Thursday, June 30, 2016

APA NAK BUAT DENGAN BOTOL KOSONG SHAKLEE? TAKKAN NAK BUANG JE?

by , in

Sayang nak buang macam tu ja.......


Disebabkan dah lama konsisten makan suplemen shaklee memang berlakulah lambakan botol-botol kosong kat rumah. Separuh rak simpan shaklee diisi dengan tong kosong ja hihihi...  Apa nak buat dengan botol kosong shaklee? Takkan nak buang je? Apa lagi mula lah otak memikir apa nak buat dengan tong2 kosong ni. Nak tahu jom teruskan membaca. Yehuuuuu....


Keistimewaan Botol-botol dan bekas tong Shaklee



Kalau korang nak tau tong2 atau botol2 shaklee semuanya biodegrable tau. Maksudnya mesra pada tanah yang bermaksud bila dilupuskan ia akan lerai (plastik biasa tak lerai atau hancur). Shaklee kan tak suka menyumbang kepada pencemaran. Botol2 dia pun memang kedap udara, So memang takde masalah la kalau nak buat bekas simpan kuih raya atau bahan-bahan masakan kat dapur.  lagipun bekas-bekas shaklee diperbuat oleh plastik yang sesuai untuk kita buat simpan makanan

Hasilnya tara..... Botol besar macam esp,meal shake dan performance drink saya buat bekas untuk simpan milo,gula,tepung dan kerepek2. Tak risau masuk angin sebab kedap udara. Saya buat jugak tabung untuk simpan syiling dan duit kertas. Botol yang kecik tu saya buat simpan rempah ratus. Macam botol omega guard tu saya simpan bunga lawang. Tulis pakai marker ja senang nak amik nanti hihihi...


Next target mana2 rempah ratus yang xde bekas tu memang cari botol2 shaklee la buat rumah hahaha... Eh2 sesuai juga tau buat pasu untuk tanaman. Rajin kah saya menanam? Hahahahha.... Kalau dah abis xtau nak buat apa lagi hantar je recycle hihihi... 

Macam sikit je kan???? Jom terjah lagi gambar-gambar dan ide menarik kawan-kawan saya. Boleh la apply kat rumah mana yang berkenan nanti. Jom terjah......

Boleh buat sebagai pasu untuk tanam sayur-sayuran, bunga-bungaan.
(credit to fb: Ummi Zahwa)


Botol Vivix boleh buat bekas letak pokok-pokok bungan yang ditanam dalam rumah, Comel kan?   (credit to  fb : Zulaikha Ali)

Buat bekas tempat letak alat tulis. Kreatif kan?
 (Credit to FB : Zulaikha Ali)

Yang ini memang awesome. Siap tampal wallpaper untuk buat tempat letak bahan-bahan memasak. Nak mudah kenal wajib la letak label ya
 (Credit to FB : Chrysalis Nurul)



Amacam teruja tak tengok idea-idea yang sangat kreatif ni? Saya yang dok scroll facebook pun dah excited tau. Sebab itulah saya yakin dengan produk-produk Shaklee. Pengurusan Shaklee mementingkan kualiti dan memberi nilai kepada bukan sahaja pelanggan-pelanggan tetapi juga alam sekitar.


Jadi.... kalau nak beli shaklee tu boleh lah hubungi saya ya. Toksah ragu-ragu lagi okay. Kalau nak borak-borak apa yang masih menjadi kemusykilan pun dipersilakan. Saya boleh dihubungi mana-mana saluran seperti kat bawah ni. Selamat berhari raya uoools... Hati-hati balik kampung ya. Wassalam

Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra, Putra Height, Shah Alam
FB : Umi Kalsom Awang Hat
FB Page :Pengedar Shaklee Puchong - 0174997159
Instagram : www.instagram.com/@umikalsomawanghat
Tuesday, June 21, 2016

BASIC H PENCUCI SERBAGUNA DAN SELAMAT.GERENTI BERBALOI

by , in


BIBIK PALING MURAH DI PASARAN


Pagi tadi jengah bilik air. Baru perasan bibikku dah tinggal suku je lagi nak habis. Alamak !!!!!!!!! . Acah je hihihi... Tau tak walaupun tinggal suku macam tu ja bibik comel ku aka Basic h ni boleh bertahan untuk kurang2 pun 2 bulan lagi tau. Nape ???? Tak percaya ka? Takpa satgi kami cerita satu persatu kenapa kami dah tak tukar lain sejak guna bibik nan satu ni.

Korang tau kan kebanyakan bahan pencuci serbaguna kat pasaran sekarang ni ada toksin yang boleh meresap masuk ke dalam badan melalui sistem pernafasan atau kulit. Kebanyakan pelarut sintetik memang boleh mengganggu keseimbangan sistem hormon kita. Nampak remeh kan? Apatah lagi kalau ada baby kat rumah yang baru dok belajar merangkak. Lagi la terdedah.

