Saturday, March 25, 2023

Shaklee Fun Day Pada 18 March 2023

by , in



Salam Ramadhan Hari ketiga buat semua umat Islam. Semoga semuanya kekal bertenaga sepanjang hari. Hari ni saya nak berkongsi tentang event terbaru anjuran Shaklee Malaysia iaitu FUN DAY @Shaklee SHOP yang telah diadakan pada 18 March 2023 yang lalu.

Event ini adalah yang julung-julung kali diadakan di Shaklee. Ia adalah cetusan idea President Shaklee yang baru iaitu Mr Kok Fong Leong. Event ini sangat-sangat meriah dan mendapat sambutan hangar dari orang ramai. Ia diadakan di 4 Branch iaitu Home Office Sunway, Branch Kuala Lumpur,Johor Bahru dan Kota Bahru.

Tujuan asal Fun Day ini diadakan ialah untuk menarik minat pengguna baru dan lama untuk mengunjungi Branch Shaklee dan lihat sendiri deretan produk yang disusun cantek di rak.
Ia jugak adalah salah satu usaha untuk beramah mesra antara upline,downline, pihak Shaklee dalam acara yang santai dan meriah.


Produk Youth Skincare pun ada 5-40% diskaun pada hari FUN DAY di Shop Terpilih. Night cream Ada diskaun sehingga 40%.


Shaklee juga menyediakan pelbagai lucky draw menarik untuk Ahli sedia ada dan juga Ahli baru


Antara free gift yang ditawarkan buat pengguna baru dan jugak lama.

Antara produk-produk yang dibeli oleh para pengunjung. Masing-masing teruja dapat lucky draw yang comel-comel.


Antara sahabat2 di bawah iReach Family di Branch Johor Bahru 


Team members bergambar bersama President Shaklee Mr Leong di Home Office Sunway



Air Performance drink yang sangat sedap disediakan untuk pengunjung.. Macam Chipsmore kejap ja habis.


Selain itu Shaklee juga memberi peluang kepada pengunjung untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA. Boleh check kesihatan tulang samada bebas atau tidak dari penyakit osteoporosis, pemeriksaan kesihatan kulit dan juga pemeriksaan badan. Best sangat. Nutritionists akan menerangkan apa yang perlu ditambah baik untuk kesihatan berdasarkan keputusan dari pemeriksaan yang dijalankan...



Kami sangat bersetuju sekiranya program sebegini diteruskan lagi dan dimasukkan ke dalam aktiviti bulanan ataupun quarterly Shaklee.
Jika berminat untuk cuba Suplemen Terbaik di Malaysia boleh hubungi saya untuk konsultasi dan maklumat lanjut.



JOM HUBUNGI SAYA SEKARANG!!!

W/A: www.wasap.my/60174997159/naksetkurusshaklee


FB: https://www.facebook.com/umikalsom.awanghat?mibextid=ZbWKwL


Tiktok: tiktok.com/@umikalsomawanghat




#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#pengedarshakleepuchong
#pengedarshakleemalaysia


Wednesday, March 22, 2023

3 keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Orang Tak Tahu

by , in



Bila sebut tentang Intermittent Fasting teringat diri ini yang pernah terjebak jugak buat IF ni waktu berat naik tak nak turun-turun. Waktu tu berat dah menghampiri 63kg which is dah masuk dalam kategori obesiti. Tak pernah termimpi termasuk dalam golongan heavy weight sebab  seumur hidup saya sangat struggle untuk menambah berat badan.


Malangnya takde turun pun berat badan saya waktu tu. Sempat la konsisten sebulan macam tu. Pastu berhenti sebab rasa macam tak kena dengan jiwa. Ada la sempat share menu IF kat sosial media.



Menu breakfast hari pertama selepas berbuka IF.


Berjaya buat IF selama 14 jam 27 minit




3 keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Orang Tak Tahu


1. Tiada panduan khusus tentang pelan pemakanan harian.


Intermittent Fasting ialah puasa dalam tempoh masa tertentu. Ia juga mempunyai " Eating Window" di mana mereka yang mengamalkannya boleh makan macam biasa.Contohnya kita ada eating window selama 8 jam dan berpuasa selama 16 jam.  Keburukan Intermittent Fasting ialah tiada kaedah atau panduan pelan pemakanan yang tertentu.

