LANDMARK STUDY - SHAKLEE PART 1

Assalamualaikum.

Salam hujung minggu buat semua sahabat-sahabat. Sabtu lepas saya berpeluang untuk menghadiri satu program anjuran iReach Group iaitu antara group Shaklee tersebar di Malaysia. Antara initipati yang dibincangkan dalam progran tersebut ialah mengenai Landmark Study terhadap produk Shaklee.

Sebenarnya saya kerap juga mendapat pertanyaan dari kawan-kawan,customer dan juga ahli keluarga tentang apa landasan atau bukti yang menunjukkan produk Shaklee memang terbaik. Takkan just nak claim gitu ja tanpa bukti kan??? So hari ni saya nak explain la apa itu Landmark Study yang berjaya buktikan bahawa vitamin Shaklee memang produk makanan tambahan yang terbaik di dunia.




Mesti ramai yang familiar dengan perkataan landmark kan? Landmark ni lebih kurang macam penanda aras kepada sesuatu la. Bila orang sebut tentang landmark tu automatik orang akan ingat kaitan dengan landmark tersebut. Contohnya sebut KLCC orang akan ingat Kuala Lumpur. Sebut Eiffel Tower orang akan ingat Paris. Gitu la maksudnya. Jelas tak? Landmark Study - Shaklee ni pun lebih kurang macam tu la. Sebagai penanda aras kepada keyakinan terhadap produk-produk Shakle... Gitu......

Anda kenal Roger Barnett? Beliau adalah pemilik Shaklee yang bertanggungjawab membawa Shaklee hingga ke tahap ini. Roger Barnett ni seorang yang sangat-sangat pentingkan kualiti,keberkesanan dan sangat-sangat pentingkan penjagaan alam sekitar. Beliau selalu dengar ramai yang claim produk shaklee hebat,mampu rawat itu ini. Tapi pada beliau itu sekadar cakap-cakap orang atau hearsay ja dan takde bukti saintifik yang menyokongnya.


Roger Barnett Chairman dan CEO Shaklee 


Jadi..... Beliau telah melantik Dr Gladys Block iaitu seorang Epidermiologists dari University of Carlifornia, Berkeley untuk mengetuai study tersebut. Dr. Gladys Block mendapat mandat penuh untuk menjalankan kajian ini. Lebih 1000 orang dari 3 golongan sasaran iaitu

1) Pengamal tegar  produk Shaklee
2) Pengamal produk vitamin brand lain
3) Langsung tak ambil sebarang vitamin

3 golongan ini dikaji secara random dari segenap segi. Maklumat diambil melalui data secara online, pemeriksaan kesihatan dan juga study yang menyeluruh. Dan hasilnya tetap akan dibentangkan tak kira keputusan menyebelahi Shaklee atau pun tidak. Betapa telusnya Shaklee. Dr Gladys Block diberi mandat 100% untuk publish result kajian tersebut.

Bila result dah dapat agak2 Roger Barnett puas hati tak? Oh tidak.... Beliau masih tak berpuas hati sehinggakan beliau melantik pihak ketiga untuk review semula kajian landmark study yang telah dijalankan oleh Dr Gladys Block. Agak2 kenapa Roger Barnett buat macam tu? Dia percaya ke tidak dengan Dr. gladys Block?

Haaa... Bukan isu percaya atau tidak. Tapi Roger Barnett sangat bijaksana. Beliau mengambil tindakan awal untuk mengelakkan situasi di mana orang akan argue keputusan landmark study tersebut. Sebab itu lah beliau berhabis-habisan untuk melantik pihak ketiga (independent party) untuk review hasil study tersebut.

Begitulah cerita. Betapa Shaklee berjaya membuktikan secara saintifik keberkesanan produk2 yang mereka hasilkan. Agak2 brand lain berani tak nak buat landmark study sedetail ni?

Korang boleh layari laman web ni untuk baca sendiri hasil landmark study ni 

http://www.landmarkstudy.com

Teruja tak nak tahu result keputusan Landmark Study Shaklee ni? Ada....... nantikan entry saya yang seterusnya. Akan saya kupaskan sampai anda teruja membacanya chewaaah.....
Sampai bertemu lagi di entry akan datang.

Wassalam


2 comments:

  1. sebab tu la saya pon pilih shaklee.. hee~ saya dah tak berani nak guna produk lain sebab belum tentu ada kajian terperinci macam produk shaklee ni..

    ReplyDelete
  2. Betol tu Atiehilmi. saya sendiri pun tak berani nak guna produk sebarangan.

    ReplyDelete