Apa perbezaan Basic H Yang Buat Saya Terus Taknak Yang Lain?



SELAMAT


✅ Tiada toksik
✅ Tiada gas beracun
✅ Tanpa bahan kimia berbahaya
✅ Tanpa bahan pewangi
✅ Lembut pada tangan
✅ pH yang seimbang
✅ Langsung takde klorin


BERKESAN


✅ Berkesan hilangkan kotoran berminyak
✅ Sangat pekat - 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air


MESRA ALAM


✅ Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
✅ Biorosot
✅ Bungkusan/botol boleh dikitar semula
✅ Tanpa bahan pewarna
✅ Selamat untuk sistem septik dan pembentungan


Ni la antara sebab saya setia dengan basic h sejak pertama kali bersua dan menggunakannya. Haa... Lagi satu. Kalau pakai pencuci biasa untuk cuci lantai mesti kena bilas 2 kali kan? Bila guna basic h cuci sekali ja pun dah cukup. Tak perlu bilas lagi.

Sejak pakai basic h saya dah tak beli lagi pencuci tandas,toilet bowl,clorox,pencuci lantai,pencuci cermin, pencuci kereta. Semuanya saya guna basic h ja.

Jimat ke jimat?

Begitulah kisahnya percintaan dan kenapa saya begitu setia dengan setiap produk shaklee. Tak kenal maka tak cinta kan....

Antara Himpunan Testimoni Basic H












Kalau rasa teruja boleh wassap Umie 017.4997159 tau. Banyak lagi kegunaan Basic h seperti untuk basuh kereta, elakkan semut masuk rumah, kurangkan panas badan bayi, cuci cermin, cuci bilik air, cuci mangkuk tandas dan banyak lagi lah.....

So kalau nak dapat sebelum raya kenalah order cepat-cepat ya. Selamat berpuasa semua. 

Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra, Putra Height, Shah Alam
FB : Umi Kalsom Awang Hat
FB Page :Pengedar Shaklee Puchong - 0174997159
Instagram : www.instagram.com/@umikalsomawanghat

Sunday, June 19, 2016

TEMPAT PERCUTIAN IDAMAN YANG WAJIB SAYA PERGI

by , in
SubhanaAllah.

Pagi-pagi la hati nurani dah mendarat kat Sydney Australia. Chewahhhh.... Pagi ni saya nak story kat kawan2 semua tempat percutian idaman yang dah lamaaaaaa.... sangat saya teringin nak pergi. Tak lain x bukan Sydney Australia. Kenapa saya nak g Sydney? Kalau ikutkan hati nak ja travel seluruh Australia hahahaha... Tapi memandangkan tak boleh nak cuti lama saya fokuskan Sydney ja.

Saya mula pasang keinginan nak g Sydney sejak dari zaman sekolah menengah lagi. Sapa pernah baca novel "Julia"? Dalam novel tu kan Julia tu belajar kat Australia. Memang suka sangat jalan ceritanya sampaikan terus set one day mesti nak g Australia..

Saya plan nak pergi Australia bulan Aug 2018.  Biarlah baby kecik saya nanti beso dulu hihihi.... Saya pilih bulan Aug sebab nak merasa musim sejuk kat sana. Australia musim sejuk start Jun - Aug. Kira lepas raya gitu la. Kena lah prepare winter coat pakai. Bestnya kann (berangan kejap tengah pakai winter coat sambil bergambar dengan bear) .

Orang yang saya nak bawa mestilah suami dan anak2. Diorang lah permata hati saya dunia akhirat. Saya plan nak naik Air Asia ja. Bajet untuk tiket penerbangan saya anggarkan dalam RM7000 camtu. Harap2 adalah matta fair ke boleh beli tiket murah sket hihihi.... Target nak bercuti dalam 7 hari 6 malam camtu. Cabaran jugak tu sebab suami saya tak pernah cuti lama2 macam tu except cuti raya yang company bagi. Sob3x.... Xpe2 think positif dan bawak berbincang hihi...

Untuk capai impian melancong ke tempat idaman saya lagi 2 tahun saya kena gandakan double triple saving saya,usaha cari extra income mulai hari ni. Agak2 dapat x saving RM30K utk bercuti? Mesti la boleh kan.....

Kawan2 doakan saya ya. Saya doakan semua kawan2 yang punya impian macam saya ni tercapailah hendaknya dengan izin-Nya. Ameen

Berimpian tak memerlukan duit pun tapi untuk melaksanakannya ya memang perlukan duit.......
Saturday, June 18, 2016

MUDAHNYA BERBISNES HANYA DI HUJUNG JARI

by , in
Bulan puasa ni memang malas sket nak menapak ke HQ Shaklee kat Sunway. Kalau tak memang tiap2 minggu muka cek Umi menapak kat sana hihihi.... Semalam pi shaklee buat pertama kali bulan ni

Apa yang buat saya suka order online ni adalah sebab jimat masa kita dan barang cepat sampai. Selalunya kalau saya buat order sebelum pukul 12 tengahari esoknya mesti dah sampai. Customer mesti lah hepi hihihi...

