Tips & Info : Rahsia Banyakkan Susu Ibu

Rahsia cara banyakkan susu ibu sampai memancut-mancut. Pastilah ramai ibu-ibu yang tercari-cari rahsia ini. Ibu mana yang tak mahukan susunya memancut-mancut, banyak dan anak puas menyusukan? Ada cara dan rahsianya, yang pastinya ibu sanggup buat semua cara rahsia ini.


Tak susah pun, cuma perlukan komitmen ibu-ibu semua. Jangan tangkap muat penyusuan susu ibu nie. Jangan cepat mengalah. Bakal ibu dan ibu yang berniat nak susukan anak perlu cari ilmu banyak-banyak. Bila ilmu dah banyak. Barulah mudah nak laksanakan aktiviti menyusukan anak. Tapi cara terbaik nak tahu liku-liku menyusukan anak, adalah melalui pengalaman. Mencuba posisi terbaik menyusukan, makanan apa yang menganggu pengeluaran susu, waktu terbaik mengepam dan lain-lain lagi.


Jadi dah bersedia nak tahu rahsia cara banyakkan susu ibu? Jom kita review.

  1. Pasang niat mahu menyusukan anak hingga 2 tahun. Niatkan menyusukan anak kerana nak penuhi syariat Islam. Bukan sebab sayangkan anak. Ibu yang bagi susu formula juga sayangkan anak mereka.
  2. Letak target jangka masa panjang (2 tahun).
  3. Buat juga target 6 bulan (sepanjang 2 tahun). Bagi memotivasikan diri ibu.
  4. Belajar, belajar, belajar. Pergi kelas asas penyusuan atau kelas 'internet'. Ajak suami belajar sekali.
  5. Cari kawan-kawan seangkatan. Join kumpulan sokongan.
  6. Dapatkan alat kelengkapan mengepam susu. Kalau boleh cari yang “Double Pump” – Jimat masa terutama bg yang bekerja.
  7. Rooming-in dengan bayi lepas melahirkan.
  8. Susukan bayi sejurus selepas bayi lahir. (Jangan expect susu memancut waktu nie, masa nie yang ada hanya kolostrum. Dan bayi tak perlu sangat susu ibu, yang dia perlu dakapan hangat ibu ke dada. Nak lagi best biarkan bayi membuat 'breast crawl').
  9. Susukan bayi sekerap mungkin. Tak perlu tunggu 2 jam sekali. Susukan saja bila bayi nak. (Jika bayi jenis yang gemar tidur. Kejutkan bayi untuk menyusu. Jangan pula ibu bantai tido sekali).
  10. Makan makanan yang berkhasiat. Piramid makanan yang lengkap. Nak lebih bagus ambil Set Penyusuan 3M Shaklee. Insyallah semua vitamin dan mineral ibu dapat, bayi juga menikmati melalui susu ibu. 
  11. Minum air kosong, sekurang-kurangnya 3 liter. Barulah berkesan rahsia cara banyakkan susu ibu nie.
  12. Bila dah mula berkerja. Buat jadual mengepam (3 jam sekali). Jangan buat je, pastu ke laut. Cuba berdisiplin ikut jadual.
  13. Elakkan stress di tempat kerja (B Complex Shaklee bantu elak stress).
  14. Cari perkara yang menyeronokkan waktu mengepam. Tengok video atau gambar anak. Baca buku. Atau bacalah Al-Quran atau berzikir.
  15. Jangan harap tidur nyenyak 8 jam di waktu malam. Ibu perlu bangun sekali waktu ini. Waktu ini hormon prolaktin (hormon pengeluaran susu) sangat tinggi. Tak perlu lama, 15 minit pun cukup. (Psst jangan bagi alasan, anak saya memang menyusu sepanjang malam. Tapi tahukah ibu bahawa masih banyak lebihan susu yang si manja tak hisap. Jika tak dipam, makanya tiadalah signal dihantar ke otak untuk menghasilkan lebih susu. 
  16. Tak usah bandingkan susu ibu lain yang sekali pam 30oz. Bersyukur, jika susu yang ada tak disyukuri malah dirunguti, macam mana Allah mahu hadirkan lebih banyak susu. Jadi bersyukur.
  17. Berdoa Allah berikan rezeki susu yang banyak dan cukup. Jangan pula takbur, 'aku hebat boleh produce susu banyak sampai 2 deep freezer penuh'. Tiadalah daya dan kekuatan kita melainkan dengan bantuan Allah. Susu ibu kan rezeki dari Allah.
Dua tahun perjalanan menyusukan anak adalah jalan yang panjang. Pasti ada masanya ibu akan diuji. Kan Allah dah kata, takkan beriman setiap hamba itu jika tidak diuji. Contoh ujian, ibu tak sihat, ibu datang bulan, anak sakit, masalah besar. Apa yang perlu dilakukan? 

Sandarkan pada Allah kerana Dialah sebaik-baik penolong dan pelindung. Berusahalah lapangkan dada, terimalah ujian dan cari jalan penyelesaian. Jangan kerna ujian-ujian ini ibu jadi lemah dan terus berhenti menyusukan anak. Cari jalan mudah, ganti dengan susu formula. Teruskan usaha, lakukukan satu demi satu rahsia cara banyakkan susu ibu.

Jika mahu mengambil Set Penyusuan Shaklee 3M pastikan sudah melaksana semua yang diatas. Set Penyusuan bukan pil magic. Makan je terus memancut-mancut susu. Tujuan utama Set Penyusuan Shaklee adalah membantu ibu mendapatkan zat, vitamin dan mineral yang lengkap. Jadi badan ibu pun sihat, dan bertenaga. Boleh melaksanakan aktiviti menyusukan dan mengepam dengan lebih baik. Walaupun tidur tak cukup. Sebagai bonus, susu ibu akan menjadi lebih pekat (bayi cepat kenyang, tak payah menempel lama-lama), juga susu akan bertambah. Lagi sekali jangan harap makan Set Penyusuan baru sehari, susu dah melambak-lambak. Namanya juga usaha, jangan lupa mohon Allah berikan yang terbaik bagi ibu dan anak.

Saya sendiri masih dalam percubaan untuk lengkapkan penyusuan selama 2 tahun. Sekarang baru 5 bulan.  Tiap kali menyusu anak rasa bersyukur sgt2 atas kurniaan ALLAH yang satu ni. Semoga ibu-ibu dekat luar sana pun sama-sama explore keindahan dan keseronokan menyusu anak2 syurga kita. Jangan sesekali mengalah ye kawan2. chaiyoo...

Sekiranya berminat untuk mencuba Set Penyusuan 3M bolehla hubungi saya.




 

No comments:

Post a Comment