CARA MERANGSANG OTAK SI MANJA MENGIKUT PERINGKAT UMUR

Assalamualaikum....

Salam Sabtu penuh indah untuk semua. Selamat beristirehat buat yang penat berkerja selama seminggu. Buat ibu-ibu suri rumah tiada istilah cuti kan hihihi... Takpe hari ni mungkin boleh relaks sket sebab suami ada di rumah untuk membantu apa yang patut. Macam saya still kena handle sorang-sorang sebab suami bekerja pada hari sabtu.

Hari ni saya nak kongsi sedikit tips keibu-bapaan untuk panduan saya sendiri dan ibu-bapa kat luar sana. Mesti ada yang masih blurr cara merangsang otak si manja mengikut peringkat umur kan? Takyah malu-malu nak ngaku hihihi.... saya sendiri pun masih belajar lagi. Still lemah bab-bab nak ajar anak asah skill otak. Main taram ja.

Ok jom kita fokus pada tajuk asal iaitu "Cara Merangsang Otak Si Manja mengikut Peringkat Umur". Semoga sharing saya hari ni mampu memberi sedikit panduan untuk kita bersama.

Gambar Ehsan Google

Tahap Umur 0 - 12 Bulan



Pada umur tahap ni kemampuan otak si manja ialah untuk fokus pada komponen penglihatan dan pendengaran. Tahap kemampuan mereka masih terhad.

Cara merangsang Otak si Manja


Dalam tempoh umur begini kita sebagai ibu-bapa kena banyakkan berkomunikasi, menggunakan ekspresi muka di hadapan mereka. Lebihkan komukasi antara manusia. Lebih banyak kita berkomunikasi lagi banyak kosa kata mereka. 

Lakukan aktiviti yang dapat rangsang setiap deria yang ada. Antaranya penglihatan, pendengaran dan sentuhan seperti aktiviti berbual, pergerakan jari jemari, genggaman tangan, badan dan kaki dan juga aktiviti melibatkan cermin supaya mereka boleh melihat refleks kepada diri mereka. Anda juga boleh ajak mereka berzikir dan menyanyi sambil melakukan action word.

Perkara Yang Perlu Dielakkan


Elakkan meletakkan anak anda di hadapan television atau gajet. Ini kerana perhubungan satu hala ini akan melatih otak untuk jadi malas dan hanya menerima input. Kurangkan penggunaan kad imbas semata-mata. Aktiviti sebegini masih belum sesuai untuk umur si manja kita.

Tahap Umur 1 - 2 Tahun


Pada tahap umur ini si manja masih lagi fokus pada komponen penglihatan dan pendengaran. Walaubagaimanapun beberapa komponen lain mula meningkat menunjukkan otak sedang bersedia untuk merangsang cara respons, bahasa, emosi dan pengenalan kepada simbol.

Cara merangsang Otak si Manja


Pada peringkat ini ibu-bapa kena banyakkan bercerita atau membaca buku bergambar dan namakan objek. Pengenalan pada simbol antaranya termasuk penggunaan gambar dalam buku cerita. Banyakkan perbualan yang mungkin lebih kepada pointing dan name it. Aktiviti begini membantu menambahkan dan mengembangkan skema pemahaman sesuatu objek dalam otak si manja. Bila berlaku sedih ata marah atau mengamuk berlembutlah dengan mereka untuk menyelesaikannya. Kita kena fahamkan mereka emosi yang sedang mereka alami. Banyakkan aktiviti yang melibatkan motor halus seperti genggaman pasir, sentuahan terhadap pelbagai jenis permukaan dan motor kasar yang melibatkan pergerakan dan imbangan badan. Tingkatkan juga aktiviti messy play yang bagus untuk dedahkan mereka kepada pemikiran kritikal.

Tahap Umur 3 - 4 Tahun


Pada tahap umur ini kemampuan si manja lebih kepada kemahiran bersosial dan pengenalan pada nombor. Graf bahasa masih lagi pada tahap yang kritikal. Komponen lain yang berlaku antara 0 - 2 tahun mulai menurun.

Cara Merangsang Otak Si Manja


Di peringkat umur ini galakkan si manja bercampur dengan kawan-kawan yang lain untuk meningkatkan skill bersosial mereka. Banyakkan aktiviti yang melibatkan pergaulan dan kerjasama antaranya seperti role-playing. Masih lagi memerlukan messy play yang banyak. Dan juga aktiviti motor halus dan motor kasar antaranya seperti penggunaan gunting,bermain blok, puzzle dan gam serta tampal menampal. Dah boleh memulakan sesi penceritaan iaitu menggalakkan si manja lebih imaginatif.

Tahap Umur 5 - 6 Tahun


Pada tahap umur ini kebanyakan tahap kritikal semua komponen mulai menurun perlahan-lahan.


Cara Merangsang Otak Si Manja


Di peringkat umur ini otak adalah dalam proses persediaan peralihan ke peringkat yang memerlukan lebih banyak komponen untuk di pelajari. Banyakkan aktiviti yang melibatkan pemikiran dan konsep. Elakkan spoon feeding. Tetapi lebih kepada aktiviti berasaskan projek iaitu mereka perlu merancang apa yang diperlukan. Banyakkan sesi penceritaan supaya imaginasi akan lebih berkembang.

Anda mungkin berminat membaca ini Kenapa Anak Kita Perlu Makan Vitamin C?


Diharapkan dengan sedikit perkongsian cara merangsang otak si manja mengikut peringkat umur dapat membantu kita semua memperbetulkan apa yang salah dan mulai mengasah minda dan otak si manja kita supaya kelak mereka lebih berkeyakinan untuk berada di kalangan masyarakat yang lebih intelektual. Mudah-mudahan :)

Umi Kalsom Awang Hat
1096881
Sharing with Love

Kredit : Majalah Pa&Ma Edisi Julai 2016

No comments:

Post a Comment