Thursday, 22 September 2016

APA PATUT BUAT BILA STRESS SAMPAI TAK BOLEH TIDUR MALAM?






Assalamualaikum.

Pernah dak rasa stress sampai tak boleh tidur?

Atau rasa stress sampai taktau nak buat apa... Solat pun entah baca apa tau2 dah siap sebab stress sangat.

Atau sampai sekarang tertanya2 "Apa yang aku nak sebenarnya?"

Kalau korang ada isu seperti di atas, jangan risau. It is very normal & you are not alone.

The best part is, ia boleh diselesaikan...

Bila otak serabut, kita mengadu kat orang... orang biasanya cakap "Ingat Tuhan... Zikir... Ngaji..." tapi bukan senang kan, nak hadirkan hati tika tengah serabut. Kalau ingat Tuhan tu senang, tak ada orang stress di dunia ni, semua happy je.

Proses kita nak kembali pada Tuhan, untuk mula dan terus istiqomah, bukan semata2 secara rohani saja. Islam itu holistik kan,... Menyeluruh bukan separuh2. Malam berzikir siang mengumpat, itu tak kena la kan...

Bila kita asyik serabut dan kerja nak meroyan je, ia bukan semata2 mindset. Ia ada kaitan dengan tubuh badan kita. Ingat kata kunci - menyeluruh.

Dalam otak kita ada satu kelenjar namanya kelenjar pineal. Dalam bidang metafizik ia dipanggil third eye atau mata ketiga. Dikatakan di situlah pusat jiwa dan spiritual. Tapi saya taknak ulas bab ni.

Kelenjar pineal ni menghasilkan serotonin. Kadar serotonin sgt berkait dgn stress level seseorang. Bila seseorang dlm keadaan stress, penghasilan serotonin terganggu, lalu mengganggu menghasilan hormon yg memainkan peranan dalam biological clock & corak tidur kita - melatonin.

Bila kita sekejap2 stress & insomnia  mungkin kita ada isu dgn kalenjar pineal. Mungkin ia dah mengeras kat dalam sana 

Macamana nak buat???

Pertama sekali kita kena detoks kelenjar kita ni. Persekitaran dan pemakanan kita menyebabkan plak2 terkumpul di sekeliling kelenjar ni & menjejaskan fungsinya.

Cara nak detoks kelenjar pineal:-


1. Minum air yang ditapis (florida dalam air paip adalah musuh kelenjar pineal!)

2. Makan makanan seimbang, lebihkan sayur dan buah.

3. Keluar beriadah especially waktu pagi.

4. Kurangkan atau cut terus makanan proses.

5. Buat amalan wajib dengan baik.

6. Amalkan cuka kurma/epal.

7. Berkawan dgn orang baik2.

8. Berdoa diberi petunjuk Allah.

Nutrien Yang Diperlukan


1. Boron - membantu badan kita membuang mendakan florida yang menyebabkan plak.

2. Garlic - membantu tubuh kita melarutkan kalsium yang tidak diperlukan.

3. Iodin - Membantu tubuh kita menyahkan natrium florida.

4. Antioksidan - membantu proses detoks

Lengkapkan pemakanan dgn menu seimbang yg kaya nutrisi dan suplemen tambahan sebagai sokongan - Vita-Lea, Ostematrix, Garlic Complex, Vivix, Vita-E, B Complex, ESP.

Insya-Allah, pelan2 kita buat. Mudah2an dibesarkan kapasiti untuk uruskan stress. Jaga makan dulu baru ambik suplemen ok! Jangan gatai makan suplemen tapi makan tak jaga. Cubit baru tahu (sambil buat muka garang).

Kalau rasa nak try suplemen tu jangan segan hubungi Umie di 017-499 7159. Korang akan dilayan dengan senyuman mesra dan seikhlas hati. Okay la korang jangan stress2 sangat okay.

Wassalam.

4 comments:

Follow by Email

Copyright © Mama Ashraf.blogspot.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com