Selalunya saya memang akan beli lebih untuk buat stok produk-produk yang memang laku keras banyak2. Contohnya herbal blend cream. Sekali order minimum 5 kiub. Sebabnya ikut pengalaman saya mostly customer herbal blend memang lebih suka cod atau nak post time2 tu jugak. Dah tau dah trend dia camna hihihi....

Lagi satu saya selalunya akan buat buffer stok kat rumah stok2 produk yang memang ada buyer tiap2 bulan atau saya sendiri makan jugak. Contohnya B Complex,Vitamin C,Herbal Blend, Ostematrix,esp dan alfalfa. Gitula ceritanya.....

Apapun tq Shaklee memudahkan kami pengedar shaklee penuhi permintaan customer dengan pantas dan efisien. I lap u shaklee mmmmuuuuah....

Mudah kan? Kalau takde internet kat rumah gun telefon pun tetap boleh order produk pesanan customer kita.

Bagi yang berminat nak cuba bisnes mudah ni jom hubungi saya Umie 017.4997159. Saya akan guide anda cara untuk berbisnes dengan betul dan mudah.
Thursday, June 16, 2016

KENAPA SAYA MEMILIH PROSANTE SEBAGAI SET PENJAGAAN RAMBUT SAYA

by , in
Assamualaikum semua. Korang dah lunch ke? Saya baru ja kenyang makan nasi putih campur gulai ayam dan sayur sket. Alhamdulillah cukup lah untuk kenyang perut tengahari ni. Sesapa yang belum makan lagi tu cepat-cepat g makan. Kang sakit pulak perut :).

Sebenarnya hari ni saya nak kongsi dengan korang semua tentang set penjagaan rambut Prosante untuk rambut lebih sihat dan cantik. Saya sendiri pengguna tegar set prosante selama hampir setahun. Sebelum saya hurai panjang meh saya cerita serba sedikit kenapa saya memilih prosante sebagai set penjagaan rambut saya.


Shaklee Telus Declare Bahan Yang Tiada Dalam Produk Mereka


Antara sebab saya konpiden nak guna set prosante ni ialah bila saya baca kandungan yang Shaklee declare takde dalam set prosante. Sebabnya set penjagaan rambut yang biasa kita dapat di pasaran macam-macam ada. Lagi-lagi lah yang berbau wangi. Ntah berapa minyak chemical dalam sebotol shampoo yang kita pakai tiap hari. Kadang-kadang apa yang TIADA dalam produk penjagaan diri adalah sama penting dengan apa yang ADA. Produk Prosante hanya menggunakan ramuan canggih berteknologi tinggi (state-of-the-art) yang membantu struktur semulajadi rambut, keseimbangan minyak/kelembapan,ketebalan yang sihat,lantunan dan bersinar.

  • Tiada Natrium Lauryl Sulfat (SLS) atau Natrium Laureth Sulfat (SLES)
  • Tiada Cocamide DEA atau Lauramide DEA
  • Selamat untuk semua jenis rambut, walaupun diwarna atau dirawat kimia
  • Kseimbangan pH
  • Tiada minyak yang menyebabkan tersumbat
  • Tiada Propilen Glikol
  • Tiada Quaternium 15
  • Tiada bahan pengawet (Penderma Formaldehyde" (seperti Imidazolidinyl Urea atau Diazolidinyl Urea)
  • Tiada pewarna atau bahan pewarna
  • Tidak mengeringkan tidak menanggalkan
  • Diuji oleh ahli dermatologi
  • Diuji secara klinikal 
  • Tidak meyebabkan folikel rambut tersumbat
  • Tidak diuji ke atas haiwan

Dah selesai penerangan secara ringkas tentang set ni, So cuba korang pergi check set penjagaan rambut korang ada tak bahan-bahan yang takde dalam ingredient set prosante ni? Semua bahan tiada tu memang shaklee tak masukkan dalam formulasi set prosante kerana ia bagi kesan kepada kesihatan rambut kita.


Anda mungkin berminat membaca ini : Penerangan Lengkap Set Prosante


Set Prosante Yang Menjadi Pilihan Saya





Ini lah tiga produk Prosante yang saya sedang pakai sekarang ni. Sebelum memilih produk prosante yang mana nak cuba kita sendiri kena tahu apa jenis rambut kita dan apa masalah yang kita hadapi. Jangan tersilap bagi maklumat tentang rambut sendiri ya hahahha....


1. Nourishing Scalp Treatment


Saya memilih Nourishing Scalp Treatment ini untuk melindungi rambut saya daripada risiko pencemaran,rawat semula kesan kimia akibat pengambilan produk penjagaan rambut sebelum ni dan juga saya nak mengurangkan rambut gugur. Nourishing scalp treatment ni ala-ala serum la untuk bagi makanan sehingga ke akar rambut kita. Bau dia pun rasa segar ja. 