Ada yang buat berbulan bulan tapi tiada berat yang turun. Malah ada yang berat turun tapi mudah naik bila tidak lagi mengamalkan Intermittent Fasting.

Di samping itu disebabkan tiada panduan khusus pengamal Intermittent Fasting makan sesuka hati pada masa Eating Window. Ia membuatkan tujuan asal Intermittent Fasting menjadi kurang berkesan.


2. Tahap Kolagen Berkurangan Sebanyak 90%


Keburukan Intermittent Fasting akan menyebabkan kesan kepada kulti kita dari segi penuaan kulit iaitu kulit menjadi kering dan hilang keanjalan disebabkan oleh kekurangan kolagen sebanyak 90%.

Selalunya mereka hanya fokus untuk turunkan berat badan tanpa menyedari kulit mula berkedut dan kendur.Malah ada yang kehilangan lebih tua dan kelihatan tidak sihat walaupun berjaya menurunkan berat badan seperti yang diidam-idamkan.

Apabila kolagen berkurangan dalam badan kulit akan menjadi semakin kurang elastik. Apabila berat badan berubah ia sebenarnya mengubah berapa banyak kolagen yang dihasilkan oleh badan anda. Akhirnya ia mengakibatkan kulit menjadi kendur dan kedutan semakin kelihatan.

3. Autophagy yang menyiksakan

Sebenarnya matlamat Intermittent Fasting (IF) adalah mencapai autophagy iaitu proses di mana gula dan lemak simpanan akan memakan dirinya untuk digunakan sebagai tenaga.

Dan jika ikutkan pengamalan sebenar sehingga mencapai autophagy "baru bermula" adalah apabila kita berpuasa selama 18-20 jam. Waktu itulah baru autophagy dicapai. Untuk kuasa autophagy yang sebenar ialah selama 72 jam tanpa makanan. Ianya sangat menyiksakan kerana hanya minum air dalam masa 72 jam untuk mencapai autophagy. Dan selalunya mereka yang betul-betul mengamalkan IF meneruskannya berbulan -bulan demi mendapatkan hasil yang terbaik. Makanya sangatlah tidak bagus untuk kesihatan badan dalam masa yang panjang.


Cara Mencapai Autophagy Tanpa Menyiksakan


Sebenarnya saya rasa bertuah sangat dilahirkan sebagai seorang Muslim. Islam itu sangat indah. Ada kajian menunjukkan auotphagy secara dry fast lebih cepat diperolehi iaitu dalam masa 14 jam.  Ngam sangat dengan amalan umat Islam berpuasa iaitu bermula dari usainya azan Subuh berkumandang sehinggalah azan maghrib tanpa makan atau minum.

Mengikut bacaan saya di entry post Kebaikan berpuasa di Bulan Ramadhan banyak sangat kelebihan yang tersembunyi di sebalik Rukun Islam ketiga iaitu Berpuasa di bulan Ramadhan;


1. Berpuasa mampu mengawal diabetes.   
2. Puasa mengurangkan faktor risiko penyakit kardiovaskular.
3. Puasa mampu menurunkan berat badan
4. Berpuasa melanjutkan usia dengan izin Allah
5. Puasa mengurangkan simptom gastroesophageal reflux
    disease (GERD)
6. Sihat untuk otak


Signal perut,otak dan pankreas akan lebih stabil di waktu kita puasa secara penuh tanpa makan mahupun minum.  Dan kita mampu mencapai autophagy dengan lebih pantas tanpa menyiksakan badan tanpa makan selama 20 jam. Namun untuk autophagy yang lebih tinggi seperti orang berpuasa selama 72 jam adalah dengan penambahan 4 jenis suplement terbaik shaklee


Resveratrol (iaitu sejenis polifenol)
astaxantin (juga sejeni polifenol)
Berberine
Citrus Bergamot


CoqTrol Plus mengandungi Resveratrol yang membantu badan mencapai autophagy sebenar


Vivix antara suplement terhebat yang mempunyai polifenol terbaik yang sangat tinggi anti oksidan.

