VITAMIN PATUT AMBIL UNTUK ELAK MEROYAN KETIKA BERPANTANG

Alhamdulillah Alysha Humaira dah berusia 76 hari 😊. Berpantang kali kedua ni memang agak berbeza berbanding berpantang anak pertama.  Boleh baca pengalaman bersalin saya kali yang kedua 👉 Pengalaman Bersalin Secara Pembedahan Buat Kali Kedua


Kali ni preparation set berpantang saya extra sket. Dulu saya cuma amik B Complex, ESP, Ostematrix, vitamin c, Omega Guard dan Alfalfa.  Untuk kali ni saya add on Vivix dan Nutriferon jugak. Vivix untuk cepatkan sembuh luka dan nutriferon untuk upkan sistem imun badan kita dengan cepat.

Alhamdulillah dengan set berpantang kali ni susu badan melimpah ruah. Bertungkus lumus perah susu bulan pertama sampai penuh frezer dengan susu untuk Alysha.  Bagi saya waktu dalam pantang nilah  kita kena pulun buat stok banyak sebab waktu tu production susu kita sangat banyak.

Actually berpantang kali kedua dengan ada anak sulung memang lain tau. Kita memang taknak bergerak sangat tapi anak sulung ni selalunya tantrum atau masih dalam fasa tak boleh terima orang baru yang nak rebut kasih sayang mama papa dari fokus kat dia ja.  Memang 2-3 minggu pertama sangat mencabar emosi.  Nasib baik la saya memang konsisten makan set berpantang especially B Complex.  Rasa macam dapat kawal emosi tu. Memang dalam pantang emosi kita mudah sangat2 terganggu. Orang silap cakap sket dah berjurai air mata. Nak lagi tragis anak plak prolonged jaundis uhuhuhu.... Mujur keluarga banyak membantu. Kalau tak memang boleh meroyan oooo... Ya la dengan luka tak berapa nak baik lagi.

Dalam minggu ke3 saya di duga lagi dengan luka jahitan kat perut (saya bersalin secara czer) terbukak sket dan bernanah. Mujur waktu tu dah standby Vivix dan Vitamin C.  Saya makan vitamin c 2 biji setiap 5 jam.  Alhamdulillah luka tersebut bertaup balik. Vivix pun banyak bantu badan saya kuat melawan sakit kesan dari luka czer.

Bagi saya pengambilan suplemen lengkap ketika berpantang sangat2 penting. Sebabnya badan kita terlalu lemah dan nutrien-nutrien banyak yang dah hilang. Nak sembuh memang perlukan masa dan rawatan sempurna dari dalam. Dan emosi kita sangat mudah terganggu bila badan tak sihat. Betul tak? Hanya yang pernah melalui peritnya berpantang especially yang berpantang sendiri yang faham uhuhu... So ingatlah hanya kita yang mampu nak kontrol emosi kita sendiri. Banyakkan beristighfar dan ingat Allah supaya kita tak sampai tahap meroyan. Nauzubillah.





Kalau kawan-kawan sedang mencari set berpantang Shaklee adalah pilihan terbaik dan sangat menyeluruh. Boleh hubungi saya di 017.4997159. Saya boleh kongsikan pengalaman saya dengan kawan2 semua. In Sha Allah mudah mudahan membantu.

No comments:

Post a Comment