Hasilnya........


Kalau korang nak tau saya baru pakai nourishing scalp treatment dalam sebulan macam tu. Tapi effect yang saya dapat rambut makin sihat dan tak kering sangat macam dulu lagi.  Rasa macam rambut lebih ringan nak mudah diurus. Maaf la ye takleh nak tunjuk bukti sebab aurat hihi... Penggunaan hanya beberapa titis ja setiap pagi. Memang menjimatkan dan berbaloi. Kalau nak rasai sendiri kesannya kena la cuba sebotol :).


2. Revitalizing Shampoo


Ada 2 jenis shampoo Prosante iaitu revitalizing dan replenishing shampoo. Saya pilih revitalizing shampoo kerana shampoo yang ni lebih sesuai dengan keadaan rambut saya. Kalau korang nak tau revitalizing shampoo ni sesuai bangat bagi mereka yang nak seimbangkan kulit kepala, kurangkan masalah rambut yang kusut,kekalkan rambut supaya sentiasa lembap dan berkilau gitu.


Hasilnya.........


Setelah nak masuk botol kedua menggunakan revitalizing shampoo ni saya perasan rambut rasa lebih ringan, rasa lebih licin dan kurang kusut. Memang lain sangat. Kalau tak kering ya amat terutamanya bila rambut betul2 kering. Rasa segar ja kepala ni.


3. Replenishing Conditioner


Conditoner pun ada 2 jenis jugak iaitu Lightweight conditioner dan Replenishing Conditioner. Saya pilih Replenishing conditioner untuk lengkapkan set penjagaan rambut saya. Sebabnya shampoo jenis ni berfungsi meningkatkan kesihatan rambut dan penawar bagi rambut kering,rapuh dan terlalu lama terdedah dengan shampoo yang pelbagai jenis. Dalam conditioner ni ada emolion pekat dan elemen asli yang meresap masuk dalam rambut kita. Hasilnya rambut jadi lebih anjal dan kuat. 

Hasilnya.....


Bila saya gabungkan penggunaan revitalizing, replenishing conditioner dan nourishing scalp treatment kualiti rambut saya memang makin meningkat. Nak share siap2 bagi yang baru nak try jangan terkejut kalau lepas guna shampoo rambut jadi keras. Jadi macam tu sebab shampoo tu langsung tak campur dengan conditioner. Biasa la kalau kita beli shampoo brand yang takde campuran conditioner memang effectnya cenggitu.So nak kesan rambut yang halus,lembut, sentiasa lembap guna jugak conditoner.


Sekian lah perkongsian saya tentang set prosante yang memang saya suka sesangat ni. Pada yang berminat tu boleh lah hubungi saya untuk penerangan lebih lanjut. Saya akan guide untuk pemilihan set penjagaan rambut prosante yang suit dengan jenis rambut anda :).

Semoga perkongsian ni dapat bantu kawan-kawan semua lebih jelas tentang set penjagaan rambut yang ohseme ni.

Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra, Putra Height, Shah Alam
FB : Umi Kalsom Awang Hat
FB Page :Pengedar Shaklee Puchong - 0174997159
Instagram : www.instagram.com/@umikalsomawanghat
Tuesday, June 14, 2016

KEISTIMEWAAN VIVIX YANG TIADA PADA SUPLEMEN LAIN

by , in
Assalamualaikum,

Bertemu lagi kita hari ni. Alhamdulillah bulan puasa macam ni waktu rehat sentiasa ada luang waktu. Jadi dapatlah saya kongsi serba sedikit info dan maklumat yang bermanfaat buat semua. Lagi satu naka habaq ni entry ku yang ke 100. Hihihi... Bersyukur sangat tau. Maklumlah dah lama biaq dia bersawang. 

Siapa pernah dengar atau pernah minum Vivix Shaklee? Atau pernah nampak kawan-kawan pengedar Shaklee kongsi tentang kebaikan Vivix Shaklee? Perasan tak banyak penyakit yang dapat dikurangkan simptom-simptomnya malah ada yang sembuh selepas minum Vivix? Opps.... saya tak claim ya Vivix ni mampu merawat penyakit kerana Vivix adalah suplemen, makanan tambahan untuk memperbaiki kesihatan tubuh badan kita. Jadinya hari ni saya nak buat ulangkaji keistimewaan Vivix yang tiada pada suplemen lain yang membuatkan ia begitu tersendiri. Jom baca lagi.


CARA VIVIX BERTINDAK TERHADAP TUBUH BADAN KITA SANGAT ISTIMEWA



Vivix bertindak sehingga ke akar umbi kerana terus sampai  kepada sel-sel badan kita. Tahu kan tubuh badan kita ni terdiri daripada berjuta-juta sel yang kemudiannya membentuk organ-organ, sel darah dan seterusnya melengkapkan satu sistem badan manusia yang sangat kompleks.

Vivix bertindak melalui 4 cara : 



1. Memperbaiki dan melindungi sel DNA 


Vivix bertindak membaiki dan melindungi sel dari dirosakkan oleh radikal bebas. Ini bukan bermakna sel kita langsung tak rosak jika kita ambil Vivix. Kadar kerosakan akibat radikal bebas diperlahankan dan dilindungi oleh resveratrol dan polyphenol yang ada dalam Vivix.  Ini antara fungsi Vivix yang tiada dalam mana-mana suplemen lain. Cuba baca gambar kat bawah ni. Telomeres ni seakan "cap" yang merupakan penjaga sel DNA . Vivix berfungsi memastikan "cap" atau telomeres ini sentiasa panjang dan sel DNA sentiasa dilindungi daripada serangan radikal bebas. Jika ada sel-sel DNA kita mati dan takde sel baru yang terbina makin pendek lah teomeres kita. Dari situ lah radikal bebas mudah serang sel DNA kita.





2. Kesan Positif terhadap pengawal genetik


Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular. Resveratrol yang ada dalam Vivix bertindak melambatkan penuaan dan menjadikan kulit lebih sihat.





3. Penghasilan Tenaga (Mitochondria)


Mitochondria (penjaga tenaga)  di dalam sel menghasilkan tenaga yang kit perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun fungsi sel juga menurun. Ramuan yang ada dalam Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tenaga di dalam sel.



4. Penimbunan Protin AGE


Penimbunan berlebihan protin AGE (Advanced gylcation end prducts) boleh menyebabkan kerosakan sel tahap sellular yang akan mengganggu keutuhan sel dan memendekkan umur. Ramuan Vivix adalah 10X lebih kuat dari Resvaratrol (Kandungan unik dalam anggur "Muscadine) untuk melambatkan pembentukan protin AGE.



RAMUAN ISTIMEWA VIVIX YANG TAKKAN JUMPA DALAM SUPLEMEN LAIN



Ini antara keistimewaan Vivix yang super duper special. Ramuan yang ada dalam Vivix sangat hebat. Saya terangkan lebih details kat dalam poster kat bawah ni. Speechless sangat dengan keistimewaan yang sangat dahsyat dalam Vivix ni.

















Banyak kan keistimewaan bahan-bahan yang ada dalam Vivix? Memang setanding dengan harga yang ditawarkan. Jom saya terangkan lagi keistimewaan Vivix yang ohseme ni.



APA ITU RESVERATROL? HEBAT SANGAT KE?



Resvaratrol adalam kumpulan sebatian yang dikenali sebagai polifenol. Sebatian ni mempunyai ciri-ciri antioksidan yang tinggi dan mampu melindungi tubuh kita daripada sebarang kerosakan yang disebabkan oleh peningkatan risiko penyakit kritikal seperti kanser, sakit jantung, dan macam-macam lagi. 









Macam mana hebat tak Vivix? Memang tak hairan lah sesapa yang pernah try Vivix pasti akan repeat order. Bagi diorang kesihatan sangat bernilai dan tak terbayar dengan wang ringgit.

Jika dah ada keterujaan tu cepat-cepat lah hubungi Umie 017.4997159 ya. In Sha Allah anda akan dapat layanan istimewa dengan konsulatasi yang lengkap.

In Sha Allah dalam entry lepas ni saya akan kupaskan macam mana Vivix bertindak menolong mereka yang sedang mengalami penyakit berbahaya dan serius. Wallhualam.

Sehingga bertemu lagi ya kawan-kawan :)

Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra, Putra Height, Shah Alam
FB : Umi Kalsom Awang Hat
FB Page :Pengedar Shaklee Puchong - 0174997159
Instagram : www.instagram.com/@umikalsomawanghat

Wednesday, June 08, 2016

TIPS CEGAH SERANGAN JANTUNG DI KALANGAN LELAKI

by , in
Assalamualaikum.

Pagi tadi waktu saya dok scroll facebook ternampak status seorang sahabat saya tentang suami kepada sahabat beliau yang meninggal petang semalam. Puncanya adalah akibat serangan jantung. Takziah saya ucapkan buat isteri kepada sahabat kawan saya. Mesti pilu lebaran kali ni buat mereka sekeluarga.


Sebenarnya sekarang ni makin ramai golongan muda yang tak pernah kena serangan jantung tapi sekali kena terus dijemput Ilahi. Saya doakan semoga suami kita, ayah kita sentiasa dilindungi Allah dan terhindar dari penyakit berbahaya ni.


Jadinya hari ni saya nak kongsikan sedikit tipS cegah serangan jantung di kalangan lelaki. Ayuh kita ubah gaya hidup dan corak pemakanan yang tak seimbang bagi mengurangkan risiko terkena serangan jantung yang membawa maut.