Res-V antara suplement terhebat yang mempunyai polifenol terbaik yang sangat tinggi anti oksidan.


Maka dengan support suplement tambahan ini pengamal sunnah ini akan lebih sihat tanpa menyiksakan badan.


JOM HUBUNGI SAYA SEKARANG!!!

W/A: www.wasap.my/60174997159/naksetkurusshaklee


FB: https://www.facebook.com/umikalsom.awanghat?mibextid=ZbWKwL


Tiktok: tiktok.com/@umikalsomawanghat


#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#pengedarshakleepuchong
#pengedarshakleemalaysia

PENAFIAN : Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

Saturday, March 18, 2023

7 Sebab Kenapa Shaklee Suplement Terbaik di Malaysia

by , in

 

Syukur pada Allah kerana menemukan saya dengan Shaklee Suplement terbaik di Malaysia. Sejak berkenalan dengan Shaklee pada Disember 2013 hati ni terus jatuh cinta dan tidak berpaling lagi. Saya terjebak dengan Shaklee sebab mencari set berpantang dan menyusu anak pertama. Asbab kawan yang cadangkan saya tak fikir banyak untuk mencuba. Terus beli set eksklusif. Hasilnya saya setia sehingga hujung nyawa bersama Shaklee. Terlalu banyak sebab untuk Shaklee terus melekat di hati selama lamanya. Jika ditanya siapakah pelanggan setia Shaklee yang masih setia membeli Shaklee dari saya saban tahun jawapannya sudah pasti "DIRI SENDIRI". Jika kita tak mampu nak jual sesuatu produk yang kita jual pada diri sendiri maksudnya kita sendiri belum yakin dengan produk yang kita sendiri jual.



7 Sebab Kenapa Shaklee Suplement Terbaik di Malaysia


TAK KENAL MAKA TAK CINTA. Marilah saya huraikan 8 Sebab Kenapa Shaklee Suplement Terbaik di Malaysia. Inilah juga antara sebab musabab kepada kesetiaan saya pada produk Shaklee.


1. Salah satu keunikan produk Shaklee yang membuatkannya menjadi suplement terbaik di Malaysia ialah falsafah "Living With Nature" yang merupakan tunjang kepada semua usaha yang pihak pengurusan Shaklee perjuangkan selama ini.


Jelas terpampang di website rasmi Shaklee sebuah ikrar yang menunjukkan kesungguhan Shaklee dalam menunaikan falsafah yang mereka perjuangkan. Shaklee komited untuk membuat produk dari bahan semulajadi yang asli:


  • Bebas daripada bahan tiruan atau bahan kimia berbahaya.
  • Mematuhi standard keselamatan tertinggi.
  • Lembut pada persekitaran.
  • Setiap satu daripada produk shaklee adalah bebas gluten.
  • Tidak pernah melakukan ujian ke atas haiwan


  • Kita nak tahu betapa bagusnya sesuatu produk boleh tengok sejauh mana komitmen yang dibuat oleh pihak syarikat.


    Ini adalah pengasas Shaklee iaitu Dr. Forrest C. Shaklee

    2. Selamat. Komitmen Jangka Panjang Shaklee untuk ketulenan, Keselamatan dan Keberkesanan. Ini yang buat saya sentiasa yakin dengan Shaklee kerana mereka komited untuk memastikan produk-produk Shaklee selamat melebihi piawaian yang ditetapkan. Walaupun pengeluar dah menjalankan ujian tersebut, bila sampai kat Shaklee ujian bebas tetap diadakan lagi.





    3. Terbukti. Semua produk Shaklee disokong oleh lebih daripada 100 paten dan yang sedang dipaten. Shaklee mempunyai lebih daripada 135 kajian klinikal,kertas saintifik, pembentangan termasuklah dua kajian yang sangat-sangat eksklusif:


    a) Kajian Landmark



    Kajian Landmark ni diketuai oleh Dr Emiritus Gladys Block bersama University Of Berkeley, merupakan salah satu kajian terbesar pengguna jangka masa panjang pelbagai suplemen.


