KENAPA SAYA MEMILIH PROSANTE SEBAGAI SET PENJAGAAN RAMBUT SAYA

Assamualaikum semua. Korang dah lunch ke? Saya baru ja kenyang makan nasi putih campur gulai ayam dan sayur sket. Alhamdulillah cukup lah untuk kenyang perut tengahari ni. Sesapa yang belum makan lagi tu cepat-cepat g makan. Kang sakit pulak perut :).

Sebenarnya hari ni saya nak kongsi dengan korang semua tentang set penjagaan rambut Prosante untuk rambut lebih sihat dan cantik. Saya sendiri pengguna tegar set prosante selama hampir setahun. Sebelum saya hurai panjang meh saya cerita serba sedikit kenapa saya memilih prosante sebagai set penjagaan rambut saya.


Shaklee Telus Declare Bahan Yang Tiada Dalam Produk Mereka


Antara sebab saya konpiden nak guna set prosante ni ialah bila saya baca kandungan yang Shaklee declare takde dalam set prosante. Sebabnya set penjagaan rambut yang biasa kita dapat di pasaran macam-macam ada. Lagi-lagi lah yang berbau wangi. Ntah berapa minyak chemical dalam sebotol shampoo yang kita pakai tiap hari. Kadang-kadang apa yang TIADA dalam produk penjagaan diri adalah sama penting dengan apa yang ADA. Produk Prosante hanya menggunakan ramuan canggih berteknologi tinggi (state-of-the-art) yang membantu struktur semulajadi rambut, keseimbangan minyak/kelembapan,ketebalan yang sihat,lantunan dan bersinar.

  • Tiada Natrium Lauryl Sulfat (SLS) atau Natrium Laureth Sulfat (SLES)
  • Tiada Cocamide DEA atau Lauramide DEA
  • Selamat untuk semua jenis rambut, walaupun diwarna atau dirawat kimia
  • Kseimbangan pH
  • Tiada minyak yang menyebabkan tersumbat
  • Tiada Propilen Glikol
  • Tiada Quaternium 15
  • Tiada bahan pengawet (Penderma Formaldehyde" (seperti Imidazolidinyl Urea atau Diazolidinyl Urea)
  • Tiada pewarna atau bahan pewarna
  • Tidak mengeringkan tidak menanggalkan
  • Diuji oleh ahli dermatologi
  • Diuji secara klinikal 
  • Tidak meyebabkan folikel rambut tersumbat
  • Tidak diuji ke atas haiwan

Dah selesai penerangan secara ringkas tentang set ni, So cuba korang pergi check set penjagaan rambut korang ada tak bahan-bahan yang takde dalam ingredient set prosante ni? Semua bahan tiada tu memang shaklee tak masukkan dalam formulasi set prosante kerana ia bagi kesan kepada kesihatan rambut kita.


Anda mungkin berminat membaca ini : Penerangan Lengkap Set Prosante


Set Prosante Yang Menjadi Pilihan Saya





Ini lah tiga produk Prosante yang saya sedang pakai sekarang ni. Sebelum memilih produk prosante yang mana nak cuba kita sendiri kena tahu apa jenis rambut kita dan apa masalah yang kita hadapi. Jangan tersilap bagi maklumat tentang rambut sendiri ya hahahha....


1. Nourishing Scalp Treatment


Saya memilih Nourishing Scalp Treatment ini untuk melindungi rambut saya daripada risiko pencemaran,rawat semula kesan kimia akibat pengambilan produk penjagaan rambut sebelum ni dan juga saya nak mengurangkan rambut gugur. Nourishing scalp treatment ni ala-ala serum la untuk bagi makanan sehingga ke akar rambut kita. Bau dia pun rasa segar ja. 

Hasilnya........


Kalau korang nak tau saya baru pakai nourishing scalp treatment dalam sebulan macam tu. Tapi effect yang saya dapat rambut makin sihat dan tak kering sangat macam dulu lagi.  Rasa macam rambut lebih ringan nak mudah diurus. Maaf la ye takleh nak tunjuk bukti sebab aurat hihi... Penggunaan hanya beberapa titis ja setiap pagi. Memang menjimatkan dan berbaloi. Kalau nak rasai sendiri kesannya kena la cuba sebotol :).


2. Revitalizing Shampoo


Ada 2 jenis shampoo Prosante iaitu revitalizing dan replenishing shampoo. Saya pilih revitalizing shampoo kerana shampoo yang ni lebih sesuai dengan keadaan rambut saya. Kalau korang nak tau revitalizing shampoo ni sesuai bangat bagi mereka yang nak seimbangkan kulit kepala, kurangkan masalah rambut yang kusut,kekalkan rambut supaya sentiasa lembap dan berkilau gitu.


Hasilnya.........


Setelah nak masuk botol kedua menggunakan revitalizing shampoo ni saya perasan rambut rasa lebih ringan, rasa lebih licin dan kurang kusut. Memang lain sangat. Kalau tak kering ya amat terutamanya bila rambut betul2 kering. Rasa segar ja kepala ni.


3. Replenishing Conditioner


Conditoner pun ada 2 jenis jugak iaitu Lightweight conditioner dan Replenishing Conditioner. Saya pilih Replenishing conditioner untuk lengkapkan set penjagaan rambut saya. Sebabnya shampoo jenis ni berfungsi meningkatkan kesihatan rambut dan penawar bagi rambut kering,rapuh dan terlalu lama terdedah dengan shampoo yang pelbagai jenis. Dalam conditioner ni ada emolion pekat dan elemen asli yang meresap masuk dalam rambut kita. Hasilnya rambut jadi lebih anjal dan kuat. 

Hasilnya.....


Bila saya gabungkan penggunaan revitalizing, replenishing conditioner dan nourishing scalp treatment kualiti rambut saya memang makin meningkat. Nak share siap2 bagi yang baru nak try jangan terkejut kalau lepas guna shampoo rambut jadi keras. Jadi macam tu sebab shampoo tu langsung tak campur dengan conditioner. Biasa la kalau kita beli shampoo brand yang takde campuran conditioner memang effectnya cenggitu.So nak kesan rambut yang halus,lembut, sentiasa lembap guna jugak conditoner.


Sekian lah perkongsian saya tentang set prosante yang memang saya suka sesangat ni. Pada yang berminat tu boleh lah hubungi saya untuk penerangan lebih lanjut. Saya akan guide untuk pemilihan set penjagaan rambut prosante yang suit dengan jenis rambut anda :).

Semoga perkongsian ni dapat bantu kawan-kawan semua lebih jelas tentang set penjagaan rambut yang ohseme ni.

Umi Kalsom
017 4997159
Pengedar Shaklee Di Puchong
COD Area : Puchong, Bandar Kinrara, Saujana Putra, Putra Height, Shah Alam
FB : Umi Kalsom Awang Hat
FB Page :Pengedar Shaklee Puchong - 0174997159
Instagram : www.instagram.com/@umikalsomawanghat

No comments:

Post a Comment