5 Makanan Merah Untuk Jantung Sihat dan Tahan Lasak


Penyakit jantung boleh berlaku pada sesiapa saja tak kira muda atau tua. Lebih merisaukan ketika ni sebab makin ramai golongan muda yang diserang penyakit jantung. Makin parah kan?  Golongan muda sekarang ni mungkin sering abaikan tabiat pemakanan sihat sehingga mendedahkan diri sendiri kepada risiko serangan jantung.

Korang tau tak warna makanan yang kita ambil setiap hari boleh mempengaruhi kesihatan jantung kita?  Haa.... tak tahu? Meh sini baca sampai habis ya. Kita kupas tajuk 5 Makanan Merah Untuk Jantung Sihat dan Tahan Lasak.

Sebenarnya pengambilan beberapa jenis buah dan sayur berwarna merah mampu menurunkan risiko terkena penyakit jantung sekurang-kurangnya 50%. Wow..... hebatkan? Makanan yang berwarna merah ( semulajadi okay buat guna bahan pewarna) dipercayai mengandungi nutrisi yang berupaya mengelak dari terkena penyakit jantung.

Tomato


Berdasarkan sebuah kajian yang dikeluarkan oleh Harvard School of Public Health mendapati bahawa tomato mampu mengurangkan risiko terkena penyakit jantung sehingga 50%. Kandungan bahan antioksidannya yang dikenali sebagai lycopene dikatakan baik untuk kesihatan. Pasni boleh lah amalkan makan tomato tiap-tiap hari ya hihihi... Bagi yang tak gemar makan tomato mentah-mentah boleh jugak peroleh tomato dari produk tomato yang dah diproses seperti sos dan lain-lain. Cuma peratusnya kurang la berbanding makan yang segar.

Raspberi


Sejenis bahan antioksidan yang dikenali sebagai anthocyanin di dalam raspberi dikatakan bagus untuk kesihatan jantung. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, 94,000 wanita mengatakan bahawa dengan mengambil raspberi berupaya menurunkan risiko terkena penyakit jantung sehingga 30%. Lagipun dalam raspberi banyak mengandungi vitamin c, mangan, potasium dan serat yang memang baik untuk jantung.

Ubi Bit Merah


Buah bit dan jus bit bagus untuk menurunkan paras darah sekaligus mengurangkan risiko terkena penyakit jantung. Nitrat oksida yang terdapat di dalamnya mamou menenangkan pembuluh darah seterusnya menurunkan tekanan darah.

Kacang Merah


Kacang merah mengandungi bahan antioksidan yang baik untuk kesihatan jantung. Di dalamnya terdapat sedikit saja lemak dan serat di samping kolestrol. Kacang merah ni dipercayai mampu mengurangkan tekanan darah selain mencegah penyakit jantung.

Anggur Merah


Anggur merah mengandungi resveratol dan flavonoid yang mampu melindungi pembuluh darah seterusnya menurunkan tekanan darah dan kolestrol. Ia terbukti mampu mencegah risiko terkena penyakit jantung dan serangan jantung.

Bagi yang risaukan kesihatan dan nak pastikan kesihatan jantung dalam keadaan terbaik boleh la biasakan diri dengan mengambil makanan merah yang saya dah cerita tadi. Bagi yang selalu sibuk dan tak sempat nak sentiasa penuhkan peti sejuk dengan makanan merah boleh lah cuba Vivix iaitu tonik ajaib yang dah terkenal seantero alam. Kandungan vivix ni semulajadi yang mengandungi khasiat anggur hebat yang dihasilkan dengan penuh teliti  dan disokong dengan siri kajian makmal yang terperinci.

Nak tahu lebih lanjut tentang Vivix klik di sini :



Semoga perkongsian saya ni memberi manfaat kepada semua. Jom pastikan jantung kita sentiasa sihat dan tahan lasak. Wassalam

Sekiranya ingin mencuba sebarang produk atau vitamin Shaklee bolehlah hubungi saya untuk order ya. Konsultasi adalah percuma dan perkhidmatan saya dijamin terbaik, sebelum, semasa dan selepas pembelian.

 Umi Kalsom Awang Hat (Umie)
Whatsapp >>>> 017 499 7159
COD – Puchong, Saujana Puchong, Saujana Putra
Pos Laju – Seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment