Friday, 16 September 2016

SOKONGAN KELUARGA PEMBAKAR SEMANGAT UNTUK TERUS BERUSAHA

Assalamualaikum

Sejak join Shaklee tahun 2014 sokongan suami biasa-biasa ja. Dia tak halang tapi dia jenis tak tunjuk. Kira faham2 sendiri la. Bila saya nak gi kelas nutrisi atau bengkel penulisan ke apa ke dia tak merungut pun take over jaga anak. Bila mintak tolong dia cod Shaklee pun dia ok ja.

Cuma suami takde la sampai rela hati nak join training Shaklee hihihi... In Sha Allah oneday sapa tau kalau dia yang lagi overshadow saya dalam Shaklee kan hihihi... Kuasa Allah sapa yang mampu menidakkan. Betul tak?

Whatever pun saya bersyukur sangat family support dan memahami minat dan passion saya. Pada kawan2 yang langsung tak dapat sokongan dari family jangan putus asa. Prove to them kita in the right track dan pasti akan berjaya :).

Pada pendapat peribadi saya sesuatu perkara baik atau buruk bergantung pada corak penerimaan kita. Jika kita serap dari sudut positif maka kita akan jadi lebih tabah,kuat semangat dan lagi tegar untuk berusaha lagi. Tapi.... Kalau kita serap dari sudut negatif maka kita akan jadi lemah,mudah berputus asa dan patah semangat. Akhirnya apa yang sedang diusahakan terbengkalai macam tu ja. Usaha separuh jalan ja.

So kawan2 tak kira lah keluarga sokong atau tidak kita tetap kena berusaha sehabis baik. Buktikan kita mampu melakukannya. Tak gitu??

Wassalam. Sekian
Location: Puchong, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Follow by Email

Copyright © Mama Ashraf.blogspot.com Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com