KENAPA PERLU BERPANTANG DENGAN SEMPURNA?


Saya selalu dengar cerita sahabat-sahabat yang bagitau badan dah mula sengal-sengal akibat tak berpantang dengan betul.  Ada banyak kekangan yang terpaksa dilalui saat dalam pantang. Ada yang dalam pantang pun takde pilihan lain sebab terpaksa jugak jaga anak-anak yang lain. Yang sedihnya ada jugak sesetengah orang ambil mudah bab berpantang. kuno katanya uhuhu....  


Kenapa Penting Berpantang dengan Sempurna? 


Cuba saudara saudari bayangkan 9 bulan mengandung dengan keadaan perut yang membesar berkali ganda, bebanan pada kaki yang berlebihan, hormon tak menentu dan macam-macam lagi. Jadi dalam tempoh berpantang adalah masa yang terbaik untuk bantu tubuh badan kita seorang ibu untuk kembali ke bentuk asal secara semulajadi. Berapa banyak yang dah longgar, angin dah masuk ke segenap ruang urat dan rongga badan. 

Berpantang sebenarnya sangat-sangat penting untuk proses pemulihan tubuh badan dan emosi ibu. Selalunya ibu berpantang bagi tempoh 44 hari. Ada juga yang melanjutkan sehingga 100 hari untuk tidak bersama suami demi kebaikan jangka masa panjang.

Berpantang juga harus lah dengan memberi ruang ibu bersalin merehatkan diri, mengurangkan pergerakan yang tidak perlu, makan makanan yang bersesuaian sahaja,dan pakai pakaian yang longgar serta sentiasa berstokin. Makanan yang berminyak wajib dielakkan sekurang-kurangnya selama 2 minggu pertama berpantang.


Ada sesetengah ibu mengalami banyak komplikasi ketika melahirkan anak seperti uraf saraf tegang la, banyak tumpah darah la, bayi kuning, kejang kaki yang teruk, bersalin secara pembedahan dan banyak lagi. Jadinya bila selesai proses melahirkan anak badan ibu sangat-sangat lemah. Emosi jadi sangat fragile. Jadi jika orang disekeliling abaikan penjagaan ibu dalam pantang apa akan jadi pada emosi mereka? Jangan sampai kena bentan dik non. Sangat menyeksakan bentan ni. Nak tahu baca link bawah ni.


Apa Yang Patut Suami atau Ibu Bapa lakukan? 


1) Bantu la mereka berpantang dengan sebaiknya. 
2) Sensitif la dengan perubahan emosi mereka.  Jaga pertuturan
3) Ringankan tangan untuk menolong menjaga bayi dan anak2 yang lain untuk bagi ruang isteri berehat
4) Cari bidan atau tukang urut bagi memperbetulkan urat, lenguh2 badan si isteri.   5) Jaga pemakanan mereka.  Jangan makan sebarangan depan mereka
6) Sediakan lah makanan tambahan untuk bantu badan mereka pulih seperti sediakala.

Hadiahkan set berpantang Shaklee buat isteri supaya mereka boleh sembuh dengan cepat dan sempurna. Set berpantang Shaklee bantu dalaman mereka cepat sembuh dan mengembalikan tenaga mereka walaupun terpaksa berjaga malam.  Ingat tau bila badan sihat, emosi turut jadi ok dan susu badan In Sha Allah melimpah ruah untuk bayi anda. Sayangi lah isteri anda 😊


Umi Kalsom.
Pengedar Shaklee Puchong
Call/PM/Whatsapp 017.4997159
Cod : Puchong,  Putra Height, Saujana Utama, Saujana Puchong, Bandar Puteri



2 comments:

  1. Memang betul. Masa berpantang kena rehat cukup2 untuk bagi badan cepat pulih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... baru la bertenaga nak jaga baby dan takde la asyik sakit badan jer.

      Delete