Ubah Pola Pemakanan Dan Cara Hidup




Sapa pernah makan buah kiwi? Pengambilan buah kiwi dikatakan mampu mengurangi penyumbatan hingga 18 peratus dan menurunkan paras trigliserida dalam darah sehingga 15 peratus. Bagi mereka yang menghidap penyakit jantung, memakan buah kiwi memberi efek yang sama seperti mengambil aspirin.


Yang kedua, cuba ubah kuantiti makan seharian. Ubah kepada makan dengan kuantiti yang sedikit tetapi secara kerap. Paras kolestrol dapat dikurangkan sehingga 5 peratus jika kita mengamalkan cara ini.

Yang ni mungkin agak susah tapi mudah ja kalau kita konsisten setiap hari. Minum satu gelas susu setiap hari. Dengan minum susu segelas setiap hari ia membantu menjauhkan anda dari hipertensi yang selalunya berakhir dengan strok dan sakit jantung.

Pilihan alternatif selain susu Ostematrix Kalsium Lengkap Untuk Badan


Anda suka minum nescafe setiap hari? Apakata ubah citarasa dengan memilih untuk minum Coklat milkshake yang lebih sihat. Minuman ini dapat menurunkan risiko serangan jantung. Manfaat daripada koko dapat mengurangkan peluang diserang aterosklerosis.


Yogurt Vanilla juga bagus untuk jantung kita. Mengambila makanan jenis ini boleh membantu mengelak daripada serangan jantung kerana vanilla kaya dengan antioksidan seterusnya mengurangkan risiko.


Senaman tetap menjadi antara aspek penting untuk kesihatan. Melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu mengurangkan risiko serangan jantung. Tubuh badan yang sihat dan tidak obes akan membuatkan aliran darah dalam badan menjadi semakin baik. Namun awas jangan lakukan senaman secara berlebihan.


Akhir sekali laburkan sedikit wang yang ada untuk suplemen atau vitamin tambahan untuk menjaga kesihatan jantung. Jangan tunggu sehingga datang sakit dulu baru lah bertindak. Pilih la vitamin semulajadi dan bebas bahan kimia bagi mengelakkan kesan sampingan pada tubuh badan kita. Vivix pilihan terbaik untuk jantung yang sihat. Resveratrol dalam Vivix dapat mengurangkan inflamasi dan menghalang proses oksidasi kolestrol jahat dan menghalang platelet dari bergumpal seterusnya menyebabkan serangan jantung.



Semoga tips ini membantu golongan adam untuk memelihara jantung yang lebih sihat dan mengurangkan risiko serangan jantung. Jom dapatkan sebotol Vivix kerana kesihatan jantung itu jauh lebih berharga.


Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra, Putra Height, Shah Alam
FB : Umi Kalsom Awang Hat
FB Page :Pengedar Shaklee Puchong - 0174997159
Instagram : www.instagram.com/@umikalsomawanghat

Tuesday, June 07, 2016

SET SAHUR UNTUK KESEGARAN SEPANJANG HARI BERPUASA

by , in
Assalamualaikum. Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua umat Islam. Hari ni dah hari hari kedua kita berpuasa. Ada lagi tak yang masih tak bertenaga, lemau dan tak berdaya nak harung puasa sampai ke petang? Ha.... tak boleh biar tu.... Sahur tadi awak makan apa ya? Jangan tak bangun sahur tau.... Nak tahu cara-cara nak bersahur yang memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan tenaga berpanjangan sepanjang hari??????????????

Memperkenalkan ........ SET SAHUR SHAKLEE yang pasti menjanjikan puasa anda lebih bertenaga, lebih hebat, lebih berkeyakinan dan anda lebih ceria sepanjang hari. Taraa....



Apa tunggu lagi !!!!!!!! Jom dapatkan Set Sahur Untuk Kesegaran sepanjang hari berpuasa.

Jom jadikan bulan Ramadhan kali ni paling terbaik buat kita semua. Salam Ramadhan buat semua.

Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra, Putra Height, Shah Alam
FB : Umi Kalsom Awang Hat
FB Page :Pengedar Shaklee Puchong - 0174997159
Instagram : www.instagram.com/@umikalsomawanghat


Monday, June 06, 2016

CAROTOMAX SHAKLEE VITAMIN UNTUK MATA YANG SIHAT

by , in
Assalamualaikum w.b.t

Carotomax Shaklee makin glamer sekarang ni. Makin terbukti kehebatan Carotomax ni. Eh tetiba ja terus melalut tentang Carotomax. Maaf ya kawan-kawan. Over excited pulak kita. Bukan apa si botol kecil comel lote Carotomax ni dah makin jadi buah mulut sekarang ni di kalangan mereka yang tengah mencari penyelesaian terhadap masalah mata mereka. Betul kah Carotomax shaklee vitamin untuk mata yang sihat?

