WORKSHOP BREASTFEEDING ANJURAN SHAKLEE BEST DAN PERCUMA

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Harap2 sihat belaka ya. Sarapan apa pagi ni ya? Saya sarapan nasi goreng simple ja. Janji sendiri masak (ada nada riak di situ hahahaha.....)

Actually pagi ni saya nak share sikit la tentang Workshop Breastfeeding anjuran Shaklee yang percuma dan sangat best. Mana nak dapat ilmu percuma yang sangat2 berguna macam ni. Sangat rugi kalau saya tak rebut peluang ni.

Actually tujuan saya join aktiviti Workshop macam ni tak lain tak bukan adalah untuk menambah ilmu di dada agar lebih bersedia untuk menempuh zaman menyusukan anak sendiri hujung tahun ni. Lagi satu saya memang nak tambah ilmu supaya saya lebih bersedia untuk menolong ibu-ibu di luar sana agar lebih bersedia dengan sebarang cabaran untuk menyusukan anak kelak.

Antara intipati sepanjang Workshop ini berlangsung. Banyak topik yang dibincangkan sepanjang Workshop ini berlangsung. Penceramah yang dijemput bukan calang-calang orang tau. Dr Nurzarina Abdul Rahman adalah seorang doktor, Breastfeeding Caunselor dan Parenting Educator.

Antara fokus utama Workshop ini ialah pendedahan teknik-teknik dan skill penyusuan, kebaikan menyusukan anak,cara memastikan penghasilan susu yang sihat dapat dikekalkan dan juga cabaran-cabaran yang kemungkinan akan dihadapi oleh ibu-ibu yang menyusukan anak.

In Sha Allah dalam entry-entry yang akan datang saya akan kupaskan ilmu yang saya dapat untuk perkongsian bersama.

Sehingga bertemu lagi... Wassalam

No comments:

Post a Comment