Tuesday, 24 November 2015

6 TIPS MELANCONG BAGI IBU HAMIL SUPAYA SENTIASA CERIA

Assalamualaikum.

Siapa kata wanita hamil tak boleh menaiki kapal terbang? Kena duduk rumah diam-diam ja. Ramai sebenarnya yang takut untuk travel atau melancong ketika hamil. Tak kurang jugak yang terus batal tiket kapal terbang setelah disahkan hamil. Boleh sebenarnya jika kita tahu caranya dan selidik betul-betul. Jangan dengar cakap-cakap orang ja. Bagi yang baru nak plan bercuti tetapi isteri hamil ini saya ada 6 tip melancong bagi ibu hamil.


Di sini saya nak share 6 tip melancong bagi ibu hamil. Semoga membantu.
1. Periksa dengan syarikat pengangkutan

Kebanyakan syarikat pengangkutan awam tidak menggalakkan wanita hamil pada usia kandungan tertentu untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Oleh sebab itu, ibu hamil dan pasangan digalakkan terlebih dahulu memeriksa dengan syarikat terbabit sebelum keputusan melancong diputuskan.


2. Bawa nota kelas antenatal

Bagi yang ada menghadiri kelas antenatal jangan lupa bawak segala nota yang ada. Ini penting sebagai bantuan awal sebelum mendapatkan bantuan perubatan d tempat yang berhampiran dengan tempat yang dilawati. Bagi yang tak hadir kelas tersebut banyakkan membaca tips atau info berkenaan kehamilan supaya tidak panik jika terjadi seseuatu.


3. Jangan duduk terlalu lama

Pastikan ibu hamil sentiasa melakukan pergerakan ringkas walaupun terpaksa duduk dalam tempoh yang lama. Suami pulak kenalah sentiasa alert dengan keadaan isteri. Digalakkan memakai stoking khas sepanjang perjalanan bagi mengelakkan masuk angin.


4. Minum air yang mencukupi

Sangat digalakkan minum air yang mencukupi terutamanya tempat yang dikunjungi tu bersuhu tinggi. Bimbang berlaku penyahidratan pulak. Bawaklah air dalam botol sentiasa okay.


5. Kad Pemeriksaan kehamilan.

Jangan lupa bawak bersama kad pemeriksaan kehamilan ke mana sahaja destinasi yang dikunjungi agar ia boleh dijadikan sebagai rujukan untuk doktor yang memberi rawatan kecemasan sekiranya terjadi sesuatu perkara yang tidsk diingini.


6. Bawaklah Suplemen atau Vitamin bersesuaian

Digalakkan jugak bagi ibu hamil membawa bersama suplemen yang sesuai untuk kehamilan. Contohnya jika ibu hamil menghadapi masalah hb rendah sentiasalah bawak bersama tablet zat besi. Jika ibu mudah diserang selsema bawak bersama vitamin c.


Diharapkan kesemua tips yang saya kongsikan ini bermanfaat bagi ibu hamil dan pasangan. Saya doakan semoga percutian kalian dirahmati Allah dan selamat pergi dan kembali. Ameen


Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra
FB : Umi Kalsom Awang Hat

0 comments:

Post a Comment

Follow by Email

Copyright © Mama Ashraf.blogspot.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com