Thursday, 14 May 2015

TIPS UNTUK MENAMBAH SUSU BADAN SECARA SEMULAJADI




Semalam saya dah kongsi faktor-faktor yang menyebabkan susu badan kita semakin kurang (berminat nak baca klik di sini   >>>>>   Faktor Penyebab Susu Badan Makin Berkurang), hari ni saya nak kongsi pulak sedikit tips untuk menambah susu badan secara semulajadi.

Sebenarnya pengambilan pemakanan yang betul memang sangat-sangat mempengaruhi pengeluaran susu badan kita. Dulu saya pernah minum kopi (instant 3 in 1) agak kerap. Memang pengeluaran susu saya merudum agak banyak. Akhirnya saya ambil keputusan untuk mengurangkan pengambilan kafein ( Cuma ambil ½ cawan kalau dah betul2 teringin hihihihi). Kawan-kawan pernah tak alami keadaan macam saya nie?

Ok jom saya kongsi tips untuk menambah susu badan secara semulajadi. Saya dapat info ni dari pembacaan saya di suratkhabar ( dah tak ingat bila kihkihkih....)

Kurma

Rebus dengan sedikit air sampai betul-betul lembut. Apabila dah sejuk, kisar sehingga menjadi jem. Simpan dalam bekas bertutup dan letakkan dalam peti sejuk. Bancuh bersama susu (campur sesudu),bersama air lain pun boleh. Amalkan selalu. Kena cuba ni mudah je kan.

Madu

Makan sesudu pagi dan sesudu malam. Amalkan setiap hari


Air masak

 Ibu menyusu kehilangan air selepas menyusukan bayi. Jadi gantikan dengan air mineral atau zam-zam lebih bagus.

Elakkan makan jamu

Jamu panas jadi ia boleh mengurangkan  kuantiti air dalam badan. Jika masih ingin makan jamu lebihkan minum air masak/putih

Durian

Percaya atau tidak raja buah ini juga boleh menambahkan susu ibu. Tapi jangan ambil terlampau banyak nanti boleh member kesan kepada anak. – I love durian hihihi...nak kena pergi cari nie.

Banyakkan makan buah dan sayuran yang berair


Sekian la perkongsian saya malam ni. Sekiranya ibu-ibu berminat nak cuba set milk booster budget boleh klik di sini untuk penerangan lebih details >>>>>>>>>>>  Set Menyusu Budget


Jangan bosan ye baca entry saya J. In Sha Allah saya akan cuba kongsi lagi tips2 menarik untuk kawan2 seangkatan dengan saya. Kita sama-sama berusaha untuk menjayakan penyusuan eksklusif selama 2 tahun.

Wassalam.





0 comments:

Post a Comment

Follow by Email

Copyright © Mama Ashraf.blogspot.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com