Dah lama sebenarnya nak story morry tentang Kembara ASB 2015 yang saya join 10 May yang lepas. Alhamdulillah pagi ni sempat la buat entry nie. Sebabnya hero kecik tak bangun lagi. Kalau dia dah bangun kena update dia dulu hihihi....
Sebenarnya banyak sangat pengalaman timba ilmu pemasaran dengan kembara 2015 yang saya cedok baru-baru ni. Sangat bermotivasi,penuh bertenaga semua speaker dan peserta yang join kembara ni.Tajuk kelas kali ni lebih bersifat perkongsian yang santai tapi penuh berinformasi. Tajuknya " Asas Marketing Shaklee".
Sebelum join kelas ni saya agak kurang jelas dengan taktik pemasaran, cara perkongsian yang tepat dengan orang ramai dan kadang-kadang agak carba marba tak tahu apa nak dikongsi di laman sosial. Saya rasa ni memang dilema orang berniaga kot. Betul tak? Dan saya rasa ramai lagi yang berhadapan dengan masalah yang sama. Bohong la saya rasa kalau seseorang tu terus sempurna dan hebat sejak awal. Melainkan genius hihihihi....
Sebab tula saya rasa terpanggil untuk join kelas ni. Untuk berjaya kita kenalah berkorban masa dengan keluarga sob3x... (Kelas ni hari ahad). Alhamdulillah suami sangat sporting jaga anak di hari minggu. First time tau tinggal anak dengan dia almost half day hihihi... Alhamdulillah balik rumah anak tersenyum ceria petanda suami jaga elok je hahahaha....
Hero pujaan hati - Ashraf Aqil. Comel kan? hahahaha...masuk bakul angkat sendiri.
Okay saya sambung balik tentang kelas yang saya join hari tu ye. Antara intipati kelas ni banyak menyentuh tentang >>>>>>>
Produk yang Mana Dulu nak Kena Promote?
Cara Promosi Shaklee
Skrip Mengayat Customer
Perkongsian Tentang Shaklee dari Sifu
Sesi Soal jawab
Nampak tak betapa terperincinya intipati dan perkongsian dalam kelas Kembara ASB 2015 ni? Sebab itulah saya sangat-sangat sayang dengan group IReach ni. Mereka faham denyut masalah dan kekeliruan para pengedar baru yang masih samar-samar tentang cara nak buat pemasaran dengan betul.
Alhamdulillah selesai sahaja kelas ni, saya berjaya timba ilmu pemasaran dengan kembara ASB 2015 penuh di dada. Ya saya rasa kembali charge aura-aura positif, lebih yakin dengan diri sendiri, dan paling penting saya sedar untuk berjaya kita kena sentiasa bersedia untuk terus menuntut ilmu.
Sebelum saya tamatkan sesi potpetpotpet saya ni ingin lah saya tegaskan di sini pada sesiapa yang baru join, akan join atau terpikir2 nak join Shaklee serta mulakan bisnes hubungi lah saya ye. In Sha Allah anda akan sentiasa di bantu sehingga kita boleh sama-sama mengubah diri dan keluarga kita.
Saya sangat komited untuk berubah, ANDA BILA LAGI?
Antara tenaga pengajar yang jugak blogger yang aktif. Ilmu penuh di dada :)
Saya dan "Mak" yang bertanggungjawab bawak saya join Shaklee hihihi....
Kalau ada yang berminat nak tahu salur-galur dan liku-liku hidup saya sejak join shaklee hubungi lah saya okay.
No comments:
Post a Comment