecil dan juga ringan agar mudah disimpan didalam beg untuk dibawa kemana sahaja.

TIPS 9 – Single Pam atau Double Pam
Di pasaran terdapat juga breastpump yang dijual samada single pump atau double pump. Jika anda seorang ‘EP Mum’ – Ekslusif Pumping Mum atau juga penyusuan susu ibu yang konsisten, saya sarankan untuk memilih Pam jenis Double Pump. Ini kerana anda dapat mengepam kedua belah payudara dalam masa yang singkat.
Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu-ibu dan bakal ibu.

Klik  >>>>>>>>> Cara Tambahkan Susu badan supaya anak tak menangis kelaparan 

Jika berminat untuk mengambil suplemen tambahan untuk menambahkan lagi susu boleh klik link di sini  >>>>>>>  Set Penyusuan 3M




Umi Kalsom Awang Hat

Shaklee Independent Distributor (ID 1096881)

Call/whatsapp/sms : 017 499 7159

Email : umie5zal@gmail.com

FB Page : Kekal Sihat Selalu

Sunday, August 31, 2014

CARA TAMBAHKAN SUSU BADAN SUPAYA TAK PANIK ANAK MENANGIS KELAPARAN

by , in




Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)


Hampir semua lapisan masyarakat telah mengetahui betapa pentingnya penyusuan susu ibu kepada bayi. Kesedaran dah semakin bertambah dengan promosi yang berterusan dari hospital2 kerajaan,klinik kesihatan dan NGO.

Saya yakin kebanyakan ibu-ibu mengimpikan saat-saat indah menyusukan anak seawal kelahiran hingga genap usia 2 tahun. Saya sendiri masih lagi meneruskan usaha melengkapkan penyusuan selama 2 tahun. Sekarang baru ja 1 tahun 3 bulan. Mudah mudahan saya dapat melengkapkan penyusuan eksklusif selama 2 tahun. Ameen. Jom saya kupas sedikit sebanyak kebaikan susu ibu pada bayi dan ibunya.

Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.
Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.
kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.
“Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.
manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.
satu lagi penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.
Untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini,ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahun berabat yang lalu.

Sebelum saya kupas lanjut tentang kebaikan penyusuan susu ibu, saya nak sharing pengalaman ibu bekerjaya dalam usaha menyusukan bayi sehingga 2 tahun. Jom tengok apa yang dia buat supaya stok susu perahannya cukup untuk anaknya......


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.


Antara kebaikan Penyusuan Susu Ibu kepada Ibu ialah :
1. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
2. Membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah.
3. Mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari.
4. Mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman.
5. Penyusuan susu ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan (selagi anak belom makan makanan selain susu ibu).

Apa Yang Perlu Ibu Lakukan Untuk Memastikan Penghasilan Susu Yang Cukup Untuk Bayi?

1. Susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan. ( Perasaan saat ini sgt2 indah dan tak dapat nak digambarkan dgn kata-kata - pengalaman saya sendiri )
2. Susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi.
3. Susui bayi anda dengan kedua-dua belah payudara.
4. Susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam.
5. Perbaiki pengambilan makanan anda. Pastikan anda makan makanan yang seimbang dan minum air yang secukupnya. (sekurang-kurangnya 3 liter sehari)
6. Yakini diri anda bahawa anda mampu menyusu bayi anda.
7. Set di minda bahawa anda akan menyusu bayi anda sehingga 2 tahun.
8. Ambillah supplement sebagai pelengkap agar diri sendiri dan anak mendapat nutrisi yang seimbang dengan keperluan badan.http://www.mamaashraf.blogspot.com/2014/04/titisan-mutiara-buat-si-comel-set.html 
Kepentingan Ibu Dan Anak Bersama Setiap Masa
1. Membolehkan anda menyusukan bayi anda pada bila-bila masa.
2. Merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
3. Membolehkan bayi anda mendapat cukup susu.
4. mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda.
Saya nasihatkan bagi ibu-ibu yang sedang dalam pantang atau akan melalui tempoh berpantang tak lama lagi jangan sesekali menganggap tempoh ini adalah untuk berehat semata-mata. Mulakan menyimpan stok susu bagi ibu-ibu yang bakal bekerja semula selepas 2 bulan. Jangan putus asa simpan stok susu. Saya waktu mula-mula nak buat stok susu dapat 1 oz ja. Tapi saya tak putus asa. Cuba dan cuba sampai stok bertambah. Alhamdulillah anak dah 9 bulan 6 hari dan masih lagi menyusu badan sepenuhnya. Mudah mudahan saya akan berjaya menyusukan anak saya sehingga 2 tahun.
Saya doakan perkongsian saya ini memberi manfaat kepada ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana.
Saya alu-alukan kepada sesiapa yang nak berkongsi cerita atau pendapat tentang pengalaman menyusu anak-anak syurga anda. Nak beli Shaklee pun boleh je :). pm saya bila-bila masa sahaja.

daaaaa................