Sunday, 20 September 2015

KENAPA SHAKLEE TIDAK BERKESAN WALAUPUN DAH CUBA LEBIH DARI SEBULAN

Assalamualaikum dan selamat pagi

Ramai yang mengadu kat saya kenapa makan shaklee tidak berkesan walupun dah cuba lebih dari sebulan. Tak kurang pulak yang mengadu makin sakit pulak selepas cuba shaklee. Selalunya dialog diorang lebih kurang macam ni.....

Akak sejak makan B Complex selera makan naik mendadak. Makin stress pulak jadinya.

Dah 2 botol GLA saya amik tak pregnant pun. tak nak amik lagi la.

Saya makan set kulit cantik tak berkesan pun. Sama ja. Malas la nak makan lagi

Saya tak larat nak g tandas la. Sejak amik shaklee ni asyik nak shishi ja......

Tu baru sikit tau. Banyak lagi keluhan dan rintihan customer yang mengadu kat saya. Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan pengambilan vitamin shaklee tidak berkesan. Lagipun cuba korang fikir secara logik dalam kehidupan kita seharian bukan kita mengadap,makan vitamin saja kan? Banyak lagi boleh jadi penyebab badan kita tak dapat serap nutrien dari vitamin secara optimum.

Meh saya nak huraikan sedikit sebanyak sebab dan asbab kepada terjadinya persoalan kenapa shaklee tidak berkesan walaupun dah cuba lebih dari sebulan.

Pengambilan air Kosong Yang SEDIKIT setiap hari



Ini antara puncanya. Ramai yang salah anggap yang minum air manis pun dikira air jugak. Haaa.... takleh gitu dik. Jika kita nak penyerapan nutrien secara optimum kenalah minum air kosong sekurang-kurangnya 3 litre sehari. Lagi banyak lagi bagus. Air kosong ni bertindak sebagai pelincir bagi melancarkan lagi penyerapan nutrien oleh badan kita. Proses detoksifikasi dan pengeluaran toksin dari badan akan berjalan dengan lancar. Air kan adalah bahan utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan bagi membolehkan  darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel ke seluruh badan. Sebab tu kalau kita minum air sikit ja setiap hari semua proses jadi terganggu dan kurang efektif.

Makan Vitamin Sekaligus Tak Ikut Jadual



Ni satu lagi punca kurangnya keberkesanan vitamin yang kita amik. Bayangkan kita amik 6 jenis vitamin secara serentak. Ginjal kita terpaksa bekerja lebih keras untuk memproses segala vitamin yang kita makan tadi. Ini memang tak baik dan memudaratkan ginjal kita. Ia boleh mengakibatkan kepekatan darah kita meningkat. Takut nanti lain pulak yang jadi. Kasihanilah ginjal@buah pinggang kita ya. Pastikan lah kita konsisten amik vitamin mengikut waktu atau jadual yang disarankan.

Pengambilan Kafein Bersama Dengan Vitamin



Pengambilan kafein bersama dengan vitamin adalah BIG NO dalam undang-undang pengambilan vitamin. Ia akan menghalang penyeraan nutrien vitamin yang kita ambil. Akan berlaku pembaziran kepada vitamin yang kita amik sebab badan tak dapat serap nutrien secukupnya.

Pengambilan Vitamin Bersama Ubat



Bagi yang masih perlu mengambil ubat dari hospital pastikan jarakkan pengambilan vitamin sekurang-kurangnya 3 atau 4 jam. Kalau kita amik kedua-duanya secara serentak ia boleh menimbulkan kecelaruan dalam tubuh yang menyebabkan gangguan penyerapan yang baik untuk kedua-duanya.

Tidak Konsisten Dalam Pengambilan Vitamin



Ni lagi satu yang ramai orang buat. Rasa nak makan baru amik. Tak konsisten mengikut jadual yang diberi. Kita harus faham kesan pengambilan vitamin pada badan selalunya berlaku perlahan-lahan. Ia jugak bergantung kepada keadaan dalaman badan kita. Jika terlalu banyak toksik dalam badan prosesnya menjadi lebih panjang.