    Method yang digunakan untuk kajian landmark ini terbahagi kepada tiga golongan iaitu :


    a) Mereka yang menggunakan pelbagai jenis suplemen (278 responden)

    b) Mereka yang tidak menggunakan apa-apa suplemen ( 602 responden)

    c) mereka yang hanya menggunakan produk Shaklee lebih daripada 10 tahun (176 responden)


    Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen tambahan Shaklee mempunyai biomaker yang lebih sihat untuk jantung, otak dan kesihatan kognitif berbanding dengan pengguna yang tidak mengambil suplemen atau mengambil suplemen bukan produk Shaklee. Jika nak baca sendiri keseluruhan kajian landmark boleh klik di SINI.


        
    Kajian Landmark Diet Tambahan (A Landmark Study) - Versi Bahasa Melayu

    b) Kajian Telomere (The Telemere Study)


    Idea utama kajian ini adalah mengekalkan telomere dari pemendekan untuk membantu pengguna menjalani kehidupan yang lebih lama dan sihat.

    Ahli Lembaga Penasihat Saintifik Shaklee iaitu Dr. Elizabeth Blackburn adalah pemenang Hadiah Nobel dalam perubatan dan dianggap sebagai individu terpenting dalam sains telomere.Shaklee telah bekerjasama dengan Dr. Blackburn dan terbukti bahawa menggunakan makanan tambahan Shaklee untuk jangka masa panjang menyebabkan penurunan kadar kependekan telomere sebanyak 40% di kalangan umur orang dewasa berbanding dengan kumpulan kawalan yang sihat.


    Ahli Lembaga Penasihat Saintifik Shaklee Dr. Elizabeth Blackburn adalah Pemenang Hadiah Nobel 
    dalam Perubatan dan dianggap sebagai individu terpenting dalam sains telomere. Pihak Shaklee telah bekerjasama dengan Dr. Blackburn dan terbukti bahawa menggunakan makanan tambahan Shaklee untuk jangka panjang menyebabkan penurunan kadar kependekan telomere sebanyak 40% di kalangan umur orang dewasa berbanding dengan kumpulan kawalan yang sihat.


    Telomeres adalah penutup perlindungan hujung yang melindungi kromosom dalam sel. Semakin kita berumur, telomer tumbuh lebih pendek, dan telomer yang lebih panjang dikaitkan dengan kesihatan yang lebih baik.

    Kajian Telomere menunjukkan bahawa Pengguna Shaklee nyata sekali
    mempunyai Telomere yang lebih panjang.


    *Dalam kajian klinikal awal, pengguna Shaklee yang mengambil Vivix dan makanan tambahan Shaklee yang lain mempunyai kadar pengurangan telomere 40% di seluruh julat usia dewasa,berbanding kumpulan kawalan yang sihat. Klik Kajian Telomere untuk baca jurnal penuh.


    4. Berkesan. Atlet yang dikuasakan oleh Shaklee telah memenangi 137 pingat emas, perak, dan gangsa dalam perlawanan. Produk kami memberikan perbezaan dalam kehidupan berjuta-juta orang, dari atlet pasukan prestasi tulen kelas dunia Shaklee sehinggalah ke angkasawan NASA. Dan ia dibuktikan oleh orang seperti anda dan saya.


    Produk Shaklee telah berada di dalam setiap misi NASA sejak 1993. Hebat kan?

    5. Memenangi Malaysia's Trusted Brand Gold Award di dalam bahagian 'Vitamin & Health Suplements bagi 2 tahun berturut-turut (2021 dan 2022)


    Readers Digest merupakan majalah ilmiah yang dah wujud sejak 100 tahun lalu. Pembacanya bukan biasa-biasa. Selalunya terdiri daripada golongan educated seperti Doktor,peguam,CEO dan lain-lain. Mungkin ada yang tak tahu bahwa Readers Digest mempunyai pembaca daripada 44 buah negara di seluruh dunia. Tinjauan yang mereka lakukan mendapati 2 per 3 daripada kalangan responden memilih produk Shaklee.


