RAHSIA KEKAL BERSEMANGAT DALAM PERNIAGAAN

Bisnes ni ada turun naik. Waktu paling azab ialah waktu nak bertapak waktu baru nak bermula. Berperang dengan diri sendiri. Antara nak cuba dengan malu nak show off kat orang ramai.


Ada juga perasaan takut pada rejection.. Mudah down dan mudah terasa hati jika ada yang kondem.

Tapi...berjaya atau tidak itulah asam garam bisnes. Itu lah pelajaran dari kisah hidup sebenar seorang peniaga. Jika kita serap yang negatif maka kat situ lah kita berhenti melangkah. Jika kita serap dari sudut positif kita akan jadi lebih kuat dan hebat.


Paling utama dan paling penting ialah kita wajib percaya Allah lah yang mengaturkan rezeki untuk kita bukan customer kita. Kerana apa? Customer yang Allah hantar tu hanyalah perantara untuk Allah hantar rezeki kepada kita. Jadi jangan sesekali mengharapkan manusia sebagai sandaran. Sandarkan harapan pada Allah yang Maha Pencipta. Hati kita pasti tenang dan sentiasa bersemangat. Percaya lah.... Itu hakikat bukan sekadar cakap kosong saja.

Saya? Ofkos saya pilih untuk belajar dari kesilapan,belajar dari pengalaman kerana saya nak satu hari ni kisah permulaan ni la yang saya akan kongsi dengan orang-orang tersayang supaya boleh menjadi inspirasi pada orang lain pulak. Chewaaah....

So mulai sekarang jom kita belajar dan belajar dan sentiasa improvekan diri setiap hari. Baru lah layak digelar sid pro. Ye dak?

Jom korang pilih lah untuk memulakan langkah pertama supaya anda mampu mengorak langkah yang seterusnya. Jangan lah tergolong dalam golongan yang akan menyesal kerana tak bertindak rebut peluang di depan mata.

Dengan pendaftaran hanya RM68.90 segalanya akan berubah. Anda usaha anda dapat. Wassalam.


2 comments:

  1. Betul tu.. masa awal-awal buat bisnes tu lah yang paling mencabar.
    Rasa macam nak give up dah.
    Tapi bila ingatkan balik BIG WHY, terus lupakan apa yang negatif tu.
    just teruskan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis Rosmawati. Kalau tak kuat semangat memang cepat ja give up. Tapi kalau berterusan macam tu semua benda buat separuh jalan. Sebab tu la penting sentiasa jaga momentum dan semangat :)

      Delete