Memulakan Pengambilan Vitamin Tanpa Detoks Terlebih Dahulu



Bagi seseorang yang tak pernah langsung amik mana-mana vitamin sebaiknya mengambil vitamin untuk detoks terlebih dahulu. Ini penting untuk keluarkan semua toksin2, bahan kimia yang melekat dalam tubuh. Sebaiknya bagi la masa pada diri sendiri untuk melalui proses ini dengan perlahan-lahan. Sebab itu kita saya selalu akan pastikan tahu keadaan semasa customer sebelum cadangkan apa-apa vitamin sebagai permulaan. Contohnya bagi seorang perokok yang nak mulakan pengambilan vitamin disarankan detoks terlebih dahulu dengan mengambil vitamin anti-oksidan seperti vitamin E, Garlic Complex atau lebih bagus sekali Vivix. Kenapa? Kerana tubuh badan perokok banyakkkkkk sangat toksin-toksin yang terkumpul di dalam badan mereka. Tak boleh melulu ambil sebarang vitamin sama seperti orang lain.

Tidak Tahan Pada Healing Krisis



Yang ni tak ramai yang paham. Ada sesetengah mereka yang dalam minggu pertama makan vitamin sakit-sakit badan, lemah longlai dan selalu kerap ke tandas terus berputus asa. Jangan....... Itula namanya Healing Crisis. Tubuh sedang melalui prses detoksifikasi. Bersabar la ya. In Sha Allah jika kita sabar pasti kita mampu lalui proses ni. Tak lama pun. Selepas tu badan kita akan mula bertindak balas yang positif dengan vitamin.

Pantang Larang Vitamin



Ada jugak yang tak ikut pantang larang atau cara makan vitamin yang dimakan. Contohnya multivitamin vitalea tak boleh diambil bersama dengan susu kerana unsur magnesium dan besi yang ada dalam vita lea akan terganggu penyerapannya dengan kehadiran kalsium yang terdapat dalam susu. Rugi kan? Contoh lain, vitamin E tak boleh diambil dengan Alfalfa kerana ia boleh mengganggu penyerapan vitamin E. So kalau dah dimaklumkan janganlah buat okay hehehe....


Ha.... camna? Ada tak antara senarai yang saya bagitau kat atas ni terkena diri sendiri? Kalau ada jangan risau belum terlambat untuk berubah. Ingat tau badan kita ni sangat kompleks dan sensitif. Sebab tu tak mudah bagi tubuh kita dengan senang ja serap segala nutrien jika cara hidup kita tunggang terbalik. Jika risau dapat nasihat dan konsultasi yang salah carilah agen yang betul-betul boleh membantu anda.

Jangan segan-segan untuk hubungi saya ya :)



Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra
FB : Umi Kalsom Awang Hat

Saturday, 5 September 2015

7 SEBAB KENAPA ESP SOYA PILIHAN TERBAIK PATUT ANDA CUBA

 Assalamualaikum semua. Selamat berhujung minggu buat semua. Apa plan korang hari ni? Mesti ada yang dah keluar satu family gi bercuti atau balik kampung. Minggu ni saya plan tak nak pergi mana-mana. Nak duduk rumah ja. Sambung aktiviti mengemas rumah yang taktau bila nak settle hahaha... Padahal dah 4 bulan pindah rumah baru nie.....

Dah membebel pulak pagi-pagi nie... Saya nak tanya sket la.

 Korang perasan tak kat newfeeds FB korang ramai sangat orang promote ESP?

 Hebat sangat ke ESP ni?

 Apa bezanya ESP ni berbanding soya yang lain?

 Haa.... hari ni saya nak kupas 7 SEBAB KENAPA ESP SOYA PILIHAN TERBAIK PATUT ANDA CUBA. Saya harap lepas ni korang akan paham kenapa orang ramai berebut-rebut nak borong ESP sampai bertong-tong bulan nie.

