Assalamualaikum semua. Berdasarkan hasil pemerhatian saya kebanyakan keluarga merancang nak anak lebih dari seorang. Macam saya sendiri merancang nak sekurang-kurangnya 3 orang In Sha Allah dengan izin Allah. Dan makin ramai juga yang sedar kelebihan menyusu badan.
Selalunya bagi ibu muda waktu anak pertama la kita sediakan bajet yang lebih untuk membeli pam susu yang tahan lasak supaya tak perlu beli baru jika berpeluang dapat baby lagi. So adakah sebarang tips memanjangkan jangka hayat pam susu supaya tak perlu beli baru? Ada....... jom scroll ke bawah lagi.....
Di sini saya nak share beberapa tips yang mungkin dapat membantu untuk memanjangkan hayat pam susu. Tipsnya seperti kat bawah ni:
- Elakkan Breastpump daripada terjatuh, lebih-lebuh lagi dari tempat tinggi. Sesetengah breastpump mempunyai komponen elektronik yang sangat sensitif. Sekali jatuh ja boleh menyebabkan ianya rosak dan gagal berfungsi seperti biasa.
- Jangan biarkan susu daripada masuk ke dalam pam semasa puan2 mengepam. Jika ia berlaku cepat-cepat matikan pam dan dapatkan bantuan pusat servis atau technician berkelayakan untuk servis pam tersebut dengan secepat mungkin. Kalau lambat bertindak dikuatiri komponen dalam terus rosak.
- Elakkan overcharge bagi breastpum yang ada rechargeable battery seperti medela freestyle, Rumble Tuff dan lain-lain. Bila bateri dah full cepat-cepat disconnect dari suis. Kalau charge lama sangat boleh buat bateri cepat"kong".
- Pastikan tubing benar-benar kering sebelum disimpan. Untuk cuci tubing, jika cuci guna air confirm akan berwap. Tapi takpe. Boleh je guna air. Lalukan air dalam tubing sampai ianya bersih, pasang tubing pada breastpump dan ON breastpump seketika sehingga wap air dalam tubing hilang.
- Selepas setahun atau lebih penggunaan, tentu suction breastpump semakin kurang berbanding semasa pertama kali guna. Kalau rasa suction dah slow bawaklah gi servis untuk diperiksa. (credit to : Mothers First Choice)
Semoga tips di atas bermanfaat buat ibu-ibu semua. Tak perlu lagi beli baru jika tambah anak lagi :)
P/S :
- Jika anda inginkan supplemen untuk penyusuan optimum klik di sini SET PENYUSUAN 3M
- Inginkan tips menambahkan susu secara semulajadi? klik di sini TIPS BANYAKKAN SUSU BADAN
No comments:
Post a Comment