    Terima kasih rakyat Malaysia kerana memilih kami dan percayakan 
    produk Shaklee kami



    2021 & 2022 Reader's Digest Trusted Brand Gold Award


    6. Mempunyai Barisan Saintis Yang Terbaik. Sebagai satu bukti komitmen Shaklee dalam mengeluarkan produk berasaskan saintifik, Shaklee memiliki lebih 100 orang ahli sains yang bekerja sepenuh masa dengan mereka. Ahli sains Shaklee memiliki minima kelayakan akademik Doktor Falsafah (PhD) dan mesti memiliki pengalaman puluhan tahun dalam bidang pemakanan dan kesihatan.


    Kebanyakan saintis Shaklee juga pernah memenangi pelbagai anugerah peringkat antarabangsa seperti Dr Elizabeth Blackburn (pernah memenangi anugerah nobel).


    7. Semua Keperluan Kesihatan Anda Ada Bersama Shaklee. Shaklee menawarkan pelbagai jenis produk yang memenuhi keperluan yang berbeza. Sama ada pengurusan berat badan, penjagaan kulit, pemakanan sukan atau kesihatan harian, Shaklee mempunyai produk yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan setiap individu.

    Umpamanya:

    • Set Berpantang Shaklee
    • Set Menyusu Shaklee
    • Set Puasa Shaklee
    • Set Tambah Berat Shaklee
    • Skincare
    • Set Penjagaan Rumah
    • Set Penjagaan Rambut


    Dan banyak lagi set-set solutions untuk tambah baik kesihatan seisi keluarga. Ramai yang dah yakin dan memilih Shaklee sebagai Suplement Terbaik di Malaysia. Anda bila lagi?


    JOM HUBUNGI SAYA SEKARANG!!!

    W/A: www.wasap.my/60174997159/naksetkurusshaklee


    FB: https://www.facebook.com/umikalsom.awanghat?mibextid=ZbWKwL


    Tiktok: tiktok.com/@umikalsomawanghat


    #BlogMegaShaklee
    #ShakleeThrive2023
    #ShakleeTriumph2023
    #pengedarshakleepuchong
    #pengedarshakleemalaysia
    Wednesday, March 15, 2023

    Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee

    by , in

    Lagi seminggu kita semua dah nak menjengah masuk ke bulan Ramadhan. Makna kata lagi 1 bulan akan beraya.. Semua orang terutamanya wanita selalunya dah siap beli baju raya dan berangan nak kurus langsing ketika beraya nanti. Kalau nak kurus kena lah bermula dari sekarang la kan? Dah tahu ke caranya? Agak-agak sempat ke nak kurus sebelum raya dengan Set Kurus Shaklee? Entry ni khas untuk merungkai segala persoalan tentang Set Kurus Shaklee. Jom baca sampai habis. Tak Kenal Maka Tak Cinta...



    Masalah Sering Terjadi Bila Nak Kurus Secara Drastik


    Selalu sangat terjadi bila terlalu nak kurus dalam masa yang cepat sehingga mendedahkan diri sendiri kepada masalah kesihatan untuk jangka masa panjang. Banyak sangat kaedah untuk kurus dalam masa yang cepat di pasaran. 


    Perlu diketahui diet ketat atau ekstrem seperti mengurangkan pengambilan makanan secara drastik, tidak makan ikut waktu yang sesuai, mengabaikan keperluan nutrisi badan sangat memberikan kesan negatif kepada kesihatan samada dari segi fizikal mahupun mental.


    Walaupun tindakan itu mungkin menawarkan hasil yang menggembirakan untuk mereka yang mahu cepat kurus, namun ia masih mampu mencetuskan beberapa gejala sampingan yang mungkin terjadi, termasuklah;


    1. Gangguan pemakanan sehingga menyebabkan kekurangan berat badan yang teruk seperti anorexia.

    2. Gangguan metabolisma. Diet yang ketat boleh melemahkan metabolisma badan kerana sistem dalam badan terpaksa bekerja lebih keras dari biasa. Ini menyebabkan pengamal diet berasa lemah dan kurang bertenaga.

    3. Kehilangan jisim otot. Ini yang paling menakutkan. Kurus disebabkan otot dah hilang. Ya pada penimbang memang nampak berkurang berat tapi bukan lemak yang hilang tetapi otot. Bila otot mula hilang fungsi tubuh seperti kestabilan bila berjalan, berlari, sistem pernafasan, proses pencernaan dan lain-lain mula terganggu.

