Sunday, 21 May 2017

PENGALAMAN MENYERTAI PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA SHAKLEE

Alhamdulillah petang semalam berkesempatan join free health Check kat Shaklee main office. Memang ramai sangat orang petang semalam. Sangat meriah 😍😍😍

 Sampai ja waktu mendaftar dapat beg percuma dengan flyers. Siap dapat peluang untuk main game tau. Join at least 2 health check terus layak main game untuk dapat lucky draw. Excited sangat hahaha....
.
Semalam ada banyak health check yang dibuka. Pertama sekali check BMI dan check kesihatan guna Krada Machine. Yang ni saya buat dulu. Alhamdulillah hasil pemeriksaan BMI saya normal, lemak bawah kulit normal,lemak dalam organ utama normal. The best part is body age I 28 tau 😍😍😍😍. Muda 5 tahun okay hihihi...  Part yang tak best ialah otot saya kurang dan lemak berlebihan kat bahagian perut. Oh my... Kurus macam saya ni pun jangan terkejut still ada lemak berlebihan tau 😂😂😂.


Kaunter kedua saya join ialah health skin. Overall result sangat ok. Kelembapan kulit saya ok,pores kat kawasan hidung ok. Tapi muka saya sedikit kasar. Kata Nutritionist kemungkinan besar sbb saya kurang pakai toner dan uv protection. Haa...memang betol pun. Baru start pakai toner dan uv protection Nutriwhite ujung bulan lepas. Dan saya kena jaga sket la keanjalan kulit sbb ada potential naik wrinkles kalau saya tak betol-betol jaga kebersihan muka 😭😭.


Kaunter ketiga saya check kadar ketumpatan tulang saya. Maaf ya tak sempat amik gambar sebab kekangan sket dok kelek baby 😁. Yang ni resultnya memang expected. Saya kena mild osteoporosis. Tulang sedikit affected. Bila saya bagitau sedang menyusu anak nutritionist cakap ooo patutla... Anak dah serap kalsium dari badan saya. Walhal saya mmg consume 4 biji ostematrix setiap hari. Terus terfikir macam mana la keadaan ibu menyusu yang tak consume ostematrix dan langsung tak minum susu uhuhu.

Lepas dah buat semua health check saya pergi dapatkan consultation daripada Health Nutritionist. Alhamdulillah overall kesihatan saya bertambah baik except kena tambah otot dan kurangkan lemak sket ja lagi hahaha...

In Sha Allah kalau ada lagi health check percuma ni saya akan warwarkan kat semua. Ya. Percuma ja tau. Rugi sangat tak grab. Jom layan gambar yang saya sempat amik sepanjang health check ni berjalan.







Ok korang semoga berjumpa lagi dalam next entry. Stay tuned

Umi Kalsom
017.4997159 





0 comments:

Post a Comment

Follow by Email

Copyright © Mama Ashraf.blogspot.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com