MASALAH BIASA DIALAMI IBU SELEPAS BERSALIN YANG WAJIB DIBERI PERHATIAN

Assalamualaikum.

Kelahiran bayi adalah saat yang paling menggembirakan bagi pasangan suami isteri. Sapa tak suka dapat zuriat baru kan :). Lagi-lagi anak pertama.

Namun kesihatan ibu selepas bersalin tetap wajib dijaga. Badan terlalu penat setelah penat jerih mengandung selama 9-10 bulan. Lepas tu berhempas pulas pulak untuk melahirkan anak. Tenaga memang terus drop kosong tau. Tak sempat nak berehat kena pulak jaga anak kecil. Besar sangat pengorbanan seorang ibu. Sebagai suami, ibu-bapa pastikan anda betul-betul menjaga dan alert jka berlaku perkara yang abnormal pada ibu yang baru lepas bersalin.




Terdapat beberapa jenis masalah yang tak boleh dipandang ringan. Antaranya :

1. Sakit di bahagian Betis


Sakit di bahagian betis disebabkan oleh darah beku yang tersumbat dalam saluran darah. Darah beku ni boleh bergerak ke saluran darah di paru-paru yang boleh mengakibatkan sesak nafas dan kematian. Kalau nampak luar biasa sakitnya jangan lengah-lengah bawak ja ke hospital terus.

2. Tumpah Darah


Disebabkan oleh rahim tidak menguncup dengan sempurna atau cebisan uri tertinggal di dalam rahim ibu. Keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan darah yang banyak dan memerlukan rawatan segera di hospital. Ibu yang kerap hamil berisiko tinggi mengalami tumpah darah. Memang kena sentiasa alert akan masalah ni.

3. Jangkitan kuman di perineum (Kemaluan)


Luka episiotomy selalu lambat sembuh. Kuman boleh merebak ke bahagian pundi kencing dan seterusnya merebak melalui darah (septicaemia). Selalunya ibu dalam pantang mengambil masa sehingga 2 minggu untuk sembuh di bahagian tersebut. Jika keadaan berlarutan dapatkan nasihat doktor. Jangan biar sampai melarat.

4. Meroyan


Ini sangat bahaya dan mudah dialami oleh sesetengah ibu selepas bersalin. Ibu selepas bersalin mudah merasa murung disebabkan oleh perubahan hormon. Bila keadaan ini berlaku ia turut menganggu penyusuan susu ibu dan emosi ibu akan lebih terganggu. Lebih dahsyat lagi ia boleh menyebabkan ibu ini berisiko untuk mencederakan diri sendiri atay bayi. Sebab itulah jangan bebankan ibu dalam pantang dengan perkara-perkara yang boleh buatkan mereka runsing. Meroyan ni kalau tak dikawal boleh jadi penyakit sampai ke tua. Nauzubillah.


Sebagai suami, keluarga terdekat anda lah yang bertanggungjawab menjaga ibu bersalin sebaik mungkin, jaga pemakanan mereka, jaga pantang mereka sebaiknya, jaga emosi mereka serta sentiasa membantu mereka menyesuaikan diri dengan bayi yang baru dilahirkan. Pastikan mereka mendapat hanya yang terbaik untuk memastikan ibu lepas bersalin kembali sihat seperti sediakala tanpa sebarang masalah.

Paling terbaik ialah hadiahkan mereka Set Berpantang Premium Shaklee agar proses penyembuhan wanita bersalin lebih menyeluruh dan badan lebih bertenaga. Sangat penting untuk penjagaan kesihatan dari dalam dan luaran kerana cabaran sebenar sebagai ibu baru sahaja bermula. Era penyusuan memerlukan badan ibu sentiasa sihat, bertenaga serta mempunyai emosi yang stabil.

Anda mungkin berminat untuk mengetahui Rahsia Susu Badan Banyak Sampai Baby Tidur Ada Senyum

Sekiranya anda ingin mencuba atau menghadiahkan set berpantang shaklee kepada pasangan anda boleh la hubungi 017-499 7159 (Umi Kalsom)

Selamat menempuh era keibu-bapaan dan tahniah di atas kelahiran bayi baru anda :). Assalamualaikum


2 comments:

  1. kena jaga bini sungguh sungguh, jangan sampai meroyan

    ReplyDelete
  2. betul tu Muhammad Faiz. Emosi ibu bersalin sangat fragile. Cakap silap sket dah berjurai air mata.

    ReplyDelete