    4. Badan dehidrasi. Badan boleh kehilangan tenaga apabila pengambilan cecair dalam badan terjejas. Bila diet terlalu ekstrem badan akan jadi mudah letih dan lesu. Lagi teruk jika disertai dengan sakit kepala, dehidrasi akibat kehilangan cecair dalam badan.

    5. Tahap antibodi atau imuniti rendah. Apabila badan kekurangan nutrien penting seperti vitamin dan mineral sistem imun badan akan menurun. Risiko untuk terkena serangan penyakit akan meningkat. 


    Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee


    Tidak seperti kebanyakan diet ikutan di luar sana, "Hello New You Shaklee" atau Set Kurus Shaklee menggalakkan pengurusan berat badan yang berkesan dengan mengambil kira nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan anda dan bukan hanya solusi sementara untuk mempromosikan penyelesaian pantas bagi penurunan berat badan. Set Hello New You ini sangat istimewa kerana:


    • Tanpa pemanis tiruan
    • Tanpa pewarna tiruan
    • Tanpa pengawet tiruan
    • Bukan-GMO
    • Rendah glisemik indek
    • Bebas gluten

    Apa yang Set Hello New You ni boleh membantu?

    • Menguruskan dan mengekalkan berat badan anda dengan cara yang lebih sihat.
    • Membentuk tubuh badan yang menawan
    • Meningkatkan tenaga dan kecergasan anda
    • Menambah baik sistem pencernaan 
    • Mengembalikan keyakinan anda
    • Meningkatkan tenaga dan kecergasan anda
    • Lebih fokus dan bersedia untuk menghadapi apa sahaja



    Biarkan Bahan Ini Bekerja Keras Untuk Anda


    1. Cinch Coklat 

    Ianya merupakan makanan yang membekalkan tenaga segera yang kaya dengan protein dan kalsium. Ia mengandungi leusina untuk membina otot semasa menurunkan berat badan. Ia juga mempunyai indek glisemik yang rendah. Jadi sangat bagus untuk diamalkan kerana memberikan rasa kenyang yang lebih lama.


    2. Lecithin


    Lecithin ni dikenali sebagai pengemulsi lemak semula jadi. Ia bertindak untuk mempercepatkan proses pemecahan lemak menjadi molekul molekul kecil untuk penghadaman. Ia juga mencegah daripada pengumpulan lemak di dalam hati dan menyingkirkan toksin daripada hati.


    3. Omega Guard

    Omega guard membantu meningkatkan kadar metabolik dan mempercepatkan proses pembakaran lemak. Omega jugak meningkatkan sensitiviti insulin tubuh untuk mengawal simpanan lemak


    4. Herblax


    Herblax ni ibarat laksatif semula jadi untuk meningkatkan kekerapan pergerakan usus serta membantu menyingkirkan toksin daripada badan.


    Gabungan keempat empat produk ini sangat praktikal dan fleksibel kerana ia bermula daripada proses pecah lemak hinggalah berjaya kurus tanpa menjejaskan otot.



    Jom baca testimoni sebenar pengguna Set Kurus Shaklee.






    Jika ada yang berminat untuk try Set Hello New You jom hubungi saya dengan segera. Kerana rugi sangat jika suka menangguh nangguh.  Bertindak segera adalah bukti komitmen dan kesungguhan kepada diri sendiri.

    Anda akan dapat setong Cinch Shake perisa coklat secara PERCUMA dan Shaker cantek secara PERCUMA.

    Untuk kesan yang lebih baik jom kurus secara sihat dan jalani ibadah di bulan Ramadhan yang bakal menjelma dengan SET PUASA SHAKLEE SHAKLEE yang dah saya tulis dalam entry sebelum ini.

    Jom ! Bertindak sekarang !!!!


    #BlogMegaShaklee #ShakleeThrive2023
    #ShakleeTriumph2023
    #pengedarshakleepuchong
    #pengedarshakleemalaysia


    JOM HUBUNGI SAYA SEKARANG!!!