1. Kacang soya ESP Tumbuh Membesar Secara Organik

Kacang soya yang terdapat dalam ESP ditanam secara organik. Kenapa? Sebabnya kajian penanaman secara kimia (bukan organik) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan. Dan dari segi kajian pun dah terbukti ada hubungkait antara kanser dan nitrates. Jadi sangatla penting pesticides,fungicides dan herbicides tidak digunakan langsung sepanjang proses pembesaran kacang soya ini. 

2.  Soya ESP adalah Non GMO (Tak dihasilkan secara genetic)

Secara umumnya soybean yang jenis dari jenis genetic adalah murah untuk dihasilkan. Sebab tu ada minuman soya yang dijual dengan harga yang sangat murah. Menurut kajian yang dilakukan oleh Dr. Louis J. Pribyl  Brizilian goverment scientis toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan ke dalam sel tumbuhan. Ha... ini lah antara sebab kenapa ada sesetengah pihak mengatakan tak baik minum soya berlebihan. Ia merujuk kepada soya yang dihasilkan secara genetik.

3. Mengandungi 9 Asid Amino Perlu

Ni la ciri yang amat penting. Kenapa? Badan kita memerlukan kesemua 9 asid amino untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman,antibodi,enzyme. Jika salah satu daripada asid amino ini hilang sistem imun badan akan merosot sehingga 30% dan banyak organ-organ dalaman kita akan lambat berfungsi atau terhenti. 

4. Kacang Soya Dibersihkan Dengan Air Bukan Dengan Alkohol

Bagi memastikan ketulinan kandungan isoflavone, kacang soya dicuci dengan air. Isoflavones sangat penting untuk mengurangkan risiko cancer paru-paru, penyeimbangkan hormon serta menaikkan berat tulang. Alkohol tu kan haram. So pada Muslim sangat penting bab-bab cuci ni.

5. Bahan Anti-thyroid/anti-growth Disingkirkan Terlebih Dahulu

Dalam pembuatan susu soya ESP anti-thyroid disingkirkan bagi menjamin soya tetap memiliki dan kekalkan kandungan asid amino perlu dan isoflavones paling tinggi kerana kedua-dua bahan ini sangat sensitif kepada panas.

6. Proses Pembuatan Soy Protin Sebaiknya Tanpa Pemanasan

Asid amino sangat sensitif dengan suhu yang panas. Menurut kajian yang pernah dijalankan memasak soya boleh menyebabkan kemusnahan hampir 50% unsur penting dalam asid amino perlu.  Sebab itu soya ESP disediakan tanpa melalui proses pemanasan. Dan sebagai pengguna pun kita selalu nasihatkan samada guna air suam atau air sejuk sahaja bagi menjamin semua unsur penting tidak dimusnahkan.

7. ESP Mengandungi Unsur Kalsium

Kenapa perlu ada unsur kalsium dalam minuman soya? Ini kerana kajian melaporkan bahawa serbuk soya adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Dan inilah kelebihan ESP kerana terdapat unsur kalsium di dalamnya. Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah kalsium di dalam produk mereka.


Begitulah ceritanya 7 sebab kenapa ESP soya pilihan terbaik yang patut anda cuba. Shaklee sentiasa melakukan penyelidikan demi penyelidikan bagi memastikan setiap produknya terbaik untuk semua golongan. 

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel ini CARA BERKESAN HILANGKAN STRECTH MARK SELEPAS BERSALIN


Sempena Promosi Besar-Besaran ESP Bulan ni anda layak dapat harga istimewa jika membuat pembelian pada bulan ini.  Jangan segan-segan nak hubungi saya bagi mendapatkan ESP pada harga runtuh BULAN INI SAHAJA.


Selamat Berhujung minggu semua. Wassalam.....


Umi Kalsom Awang Hat

No ID 1096881

017 499 7159

Page : Kekal Sihat Selalu

Email : umie5zal@gmail.com


Follow by Email

Copyright © Mama Ashraf.blogspot.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com