Sebelum saya melalut lebih lagi meh saya nak leraikan kerisauan atau kebimbangan tentang kandungan yang ada dalam Carotomax dan juga keistimewaan aka manfaat utama Carotomax. Teruskan membaca hokay. Banyak lagi kupasan menarik selepas ni.

MANFAAT UTAMA


  • Mempertingkatkan penglihatan. Ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap.
  • Membantu mengurangkan penyakit kulit. Pengambilan ikut dos yang dibenarkan mampu mengurangkan keradangan akibat penyakit kulit.
  • Melindungi Epithelial dengan memelihara lapsan luar kornea, rongga oral,usus,perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, dan merawat ulser saluran usus.
  • Melawan kanser dan oksidasi. Pengambilan beta karotene mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ia juga mengurangkan serangan radikal bebas dan singkirkan sel-sel yang dah mati.
  • Menghalang infeksi dengan merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan gejala penyakit kronik seperti sakit jantung, batuk,asma, asma dan selsema.
  • Merangsang perkembangan kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut,kulit membran mukosa, gigi yang sihat, gusi dan sistem produksi
  • Ia juga membantu penghasilan sperma yang sihat.

APA YANG ADA DALAM CAROTOMAX?



Dalam setiap kapsul Carotomax ada 6 jenis Carotenoid untuk kesihatan mata

  1. Alpha Carotene - Untuk penglihatan mata,mata sihat serta menghalang degenerasi penglihatan
  2. Beta Carotene - Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka, mempertingkatkan sistem imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat
  3.  Lycopene - Bersifat anti-oksidan, menghalang penuaan organ,serviks yang kuat, kitaran jantung dan sistem imun serta mengurangkan penyakit kalenjar prostat
  4. Astaxanthin - Karotenoid astaxanthin dituai/dihasilkan daripada mikroalga laut, sumber yang poten dan tulen. Kelebihannya ialah melindungi kerosakan oksidasi kolestrol LDL
  5. Lutein - Menyekat katarak,AMD ( Age related macular disease/ penyakit makular berkaitan umur) dan glaukoma
  6. Zeaxanthin - Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya. Ia juga bertindak mengurangkan risiko kanser payudara ovari, endometrial dan serviks.

Satu kapsul Carotomax bersamaan dengan = 714 biji buah Aprikot = 89 biji buah Rasberi = 285 biji Buah Limau Gedang = 102 Hidang Pisang =  1 potong Ikan Salmon. Hebat kan? Kandungannya sangattttttt padat tau.


Macam mana rasa teruja tak? Kalau masih belum yakin lagi jom kita review pulak senarai panjang berjela beberapa testimoni mereka yang dah cuba Carotomax ni. 


HIMPUNAN TESTIMONI MEREKA YANG DAH MENCUBA CAROTOMAX


Testimoni 1 - Carotomax bantu Miss Syazzriena menghilangkan masalah muka berlubang-lubang akibat kesan jerawat. Lagi seronok beliau dah tak perlu pakai spek lagi. Masalah rabun dah tiada langsung dah.


Testimoni 2 - Miss Wani beli Carotomax untuk ayah beliau yang ada brain tumor yang dah effect mata kanannya. Doktor cakap takde harapan lagi nak melihat lagi. Tapi Miss Wani bijak dan tak putus asa. Dia bagi ayahnya makan Carotomax. Alhamdulillah ayah beliau dah nampak semula walaupun still kabur. Sampaikan doktor pun tak percaya. Kuasa Allah kan.




Testimoni 3 - Rabun silau kak ngah dah takde setelah cuba Carotomax. 





Testimoni 4 - Dah boleh tengok komputer selepas 2 minggu cuba Carotomax




Testimoni 5 - Mata dah tak letih lagi  sejak mula consume Carotomax.





Testimoni 6 - Mata Lebih cerah dan pandangan lebih clear





Testimoni 7 - Kulit Makin Cerah selepas 10 hari cuba Carotomax. Sis ni bagus sangat tau. Minum air minimum 3 litre. So cepat ja dapat kesan positif


Cukup dah kot 7 testimoni untuk kali ni. Nampak tak bukan sekadar rabun kurang ramai ja yang dapat effect kulit makin lawo. So rasa-rasanya rugi tak kalau tak cuba? Kalau rasa rugi tu baik la cepat-cepat cuba Cik Carotomax ni. In Sha Allah Carotomax Shaklee vitamin untuk mata yang sihat serta kesihatan tubuh badan kita.



Sapa yang berminat boleh lah hubungi saya seperti maklumat di bawah ni. Assalamualaikum.


Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Putra Height
FB : Umi Kalsom Awang Hat
FB Page :Kekal Sihat Selalu
Instagram : www.instagram.com/@umikalsomawanghat

Sunday, June 05, 2016

SESUAI KE MEAL SHAKE SHAKLEE UNTUK KANAK-KANAK?

by , in
Assalamualaikum. Selamat tengahari semua sahabat-sahabat. Sebenarnya dari semalam lagi saya berkobar-kobar nak buat entry tentang Meal Shake ni.Tapi ada ja kekangan yang datang tiba-tiba. Jadinya hari ni curi masa jugak untuk siapkan entry ni.
Saya rasa ramai ibu-bapa kat luar sana dok terfikir atau tertanya-tanya sesuai ke Meal Shake Shaklee untuk kanak-kanak? Selamat kah? Apa istimewanya Meal Shake sampaikan ramai ibu-bapa sentiasa ada stok Meal Shake kat rumah? Teruskan membaca. Saya akan kupaskan satu persatu supaya lepas ni semua orang terus yakin nak bagi anak-anak minum Meal Shake ni. In Sha Allah :).

APA ADA DALAM MEAL SHAKE?



Meal Shake membekal protin yang kaya dengan  9 asid amino penting yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita. kesemua asid amino ini tak dapat dihasilkn oleh badan.  Ia hanya boleh didapati melalui pemakanan. Meal Shake menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Jika badan anak-anak kita kekurangan zat badan mereka jadi lemah dalam penyerapan vitamin. Dengan mengamalkan minum Meal Shake setiap hari akan menjadikan mereka lebih berselera dan tidak memilih makanan. Tubuh badan mereka juga akan lebih efisien dalam menyerap sebarang vitamin dan mineral.


Meal Shake mengandungi Acacia Gum atau arabic gum atau lebih dikenali sebagai Al-Manna di dalam Al-Quran (Al-Baqarah:57). Arabic gam mempunyai kandungan prebiotik semulajadi yang tertinggi sama fungsi dengan prebiotik yang terkandung dalam susu ibu dan 10 kali ganda kalsium berbanding susu lembu.Fungsi prebiotik sangat unik iaitu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan merencatkan pertumbuhan fungus di dalam usus. Hasilnya masalah sembelit dapat diatasi dengan lebih berkesan dan selamat. Acacia gum juga membantu penyerapan mineral lain dengan lebih efisien.


Vitamin C,E dan Bs yang terdapat di dalam Meal Shake membantu melawan jangkitan kuman serta memperbaiki tisu-tisu badan yang rosak. ia juga merupakan anti oksida yang baik untuk tubuh badan kita. Jadinya kesan parut dan tekstur kulit menjadi lebih baik dan cantik. Kehadiran vitamin B yang lengkap juga membantu mengembalikan seri wajah.


Setiap hidangan Meal Shake yang dicampur dengan susu rendah lemak mengandungi 240 kalori tenaga. ia membekalkan tenaga supaya anak-anak kita memulakan hari dengan lebih bertenaga. Vitamin B yang ada di dalam Meal Shake turut membantu penghasilan tenaga,fokus dan daya tumpuan anak-anak kita. Hasilnya mereka lebih fokus dalam setiap apa yang mereka lakukan seharian. Sodium pun turut dibekalkan dalam setiap hidangan Meal Shake yang membantu mengekalkan keseimbangan bendalir dan mengelakkan anak-anak cepat dihidrasi atau gejala kekurangan cecair dalam badan.


Al-Manna juga terbukti berkesan membantu menyahkan toksin, menghilangkan bahan buangan merbahaya dari badan. Jadinya usus akan lebih bersih daripada bahan buangan merbahaya.


Banyakkan kebaikan yang ada dalam Meal Shake? Macam mana sekarang rasa lebih yakin tak nak bagi anak-anak minum Meal Shake dan jadikan minuman ni sebagai snek harian diorang? Kalau tak berapa nak yakin lagi saya kongsi lagi testimoni-testimoni ibu-bapa yang dah cuba bagi anak-anak mereka minum Meal Shake ni. Semoga dapatlah membantu ibu-bapa untuk lebih yakin lagi nak beli Meal Shake ni.

Dapatkan Meal Shake pada HARGA PROMOSI di Bulan June 2016 SAHAJA. Untuk maklumat mengenai tawaran promosi bulan ini sila klik link ini Promosi Shaklee Bulan Jun 2016


TESTIMONI PENGGUNA MEAL SHAKE 








Saya berharap perkongsian saya kali ni dapat bagi pencerahan tentang kebaikan Meal Shake Shaklee samada ia sesuai atau tidak untuk diberikan kepada kanak-kanak. Lagi satu nak habaq jugak Meal Shake ni sesuai untuk semua golongan sebenarnya. Bukan kanak-kanak saja. Sesuai untuk ibu mengandung, mereka yang nak tambahkan berat badan, mereka yang berpuasa dan banyak lagi.

Cepat-cepat hubungi saya ya. Ada promosi istimewa bulan ni untuk setiap pembelian 3 tong Meal Shake.

Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra, Putra Height, Shah Alam
FB : Umi Kalsom Awang Hat
FB Page :Pengedar Shaklee Puchong - 0174997159
Instagram : www.instagram.com/@umikalsomawanghat