CARA TINGKATKAN STAMINA IBU HAMIL TERUTAMANYA KETIKA TRIMESTER PERTAMA

Sangat normal bagi sesetengah wanita hamil mengalami kelesuan di awal kehamilan. Saya sendiri pada kehamilan kedua penatnya lain macam dan lebih hebat berbanding kehamilan yang pertama. Selalunya keadaan macam ni akan berlarutan sehingga masuk minggu ke-12 kehamilan.

Rasa letih tu kadang-kadang boleh datang sekelip mata ja. Pernah saya tiba-tiba lemah longlai ketika tengah solat. Nasib baik tak jatuh ja hihihi.... So hari ni saya nak kongsi sikit tips cara tingkatkan stamina ibu hamil terutamanya ketika trimester pertama. Teruskan membaca ya dik non :).

Saya tahu dan sedar (ayat skema) alahan waktu hamil ni satu benda yang sangat susah nak elak. Benda nak jadi nak buat macam mana kan? Bak kata orang-orang tua roh tengah nak masuk bersatu dalam badan kita. Sebab tu kita rasa penat lain macam. Tengah kontrol takmau terkeluaq lorat Kedah hahaha... Tapi...... tak salah jika kita mencuba. Sebab apa kita kena cuba? Sebabnya sebagai ibu, isteri ni bohonglah kalau kita tak pikul tanggungjawab pada keluarga kan. Tambah-tambah lagi yang ada anak kecik yang tak pandai cakap lagi, si kecik tu tetap perlukan perhatian kita. Depa bukan tau pun mak depa tengah tak larat. 


PENYEBAB KEKURANGAN STAMINA





Banyak sebab yang buatkan kita kurang stamina. Antaranya :

  • Keletihan apabila janin turut memerlukan tenaga daripada kita - ni merujuk pada ayat biasa kita dengar la roh sedang nak ready masuk dan serasi dengan badan kita, Dengan kata saintifiknya janin sedang membesar.
  • Perubahan hormon khususnya peningkatan hormon progesteron yang berlaku semasa hamil membuatkan kita rasa lelah dan penat.
  • Sering mual dan muntah turut mengurangkan tenaga ibu - setiap kali muntah tenaga badan kita akan merudum
  • Ibu yang sering tidur.
  • Metabolisme berubah secara drastik dan tubuh badan terpaksa bekerja lebih kuat untuk membentuk dan mengembangkan plasenta.  Sedangkan dalam masa yang sama kadar gula dan tekanan darah semakin menurun.
  • Masalah kesihatan seperti anemia juga mempengaruhi mood ibu hamil.  Antara jenis anemia yang selalu sangat terjadi pada ibu hamil ialah kekurangan zat besi, vitamin B12 atau anemia kurang asid folik (folate).


CARA TINGKATKAN STAMINA IBU HAMIL


1. Tidur Awal


Ini berkait rapat dengan car hidup atau lifestyle ibu sebelum hamil. Kalau selalunya tidur selepas pukul 10 malam, mulai sekarang biasakan diri lebih awal daripada itu. Mula-mula mungkin susah nak berubah. Tapi percayalah ibu akan perasan tidur awal memang mampu tambah tenaga kita keesokan harinya. Saya dah cuba buat sebelum ni. Its really work. Bagi yang berkerja pulak cuba amik masa dalam 15 minit untuk tidur waktu rehat. Lagipun dalam Islam sendiri sangat digalakkan tidur sebentar sebelum solat zuhur.


2. Ambil Makanan Sihat


Haa.... ni paling penting sebenarnya. Kita adalah hasil daripada apa yang kita makan. Pemakanan seimbang tu sangat penting. Antara makanan yang sihat yang boleh ibu ambil ialah telur, karbohidrat yang berasaskan biji-bijian, produk tenusu, ikan dan daging tanpa lemak. Jangan lupa pulak sayursayuran dan buah-buahan tau. Tiap hari kena ambil. Kalau masih dalam fasa alahan boleh la cuba sikit-sikit.

3. Buat Senaman Ringan  


Cuba lah buat senaman ringan. Senaman ni bagus dan bukannya untuk memenatkan badan kita. Malah bila kita buat senaman secara rutin boleh membuatkan stamina badan kita makin bertambah, kualiti tidur makin meningkat dan tenaga badan makin bertambah. Senaman ni tak semestinya kena jogging tapi berjalan kaki tu pun salah satu daripada aktiviti senaman.

4. Atasi anemia


Jika ibu berhadapan dengan masalah anemia, ibu haruslah mengambil suplemen seperti zat besi atau asid folik. Macam saya sendiri ada simptom-simptom anemia seperti macam nak pitam bila bangun dari duduk, tiba-tiba rasa lemah badan. Saya amalkan pengambilan Vitamin C, B Complex  (asid folik) dan Vita Lea (Zat besi,iron) 2 biji setiap hari. Alhamdulillah waktu pemeriksaan pertama kehamilan saya kali ni hb saya berada pada paras normal. Semuanya ok. Dan simptom-simptom anemia dah makin berkurang. Untuk pemakanan pulak orang macam kita yang mudah kena anemia ni disarankan kerapkan mengambil makanan yang mengandungi zat besi terdiri daripada bijiran, kekacang,daging lembu, ayam atau hidangan laut seperti kerang. Jangan sesekali ambil ringan masalah anemia kerana ia boleh menyumbang kepada kelahiran pramatang atau bayi lahir cacat.




Saya berharap perkongsian saya kali ni dapat lah bantu ibu-ibu yang sedang hamil. Saya jadikan tulisan saya kali ni sebagai rujukan kita bersama-sama. Selamat menjalani ibadah puasa semua ya. Kalau rasa tak larat sangat, risau memudaratkan kesihatan diri sendiri dan bayi yang sedang dikandung silalah berbuka tau. Islam itu indah ada rukhsah (kelonggaran) untuk ibu hamil. Jika ada yang nak cuba suplemen untuk kehamilan boleh lah hubungi saya ya di 017-4997159 (Umie).

Sekian, Assalamualaikum


Sumber rujukan : Majalah Mingguan Wanita edisi ke 1690 

No comments:

Post a Comment