    W/A: www.wasap.my/60174997159/naksetkurusshaklee

    FB: https://www.facebook.com/umikalsom.awanghat?mibextid=ZbWKwL

    Tiktok: tiktok.com/@umikalsomawanghat





    Sunday, March 12, 2023

    Duit Raya Awal Special Dari Shaklee

    by , in

     



    Dapat duit raya awal? bestnya kan.... Raya kali ni agak mencabar untuk semua ibu-bapa sebab anak-anak masuk sekolah sesi baru dan persediaan nak raya agak dekat. 

    Sebenarnya walaupun kita nak bersederhana tetap lah perlu kan duit sebab itu sikit ini sikit sedar-sedar aduhai banyak dah habis. Persiapan baju raya, kuih raya, duit raya. Macam saya kali ni pun memang tak lepas peluang untuk balik beraya di kampung halaman saya di Kedah. Ada orang yang sejak awal tahun dah buat tabung persiapan untuk beraya supaya tidak membebankan di saat saat akhir. Syukur Alhamdulillah dapat duit raya awal dari Shaklee ni sedikit sebanyak memberi saya peluang untuk sama-sama membuat persediaan apa yang patut. Bila belek-belek kalendar tadi baru perasaan Shaklee bagi duit raya awal seminggu dari Hari Raya. Ok la kan untuk buat persiapan terakhir sebelum beraya.


    Saya adalah seorang suri bisnes atau ayat mudah paham seorang suri rumah yang menjalankan bisnes dari rumah. Alhamdulillah saya bersyukur sangat asbab menjalankan aktiviti bisnes Shaklee saya boleh menikmati gaji setiap pertengahan bulan. Dan bila tiba musim perayaan dapat duit raya awal dari Shaklee ni sangat memberikan saya kepuasaan yang tidak ternilai kerana tidaklah semata-mata bergantung pada suami kan.



    Bisnes Shaklee Bukan Sekadar Tawarkan Duit Tambahan... 



    Sebenarnya bisnes Shaklee ni menghidupkan kembali impian saya walaupun bergelar suri rumah. Dengan menjalankan bisnes Shaklee Alhamdulillah saya berjaya cukupkan lebih RM10,000 untuk perbelanjaan pergi umrah pada Disember 2022. Walhal semasa bekerja saya tak mampu pun nak buat simpanan sebanyak itu dalam masa kurang daripada 6 bulan.




    Jadi saya nak sangat sebarkan peluang hebat ini kepada semua wanita di luar sana. Semua orang mempunyai peluang untuk capai  kebebasan kewangan. Saya nak share peluang dengan semua orang untuk dapat duit raya awal dari shaklee bersama-sama saya. Sahabat saya pun berkongsi tentang peluang untuk dapat duit raya awal dari shaklee.



    Beza Bisnes Shaklee Berbanding Bisnes Lain


    Bisnes Shaklee sangat istimewa berbanding bisnes lain. Yang pertama kita berpeluang untuk dapat duit raya awal @ duit bonus sebanyak mana yang kita nak. Bisnes Shaklee bukan sekadar bagi untung runcit yang marginnya agak tinggi bagi setiap produk tetapi turut menawarkan bonus yang berbeza mengikut total sales kita. Jom tengok bukti di bawah ini. Jika nak duit raya awal dari Shaklee memang boleh sangat-sangat. Segalanya langsung tak mustahil.






    Shaklee bukan produk bermusim.


    Selain itu, Shaklee bukan produk bermusim. Jadi ia sentiasa dicari sepanjang tahun. Shaklee ada banyak jenis produk yang ramai orang cari. Ada suplemen untuk orang dewasa, kanak-kanak, skincare dan produk pembersihan rumah pun ada di shaklee.








    Berminat dengan bisnes Shaklee?

    Untuk yang nak tahu lanjut tentang Shaklee, saya boleh bantu. Boleh sahaja dengar dulu sebelum decide untuk join. Anda berhak memilih masa depan anda.
    Boleh contact saya HARI INI.
    #blogmegaShaklee
    #shakleetriumph2023
    #shakleethrive2023
    #pengedarshakleepuchong
    #pengedarshakleeselangor